Mula-mula sekali, tahniah di ucapkan kepada YUN kerana telah selamat bersalin dan selamat berpantang.Tidak mahu bercerita tentang puasa dahulu.. hendak bercerita tentang aktiviti sebelum puasa....
30/7/2011 - pagi
Bermula aktiviti mengemas rumah untuk menyambut Ramadhan... Jgn igt nak raya jer rumah kena comel dan bersih... nak puasa pun rumah pun bersih, comel dan cun. Dari mop lantai sampai la menyusun semula perabot dalam rumah supaya rumah nampak lebih luas dan selesa. Setakat ini, masih lagi diberi kekuatan untuk melakukan kerja-kerja berat.......( berat sangat ke takat mop lantai....huhuhu) saya tolong mop lantai jer... entah kenapa dekat nak bersalin nie suka sgt main air.... adakah tanda dekat nak raya nanti musim hujan di Terengganu....cam mengharap je.. ahhahahaah
Lepas aktiviti mengemas rumah, rehat, bersihkan diri dan solat, terus ke SOGO... (saya mmg jenis suka berjalan).. tak reti nak duk diam.. lagipun mmg berhajat hendak membeli blouse mengandung yang maha ketat dan merangkap sebagai baju raya...kira 2 in 1, klu org lain baju raya untuk raya.. baju kerja untuk kerja.. saya plak guna jela baju tersebut lagipun bukan saya raya disini raya di kampung.. bukannya org tahu saya dh pakai je belum.. hahahahahahah, semua wanita di dunia ingin kelihatan cantik... saya pun begitu jugak, cuma tahun ini kena bajet sbb lepas raya banyak nak guna duit...klu x, lunyai la poket saya dan suami.
Perjalanan ke SOGO dari rumah hanya mengambil masa 10 minit sahaja dari rumah....tp nak cari parking dekat 1 jam !!!!!!!!!!. Tak tahu la, kenapa la ramai org sangat di JLN TAR nie.... cam semut suka kat gula....Itu baru parking, belum lagi hal nak masuk SOGO.. Rupa-rupanya, di SOGO ader jualan PRA-RAMADHAN, hanya ahli sahaja boleh masuk...(nasib baik la pinjam kad SOGO mak.. klu x, sia-sia jer mencari parking selama 1 jam....). Dalam SOGO tidak perlu cerita... penuh sesak dengan org... Saya just garb 3 helai blouse... beratur dekat 2 jam untuk membayar 3 helai blouse....(bukan penat berjalan.. tp penat berdiri dan beratur...)
30/7/2011 -malam
My friend and I gathering sempena our 7 anniversary berkawan. Dari sekolah lagi dh mmg kamcing.. mungkin disebabkan kami 1 kepala, banyak aktiviti yang dapat dijalankan semasa waktu sekolah, waktu matrik dan waktu bekerja... Aktiviti untuk berjumpa dan bertanya khabar makin berkurang apabila masing-masing telah sibuk dengan kerjaya masing-masing dan aktiviti menguruskan keluarga...
Meh tgk gambar...lets the pic do the talk......
Kami berempat......., tgk la saya, semakin membesar dengan sihat.. x sabar nak kurus balik, ader peluang x hahahahaha...(saya bj pink 2)
No comments:
Post a Comment