Friday, December 16, 2011

Kecundang lagi.......

Mungkin masih tiada rezeki lagi.. entah la, sampai bila akan hidup sebegini lagi....suami jauh di nun sana.. saya pula di sini.. susah nak cakap, kerana rezeki ini di tentukan olehNYA.. mungkin 10 tahun atau berbelas @ berpuluh tahun baru dapat bertukar ke sisi suami.... I am monthly wifey.., sebulan sekali sahaja br boleh menjadi isteri sepenuh masa..Alhamdulilah.. (kalau setahun sekali......huhuhu tak boleh nak bayangankan....). Cuma sekarang, saya ada Danial Haqiz Rizqin...,tanggungjawab saya bertambah sekali ganda...tidak mengapa, demi anak saya sanggup pikul tanggungjawab tersebut asalkan saya boleh menjaga dan melihat membesar depan mata saya dan berikan yg terbaik.. mudah-mudahan, urusan saya di permudahkanNYA.

Ini merupakan kali 3, saya dan suami memanjat ke Kementerian Pelajaran, merayu untuk saya bertukar ke Kemaman.. seperti biasa.. bila mendengar negeri yang hendak di tukar.. semua mengeluh.. (KEDAH, TERENGGANU dan KELANTAN). Tahun depan adalah tahun terakhir saya memohon untuk bertukar ke Terengganu.. kerana saya sudah muak dengan alasan yg diberikan oleh pihak kementerian...lagipun harga rumah bukan semakin turun lagi semakin meningkat... ini juga merupakan alasan yg kukuh mengapa saya tidak mahu merayu untuk tahun seterusnya. Sampai bila saya mahu tinggal bersama dengan ibubapa saya... perasaan malu semakin menebal, saya dan suami perlu membeli rumah (kalau sewa kena bayar dkt penyewa.. baik beli bayar dkt bank..akhirnya akan jd milik sendiri) untuk kelesaan kami sekeluarga.

Sampai bila, perlu berulang alik.. dahulu saya tidak kisah, kerana saya seorang sahaja, kini ada Danial Haqiz Rizqin. Segala keutamaan harus diberikan kepada Danial Haqiz... sekarang Danial Haqiz masih kecil, tidak tahu mengapa boleh jumpa dengan Abah sebulan sekali sahaja... Bila Danial Haqiz boleh berkata-kata, bagaimana pula saya mahu menjawab supaya Danial Haqiz faham...erm..

Tahun 2012, merupakan titik penentu... sekiranya gagal pada tahun 2012, abah kena pindah ke KL...kalau ditanya, siapa yang sanggup berjauh dari kampung halaman..apatah lagi tempat dilahirkan, bahasa yg selalu di gunakan, makanan yg selalu dimakan.. demi anak terpaksa.. hurm..Nampak gaya wish list saya yang pertama agak sukar untuk kecapi... hanya keajaiban sahaja yang boleh lakukan............

3 comments:

  1. sedih bace..banyakkan solat hajat dan dhuha..kalau boleh buat setiap malam dan pagi..insyaallah..kalau ade rezki Allah akan perkenan kan dan permudahkan segale..aminn..
    saye tak pernah rase..jadi saye tak tau rasenyer macamane..tapi saye dapat bayangkan kesedihan awak..kuatkan semangat yer wanie...

    ReplyDelete
  2. Sabar wanie..doa banyak2 ek. Allah tau yang terbaik untuk kita. Akak dulu pun macam Wanie gak. Alhamdulillah..bila Ammar umur setahun baru kitaorg dapat stay sekali. Syukur sgt2

    ReplyDelete
  3. Kak aty : mudah-mudahan di perkenankanNYA.. tapi apa-apa pun Alhamdulilah kerana boleh berjumpa dengan suami... klu hendak di fikirkan ada lagi yg perit...

    Kak mai :Yup, mmg betul, mungkin dugaan drNYA.. apa-apapun... usaha, doa dan tawakal.. mudah-mudahan ada rezeki utk hidup bersama sebagi sebuah keluarga.

    ReplyDelete