Wednesday, December 14, 2011

Melatih Danial Haqiz ke Nursery.....

As-salam...

Tinggal lagi 2 minggu +++, utk melangkah ke tahun baru.. ini juga bermakna saya akan mula masuk bekerja. Erm.. rasa berat je hati untuk berpisah dengan Danial Haqiz.., kerana sejak dalam pantang sehingga sekarang belum pernah lagi berpisah selama 7 jam.... berpisah 1 jam kerana hendak membeli barang keperluan Danial Haqiz dah terasa rindu.. apatah lagi 7 jam.. erm..Harapkan saya bekerja sebagai seorang guru, separuh masa.. tapi hakikatnya bukan sebegitu...

Saya memilih untuk menghantar anak saya ke Nursery.. itupun setelah berfikir berkali-kali.., bukan apa takut apa-apa yg tidak diingin berlaku (mintak-mintak di jauhkan)..klu ikutkan hati mahu sahaja mengambil maid.. tp takut jugak kes yg berlaku di kejiranan saya berlaku kepada diri saya.. Maid lari dr rumah.. BERHENTI KERJA, pernah juga terlintas...sapa pula mahu menbayar hutang kereta....

Nak pilih nursey.. bukan mudah.. saya sendiri kena survey hampir 11 buah nursery....., Alhamdulilah.. dpt lah 1 nursery yg memenuhi kehendak saya..itu kehendak saya, belum lagi kehendak Danial Haqiz....kena try n error.. kena ader backup nursery..hurm. Cara saya memilih nursery..

1) Kena tgk sijil pendaftaran nursery..samada berdaftar dengan kebajikan masyarakat (mmg saya kol.. takut kena tipu)

2) Kena tgk sijil latihan kakitangan nursery (mesti dr kebajikan masyarakat)

3)Tahu mengendalian EBM

4) Berapa org bayi yg diambil untuk di asuh..( max 4 org bayi sahaja...)

5) Kebersihan dan tempat jagaan bayi..

6) Bertanya kepada para ibu yg menghantar bayi mereka.. ok x layanan dsb..

7) Bayaran nursery ( yg nie mmg saya tidak kisah, kerana saya mahukan yg terbaik untuk bayi saya)

8) Jarak nursery dr tempat kerja @ rumah ( nursery yg saya pilih mmg jauh dr rumah saya dan tempat kerja.. lebih kurang berada di tengah-tengah sama jarak antara rumah dan tempat kerja)

Selepas pemilihan nursery, saya interview pengasuh yg akan jaga anak saya..bila waktu feeding, bath, tido, pengalaman jg baby berapa lama, pernah ambik kursus CPR ( jgn igt CPR x penting..), klu terlebih masa berapa bayaran akan di caj..

Setelah mendapat maklumat.. saya melatih Danial Haqiz bersesuaian dengan jadual di nursery. Pada saya ini amat penting, kerana mahu Danial Haqiz selesa dan tidak terkejut budaya. Cara saya..

1) Sukat berapa banyak oz yg bayi minum, penting kerana tidak mahu pihak nursery kol ckp x ckup susu.. haru nanti... berapa kali minum dlm sehari @ setengah hari. Bayi saya hanya minum 3 oz utk setiap 1 jam, ini bermakna saya perlu bekalkan 21 oz utk setengah hari bekerja dan 36 oz utk 1 hari penuh...( keperluan susu bg bayi 0-6 bln, adalah tetap dan akan berkurangan apabila makanan pejal di berikan..). Indicator ini juga memudahkan saya utk memastikan stok susu keluar mesti sama dengan stok susu masuk.. tidak boleh negatif

2) Berapa lama yg di ambil utk bayi sedawa..ini penting kerana tidak mahu tersedak susu.. Bayi saya mengambil masa lebih kurang 10 minit.

3) Mengetahui pola tidur bayi... Perkembangan bayi adalah seiring dengan pola tidur.. ini bermakna tidur yg cukup membuatkan bayi kita cerdas dan cergas untuk belajar benda baru.

3 comments:

  1. Wanie..sedih tol kena tinggalkan anak kan? Akak dulu masa nak cari school untuk ammar pun camni gak. Keluh kesah. Susah sebenarnyer nak cari nursery yang bagus. Apa2 pun good luck ye dear.. :)

    ReplyDelete
  2. sama mcm sy, nanti masuk thn baru kene antar anak ke nursery/babysitter. skrg dah survey2 nursery dan dapat 1 nursery. cuma belum g interview je lagik. umo anak kita pon lebih kurang sebaya je. tapi dia minum 2.5oz, setiap 2 jam.

    ReplyDelete
  3. Kak mai : mmg sedih sgt.... nie belum lagi tinggalkan anak kat nursery.. klu dh tinggal x taw cane... huhuhu

    Iizla : x interview lagi... kena g interview cepat-cepat... nursery yg bagus selalunya cam pisang goreng.. kejap jer dh tutup pendaftaran utk anak kita..

    ReplyDelete