Monday, December 26, 2011

Breast Pump.... Bagaimana cara pemilihan...

Salam...

Ramai bakal-bakal ibu di luar sana yang berniat untuk menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu @ selama 6 bulan.. mesti terfikir, bagaimana hendak memilih pump yg sesuai dan boleh guna sampai bila-bila sehingga hayat pump tersebut harus di tukar dengan yg baru... kata org "Alah membeli bisa memakai". Terdapat 2 jenis pump di pasaran, jenis manual dan elektrik. Itu belum lagi dengan pelbagai jenama dari yg biasa-biasa sehinggalah yg branded.

Saya dulu seperti anda.. pening kepala hendak memilih pump yang sesuai dengan bajet. Manual atau elektrik masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Kalau boleh nak pump boleh guna manual dan elektrik (susah nak dapat pump macam nie, di pasaran hanya ada 1 jenis sahaja) itu belum lagi dengan baby mimic (apa ke benda baby mimic nie)...2 phase ( klu 1 phase x boleh ke...) macam-macam yang bermain di fikiran saya... Ibu baru mesti hendak yg terbaik. Ikutkan hati mahu sahaja membeli Medela Free Style.. tapi tak mampu.huhuhu. Prinsip saya gunakan semasa memilih pump.. sama dengan prinsip membeli handbag.. kena tengok dan cuba dahulu.. sesuai atau tidak. Sebelum mencuba kena review dahulu kelebihan pump manual dan elektrik.

Kebetulan ( maybe rezeki anak), rakan di sekolah mengunakan pump jenis Avent Isis ( manual), Medela Harmony, Medela Free Style dan pureen (manual).. dari sini saya boleh mendapatkan maklumat yang penting.... Jangan malu untuk bertanya...

Maklumat yang saya perolehi

Avent Isis - ringan, selesa di gunakan, kuat mencekam (yg nie mmg saya x paham langsung), 5 minit susu penuh sehingga 5 oz
Medela Harmony - ringan, selesa di gunakan, kurang mencekam, 6 minit susu sudah di pam keluar
Pureen - ringan, selesa di gunakan tetapi  susu lambat di pam keluar
Medela Free Style -Double pump, mudah dan cepat, selesa.

Dari maklumat yang saya perolehi.. saya check on9, kedai yg menawarkan perkhidmatan untuk mencuba dahulu pump sebelum membeli. .. Saya mencuba pump spectra 3, medela swing, avent, amenda. Setelah mencuba saya membuat list berdasarkan bajet saya.. saya memilih medela swing..

Kenapa medela swing .. saya sukakan soft fit breast shield.. mmg lembut dan tidak sakit berbanding dengan avent breast shield dan lain-lain. Yang paling best.. sesuai dengan semua jenis storage bottle atau feeding bottle (normal size) ..part nie saya mmg suka sbb tak perlu nak basuh banyak part, dan sgt mudah, boleh digunakan secara manual dan yang paling penting mematuhi bajet saya.

Saya membeli medela swing dengan harga RM 250 (rezeki anak betul.. mana nak dpt harga pump yg branded bawah RM 500). Beli secara on9 di  KC Dream (semasa promotion), kebetulan pula rakan saya hendak ke UK..(rakan saya belikan pump medela swing kepada saya.).  Set saya perolehi dari KC Dream saya jualkan kepada org.. saya gunakan set yg saya pesan dari kawan saya...


 Medela swing....
+

Medela harmony diaphragm, puller and o-ring assembly
+

Medela harmony handle


Ini lah set yg saya perolehi dari UK... so practical... nak guna manual atau elektrik pun boleh..suka sangat-sangat...boleh tukar swing kepada harmony. Harmony saya guna dalam pantang dan membuat stock EBM pada waktu pagi (3 atau 4 pagi sbb x bising). Swing plak, saya gunakan untuk buat EBM pada waktu siang. Kalau lupa nak charge battery, boleh guna harmony hehhehehe...

Alhamdulilah, setakat nie, harmony n swing sangat berjasa kepada saya....Mmg rezeki saya..Cuma x double pumping.. apa-apa pun saya tetap bersyukur kerana dapat apa yang hendak berdasarkan bajet saya. Kawan saya lagi hebat dari saya... kawan saya hanya membeli part tertentu  untuk dapatkan medela harmony secara ansur-ansur. caranya...



Anda perlu membeli :

1) harmony handle
2) harmony diaphragm, puller and o-ring assembly 
3)Valve head and membrane 
4) Connector 
5) Breast shield 
6) Storage bottle 


P/s : Ada sesiapa yang hendak bermain kutu utk dapat medela FS...nak join sekali, harap maklumat di atas dapat membantu....

Sunday, December 18, 2011

Fasa 1 - Tamat dengan jayanya...

Alhamdulilah...., syukur sangat-sangat kerana berjaya menamatkan penyusuan secara exclusive selama 3 bulan nie, walaupun saya terkedek-kedek dek kerana mengalami kekurangan susu... namun Alhamdulilah, rezeki anak masih lagi ada, mudah-mudahan di murahkan, di mudahkan ..Amin.

Tahniah, saya ucapkan kepada diri saya.. kerana berjaya melepasi fasa pertama (3 bln), mudah-mudahan dengan semangat yg gigih  berjaya melepasi fasa 2 (3 bln seterusnya), sebelum Danial Haqiz diperkenalkan dengan solid food..


Stok susu yg berjaya di kumpulkan semasa mengalami "kekurangan susu" .........................


5 oz x 8 = 40 oz


7 oz x 4 = 28

adalah sebanyak 68 oz...Alhamdulilah..., ini adalah hasil top-up kerana susu saya tidak semeriah mana, namun masih lagi ada, dan anak saya dapat menyusu itu pun saya dah bersyukur sangat-sangat, niat saya mahu menyusukan anak selama 2 tahun, namun saya kena membuat target selama 3 bln...3bln, bukan apa kerana takut apa yg dikejar tidak dapat..apa yg di kendong tercicir pula. Jujur saya katakan, saya cemburu dengan mommy-mommy lain... sekali pump dapat 8 oz, 9 oz, 12 oz dan oz -oz banyaknya....

Saya pula......


paling banyak 2 oz....paling sikit 2-3 titik susu sahaja... namun Alhamdulilah, rezeki Danial Haqiz masih ada lagi....Mungkin satu hari nanti saya pun boleh dapat  seperti mommy-mommy lain.... InsyaALLAH...



Saturday, December 17, 2011

3 Bulan Dalam Kenangan...

Cepat sungguh masa berlalu..masih lagi tidak percaya akan kehadiran mu dalam hidup kami..lahirnya diri mu membawa pelbagai makna, pelbagai rasa yg agak sukar di gambar dengan kata-kata...hanya mereka yg bertuah sahaja yang mengetahui perasaan itu. Ya ALLAH, terima kasih atas kurnianMu.. lahirnya Danial Haqiz Rizqin di muka bumi ini. Ini pertama hati kami, penawar dan racun dalam hidup kami dan pengikat kasih antara saya dan suami ku.

Sayang, masih ingatkah lagi sewaktu sayang berada di dalam rahim umi.., sewaktu umi bekerja, sayang akan duduk diam.. bila umi marahkan @ mengeluarkan suara garang kearah pelajar umi.. sayang akan menendang umi supaya tidak marah, hanya perlu mengeluarkan kata-kata yg tegas.. Masih ingatkah lagi, waktu malam sayang akan tendang umi untuk solat Isyak sekiranya umi tertidur awal dek keletihan pada siang hari...Masih ingatkah lagi, sayang akan tendang umi sekiranya umi lupe untuk membacakan buku kegemaran sayang....Ingat itu masaih lagi segar dalam ingatan umi.

Sayang, sewaktu umi mahu melahirkan sayang... umi selalu ingatkan sayang supaya lahir pada hari abah cuti.. supaya abah tidak berulang-alik dr Kemaman ke Kuala Terengganu...Alhamdulilah, sayang di lahirkan pada hari Sabtu... Kesakitan yg umi tanggung ketika melahirkan sayang hilang begitu sahaja.. Umi lupa bagaimana rasa sakit tersebut.. dek melihat dan mencium sayang kali pertama ketika sayang di atas dada umi.... sungguh agung sekali kuasaMU...

Sayang, masih ingatkah lagi.. sewaktu air mata umi jatuh berderai jatuh di atas muka sayang dek kerana umi tidak mampu untuk menyusukan sayang dengan susu umi, atas usaha dan rezeki yang dikurniakanNYA, Alhamdulilah..umi mampu menyusukan sayang sehingga hari ini..mudah-mudahan rezeki ini melimpah ruah untuk diri mu, sayang. Tidur malam umi tidak lagi teratur namun umi bahagia melihat sayang membesar dengan sihat dan ceria.




Sayang,walaupun rezeki umi masih belum turun untuk berada dekat dengan abah, namun umi bahagia kerana sayang akan menemani umi sepanjang masa... (abah kena turun KL selalu ye... hehe). Sayang, umi akan sedaya upaya umi untuk menjaga sayang.. memberikan yang terbaik dari pelbagai sudut..InsyaALLAH dengan izinNYA, umi mampu melakukan..Sayang, umi bangga akan pencapaian diri mu... sekarang sayang sudah pandai untuk berkata-kata..sampai berbuih-buih mulut, pandai untuk menyanyi.. pandai mengeluh( belajar dr mana kecil-kecil lagi dh pandai mengeluh) pandai gelak bila di agah.. kadang-kadang sampai terbawa-bawa dalam mimpi.

Pada waktu malam, sayang akan tendang umi, supaya bangun untuk tukarkan pampers @ menyusu.. dan yg paling seronok.. kita sama-sama bangun awal pukul 5 pagi..( umi bangun 5 pagi utk aktiviti mengepam.. sayang bangun awal nak tunggu azan subuh ye...). Dalu, agak susah hendak mendengar tangisan sayang... sekarang sudah pandai untuk menangis....tp air mata tidak mengalir.. huhuhu, tangisan untuk perhatian...pandai..pandai. Sayang sudah mahu meniarap, sayang berusaha sekiranya tidak berjaya sayang akan mengamuk kemudian mahu menyusu...huhuhuh( usaha hanya 3 kali sahaja... usaha lagi sayang..)

Apapun.. umi dan abah tetapkan sayangkan Danial Haqiz Rizqin.. semoga menjadi khalifah ALLAH yg membawa pegangan agama junjungan Nabi Muhammad S.A.W kearah kebaikan...AMIN

Friday, December 16, 2011

Adele - set fire to the rain

video

Kecundang lagi.......

Mungkin masih tiada rezeki lagi.. entah la, sampai bila akan hidup sebegini lagi....suami jauh di nun sana.. saya pula di sini.. susah nak cakap, kerana rezeki ini di tentukan olehNYA.. mungkin 10 tahun atau berbelas @ berpuluh tahun baru dapat bertukar ke sisi suami.... I am monthly wifey.., sebulan sekali sahaja br boleh menjadi isteri sepenuh masa..Alhamdulilah.. (kalau setahun sekali......huhuhu tak boleh nak bayangankan....). Cuma sekarang, saya ada Danial Haqiz Rizqin...,tanggungjawab saya bertambah sekali ganda...tidak mengapa, demi anak saya sanggup pikul tanggungjawab tersebut asalkan saya boleh menjaga dan melihat membesar depan mata saya dan berikan yg terbaik.. mudah-mudahan, urusan saya di permudahkanNYA.

Ini merupakan kali 3, saya dan suami memanjat ke Kementerian Pelajaran, merayu untuk saya bertukar ke Kemaman.. seperti biasa.. bila mendengar negeri yang hendak di tukar.. semua mengeluh.. (KEDAH, TERENGGANU dan KELANTAN). Tahun depan adalah tahun terakhir saya memohon untuk bertukar ke Terengganu.. kerana saya sudah muak dengan alasan yg diberikan oleh pihak kementerian...lagipun harga rumah bukan semakin turun lagi semakin meningkat... ini juga merupakan alasan yg kukuh mengapa saya tidak mahu merayu untuk tahun seterusnya. Sampai bila saya mahu tinggal bersama dengan ibubapa saya... perasaan malu semakin menebal, saya dan suami perlu membeli rumah (kalau sewa kena bayar dkt penyewa.. baik beli bayar dkt bank..akhirnya akan jd milik sendiri) untuk kelesaan kami sekeluarga.

Sampai bila, perlu berulang alik.. dahulu saya tidak kisah, kerana saya seorang sahaja, kini ada Danial Haqiz Rizqin. Segala keutamaan harus diberikan kepada Danial Haqiz... sekarang Danial Haqiz masih kecil, tidak tahu mengapa boleh jumpa dengan Abah sebulan sekali sahaja... Bila Danial Haqiz boleh berkata-kata, bagaimana pula saya mahu menjawab supaya Danial Haqiz faham...erm..

Tahun 2012, merupakan titik penentu... sekiranya gagal pada tahun 2012, abah kena pindah ke KL...kalau ditanya, siapa yang sanggup berjauh dari kampung halaman..apatah lagi tempat dilahirkan, bahasa yg selalu di gunakan, makanan yg selalu dimakan.. demi anak terpaksa.. hurm..Nampak gaya wish list saya yang pertama agak sukar untuk kecapi... hanya keajaiban sahaja yang boleh lakukan............

Wednesday, December 14, 2011

Melatih Danial Haqiz ke Nursery.....

As-salam...

Tinggal lagi 2 minggu +++, utk melangkah ke tahun baru.. ini juga bermakna saya akan mula masuk bekerja. Erm.. rasa berat je hati untuk berpisah dengan Danial Haqiz.., kerana sejak dalam pantang sehingga sekarang belum pernah lagi berpisah selama 7 jam.... berpisah 1 jam kerana hendak membeli barang keperluan Danial Haqiz dah terasa rindu.. apatah lagi 7 jam.. erm..Harapkan saya bekerja sebagai seorang guru, separuh masa.. tapi hakikatnya bukan sebegitu...

Saya memilih untuk menghantar anak saya ke Nursery.. itupun setelah berfikir berkali-kali.., bukan apa takut apa-apa yg tidak diingin berlaku (mintak-mintak di jauhkan)..klu ikutkan hati mahu sahaja mengambil maid.. tp takut jugak kes yg berlaku di kejiranan saya berlaku kepada diri saya.. Maid lari dr rumah.. BERHENTI KERJA, pernah juga terlintas...sapa pula mahu menbayar hutang kereta....

Nak pilih nursey.. bukan mudah.. saya sendiri kena survey hampir 11 buah nursery....., Alhamdulilah.. dpt lah 1 nursery yg memenuhi kehendak saya..itu kehendak saya, belum lagi kehendak Danial Haqiz....kena try n error.. kena ader backup nursery..hurm. Cara saya memilih nursery..

1) Kena tgk sijil pendaftaran nursery..samada berdaftar dengan kebajikan masyarakat (mmg saya kol.. takut kena tipu)

2) Kena tgk sijil latihan kakitangan nursery (mesti dr kebajikan masyarakat)

3)Tahu mengendalian EBM

4) Berapa org bayi yg diambil untuk di asuh..( max 4 org bayi sahaja...)

5) Kebersihan dan tempat jagaan bayi..

6) Bertanya kepada para ibu yg menghantar bayi mereka.. ok x layanan dsb..

7) Bayaran nursery ( yg nie mmg saya tidak kisah, kerana saya mahukan yg terbaik untuk bayi saya)

8) Jarak nursery dr tempat kerja @ rumah ( nursery yg saya pilih mmg jauh dr rumah saya dan tempat kerja.. lebih kurang berada di tengah-tengah sama jarak antara rumah dan tempat kerja)

Selepas pemilihan nursery, saya interview pengasuh yg akan jaga anak saya..bila waktu feeding, bath, tido, pengalaman jg baby berapa lama, pernah ambik kursus CPR ( jgn igt CPR x penting..), klu terlebih masa berapa bayaran akan di caj..

Setelah mendapat maklumat.. saya melatih Danial Haqiz bersesuaian dengan jadual di nursery. Pada saya ini amat penting, kerana mahu Danial Haqiz selesa dan tidak terkejut budaya. Cara saya..

1) Sukat berapa banyak oz yg bayi minum, penting kerana tidak mahu pihak nursery kol ckp x ckup susu.. haru nanti... berapa kali minum dlm sehari @ setengah hari. Bayi saya hanya minum 3 oz utk setiap 1 jam, ini bermakna saya perlu bekalkan 21 oz utk setengah hari bekerja dan 36 oz utk 1 hari penuh...( keperluan susu bg bayi 0-6 bln, adalah tetap dan akan berkurangan apabila makanan pejal di berikan..). Indicator ini juga memudahkan saya utk memastikan stok susu keluar mesti sama dengan stok susu masuk.. tidak boleh negatif

2) Berapa lama yg di ambil utk bayi sedawa..ini penting kerana tidak mahu tersedak susu.. Bayi saya mengambil masa lebih kurang 10 minit.

3) Mengetahui pola tidur bayi... Perkembangan bayi adalah seiring dengan pola tidur.. ini bermakna tidur yg cukup membuatkan bayi kita cerdas dan cergas untuk belajar benda baru.

Monday, December 12, 2011

Breastfeeding... bukanlah semudah A,B,C

As-salam, sudah lama tidak meninggalkan jejak kaki ke blog tercinta, al-maklumla bila cik lappy ke masuk wad akibat dr serangan virus.. hoooohooohooohoho.Tinggal lagi 5 hari lagi untuk menamatkan tahap 1 dalam penyusuan ibu secara exclusif.. mudah-mudahan dapat di tamatkan dengan jayanya...

Danial Haziq Rizqin ( 2bln ++)

Selama 2 bulan 3 minggu 2 hari, saya menyusukan Danial Haqiz, bermacam-macam dugaan yg saya tempuhi...maklumlah zaman moden, ada pelbagai alat untuk menyimpan dan memerah susu ibu.. hendak seribu daya, tak nak seribu dalih... dan yang paling penting tawakal, doa, dan usaha supaya rezeki susu melimpah ruah olehNYA... seperti yg saya katakan, saya bukanlah tergolong dlm kumpulan yg banyak susu.. Alhamdulilah, susu saya cukup untuk bayi saya..Mudah-mudahan cukup sehingga 2 tahun..

Dugaan yg saya tempuhi sepanjang menyusukan Danial Haqiz..

"Asyik menangis je baby nie, nie mesti kes x ckup susu... bagi la minum susu formula, conform kenyang punya"

- Yes... mmg bayi akan kenyang dengan susu formula, bayi menangis tidak semestinya kerana lapar mungkin disebabkan diaper penuh, perut kembung dan sebagainya. Susu ibu mudah di hadam.. bayi mungkin mintak dgn kerap utk disusui...

" Banyaknya simpanan stok susu, conform mesti kering susu ko nanti"

- Yang nie, mmg sakit hati.. inilah gaya org yg hendak bercakap tapi tidak tahu tentang EBM... Stok susu banyak tidak mengapa.. kata org "sediakan payung sebelum hujan", mana nak tahu kena g outstation selama berhari-hari.. sekurang-kurangnya masih ada lagi susu ibu utk di berikan kepada bayi .. baik EBM dr FM. Susu ibu tidak akan kering selagi kita DF baby.. Igt air liur baby adalah rangsangan hormon oxitosin dan proklatin bagi penghasilan susu ibu. Allah itu Maha Agung dan Maha Bijaksana... ( Saya pernah mengepam, selepas pam susukan pula Danial Haqiz.. susu masih lagi ada)

"Ko x campur susu dengan FM ker??, mcm mana nak tinggalkan baby kat nursery"

- Tak perlu campur sekiranya susu mencukupi utk bayi, nursery zaman sekarang sume sokong susu ibu, beside masa nak daftarkan bayi.. boleh tanya cara pengendalian susu ibu. Tidak timbul masalah sekiranya mahu BF sepenuhnya.

"Susahlah breastfeeding baby... ambik masa, 20 minit menyusu x siap-siap lagi, baik bagi susu formula senang..."

- Bf mmg mengambil masa yg agak lama berbanding gunakan FM, puas bila melihat bayi kita kenyang dengan susu ibu, berbanding dengan FM..

dan macam-macam lagi soalan..

Saya pekakkan telinga, dan buat apa yg saya rasa betul...Org hendak menjatuhkan semangat BF mmg ramai, yg menyokong BF mmg kurang...

Kawan-kawan... bagaimana utk menambahkan susu ???, sejak kebelakangan ini, susu semakin kurang.. bila pam hanya dpt 1 oz kadang-kadang 3 titik.. tetap bersyukur kerana bdn saya masih mampu menghasilkan susu... power pumping dh buat.. ( mmg kena kuat semangat bg single pumping, saya hanya dpt lakukan 30 minit bagi setiap breast.. klu double pumping.. mungkin mudah..), air masak dkt berliter-liter minum.. boleh katakan sampai kenyang perut...Danial haqiz mmg kuat menyusu.. kadang-kadang ambik masa 30 - 45 minit utk menyusu.... Help plz..

Sunday, October 30, 2011

EBM....bila saya boleh mulakan??????

Salam....

Semua ibu pasti ingin menyusukan anak secara exclusif...sehingga 2 tahun..saya pun begitu juga...Mmg saya berniat semasa awal kandungan dulu...mudah-mudahan susu yg cukup Danial kerana bknlah tergolong dlm kumpulan ibu-ibu yg mempunyai susu yg banyak.. mahu taknya..semasa awal pantang terpaksa guna susu FM.. minggu ke-2 campur BM dgn FM..hujung pantang br blh BM.. no FM..

Saya bercuti selama 3 bln.. Ya, mmg masa yg panjang.. x perlu untuk membuat EBM.boleh bg DF kpd Danial selama 3 bln.. bila saya mula membuat EBM..ramai yg tegur saya.. termasuk la si suami..soalan yg selalu di tanya ..(nasibla my parents bg sokongan pd saya..)

a) Kenapa hendak buat EBM..bukannya kerja minggu depan, klu uat pun.. bkn akan guna pun.. mmg la bertahan sampai 3 bln.. tp susu dh xde khasiat.. balik2 kena guna jugak FM..

b) Xyah pam.. org yg pam susu nie, jenis yg xde susu..nie dh ada susu, uat apa nak pam ??

c)Nak pam boleh.. pam pagi.. bg kat baby tengahari..., xyah pam hari2

Dan bermacam-macam lagi soalan yg menyakitkan hati....Setiap kali selepas susukan Danial, saya akan pam biar la dpt 3-5 titik susu, sekurangnya saya stimuli supaya bdn saya menghasilkan susu yg banyak..(anak lelaki mmg kuat menyusu..sekali minum mesti 4-5oz..).The more demand the more supply...right..

Saya jugak terbaca, ramai ibu yg sudah mulakan membuat EBM semasa hari ke-4 dlm pantang... Saya mmg x boleh nak mulakan membuat EBM pada hari ke-4, sbb susu belum lagi terhasil.. Dalam org sekeliling bersoal n no support sbb percaya susu EBM "xde khasiat klu simpan lama" n so on.. saya berjaya jugak kumpul 20 0z,, itu pun secara diam2..., mmmg x cukup, tp sekurang-kurang ada dr tiada langsung..

Kawan2..ADAKAH TERLALU AWAL UTK SAYA MEMULAKAN STOK EBM, KERANA SAYA MULA BEKERJA AWAL TAHUN HADAPAN???

Wednesday, October 26, 2011

Pantang..Oh..Pantang...

Hari ini masuk hari ke -39 ... x sabar nak habiskan pantang..banyak benda nak buat....My confiment...well, x la bosan sgt....sbb nak kata berpantang sgt x jugak.. sbb x rasa saya nie berpantang..

Minggu pertama..

Baby kena jaundis... mmg kerja ulang alik dr rumah ke klinik kesihatan.. setiap hari okeh.. kira berjalan je.. tp langkah x leh besar.. kena jadi cam wanita jepun tradisional.. jalan perlahan jer.. klu lawan ngan siput.. agak-agak siput leh menang kot .. hahahahah. Nasib baik la, jaundis baby menurun masa cuti husband 1 minggu hampir nak tamat.. klu x, x taw la cane.. btw, saya x berpantang di rumah sendiri tp di rumah mertua.. segan la nak mintak tolong SIL & BIL sbb dh banyak dh SIL & BIL sebelum bersalin..

Minggu ini la jugak... terlalu banyak dugaan.. cik B bengkak tp susu x nak keluar...Ya Allah, nak angkat tangan pun x leh... air mata mmg meleleh... masa mengurut boleh tukang urut ckp.. klu x keluar jugak dlm masa 3 hari x kuar jugak susu.. nanti kering susu...masa nie mmg sangat sedih..mmg bergantung sepenuhnya FM..(hajat dlm hati nak BF, tp susu plak xnak keluar ..saluran tersumbat).Doc ngan misi paksa suh bagi susu bdn.. bila bg baby ngamuk sbb susu x keluar.. nak turunkan jaundis..saya campurkan FM dgn susu kambing (fresh ) , kadang bg air dr buah anggur hitam.. Alhamdulilah.., bacaan jaundis menurun..Masa, segala benda panas, halia, lada hitam, ubat kecut peranakkan mmg saya x ambik langsung..sbb takut baby panas nanti bacaan jaundis meningkat


Pasal cik B bengkak plak.. cam2 saya buat, tuam dengan tuala suam, bertungku (tungku tradisional dan elektrik).. org lain tungku kat perut saya plak kat cik B.. terpaksa untuk hilangkan rasa sakit.. bila pam, keluar x sampai 1 oz.. lebih kurang 5 titik... bila kuar, lega sikit.... Saya gunakan petua org tua-tua... urut guna sikat.. saya sikat la cik B.. dr xnak keluar susu.. Alhamdudlilah keluar susu.. dpt la 4 oz ( itu hanya sekali sehaja...) masa nie lega sgt.. sbb stok susu yg terkumpul dlm cik B keluar...


Minggu ke-2... masih lagi kena campur dengan FM, susu saya hanya keluar sikit sahaja.. lebih kurang 1 oz.. baby consume 2 @ 3 oz...terpaksa, nak kata x makan.. makan, benda yg berkhasiat.. menu pg ..laksam n kuih bakar, tgh hari nasi putih, sup sayur, ikan panggang.., minum petang. roti ngan air horliks, mlm dh x leh nak mkn kenyang yg amat..., tp still susu x banyak... mungkin saya jenis susu x banyak.. tp di sbbkan saya jenis suka pam.. kadang dpt la 2 oz.. bila dpt 2 oz. happy sgt2 coz no FM..

Minggu ke 3 & 4.. Alhamdulilah, susu dh banyak.. tp FM still guna lagi, utk pukul 4 pagi... masa 4 pagi nie, mmg ngatuk yg amat sgt lagipun susu bdn dh berkurangan ( cane x kurang pkl 2pg...susu, 3pg susu..)..boleh di katakan dr kul 4 pg sampai kul 7 pg mata baby bulat jer xnak tido.. klu tido..Alhamdulilah.. 1 jam jadi la nak lelapkan mata...Minggu nie, dh leh mkn ayam goreng.. huhuhu tp sikit jer, utk rasa..( MIL ckp, anak sulong nie semua benda kena merasa...).


Minggu ke-4, balik KL.. yeay..balik rumah, rindu kat katil .. hahahah. masa nie saya dh mkn MCD.. heheheh, teringin yg amat sgt.. lagipun sebelum bersalin mmg nak mkn MCD tp x kesampaian... huhu, so kira episod membalas dendam.. hahahah.

Minggu ke -5.. kena deman panas.. nasib baik la x bentan..klu x, x taw la.....

Skrang dh sihat.. menunggu masa utk merdeka sahaja..eheheheheh, x sabar nak drive kete.. dh 2 bulan x pegang streng kete...harap2 leh drive cam biasa.. huuhu

Monday, October 17, 2011

Detik-detik kelahiran Danial Haziq Rizqin

Hari ini genap sebulan umur anakanda.. bermakna sudah 30 hari umi berpantang..bersawang jugak blog nie.. huhuu..ok, x mau citer panjang.. update story....

16/9/2011

Malam 15/9/2011 dh rasa semacam jer... sakit belakang kejap-kejap.. ML cakap klu sakit nak bersalin.. sakit yg xkan surut.. sakit sentiasa.. ok, so false alarm.. tido je la.. tp sebenarnya x leh nak tido.. sakit nie cam main-main.. setiap 10 minit datang.. lepas 2 setiap 30 minit ... nak tido pun susah.. Tepat pada pukul 1 pagi.. gerak husband dengan mata berair.. sakit sgt2.. plus x leh tido.. husband suh jugak tido.. cuba la tido tp x leh.. last2 menangis.. husband tanya sakit cane.. sakit yg x leh nak cakap..( x taw nak citer cane..) cam nak patah jer pinggang.. husband bangun terus g Hospital Besar...

1.30 pg

Masa nie mmg x leh nak duduk.. bila duduk sakit yg amat sgt.. nak berjalan jer... atau berdiri.. mata nie dh ngatuk tp sakit yg amat sgt.. bulat je mata tahan ngatuk...Doc nak uat VE.. bila dgr VE.. dh taubat xnak uat VE. sakit lg VE dr sakit pinggang nie... Masa nak uat VE.. dh turun tanda.. lendir yg bercampur dengan darah.. doc check, VL br langsung x bukak lagi.. kena tahan wad..

2 pg

Nurse check heart beat baby.. ( Ya ALLAH, hanya ALLAH je yg tahu betapa sakit nya pinggang.., contraction makin laju.. tp VL masih lagi 0 cm...) nak tido mmg x leh tido, husband suh makan ubat hemopati supaya VL bukak cpt-cpt.. dkt sebotol makan.. tp VL 0 cm.. contraction makin kencang...masa nie org lain tido lena.. wanie ke hulu ke hilir sbb sakit sgt2.. hoping the gravity will make the VL open faster.. tp x jugak..

10 pg

Husband dtg melawat.. masa nie menangis.. ( peduli apa nurse n doc nak ckp apa.. mmg sakit pinggang yg amat sgt...) mintak husband tolong urut.. makan pagi.. tong sampah yg tolong makan.. sbb mmg dh xder selera nak makan.. sakit sgt woo..Husband gosok la kat pinggang.. boleh la tido kejap ( masa nie nak jer ader tukang urut kat pinggang.. sbb sakit sgt2..). Doc bagi ubat tahan sakit suh tido... alhamdulilah dengan bantuan ubat tahan sakit boleh la tido lena.. walaupun x berapa lena... yg penting boleh rehat

6 ptg

VL br je bukak 3 cm.. huhuhu, masa 3 cm nie.. yg ampun bergegar katil.. menahan sakit.. nak g tandas nak mandi pun dh x boleh ..( pintu tandas hampir tercabut menahan sakit...). Mandi jgk tp mandi kerbau.. pas mandi husband paksa makan nasi..makan 2 sudu jer pastu xnak dh...

7 mlm

Makcik dtg melawat.. bawak telur ayam kampung yg mentah.. suh telan sambil baca ayat selusuh.. mkn je la.. takut bersalin malam nie.. karang xder tenaga nak push... pas makan berjalan la saya ke hulu ke hilir..nurse uat VE.. dh 5 cm.. Yes, akhirnya ke LABOR ROOM..

8 mlm

My parents dtg bawak air akar kacip fatimah.. minum la segelas sebelum g LABOR ROOM.Masa nie senyum sbb nak cpt2 lahirkan baby... huhuhuh

8.30 mlm

Masa masuk LABOR ROOM.. perasaan bercampur baur.. air mata mengalir sbb takut.. kebetulan masa nie bilik dlm LABOR ROOM penuh.. so kena bersalin kat bilik persediaan..which mean.. husband not allow to come in.. mmg bersendirian di dalam bilik nie.. tirai sebelah ader kakak nie bersalin.. tp baby meninggal sbb lemas.. ( cuak yg amat sgt.. ). Doc check VL dr 5 cm , jd 4 cm.. sbb saya takut wht if the same thing happen to me.. masa nie asyik mengucap jer.. ayat selusuh dh lupe..

9 mlm

Doc pecahkan air ketuban then masukkan ubat utk percepatkan contraction + pain killer.. ( masa nie leh tido kejap-kejap.. bila dtg contraction.. bergoncang besi tepi katil.. bila dh kurang.. boleh tido..

12 mlm

Dh terasa cam nak membuang air besar.. masa nie boleh lagi panggil nurse.. ckp saya nak g toilet.. ada benda nak keluar.. nurse suh teran cam nak sembelit.. saya boleh tanya nurse sembelit 2 cane... ( saya jarang sgt kena sembelit.. so mmg x ingat sembelit 2 cane..).. nurse ajar cara nak push n citer la segala benda.. yg saya plak.. tanya nurse bila leh nak push nie.. ada benda nak keluar dh nie..

Akhirnya.. 12.32 pg, saya selamat melahirkan pertama hati saya dengan berat 2.86 kg.Oh ya nama baby bukan saya yg pilih.. tp abahnya yg pilih...Buat masa nie, saya serik utk bersalin lagi sbb masih lagi teringat akan detik-detik kelahiran Danial Haziq Rizqin.. maybe after 2 year br nak mengandung.. tp klu dh rezeki terima sahaja..

Tuesday, September 13, 2011

Warded again...........

Lama sungguh saya menyepi.. blog pun tidak ter-update gara-gara kena warded lagi sekali.. kali bukan sbb deman ... tp disebabkan benda lain...

11/9/2011....

Sehari selepas hari jadi saya dan juga merupakan tarikh sampai bila-bila tidak akan luput dr ingatan saya... Hari ini merupakan hari membuat regular check -up di klinik desa utk 38 minggu +++ ...Tekanan darah tiada masalah, kepala baby sudah masuk dlm tulang pelvic,denyutan jantung baby normal... pergerakkan baby aktif (segala yg berkaitan dengan baby ..Alhamdulilah.. tiada masalah..) cuma berat badan turun mendadak, 2 kg... hari itu jugak di rujuk ke Klinik Ibu dan Anak..

Org tua-tua akan ckp, tanda-tanda untuk bersalin.. berat turun, senbam di kaki sudah tiada... bila di rujuk dan di check oleh Doktor di Klinik Ibu dan Anak... kemungkinan besar air ketuban saya sudah bocor.. sbb saya sendiri terasa air suam di V. Hari itu jugak.. saya kena masuk wad di Hospital Besar Kuala Terengganu. Masa register untuk masuk wad di hospital.. doc tanya kepada saya.. ada sakit pinggang, sakit belakang, keluar lendir.. secar jujur mmg saya langsung tidak rasa sakit langsung.. just cram kaki jer.. doc uat VE... (sapa yg dh uat VE, taw la cane VE 2 rasa.....)

12/9/2011

Bermula la mimpi ngeri saya, apabila di tempatkan di wad bersalin (sebelum dan selepas bersalin)... dlm wad nie cam-cam ragam ader.... takut woooo..takut sgt2 sampai baby tak mengeras langsung, xde tendangan padu....sampaikan saya leh tido mengiring ke kanan dan ke kiri.. biasanya 1 posisi jer...mengiring ke kanan. Cane saya x takut.. katil sebelah saya, Pn. A br sahaja 36 minggu sudah dipaksa bersalin kerana komplikasi iaitu air ketuban tidak mencukup.. 3 kali masuk ubat induce...3 kali uat VE tp langsung tak sakit ...kesian sgt bila tgk die menangis selepas uat VE... (bila tgk org , tgk diri sendiri pula..). Itu br cerita Pn. A, belum lagi B dan C.Tekanan darah saya.. turun naik sbb takut... Part yg paling best, air ketuban saya dh stop leaking.... takut punya pasal...but still dlm pemantauan doc...

Bila tgk baby cute.. rasa nak cepat bersalin.. bila kena uat VE.. klu boleh saya nak lari dr wad.. tp pintu asyik kunci.. x leh nak keluar, pelawat je leh masuk, pesakit kena duk dlm... kira cam penjara.. doc bagi ubat takut jangkitan sbb air ketuban saya stop leaking... (saya takut.. baby pun takut....).

13/9/2011

Doc akan uat VE keatas diri saya.. utk pastikan air ketuban saya x bocor dan scan utk pastikan air ketuban banyak lagi... ( benci betul bila kena uat VE.. xsuka, sbb x sakit tp kena check.. klu sakit then nak check .. xkisah sbb asyik igt sakit jer...). Petang itu jugak saya leh discharge... senyum sampai ke telinga... lega sgt2... x perlu melalui pengalaman yg ngeri... lebih baik x taw dr taw...

p/s : klu boleh saya nak sakit bersalin yg betul2 sakit... br nak g hospital.. saya x mau kuar tanda br nak g hospital.. sbb saya dh takut bila teringat pengalaman tersebut...baby, klu nak keluar biar sakit teruk-teruk.. terus masuk labour room... x sangup nak duk dlm wad.. melainkan klu lewat dr tarikh EDD...terpaksa la kita masuk lagi sekali... kawan-kawan doakan saya ye...


Wednesday, September 7, 2011

Mommies.. beware........

Salam....

Ramai masih lagi dlm mood Raya...saya plak bukan dlm mood raya... tp mood menanti kelahiran si kenik nie... Klu nak citer pasal raya mmg x kan habis... .. bila bukak topik raya mesti berkaitan dengan BERAT BADAN...

Tahniah pada mommies yg berat x naik semasa raya... yg naik, xpe nanti akan turun, kerana badan dlm proses untuk menyesuaikan ... masa puasa makan 2 kali sehari , kadang sekali sehari je... lepas raya 3 kali sehari...

Cerita saya.. berat badan saya naik mendadak dan turun mendadak... setiap hari kena laporkan diri di KK.. untuk mengambil tekanan darah... Klu tekanan darah rendah @ tinggi sangat akan dipaksa bersalin awal...( yg nie mmg x suka main paksa-paksa...). Boleh dikatakan selang sehari kena melaporkan diri di KK

Hari nie, tekanan darah saya normal...xder masalah..., cuma masalah berat badan ...misi kat KK takut saya terkena SAWAN semasa mengadung kerana saya mengandung anak sulong....( x suka la misi ckp benda pelik-pelik... dh la saya nie menghitung hari...)

Tanda-tanda klu terkena SAWAN

1) Pening kepala yg teramat sgt ..(Alhamdulilah xder lagi)
2) Muntah ( klu mkn banyak mmg muntah....)
3) Pedih ulu hati ( klu dh gasterik mmg akan pedih ulu hati... tp sejak pregnant mmg xder sbb makan ikut masa)
4) mata silau atau kabur...( saya mmg pakai cermin mata...klu kabur mybe power dh xcukup) .

Klu ada 1 dari siptom nie, segera ke HOSPITAL.. untuk di paksa bersalin, kerana takut ibu dan baby akan maut atau salah seorang....( mintak-mintak jauhkan....lagi uat saya takut, dh la saya nie jauh dr husband n my parents..)

Berat badan... cane nak turunkan.. nak kurangkan pun susah sbb last stage of pregnancy mmg lapar... asyik nak menguyah cam awal-awal mengandung dulu.. cuma x kunyah kuih raya, just kekacang ..sumber protein. Cayo wanie.. cayo, kena berpuasa supaya berat turun kepada normal... bila turun hoping jgn la mendadak... takut wooo..

Sunday, September 4, 2011

Rezeki anak.. mudah - mudahan.....

Tahun nie.. terlalu banyak peristiwa bersejarah berlaku dalam hidup saya, dari seorang isteri kepada seorang ibu... dengan membawa ihsan yg berguna kepada agama, ibubapa dan negara (InsyaALLAH.. mudah-mudahan impian setiap wanita yang bergelar ibu akan tercapai)

Tahun nie.. saya amat mengharapkan pertukaran saya diluluskan bagi tahun 2012 , walaupun pernah kecundang pada JUN/2011.. namun masih lagi menyimpan sedikit harap.. walaupun tipis peluangnya.. namun masih lagi mengharap demi masa depan anak...saya tidak rela anak saya membesar tanpa kasih sayang seorang ayah.. lain bila suami ada di depan mata, dan sama-sama melihat pembesaran anak.. anak mudah mengenali siapa ayahnya, siapa dirinya.. klu si anak tinggal bersama dengan si ibu, mana si ayah jauh di perantau... jumpe hanya sebulan sekali.. takut jugak si anak tidak mengenali si ayah...bukan tugas yg mudah untuk membesarkan seorang anak seorang diri .. memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi.. kerana kita adalah ibu dan kita la jugak ayah...

Bila tengok statik pertukaran guru... yg hendak masuk ke terengganu hanpir beratus, yang hendak keluar hanya lah puluhan sahaja... itu belum lagi melihat keperluan guru.. Terengganu memerlukan guru ERT manakala saya pula guru SAINS.. jurusan KIMIA/ BIO... ( jauh benar kelulusan saya untuk memenuhi keperluan guru di Terengganu. Bulan 9 juga saya akan naik pangkat dr isteri kepada ibu...

Mudah-mudahan.. rezeki menyebelahi diri mu , wahai anakku..setiap insan yg lahir di dunia nie telah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya...mudah-mudahnya.. tuah ayam di kakinya, tuah manusia siapa yg tahu...

37 week +++

Salam.....

Ramai perantauan sudah pulang ke ibu kota.. saya pula, masih lagi di kampung.. menanti si kecik untuk di lahirkan... bukan tidak mahu pulang ke kota, atas sbb kesihatan diri yang tidak begitu mengizinkan... sudah sarat.. ( takut terberanak dlm kete plak...)hanya menunggu tanda-tanda untuk melahirkan si kecik ke dunia yang indah nie... (baby cepat la kuar, cepat la.. x mau temankan umi ke... cian kat umi, sowang-sowang je.....). Nampak sgt x sabar-sabar... cuba ckp, ibu mana yg leh bersabar... bila dh taw kandungan sudah matang dan tunggu masa nak bersalin jer....(mulut senang je ckp.. sabar-sabar, dlm hati hari-hari berdoa, cpt la kuar wahai anakku...

Hari ini, merupakan kali pertama check up di Klinik Desa Kuala Ibai, untuk rekod memudahkan misi dtg ke rumah lepas bersalin nanti... sepatutnya minggu lepas, tp apa nak buat... lain tempat lain pula masa untuk check up ibu bersalin... hampir 2 minggu x check up.. alhamdulilah semua selamat... ( baby yg penting... ibunya belakang kira...). Raya punya pasal...(nak jugak salahkan raya....padahal bukan makan banyak pun.. minum air banyak-banyak adala, sbb di KT musim panas.. klu kurang minum air.. siapla deman... ) dengan jayanya berat badan naik 2.5 KG... huhuhuhu naik mendadak dlm masa 2 minggu..

Kebiasaanya, klu dh nak dekat bersalin, berat badan mesti turun... at least 1 KG... lg best 2 KG..dlm hal saya plak naik 2.5 KG... erm, kena kurangakan berat badan.. dan esok kena g Klinik Ibu dan Anak... kerana pertambahan berat badan yang mendadak mungkin akan menyebabkan risiko tekanan darah meningkat...erm, nie yg takut.. kejap tekanan rendah sgt... pastu normal... pastu tinggi... ( mintak-mintak jauhkan la...)

Kaki dh sembam cam gajah... seriously, saya malu nak pakai sandal atau selipar jepun.. sbb saiz sandal xder yg besar.. selipar jepun.. alahai saiz 12...dah x taw nak uat cane.. leh nampak urat-urat kecil merah dh timbul... harap jgn pecah.. klu x, cane nak pakai heel nak g kerja nanti... x comel nanti...

Thursday, September 1, 2011

Raya Kedua - Beraya di rumah harharun "tales about white lace and tiara"





Raya tahun.. mmg sepenuhnya beraya di KG husband.. nak raya di KG sendiri.. erm, x sanggup sbb saya org kelantan.. nak masuk Kelantan dr Terengganu.. masa perjalanan 4 jam boleh jadi 6 jam kerana sesak di jalan raya.. klu sesak dan kereta bergerak tidak xpe.. klu x bergerak.. abis kebas punggung saya di buatnya...Tahun depan boleh beraya di KG sendiri.... boleh raya sakan..

Raya ke-2, alhamdulilah rezeki menyebelahi saya.... boleh juga beraya di rumah teman-teman, tahun lepas.. mmg x sempat nak beraya di rumah kawan.. sbb nak kenal sanak saudara belah husband ( tahun pertama beraya sebagai isteri)....

Hari Pertama - The worst ever happen to me......

Salam...

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin...

Mesti seronok bila boleh beraya dengan keluarga, suami dan anak-anak tercinta... berkunjung ke rumah sedara mara... makan ketupat, lemang, kuih raya dan segala macam....

Raya pertama saya...

Silap timing sbb saya jatuh sakit di petang raya... deman, batuk dan selsema untuk kali ke -4... x best ok, org lain boleh pergi berjalan-jalan, saya plak beraya atas katil sahaja. Lewat petang baru saya larat, itu pun nafas dah naik turun.... nak x nak, terpaksa mencari KLINIK untuk mendapatkan rawatan....

Kampung... mana sama dengan bandar..., klu kat bandar konfem mesti ada KLINIK yang buka..ini TUTUP..... so terpaksa la pergi ke HOSPITAL BESAR KUALA TERENGGANU.. pergi pukul 2 .. kena tunggu 2 jam, baru dapat rawatan.. dan akhir kena TAHAN DALAM WAD, sbb suspected kena VIRUS H1N1....(maybe.. sbb 4 kali deman...tp xtaw plak kat mana saya g cari penyakit ini)

Bermula la mimpi ngeri....duduk wad.. X BEST LANGSUNG, Y.. kerana tiada layanan...bukan saya nak minta layanan FIRST CLASS n so on... saya tahu saya bukanlah anak org ternama begitu juga dengan suami...

Kronologi cerita...

4 pm = Daftar diri masuk wad, duduk klas 3 walaupun layak klas 1 disebabkan katil penuh ( x kisah la.. yg penting nak rawatan). Nurse ambil BP ( Tekanan darah 117/90), 30 minit kemudian doc datang check pernafasan..

5 pm = Husband balik umah untuk ambik baju dan sebagainya...Doc check tekak dan tanya bila deman n so on... ( bila nak bagi ubat nie) dan saya terus tido

7 pm = Makanan malam dh sampai. Husband letak beg baju, tunggu saya makan dan balik solat maghrib .. pas maghrib dtg tunggu saya.

7.30 pm = Solat maghrib, deman dh kebah dengan sendiri... selsema dh masih ada, batuk ader lagi...msg husband ubat x bagi lagi... husband suh g tanya nurse napa x dpt ubat ( FIY.. katil lain semua dh dapat rawatan, dh pt ubat.. saya x dpt apa...)

8.00 pm = Tanya nurse napa x dpt ubat.., nurse check fail, ckp kul 10 pm hanya di beri PARACETAMOL a.k.a PANADOL...

Boleh x bayangan dr kul 2 pm dr kul 8 pm langsung x dpt medication... kul 10 pm br dpt medication...

Saya kol husband, ckp nak DISCHARGE mlm nie jugak... klu takat dpt panadol baik saya g beli kat farmasi... saya igt dpt la ubat selsema, batuk.. or at least masuk air ke... nama pun deman sbb kurang air dlm badan...

10 pm.. after dpt panadol, husband g la berbincang dengan doc..., last2 dpt discharge... masa nak discharge br dpt ANTIBIOTIK, PARACETAMOL dan UBAT KUMUR... hangin satu badan.. masa duk wad x mau bagi.. bila nak kuar baru la sibuk nak bagi ubat...


To momy to be... PLZ ASK UR DOC TO GIVE A BASIC DRUG, FOR FUTURE USE... sbb kita mmg x taw bila kita perlukan... jgn jadi cam saya sudah la... lupe nk mintak masa g check kat KK kat KL dan lagi 1 pastikan ada YAKULT or VITAGEN dlm peti sejuk anda.. sbb penting untuk membina ketahanan badan...

Tuesday, August 23, 2011

Menghitung hari.......yipppy, selamat tinggal KL...

Salam...

( Sambil menaip, sambil makan tart blueberry... dh membuat perasmian dh.. ehehheh)

Tinggal lagi beberapa hari lagi nak raya.. yippy, I like..I like.. I like.. ahhahahahah, mana x nyer bermula hari Khamis dan Jumaat.... jalan raya dh lenggang... x perlu la mengadap kesesakan jalan raya ..( waktu pagi je best), waktu petang plak terpaksa mengadap kesesakan jalan raya yg maha hebat kerana warga perantau ..orang PANTAI TIMUR akan pulang ke kampung halaman (al-maklum la tempat kerja dekat sangat dengan MRR2)...

Tahun nie, kali ke-2 beraya di TERGGANU, kampung husband... nak balik kampung sendiri, kena tunggu parent balik kampung dulu. Tidak kisah la, yang penting saya boleh balik beraya asalkan jangan beraya di KL. Saya anak perantauan , klu x leh balik kg, sewdih sangat-sangat.

Tema hari raya tahun nie... WARNA HIJAU PUCUK PISANG.., bukan saya yg pilih, tp hubby yg pilih, sbb dlm kepala mood raya tidak begitu "menyerlah" tetapi lebih kepada mood nak rehat-rehat, nak mkn-mkn dan mood nak bersalin ( nampak sgt x penyabar ..hahahahhaah, padahal dlm hati berdebar-debar). Boleh di katakan persiapan hari raya 100% untuk baby ( untungnya kamu nak oii..)..Alhamdulilah, boleh dikatakan hampir siap, cuma yg xder lagi TILAM KEKABU.. yg nie akan di rembat di KT nanti. Untuk diri sendiri, just beli BLOUSE je..., kira BLOUSE untuk bersalin la jugak...NO NEW HANDBEG, NO NEW SANDAL, NO NEW TUDUNG...

Kuih raya, kuih tunjuk jer..., hendak membuat kuih raya dh x larat, bila duk bersila, erm, kena mintak tolong org untuk angkat.. bahagian bum-bum berat sgt.. xleh nak tampung berat untuk dua org....yag pelik, klu ader org ajak g window shopping... jalan 3 jam pun xpe... asalkan jangan duduk dh.. bila dh duduk.. mmg susah nak bangun..( kadang-kadang terasa cam nenek...)

Hari Jumaat, I'm 36 weeks, bila-bila masa je baby nak keluar, x kisah la.. saya nak jugak balik KG.. nak jugak beraya di KG.. Sekarang nie, menghitung hari untuk pulang ke KG.. husband akan datang ambik saya ... sama-sama mengalami kesesakkan jalan raya, tp untung lagi saya just jadi "mem besar jer..." bukan boleh drive pun.. ehehehhe

Saya ingin memohon ampun dan maaf, sekiranya saya terkasar bahasa, mengganggu kawan-kawan dan sebagainya. Selmat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Kepada rakan-rakan yg pulang ke KAMPUNG, berhati-hati di jalan raya, semoga selamat sampai dan selamat pulang.

Monday, August 22, 2011

Di serang deman, selsema dan batuk lagi

Dalam bulan Ramadhan... 2 kali saya di serang DEMAN, SELSEMA dan BATUK.... awal Ramadhan dan akhir Ramadhan... dengan jayanya... x dapat duit raya.. wah..wah..wah..wah.. sebab tinggal sehari kerana mengalami masalah pernafasan... hampir nak lelah di buatnya.... Tak suka betul bila mendapt penyakit 3 serangkai ini, ada jugak nasib baik, klu kena sakit tekak... mak aii... x kuar sore la saya.... kerja saya mmg memerlukan sore yg pelbagai tone.. jgn igt penyakit jer kena ada tone.. cikgu pun kena ader tone.

Awal Ramadhan.. saya masih lagi boleh berpuasa.. mmg x larat tp masih boleh bertahan lagi kerana batuk yg saya alami batuk jenis yg berkahak.. mmg x selesa, toilet dan tisu mmg jadi best friend...nie gara-gara sugar glider... ( anti betul dengan binatang yg berbulu lebih-lebih lagi time pregnant). Antibodi yang di hasilkan akan di kongsi dengan baby... Masa g jumpe doc, doc mmg x bagi antibodi takut baby x aktif... (yg nie lagi takut ... baik baby aktif 24 jam pun x pe.. dr x aktif)

Akhir Ramadhan.... mengalami deman, selsema yg maha hebat dan batuk adalah batuk kering... Masa batuk... mmg sakit bahagian perut... ( lebih baik batuk berkahak dari batuk kering..).. sakit cam perut kena lenyek... setiap kali batuk mengalami sesak nafas. Pergi la jumpe doc... virus dh imun dengan antibodi yg badan hasilkan.. so nak xnk doc bagi antibodi...( kena sembuh sebelum bersalin... klu tidak sakit plak luka kat bawah 2... x sanggup kena jahit 2 kali klu terbuka...). Doc bagi antibiotik....kena makan 4 kali sehari.. ( mmg x cukup 4 kali klu berpuasa...). Cuba berpuasa, tp akhir tertewas kerana mengalami sesak nafas setiap kali batuk....sedih taw, sbb bila lagi leh berpuasa penuh.

Xpe la, yg penting saya x sesak nafas.. isau jugak klu tetiba pitam....erm, harap-harap lepas nie saya x deman, batuk, selsema and so on....


Saturday, August 20, 2011

35 week +++++

Salam....

Tinggal lagi 10 hari lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Syawal... tidak perlu bercerita tentang persiapan Hari Raya.. saya pasti kawan-kawan sudah membuat check list apa yg perlu dibeli untuk persiapan Hari Raya..

Minggu ini, adalah merupakan check up bagi 35 minggu... erm, cam biasa ambik darah, ambik berat , check tekanan darah n so on.. Berat badan saya maintain.. x naik x turun.. ( misi dh membebel... la nak uat cane, saya puasa waktu sahur jd mat salleh, nasi x makan.. makan klu ader mood.. biasa biskut kering ngan air milo, air masak 1 litter mmg habis.. dahaga yg amat sgt...waktu berbuka, makan nasi 1 senduk jer, x leh nak makan banyak.. nanti muntah.. ).

Tekanan darah normal.. 100/6o, HB erm... turun, sekali jer naik pastu turun.. erm, x kisah la, yg penting baby sihat.. dh syukur sangat2. Masa check perut... kepala baby dh masuk "highway" cuma x sampai "tol lagi".Misi ckp, cepat betul baby masuk highway... Yg nie mmg saya cuak sgt-sgt, sbb 1 barang pun saya x pack lagi sbb igt lambat lagi baby nak kuar.. rupa-rupanya baby lagi excited nak tengok dunia....

No wonder, saya dh mula sakit kat bahagian bawah, cara jalan pun dh buruk hokeh... malu sgt2 bila nak jalan-jalan, sbb kena jalan mengekang... kadang-kadang kepit-kepit sbb dh rasa cam ader benda nak jatuh ( mungkin di sebabkan minyak selusuh kot.. minyak selusuh nie saya x minum.. just sapu dr pusat sampai la ke bawah sambil berdoa supaya mudah bersalin..., 2 baru sapu.. klu minum 1 sudu.. saya rasa baby akan jumpe cepat jumpa "tol" kot)

Tido malam, masih lagi lena... cuma kerap bangun mlm untuk membuang air...... kepala baby dh mula menekan urine bladder. Sakit pinggang... belum lagi rasa...cuma rasa sakit yg berulang-ulang kat bawah ader la... kadang-kadang 10 minit berselang-selang.. (mild pain). Tiada tanda untuk bersalin lagi... cuma malam td, br terasa pinggang berdenyut-denyut cam nak patah jer....ada la 10 minit berulang-ulang...sampai kuar air mata menahan sakit...false alarm I guess.....

p/s : baby.. kita raya dulu ye, kita mkn kuih tart nenas dulu ye....

Tuesday, August 16, 2011

Jamu vs herba???????

Salam...

Hari ini masuk hari ke-16, kita semua berpuasa..... saya masih lagi gigih lagi menjalani ibadah puasa pada tahun ini...(xder lagi lobang-lobang...) InsyaALLAH akan berpuasa penuh pada tahun ini.. dengan izin dariNYA. Persedian untuk bersalin... erm.... masih belum lagi prepare apa-apa lagi, beg untuk ke hospital x kemas lagi... haahahhahahah, barang-barang dh siap cuma belum lagi isi dalam beg.. kerana sekarang tengah sibuk untuk menyiap kerja-kerja sebelum bercuti panjang....

Saya pasti... ramai ibu yg mengandung di luar sana sudah mula mengukur saiz badan dan target lepas bersalin hendak kembali kepada asal.. klu boleh hendak menjadi lagi kurus dari asal..( yg nie sgt sesuai dengan diri saya.. kerana saya TAK PERNAH KURUS... teringin juga hendak KURUS...). Ada yg sudah membeli set bersalin dan sebagainya.... untuk memulakan misi MENGURUSKAN BADAN selepas bersalin..

Apa beza JAMU dan HERBA ????. Rata-rata saya membaca blog atau bertanya di kedai-kedai yang menjual set bersalin, mengatakan JAMU adalah JAMU.. HERBA adalah HERBA....(ok.. part nie mmg confius... lain yg ditanya lain plak yang di jawab..). Ada setengah penjual mengatakan JAMU boleh memanaskan badan tetapi tidak elok untuk bayi yg sedang menyusu kerana boleh membuatkan cirit-birit... manakala HERBA boleh memanaskan badan tetapi tidak sepanas JAMU dan elok untuk bayi... Yang ini lagi la, saya tak pasti...samada betul atau tidak...sebab saya sendiri mmg tiada pengalaman ... bila di ajukan hal ini kepada my mom.. my mom xleh nak jawab...

Bila di google.. JAMU adalah terdiri daripada tumbuhan herba yang di adun mengikut nisbah yg betul.. contoh MANJAKANI..( apa kegunaan manjakani .. mmg saya tak tahu langsung ini pun baru pertama kali dengar.....). HERBA pula terdiri daripada tumbuhan tetapi tidak diadun dan di makan dalam kuantiti yang sedikit cth Ibu kunyit....

Waktu berpantang adalah waktu yang paling sesuai untuk menurunkan berat badan kembali kepada asal kerana pada waktu itu badan kita lembut dan mudah untuk memecahkan lemak-lemak degil terutama di zon perut dan kebawah.. (yg ini mmg selalu dgr org tua-tua even MIL dok berulang kali pesan kepada saya). Hasil experiment akan saya kongsi nanti.. heheheh

Ada sesiapa yg boleh berkongsi maklumat tentang HERBA atau JAMU ???

Monday, August 8, 2011

33 week+++

Salam...

Pejam celik, pejam celik....sudah hampir seminggu umat Islam berpuasa. Alhamdulilah... masih lagi diberi kekuatan untuk berpuasa selama seminggu.....(bagus baby nie.. kecik-kecik dh puasa penuh....) setakat nie tahap kesihatan belum pulih lagi... masih lagi mengalami selsema dan batuk.. InsyaALLAH dalam masa beberapa hari lagi akan sembuh.. mudah-mudahan dengan izin dariNYA.

Pergerakkan baby makin lama makin aktif.... sakit juga bila kena boxing dengan si kecik nie, xkira siang atau malam.... waktu siang selepas berbuka mula boxing tp masih lagi uat x endah...( kejam sungguh.. anak tendang suh belai tp mak nyer sibuk nak berbuka hahahahah) walau malam mmg agak ketara... klu tidak di layan, makin bertambah hebat boxing dlm perut.... kena layan sampai la baby puas ( kecik-kecik dh pandai ye... xtaw la lahir nanti cane..).

Kawan-kawan ....saya ada soalan yg mmg dh lama saya simpan... bukan apa, takut jugak klu ada yg salah anggap.. Almaklum la, saya masih belum mempunyai pengalaman...nama pun anal sulang.... harapkan pengalaman my mom jer untuk di jadikan buku rujukan... tp xder plak dlm index..... mungkin ada yg pernah mengalami siptom-siptom seperti saya.. harap boleh beri bantuan...

1) Adakah normal bg ibu 33minggu ke atas rasa sakit yg amat sgt di "V"???. terutamanya ketika hendak berjalan.. ( nak jalan kena kepit-kepit, cam org dlm pantang....). Bila soalan ini diajukan kepada DOC O&G.... katanya siptom biasa... tp saya musykil.. dlm ramai org yg saya tanya.. semua ckp pelik.. klu siptom biasa bagaimana hendak kurangkan kesakitan???

Thursday, August 4, 2011

Mimpi ngeri.............biar betul???

Org kata mimpi adalah mainan syaitan... nak tanya ader syaitan ke di bulan RAMADHAN nie???. Setahu saya, masa sekolah dhulo-dhulo, ustaz selalu ckp...

"Di bulan Ramadhan, syaitan akan di ikat/ di gari dengan rantai besi..., org yang di dalam kubur tiada seksaan dalam bulan Ramadhan... cuma yang ada NAFSU dalam diri manusia... NAFSU tersebut haruslah di kawal dengan taqwa kepada ALLAH.. cth tidak melakukan pembaziran, membaca al-Quran... dsb"

(klu salah tolong betulkan.. tp itu lah kata-kata ustaz masa saya sekolah dulu)

Sejak kebelakangan ini, saya dapat mimpi yg saya akan BERSALIN......mmg menakutkan, bukan apa...... takut jugak klu mimpi tersebut jadi kenyataan.. bayangkan la, dengan syok2 tido, tetiba dalam sakit contration datang (masa nie mimpi atau realiti dah x leh nak bezakan dh) .. doc dlm mimpi kata push..push..push...push, karang TERBERANAK atas katil.... Oh tidak, mintak malaikat 44 jauhkan....suami saya jauh nun di GANU.... bilik parents tingkat atas..., bilik saya tingkat bawah...nanti dapat panik attack ok....

Nak kata awal, saya masih ader lagi sebulan lagi untuk bersalin.... masih belum lagi membuat persiapan mental dan fizikal.. just bertawakal pada ALLAH.. sakit untuk sementara sahaja... (poyo jer.....nak sedapkan hati...). Adakah ini petanda BERSALIN AWAL.. tak kisah la, yg penting bagi la saya peluang nak puasa penuh tahun nie... masa sekolah rendah jer dpt full.. pastu lubang-lubag.. bila lagi nak puasa penuh.. klu bukan sekarang...

p/s : Baby.. klu nak keluar lepas raya ye.. raya ke-3, napa raya ke-3.. supaya raya pertama klu kesihatan mengizinkan nak g sembahyang raya..., raya ke-2 boleh g raya dan makan tart nenas..

Disebabkan kamu... diri ku merana....

Salam......

Ramai di kalangan kita amat meminati binatang peliharaaan.. tidak kisah, dr yg berbulu lebat sampai la kepada yang tidak berbulu.... Ikut citarasa masing-masing....pendek cerita tak lengkap hidup klu tiada peneman yg comel, cute dan setia...

Saya........sejak kecil lagi mmg telah diajar "No pet allow in house"....mmg mak saya jenis tak suka kepada binatang.. katanya, daripada membela binatang.. lebih baik membela rumah.. sbb org yg membela binatang adalah org yg super duper rajin.. rajin nak jaga makan minum, mandi, kutu dan so on.. rumah plak kena bersih.. klu x tuan yg jatuh sakit.. En. pet sihat walafiah...Oleh yang demikian.. mmg saya takutkan binatang lebih-lebih lagi klu yg berbulu....

My sis mmg gilerkan binatang yg berbulu...., trend zaman sekarang.. membela sugar glider..(saya panggil cicak kubing.. sbb geli tengok.. lagi warna badan sugar glider nie mmg seperti cicak kubing..). Bukan adik saya yg membela, tetapi hanya TUMPANGKAN sugar slider di posh kereta jer...



Di sebabkan binatang nie.. dkt seminggu rumah saya kena kuartin....(kena melakukan kerja-kerja pembersihan yg luar biasa..) kerana 1 family kena deman + selsema+ sakit tekak +batuk.. (kena melakukan kerja-kerja pembersihan yg luar biasa..).. Org lain dh sembuh .. saya yg x sembuh-sembuh lagi..cukup seksa klu kena selsema nie.. benci sgt2..

Sekarang peneman saya kena sahaja adalah 1 KOTAK TISU...(badan ibu mengandung mmg x kuat dari segi pertahanan antibodi.. mmg lambat nak sembuh). Nak bekerja..asyik2 berkepit ngan tisu...Benci betul klu x sembuh dari selsema.. tak badan sungguh x selesa dengan nafas yg tercunggap-cunggap... uhuhu

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan tahun ini....

Salam Ramadhan Al-Karim.....

I'm officially 32 week ++++ , Alhamdulilah, masih lagi diberikan kekuatan untuk menjalankan ibadah puasa pada tahun ini. Tahun ini adalah tahun ke-2, saya menyambut Ramadhan sebagai seorang isteri dan kali pertama sebagai mommy-to-be. Ramadhan kali ini agak mencabar, kerana saya bukan la jenis bangun bersahur dan makan yg berat..(al-maklum la bujang, husband duk jauh.. makan ala-kadar.. je). Biasa nyer bangun untuk minum air masak dan susu sahaja.. tahun ini kena makan berat sikit supaya baby boleh puasa sama-sama....

Agak sedih, awal puasa.. bersahur seorang diri, InsyaALLAH hujung minggu nanti boleh berbuka dan bersahur bersama husband... mudah-mudahan...

Bercerita pasal Ramadhan.., saya pasti ramai diantara kita sudah memikirkan tentang RAYA...hahahahaha, saya pun begitu jugak... just order kuih raya jer.. nak buat sendiri mungkin tidak sbb badan sudah tidak berdaya untuk duduk lama-lama....

Hari nie.. ader check up di KK, berat cam biasa .. dulu kurang 2 KG, naik mendadak 3 KG......dah x kisah pasal berat sbb dlm bulan puasa ini, berat mudah nak turun.. apa yang penting pemakanan masa berbuka ambik ala-kadar tak elok membazir bukan.. lagi pun, masa ini la, ramai org berebut pahala untuk menunaikan TARAWIH.. saya pun begitu juga.. sayang klu nak tinggal, jumpa hanya setahun sekali sahaja...

Berita yg xbest, saya mengalami sakit tulang pinggul yg teramat sangat... ( sakit sangat, mmg menangis saya dibuatnya..)..Pelik bukan, klu sakit belakang masih boleh diterima, nie sakit tulang pinggul.. masa doc uat check up, saya tak leh nak bangun ( masa baing boleh, nak bangun x leh), menanggis la saya dlm bilik doc....dah x malu ngan doc dh, sbb sakit.. doc tolong bangunkan saya.. check .. everything fine.. xder plak tulang patah or dislocated.... just kena extra careful.. no kerja berat..( kerja apa yg saya uat berat sgt ye...)

Officially dpt mc 2 hari dari doc, suh rehat kat rumah....

Monday, August 1, 2011

Aktiviti sebelum Ramadhan

Salam

Mula-mula sekali, tahniah di ucapkan kepada YUN kerana telah selamat bersalin dan selamat berpantang.Tidak mahu bercerita tentang puasa dahulu.. hendak bercerita tentang aktiviti sebelum puasa....

30/7/2011 - pagi

Bermula aktiviti mengemas rumah untuk menyambut Ramadhan... Jgn igt nak raya jer rumah kena comel dan bersih... nak puasa pun rumah pun bersih, comel dan cun. Dari mop lantai sampai la menyusun semula perabot dalam rumah supaya rumah nampak lebih luas dan selesa. Setakat ini, masih lagi diberi kekuatan untuk melakukan kerja-kerja berat.......( berat sangat ke takat mop lantai....huhuhu) saya tolong mop lantai jer... entah kenapa dekat nak bersalin nie suka sgt main air.... adakah tanda dekat nak raya nanti musim hujan di Terengganu....cam mengharap je.. ahhahahaah

Lepas aktiviti mengemas rumah, rehat, bersihkan diri dan solat, terus ke SOGO... (saya mmg jenis suka berjalan).. tak reti nak duk diam.. lagipun mmg berhajat hendak membeli blouse mengandung yang maha ketat dan merangkap sebagai baju raya...kira 2 in 1, klu org lain baju raya untuk raya.. baju kerja untuk kerja.. saya plak guna jela baju tersebut lagipun bukan saya raya disini raya di kampung.. bukannya org tahu saya dh pakai je belum.. hahahahahahah, semua wanita di dunia ingin kelihatan cantik... saya pun begitu jugak, cuma tahun ini kena bajet sbb lepas raya banyak nak guna duit...klu x, lunyai la poket saya dan suami.

Perjalanan ke SOGO dari rumah hanya mengambil masa 10 minit sahaja dari rumah....tp nak cari parking dekat 1 jam !!!!!!!!!!. Tak tahu la, kenapa la ramai org sangat di JLN TAR nie.... cam semut suka kat gula....Itu baru parking, belum lagi hal nak masuk SOGO.. Rupa-rupanya, di SOGO ader jualan PRA-RAMADHAN, hanya ahli sahaja boleh masuk...(nasib baik la pinjam kad SOGO mak.. klu x, sia-sia jer mencari parking selama 1 jam....). Dalam SOGO tidak perlu cerita... penuh sesak dengan org... Saya just garb 3 helai blouse... beratur dekat 2 jam untuk membayar 3 helai blouse....(bukan penat berjalan.. tp penat berdiri dan beratur...)

30/7/2011 -malam

My friend and I gathering sempena our 7 anniversary berkawan. Dari sekolah lagi dh mmg kamcing.. mungkin disebabkan kami 1 kepala, banyak aktiviti yang dapat dijalankan semasa waktu sekolah, waktu matrik dan waktu bekerja... Aktiviti untuk berjumpa dan bertanya khabar makin berkurang apabila masing-masing telah sibuk dengan kerjaya masing-masing dan aktiviti menguruskan keluarga...

Meh tgk gambar...lets the pic do the talk......

Steam boat.... kali pertama dan kali terakhir hahahahha, sbb pasni dlm pantang....

Kami berempat......., tgk la saya, semakin membesar dengan sihat.. x sabar nak kurus balik, ader peluang x hahahahaha...(saya bj pink 2)

Up close.... dh sembam dh muka... menghitung hari untuk melahirkan baby

Wednesday, July 27, 2011

Membuat kerja di internet...grhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Salam...

"Ibu mengandung mana boleh STRESS... nanti tekanan darah naik mendadak, dan yg paling x best nanti muka anak MASAM MENCUKA dan KERUT DAHI" - betul ke ????, boleh diterima dengan akal ke????.. entah saya pun x pasti... tapi apa yg saya pasti KERJA MENGGUNAKAN TALIAN INTERNET ADALAH SGT STRESS RASA HENDAK JER MENCARI ORG YANG MEMBERI IDEA BERNAS NIE.......grrrrrrrrrrrr....

Tp klu blogwalking or FB or Twitter, x plak saya hangin satu badan.. sbb server yg digunakan adalah canggih, tak perlu menunggu lama, just clik then boleh dh update status, upload gambar kejap jer... pengguna FB, blog bukan ratus.. tp dekat satu dunia guna... ok jer xder masalah..(belum pernah lagi saya dgr org STRESS bila nak update FB or blog or twitter.. or ader org yg rasa geram nak hempuk jer PC or Lappy....)

Sistem yg saya dok hadap dari pukul 2.30 ptg sampai la sekarang (6.00 ptg), mmg sgt MENDUKACITAKAN...., bukan saya seorang sahaja yg menghadap SISTEM ini, 1 MALAYSIA dok hadap SISTEM ini juga... SAYA ULANG, 1 MALAYSIA KHAS UTK CIKGU DAN CIKGI DOK HADAP SISITEM INI..... tolong sapa-sapa yg jaga SAP, PLEASE CHECK THE SERVER...sampai sakit belakang dibuatnya... isi-isi punya isi tetiba ERROR..., ok...sabar lagi, uat lagi sekali... isi data dan save.. check data.., data hilang..( ader virus ke kat server sana, 12 kali dh isi data yang sama sampai leh hafal data nie....., klu saya hafal surah Maryam ke, surah Yusof pun x la jugak... huhuhu).

Sangat STRESS ok...., klu isi data yg berlainan..klu hilang, boleh sabar lagi... nie asyik data yg sama jer....Saya tak kisah klu nak UPGRADE.. but pastikan SERVER 2 CANGGIH .. nie asyik ERROR jer.., saya nie manusia, mudah bosan klu bermain dengan data yg sama...

p/s : sakit belakang yg amat sgt.. dok ngadap lappy..

Monday, July 25, 2011

Perkembang terbaru tentang diri saya...OH TIDAK

Saya adalah terdiri di kalangan org yg chumel-chumel, dengan lain perkataan "chubby". Belum pernah lagi menjadi kurus... mmg teringin sangat untuk menjadi kurus tp apakan daya, mmg x leh kurus...walaupun sudah cuba berdiet.. berat susah sgt nak turun.. (klu saya org kaya, mahu sahaja upah jurulatih peribadi.. hahahahah, tp mimpi je la)

Zaman anak dara - 60 kg
Selepas nikah - 65 kg ( bahagia sgt .. hahahah, alasan yg paling mudah.. jujur saya katakan temankan suami makan.. last-last saya juga nak makan..., erm)
Zaman mengandung - 80 kg ( dh obes....5 kg.. ADEI..)

Sepatutnya ...

Masa mengandung pertambahan berat badan saya hanya 10 kg sahaja, iaitu berat saya 75kg SAHAJA. Klu hendak di kira berat baby 3kg, air ketuban 2 kg, uri 2 kg, bantal baby 2kg ( darah yg support bahagian kepala) dan lemak 1 kg.. total 10 kg sahaja yang dibawa oleh ibu mengandung dalam kandungan.. ( ini pengiraan secara kasar yg dibuat oleh nurse KK). Lagi 5 kg.. saya tak tahu bertambah di mana....huhuhuhuhuhu.

Saya belum pernah lagi mencapai berat sebanyak 80 kg..Akibat dari pertambahan berat badan... Kaki saya dh sembam ( huhuhuhu sakitnya bila nak berjalan... cam ader air bertakung di bahagian kaki...), sakit belakang yg amat ketara...( sampai kena beli plaster yg besar dan tampal di belakang... YOKO-YOKO x jalan)... Badan mudah lemah dan tidak bermaya.....

Mungkin ada yg berkata.."Perkara biasa, tidak perlu risau.. mmg semua ibu mengandung berat badan naik mendadak.. nanti bila pantang boleh kurus". Ada betulnya.. tp bagaimana pula disebabkan pertambahan berat boleh menyebabkan baby bertambah besar??. The more we ate, the more the food will supplier to the baby...

5 kg naik.. cam nak naik lagi 5 kg.. oh tidak, 85 kg nanti.., x leh nak bayangkan.. Rasa-rasa ada x peluang untuk kembali kepada 75kg dan maintain sehingga bersalin... sbb takut dengan C-sec dan yg paling takut cane nak bawa diri klu badan sudah terlalu berat.....

Sunday, July 24, 2011

Nasi kunyit. ............

Salam...

Sunguh lama tidak berceloteh di sini... kali ini bersiar langsung dari Kuala Terengganu.. bukan cuti-cuti Malaysia.. tapi balik ke rumah PIL. Boleh dikatakan tahun ini, hanya 2 kali sahaja saya pulang ke sini....awal bulan 6 dan bulan ini, klu tak balik entah bila lagi akan pulang ke sana... hati org tua kena jaga... seperti kita menjaga org tua kita sendiri...

Bercerita tentang Nasi Kunyit... secara jujur saya mmg tidak pernah dgr makanan yang diberi nama Nasi Kunyit.. sehingga saya bertanyakan kepada husband.. "Nasi Kunyit 2 apa?".. Husband pun tak boleh nak describe secara detail apa itu Nasi Kunyit.. sehingga saya membuat andai sendiri "Makan nasi dengan kunyit kot....", betapa jahilnya saya tentang nama makanan ( lain tempat lain nama makanan... napa la x leh nak bagi nama standard je kan senang...erm..., mungkin org takut akan hilang jati atau nama istimewa makanan tersebut).

Klu ikutkan adat org melayu zaman dahulu.. Ibu yg mengandung 7 hingga 8 bulan akan diadakan Upacara Melenggang Perut.... saya pula, PIL buat Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat sahaja dan jamuan kecik untuk para tetamu iaitu Nasi Kunyit.. ( Rupa-rupanya Nasi Kunyit adalah Pulut Kuning..... tertipu pula rasanya) bersama Kuzi Ikan Tonggol. Mudah-mudahan dipermudahkan olehNya dalam proses melahirkan bayi nanti.

Selepas, kenduri doa selamat... saya dan husband pergi ke Klinik untuk membuat Ultrasound untuk melihat kedudukan uri... Alhamdulilah, berat baby 1.5kg ( estimed masa lahir lebih kurang 2 kg lebih), air ketuban normal.. dh x leh minum AIS nanti baby bertambah berat, URI sudah melepasi kepala baby, kepala baby ke bawah dekat ...Alhamdulilah, yg penting boleh bersalin normal.. tp x leh gembira sgt, sbb baby masih boleh lagi bergerak bebas...

Monday, July 18, 2011

Hasil Rembatan Pureen warehouse...........

16/7/2011..... tarikh ini, mungkin ramai yang akan bercakap Farah AF dan Nurul Syuhada Nurul Ain nikah.. mmg betul... tp for mumy to be, tarikh inilah yang kami tunggu-tunggu... kenapa, ader PUREEN WAREHOUSE...... Mmg niat nak g sini untuk membeli barang-barang baby.. nak lengkapkan yg mana yg patut.. sbb badan pun dh x larat nak berjalan ke hulu dan hilir untuk membuat persiapan...

Hubby x balik minggu nie, so wani pergi ke sana dengan BFF. Bertolak dari rumah pukul 8.30 sampai disan lebih kurang 9.30.. Mula-mula igt, kami org yang pertama.. tp kereta dh penuh parking kiri dan kanan.. ( pukul berapa warehouse ini beroperasi ye....). Kami park kat dlm bangunan shopping complex ( x taw nama bangunan 2... as long dpt park kete ...)

Tempat yg mula-mula sekali wani terjah... bahagian baju... ohohohohohoho, cam TIN SARDIN.. penuh dengan org.. (nasib baik ambik 3 beg ikea...) 1 untuk wani dan 1 lagi untuk BFF.. sorang menghala ke utara.. seorang menghala ke selatan... sumbat je baju yg nak dlm beg ikea 2... nanti uat sorting.. hahahahahhaha..

Wani rembat towel, small towel yg ader gambar singa, bear dan badak, 2 receiving blanket dan hasil sorting ... bayangkan 2 beg ikea yg penuh dengan baju dan seluar.. hanya nak 15 pasang baju je....., boleh dikatakan wani dpt baju yg comel-comel dengan harga yang murah.. cuma kali ini tiada baju LOBANG-LOBANG .. bukan xder tp kualiti tidak bagus.

Stesen kedua, pula bahagian diaper... wani just grab 10 pieces of DRY 5 ( RM 3).. ambik 2, saiz S.. untuk dibawa ke hospital ( certain hospital provided pampers for babies.. but most hospital mmg x sediakan pampers kena bawak dr rumah..). Wani x beli NEWBORN sbb x taw berat baby berapa... just beli S, klu x muat nanti beli saiz newborn. Maternity pads ( x jumpe jenis LOOP) rembat la 1. Baby cloth washer, baby bottle washer dan baby wipes.

Part yg paling x best... masa nak membayar.. beratur panjang cam ulat... sepatutnya ader 2 kaunter pembayaran.. bahagian depan dan belakang. Masa wani nak membuat pembayaran.. kaunter belakang ader masalah teknikal... terpaksa la beratur di kaunter hadapan...anyway.. agak puas hati tp klu kawan-kawan yg perasaan harga kali untuk bottole washer ( refill) naik dari bulan 4. Bln 4 , 2 paket refill baru sahaja RM 18, kali ini 2 paket RM 22. ( wani x beli yg refill, just beli yg botol jer..)

Overall, mmg penat sgt.. tp yg penting dh selesai barang baby.. yg xde lagi BARUT, KAIN LAMPIN untuk di jadikan BENDUNG dan TILAM



15 pasang baju yang di rembat (siap basuh), 1 towel ( bawah receiving blanket), 3 small towel ( yg ader gambar bear) dan 1 receiving blanket.

Sunday, July 17, 2011

Happy First Anniversary.......

Sungguh pantas masa berlalu... rupa-rupanya, sudah setahun saya berkahwin... (saya igt baru sahaja 2 -3 bulan sahaja.. hahahahah, nampak sangat nk kekal muda....). Mmg benar, perkahwinan akan membuat seseoatng bertambah matang dan lebih menghargai kehidupan dan pasangan masing-masing.Saya pasti.. masing-masing mempunyai cerita yang tersendiri bagaimana anda berjumpa dengan suami masing-masing...Ada yang lucu dan ada pula yang melalui pelbagai rintangan.. namun jodoh itu telah ditetapkan sejak azali lagi...

Ulang tahun perkahwinan saya, biasa sahaja tiada sambut or candle light dinner...dek seorang di pantai timur dan seorang lagi di pantai barat. Kami jarang berjumpa.. jumpa hanya sebulan sekali sahaja... Alhamdulilah, saya masih lagi belajar untuk memperlajari bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang baik...( buat masa sekarang fungsi saya sebagai isteri terbatas.. jarak jauh ok, bila jumpe baru leh jadi isteri.. klu x jadi org bujang jer.. hahahahah).

Alhamdulilah, setelah setahun berkahwin... kami di anugerahi dengan rezeki yang tidak ternilai, InsyaALLAH, kami akan cuba menjadi ibubapa yg terbaik dan contoh yang terbaik.

" Sayang..........Terima kasih kerana sudi hadir dan memberi saya peluang untuk menjadi isteri dan ibu... tanpa dirimu, mungkin saya masih lagi terkejar-kejar dengan kehidupan yang tidak teratur.. setelah berkahwin..secara jujur hidup saya semakin bermakna dengan jadual yang teratur dan menpunyai hala tuju yang lebih terarah.. berganding bahu membina keluarga yg bahagia..."

Sekitar Majlis Resepsi Farah Diana Anuar (Farah AF 2) dan Johan di Pusat Maritim, Putrajaya.

Salam...

My family mendapat jemputan ke Majlis Resepsi Farah AF 2...Mula-mula, saya igt my mom main-main.. (saya bukan la peminat AF... tgk AF pun bilabetul-betul dg xder citer di kaca TV..). Susah nak percaya bila dpt kad jemputan artis ini, sbb dalam family xder seorang pun yang jd artis... Saya tengok la kad jemputan... Yup, mmg kad jemputan ke Majlis Resepsi Farah AF 2...

Rupa-rupanya, farah mom and my mom adalah kawan..(no wonder la dpt kad jemputan).. Jom layan gambar....

Pelamin .... (x leh nk capture full pelamin... peminat ramai sangat nak ambik gambar )


Farah n her husband... ( x sempat nak ambik gambar farah masa kat pelamin sbb sampai pun dh lewat .. SESAT)


Bersama dengan pengacara majlis..... ( mata dh tertutup sbb banyak sgt FLASH hahahahaha)

Me and baby in the tummy (agak berisi sedikit.. gara-gara naik 1 KG)...

Friday, July 15, 2011

FREE LIPICE......

Cuba cakap siapa yang tak suka dengan benda FREE....cepat angkat tangan .. cepat-cepat... hahahahaha, dengan jayanya semua org suka dengan benda FREE.. heheheheh. Kata orang rezeki jangan di tolak musuh jgn di cari...

Cane nak dapatkan lipice yg FREE nie, even x la setinggi LIPICE yang ada dipasaran.. tp x kisah la dapat yg kecik pown jadila.. asalkan boleh digunakan...

Cara-caranya...

Sila melayari laman web ini http://www.lipice.com.my/. Just clik pada kasi register foam (xperlu bayar).. dh siap.. just tunggu EN. POSMEN hantarkan LIPICE jer... mudah bukan..

WAREHOUSE lagi... boleh kering poket nie

Salam....

Boleh dikatakan pergi kemana-mana shopping complex, akan ternampak BANNER SALE.. dari 50% sampai la 90%.. mmg boleh meruntuhkan iman... dan yang paling penting sekali boleh membuat poket ini kering sebelum tiba masanya....itu belum lagi dengan WAREHOUSE yg sedang MENGILA di sana-sini....(huhuhuhuhu, kelengkapan baby dan diri saya belum siap lagi... esok baru nk lengkapkan barang baby dan sedikit barang saya....)
a
Itu belum masuk lagi dengan persiapan untuk menyambut SYAWAL ( saya mmg xder baju raya, just pakai uniform jer.. itu yang mmg saya fikirkan... sbb dalam hati saya tiada apa yg lebih penting dari kelengkapan baby...). Kuih raya n biskuit raya... tahun ini mmg saya x buat .. malas ( ada la jugak.. hendak seribu daya xnk seribu dalih.. tp lebih kepada malas + x larat nk duduk lama-lama nk mengadun .. masa 2 mmg tengah sarat....). Dengan suka citanya saya beli KUIH TUNJUK jer hahahahahhahaha

Bila tengok iklan ini, mmg boleh membuatkan saya teruja.... x sukanya.... seriously mmg saya x suka....



WHY I SAID SO........

For preggy mom.., part yg dalam mesti kena tukar baru.... kena selesa baru boleh buat kerja dengan happy dan baby pown happy...FIY... this warehouse is worth to go... seriously, wani x tipu, last year wani g sini mmg berbaloi... harga utk part dalam start dr RM5 dengan pelbagai design, warna dan corak dan yang paling penting ADER SAIZ.. lagi pown berjenama ok.. (mmg la klu nak tunggu Triumph, Warcoal n so on uat warehouse xtaw bila...)

X suka bila kena uat pilihan.... kan best if setiap bulan dpt BONUS.. hahahahahah

Thursday, July 14, 2011

Pemakanan di kala usia 30 minggu...

Salam...

Sebelum itu.....

Berkat usaha yang gigih (macam nak ambik exam SPM jer...), akhir HB dalam darah meningkat.. tp xder la semeriah orang lain yg 11.9 ke atas..., tp ok la 11.6, setelah 4 bulan asyik kena bebel dengan misi kat KK disebabkan HB dlm darah tidak pernah naik... Berat dengan jayanya bertambah 1 kilo jer.. ( cam ader potensi je nak turun.. huhuhuh, bukan mudah nak kawal berat badan bila-bila lagi selera makan ikut mood... klu rasa nak makan.. makan, klu tiada selera makan.. jgn harap la nak makan.. ).

Overall, Alhamdulilah.. baby dlm keadaan sihat... dan hari ini jugak kena suntik dos kedua untuk kancing gigi.. sakitnya mmg keluar air mata, cuma bunyi je tak keluar .. klu keluar bunyi xtaw nk letak mana muka nie...

Ok, mari kita tengok pada tajuk di atas.... saya percaya, rata-rata pregy mum memikirkan..

1) Cukup tak penghasilan susu untuk anak saya apabila anak dilahirkan...
2) Adakah pemakanan 30 minggu sehingga 40 minggu cukup untuk menghasilkan susu?
3) Apakah jenis makanan yg sesuai untuk di makan semasa minggu ke 30 - minggu 40?

Secara jujur, saya tidak pernah memikirkan hal ini, tetiba sahaja terlintas di fikiran saya..., saya makan makanan yg seimbang mengikut piramid makanan ( bukan selalu.. klu nak makan KFC, saya g la beli hahahaha). Malam pulak, saya skip makan sbb terlalu kenyang.... klu tak kenyang, bila nampak NASI.. saya terus menolak.. just minum horlicks je...

Doa untuk memperbanyakkan susu, semua ibu mengandung amalkan..., cuma part pemakanan hanya segelintir ibu yg betul-betul mengikut carta pemakanan seimbang...Usaha kena dilipat gandakan dan seiring dengan doa dan tawakal..

Kawan-kawan, ader tips x untuk pemakanan bagi ibu 30 minggu ke atas???.

Monday, July 11, 2011

Semput...........sempat ke ????

Salam,....

Minggu ini... minggu yang agak memenatkan diri saya, serious sgt belum pernah lagi terasa otot-otot bahu dan belakang tegang yang amat sangat... (bestnyer klu ada org tolong urutkan ) itu belum masuk lagi dengan perut yg semakin menegang (saya tiada pasti samada org lain pernah ada simpton perut menegang.. klu mengeras mmg ada).. sakitnyer... sudah nak gambarkan, lebih kurang seperti sakit gigi.. kadang-kadang membuatkan saya jalan senget sebelah kanan...

Sebelum ini, saya berteriak kegembiraan dalam hati, kerana Ramadhan akan menjelma ( tugasan makin berkurangan), kemudian Syawal dan menunggu masa sahaja untuk melahirkan si kecil ini. Namun selepas mesyuarat... mimpi ngeri mula menjelma...., semput jugak dibuatnya.. kerana trial SPM 6/9/2011, sehari persekolahan selepas menyambut Syawal. Secara jujurnya.. silibus masih belum lagi habis, ada lagi 3 bab (mungkin kedengaran sedikit... tapi bila mengajar kelas yg terhebat 1 dari belakang, menyebabkan semakin banyak pula masa yg akan diambil.....). Sempat ke nak habiskan silibus ini.... susah kalau masa depan orang lain bergantung pada diri kita... saya tidak boleh bayangkan sekiranya anak saya diperlakukan sedemikian...

Minggu ini, jadual sekolah amat padat dengan minggu akademik ( burn waktu mengajar saya), minggu hadapan pula , ujian penilain II ( burn jugak ).. ada lagi 4 minggu sahaja ( tolak siap-siap cuti 1 minggu untuk menyambut syawal).... huhuhuhu

Hendak mengajar laju-laju bagaikan keretapi express mmg saya x sanggup, sbb bagi saya bagaikan mecurah air ke daun keladi... hendak mengajar dlm tahap normal.. mmg konfem x akan abis... huhuhu, dlm dilema betul...

Klu org yg nak bersalin bulan 9, mesti dh senyum-senyum.. sbb boleh rehat.. saya plak risau memikirkan anak murid saya, pasal anak dh jatuh tempat keberapa.. entah la..

Oh ya, saya nak tanya... ADAKAH BENAR IBU MENGANDUNG INI TIDAK BOELH TENSION...NANTI BERSALIN AWAL???. Agak risau bila memikirkan keadaan ini, namun lebih risau lagi masa depan org lain.....

Sunday, July 10, 2011

Kegilaan terbaru saya...........

Salam semua...

Hari ini kita berhenti seketika dari bercerita tentang persiapan fizikal dan mental hendak menjadi ibu ( pada hakikatnya saya tak pernah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal hendak menjadi ibu, bagi saya.. semua ibu bermula dari 0 pengalaman, dari sehari ke sehari pengalaman tersebut akan terbentuk... senang cerita NALURI SEORANG IBU...)

Persiapan barang baby .... hurm.., nasib baik la minggu depan ader PUREEN WAREHOUSE.. ambik peluang untuk siapkan apa yang patut.. barang saya plak.. akan disiapkan sebelum menjelma syawal.... ( beli apa yang patut sahaja...).

Full stop, tak mahu cerita berjela pasal persiapan menyambut org baru... nak cerita tentang kegilaan terbaru saya pula..Saya pasti, ibu mengandung ini, boleh dikatakan 95% akan di pengaruhi hormon... ada yg nk melawa sahaja, ada plak yg sudah tak lalu makan, ada pula yg suka bershopping walaupun sebelum ini jarang sangat untuk bershopping...

Saya pula, suka mengumpul KAIN PASANG... tidak kira la, cotton, creep macam-macam la , mungkin disebabkan ramadhan akan menjelma ( bila sebut je ramadhan.. mesti dlm kepala dh fikir tahun nie baju raya kaler apa, langsir rumah dan sebagainya....) Di sebabkan waktu itu saya sedang sarat dan menunggu masa sahaja... so dengan jayanya SELAMAT TINGGAL BAJU KURUNG .....saya sendiri x tahu nak pakai baju apa nk sambut syawal nanti.. nanti-nanti ada lagi sebulan lagi.. boleh cari...)

Kenapa saya gilakan KAIN PASANG... sbb saya sendiri tak pasti samada saya boleh memakai kembali baju kurung, baju kurung moden dan baju kebaya yang sudah tersimpan rapi dalam kotak .... ( kena diet sakan ini, dulu ukuran pinggang saya 30' je sekarang bagaikan di pam-pam... bahagian bum-bum xpayah cerita... mau nagis bila tgk diri sekarang dgn dulu... xpe demi baby... yg penting sihat, Alhamdulilah). Badan saya bukan jenis yg mudah utk kembali kepada asal.. terutamanya bahagian pinggang ke bawah.. mmg kena usaha sungguh masa pantang ini).

Andai kata, saya berjaya menurutkan berat badan lebih kurus dari zaman anak dara @ saya kurang berjaya (kena ada jugak ayat sedapkan hati ini), saya boleh hantar kain pasang untuk
dijahit baju kurung , baju kebarung @ baju kurung moden untuk dipakai masa Raya Haji nanti sekaligus untuk dipakai ketika bekerja nanti...
.

Thursday, July 7, 2011

Di lema ibu yang berkerjaya…….

Salam....,

Saya pasti rata-rata ibu yg berkerjaya pasti dalam dilema apabila melibat hal-hal penjagaan dan sebagainya. Semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka tidak kira dari segi manapun ( selagi mampu di berikan….) dan aspek yang paling utama adalah hal-hal keselamatan anak-anak kita semasa kita keluar bekerja….

Pasti soalan ini akan timbul selepas habis pantang…

1) Siapa yg nak jaga anak .... nak upah pembantu umah.. habis beribu-ribu ringgit tak sampai 3 bln dh larikan diri.. beribu ringgit wokeh… visa pembantu rumah lagi, tu lum masuk lagi gaji bln hampir sama dengan bayaran kereta bulan-bulan, dah la duduk free, makan , minum, perubatan yg free…

2) If pembantu umah tak lari.. pandai ke nk tolong ringan kerja umah, takut jugak pembantu umah yg langsung tak reti uat kerja umah (berat tulang nak tolong), karang paksa buat kerja umah nanti anak sendiri yang kena dera ( ader kes dlm paper pembantu rumah mendera anak majikan, bg makan benda yg x sepatutnya)

3) Duk nursing…….. lg takut, macam-macam kes dlm paper laporkan tersedak susu la,lemas masa mandi yang tu satu hal, satu hal lagi dh ckp no buai, letak jugak dlm buai sambil bg susu.. alasan yg sakit telinga dengar “ Saya dh jaga 15 org baby, xder sowang pun yg tersedak susu dlm buai…"(mmg la klu jd .. nasi jadi bubur la jawab nyer….)

4) Nak hantar umah mak @ mertua.. lagi x sanggup, mmg la kita hantar beserta dengan wang.. tp kesian dh la membesar anak sendiri dari baby sampai la nak nikah, bila masa plak mak @ mertua kita hendak berehat…melepak kat kedai mamak ke, g shopping ke….. xkan sampai tua-tua bongkok br nk rehat…

5)If mak @ mertua mmg nak jaga jugak, xkan sampai umur anak mencecah 2 tahun nak suruh lagi mak @ mertua jaga.. mmg la org tua xkan ckp apa-apa depan kita, tp dlm hati siapa yg taw… tul x ??

Pening bukan….

My mom awal-awal lagi dh pesan kat saya

“ Mak xnak jaga sbb dh penat nak besar kamu adik-beradik, nak rehat lagipun dh tua dh, klu mak boleh besar kamu adik –beradik, xkan along n suami x leh nak jaga cucu mak yg sorang ini, bukan lahir twin or triple, sorang je baru… suami jaga sama, xkan org perempuan je yg nak kena ambik taw hal anak”…

Ada betulnyer apa yg my mom katakan…. My mom bukan suri rumah sepenuh masa, klu my mom boleh uat xkan saya x leh uat.. malu la dengan my mom…

Beside.. My husband n I x dok sekali ( jgn pk bukan-bukan ye.. ). Disebabkan kerjaya masing-masing kami berjauhan… (mudah-mudahan kali ini ada la rezeki utk baby supaya pertukaran saya di luluskan..). Saya di pantai barat, suami di pantai timur. Kami dh berbincang.. dan bersepakat untuk menghantar anak ke nursing… (ambik je la risiko, xkan saya nak paksa my mom tolong jagakan or bawak anak g tempat kerja.. melainkan kat tempat kerja mmg ader nursing).

Saya terpaksa mencari nursing utk baby saya, nursing zaman sekarang bagaikan PISANG GORENG YANG PANAS.. lebih panas lagi klu nursing yg mmg dh dpt sijil kelas A dari Kementerian. (Ikutkan hati malas lagi nk mencari... tp klu x cari awal nanti x dpt plak nursing yg baik... usaha dahulu.. dpt @ x dpt belakang kira)

Saya nak tanya ibu-ibu sekalian… APAKAH CIRI-CIRI PEMILIHAN TASKA YG TERBAIK.., Setakat ini saya dh survey.. tp rata-rata nursing 1 org pengasuh ambik 5 org baby.. selamatkah???. Mohon bantuan.

Saturday, July 2, 2011

Pump ... keperluan @ kehendak?????

Salam dan hai...

Pernahkah anda terdengar dengan ayat sebegini.....

" Pump penting sangat ke... rata-rata I tengok dalam list bakal ibu, pasti akan highlight PUMP, ala.. klu x beli pun bukan baby x mati kelaparan pun, hidup je sampai hari ini, minum jugak susu cap lembu (susu formula)......napa la nak membazirkan duit jer... baik simpan je duit itu utk buat benda lain"..

FULL STOP...

Klu anda rasa pump merupakan satu keperluan bagi masa kini, beli la mengikut kemampuan diri, jangan di sebabkan hendak berlawanan dengan rakan-rakan sampai makan diri. Klu anda rasa pump merupakan kehendak bagi untuk memenuhi senarai keperluan bayi anda, maka tidak perlu la anda mengeluarkan wang utk membeli pump.. tidak perlu mengeluarkan kata-kata sebegitu hanya kerana anda tidak mahu membeli pump....

Saya bukan lah seorang ibu tp bakal ibu yang baru hendak belajar, belajar untuk memberikan yang terbaik pada anak saya. Ilmu tentang breastfeeding saya tidak la sehebat ibu-ibu yang dh berpengalaman.. tp saya tetap ingin mendalami ilmu tersebut, kerana bagi saya tidak salah mendalami sesuatu ilmu yang bermaanfaat bg diri kita dan bayi kita . Bukan untuk mengandung dan melahirkan seorang khalifah Allah...tanya la pada sesiapa yang pernah menjadi seorang ibu, namun bukan mudah untuk membesarkannya...Bagi saya, mencegah lebih baik dari pada mengubati...

Bagi saya...

Tepuk dada tanya diri anda.. Adakah anda mahukan yang terbaik untuk diri dan anak anda atau sebaliknya???. Zaman sekarang adalah zaman sibuk bekerja mengejar kesenangan hidup bagi keluarga.. semua benda perlukan duit, jadi tidak boleh salahkan ibu-ibu baru yang mengambil jalan mudah untuk menyusukan anda menggunakan susu formula... tp akibatnya tanggung sendiri.. kata org tua-tua jgn menyesal kemudian hari.. Dlm surat khabar sebulan yang lalu, kita di kejutkan dengan berita bayi tersedak susu..( susu formula) belum pernah lagi kita dengan berita bayi tersedak disebabkan oleh pemberian susu ibu....

Saya membeli pump kerana keperluan bukan kehendak.. tidak kiralah susu yang akan badan saya hasilkan banyak, sedikit atau tiada langsung ( tiga perkara saya letak tepi dulu kerana bukankah setiap bayi yang lahir sudah ditentukan dengan rezekinya.. sebagai bakal ibu saya doakan rezeki susu badan saya untuk bayi saya melimpah ruah..)..Sebab utama saya membeli pump kerana saya takut cik B mengalami bengkak susu. Bayi pun manusia .. ada perasaan. Anda bayangkan sekiranya anda sudah kekeyangan dan di paksa makan dan minum, bagaimanakah perasaan anda??? ..Apatah lagi bayi yang tidak boleh bercakap.. tetapi hanya boleh menangis dan dipaksa minum.. bukahkah itu tidak adil bagi bayi tersebut. Saya tidak tahu bengkak susu macam mana.. tp dari pengalaman ibu saya, sakit yg teramat sangat.. bila susu dari cik B dh keluar lega sgt.. ( saya pun tak faham sangat...)

Kedua, saya mmg berniat untuk susukan bayi saya dengan susu ibu sehingga berumur 2 tahun ( saya bukan berkata-kata megah.. tp saya percaya akan khasiat susu ibu). InsyaAllah.. niat yg baik akan dimakbulkan Allah. Khasiat susu ibu dengan susu formula mmg tidak boleh di tanding, sbb itu org ARAB zaman sekarang masih mencari ibu susuan bagi anak-anak mereka ( di bukan rekaan.. tp kenyataan kerana rakan saya sendiri mencari ibu susuan untuk anaknya ketika menentap di sana selama 6 tahun). Lagipun susu ibu boleh melawan penyakit .. jimat duit pun jimat....

Kandungan gula dalam susu ibu sangat sedikit berbanding susu formula. Mmg sah bayi kita tidak akan di jangkiti dengan penyakit obesiti. Susu ibu boleh mempercepat tumbesaran bayi berbanding susu formula. So tidak kisah klu anak kita bersemangat di sebabkan susu ibu, kerana apabila bercerai susu.. badan akan kembali normal seperti biasa....

Itu sekadar perkongsi saya.. Saya menyokong BF 100% kerana zaman sekarang bermacam penyakit pelik akan menyerang, dengan susu ibu saya boleh melindungi bayi saya...