Saturday, April 3, 2010

Guru Terseksa ??????

Hari x mau citer pasal W-day atau yang seangkatan dengannya..... sekarang topik yang paling hangat di pasaran adalah "Guru Terseksa".......... napa la nk timbul isu yg remeh bin temeh nie, sepatutnyer isu cam nie x perlu nk ditanyangkan di dada akhbar, sepatutnya, di selesaikan secara dalaman bukan dengan cara mengeluarkan statement yg panas bagan 2......

Uat pengetahuan yg bukan guru di luar sana, mungkin ader yg mengatakan tugas sebagai seorang guru senang bagan, kerja separuh masa, taw bagi kerja sekolah kat budak2, bila cuti sekolah cikgu pown cuti........tp korang x taw, tugas kitaorang bukanlah seperti yang anda semua gambarkan......

Mari ite lihat dulo, apa perbezaan guru dengan bukan guru:
Guru
1) keluar dari rumah awal pagi (waktu kerja bermula pada pukul 7.20 pagi), pulang ke rumah bukan seperti yang ditetapkan (kadang2 lewat petang baru sampai rumah)

2) Kami la ibu dan bapa, kami la polis, kami la tentera, kami la doktor, kami la guru kepada anak didik kami............

3) Lepas waktu kerja, bermula la aktiviti kerja perkeranian, update fail, masuk data, cam2 la.....

4) Balik rumah, x boleh nk rehat, sbb memikirkan, apa yg nk ajar esok, cane nk ajar budak supaya pandai, dan sebagai nyer.....(kerja2 tanda kertas exam pown kadang2 kena bawak balik rumah)

5) Melayan kerenah parents bila ader kes displin ( huhuhu bab nie, semu jadi panas..., elak selagi boleh di elakkan)... 2 belum masuk lagi bab mesyuarat PIBG lagi..

6) Hari cuti pown , sekolah jugak bila ader sekolah ganti... (tugas tetap kami jalankan walaupown, x ramai yang datang sekolah), 2 lom masuk lagi kena bertugas bila time cuti sekolah.......

7) waktu makan kami x tetap wokeh, bergantung pada jadual kelas , klu kadang2 kami rehat 40 minit jer.. sebab jadual waktu kami penuh n padat....

Bukan guru

1) ader 3 waktu masuk kijer, 7.30 pagi - 4.00 ptg, 8.00 pagi - 5.00 ptg dan 8.30 pagi -5.30 ptg.. pilih yang mana korang suka, kul 10.00 pagi mula yg nk minum pagi alasan, x sempat makan pagi ( x ckp semua org ye, sapa yg makan cili terasa la pedas nyer), makan tengahari plak kul 1.00 sampai kul 2 ptg, klu hari jumaat lagi heaven .. masa rehat panjang sangat.

2) kerja korang mmg konsisten, klu uat akaun.. uat akaun jer, xder campur....ader kerani sendiri so xyah dh uat kerja update file2, yg paling best korang ader CC bagi setiap department untuk memantau setiap kerja untuk mencapai ISO 2010.

3) balik dari kerja, x perlu dh nk memikirkan hal2 pejabat, sbb kerja korang selalu nyer akan abis bila habis waktu kerja ( bagi sesetengah department, tp bila time audit dtg baru banyak kijer wokeh )

4) Bila ader hari bersama pelanggan baru la, korang akan sibuk melayan tetamu yg datang (bagi sesetengah jabatan sahaja) expect bagi jabatan yg hari2 mmg ader org awam datang 2 lain citer cth cam hospital n so on

5) Bila time cuti, mana ader korang kena g kijer, relax jer.......

Mari ite tgk plak, lirik hari guru:
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Korang nampak x, bahagian lirik lagu yang telah di 'bold'kan, itu la kami, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi, kerana setiap janji atau harapan yg "korang" sume bagi untuk anak2 korang dan anak didik kami, kami tetap tunaikan supaya "mereka" menjadi insan yang berguna.

Kami bukan la mengharap sangat, intan atau emas, apa yg kami hendak biarla kami menjalankan tugas kami dengan aman. Kesimpulannya, setiap pekerjaan mempunyai cara yang tersendiri, ader suka dan duka yang tersendiri.....T___________T

No comments:

Post a Comment