Wednesday, May 19, 2010

(Ya Allah, aku berserah kepada Mu, Permudahkan perjalanan urusan ku untuk menuju ke jalan yang diredhai oleh Mu, Ya Allah.........)

Entry kali ini, tidak berkaitan dengan org ramai, hanya sekadar meluahkan apa yg terbuku di hati nie, setelah melihat kawan sendiri melaluinya...........

(Mintak malaikat 44 menjauhi perkara ini, Amin Ya Rabal Al-Amin)

Susah hati ini untuk berkata, namun lagi susah lagi melihat rakan sendiri yang memikulnya..., entah la, nk menolong x taw bagaimana cara nyer, hendak berkata, takut pula memilukan lagi hatinya yang sudah di toreh sehingga tiada kesan lagi... adus, sahabat yang bagaimanakah saya nie...?????

Perkara yang baik (pertunangan dan perkahwinan) harus disebarkan kepada umum... Ya, itulah yang sering ite dengarkan.. "Saya akan bertunang / berkahwinan tidak lama lagi", rakan sekerja akan mengucapkan tahniah kepada ite.. (btui x ). Berbalik kepada kisah rakanku (saya bagi nama samaran Y). Y ini sudah bertunang dengan Z, segala jenis persiapan sudah siap sedia , hanya menunggu masa untuk di ijab kabul, pada hari yang bersejarah, Z x muncul-muncul. Sedara mara, sahabat handai, parents sume bertanya, "Mana la si Z nie". Y menyuruh saya untuk kol si Z nie...., saya pown kol la

saya : "Z, awak kat mana nie, Juru nikah dh lama tunggu awak nie, erm nk kena postponed lagi 20 minit ker"

Z : "Saya nk bercakap dengan Y"

saya : "Ok"

saya pas la telefon kepada Y, (segala detail saya x taw, sbb saya kat luar bilik Z, x mau la kacau daun). Tak lama kemudian, Y keluar dari bilik, peluk saya ..(kuat jugak si Y peluk saya), sambil teresak-esak memberitahu, bahawa perkahwinan telah di batalkan... (Terduduk saya di buatnyer, 2 baru saya , belum lagi seluruh kaum keluarga Y... Bila di tanya sebab, Z mengatakan die tidak bersedia kerana di paksa.. (lebih krang cam tu la..., saya x dpt dengar dengan jelas, sbb Y nangis di bahu saya.....)

Saya taw, putus tunang pown dh sakit, apatah lagi x jadi berkahwin..., orang ramai tidak akan menyalahkan pihak lelaki tetapi pihak perempuan, walaupun pihak perempuan tidak buat salah. Mulut manusia nie, klu manis mmg manis, klu jht.. huhuhu (ambik peringatan untuk diri sendiri).

Saya x kisah org nk cakap apa di belakang saya, saya nk tunang tp uat cara cam x tunang atau saya nk kahwin tp x mau sebarkan. Saya sombong ker, apa-apa la.. org akan bercakap apa sahaja tapi org tidak pernah bertanya "Mengapa , Kenapa dan Bagaimana". Saya sendiri melihat tapi saya sendiri tidak dapat membantu Y, saya x berani membebankan Y, sekadar hanya boleh menggembirakan hatinya yg lara.... (Cukop la, apa yang di lalui oleh Y, sewdih putus tunang tidak la separah dengan tidak jadi berkahwin).

Bagi saya, x salah klu seseorang itu tidak mahu berkata apa-apa tentang dirinya, ini adalah untuk melindungi diri sendiri. Kawan mmg senang di perolehi, tetapi kawan yang sejati susah sekali untuk dicari...

Kepada Y, saya masih lagi mencari penawar untuk hati awak, jgn bersewdih lagi... berpegang la pada kata ini " Orang yang baik hanya untuk orang yang baik", banyakkan berdoa.. Y, saya taw saya uat salah, saya xleh nk pendamkan lagi perasaan saya, saya meluahkan apa yang saya fikirkan saya patut lalukan.. Saya taw, mungkin kesalahan saya awak x dpt maafkan, tp fikir-fikirkan la, awak jugak yang mengajar saya "Ada setengah benda boleh di luahkan, ade setengah benda tidak dapat di luahkan..., maafkan saya Y"

1 comment:

  1. Ya Allah.. berat sungguh ujian yg Y nie terima. Hope one day, she will recover the sadness tue.. Amin.

    ReplyDelete