Sunday, December 1, 2013

Bahagia itu milik semua orang.....

Salam....

Agak lama saya menghilang diri.... kali terakhir saya mencoretkan sesuati di blog ini adalah pada awal Ramadhan.... erm lama jugak.... membawa diri, mencari ketenteraman jiwa.... mencari yang  terbaik demi sebuah kehidupan yang membawa kebahagian.


Perkataan CERAI.. adalah satu perkataan yang amat ditakuti oleh isteri... tanyalah sesiapa sahaja yang bergelar isteri.... tidak mahu langsung perkataan tersebut tertulis dalam kamus hidup mereka... kami (wanita), menyerahkan hati kami kepada lelaki ( suami) untuk menyayangi kami, menjaga kami dan sebagainya dan kami (wanita) akan menyayangi diri kamu sehingga nafas kami yang terakhir.Betul tak apa yang saya katakan..itu rata2 ikrar yang di lafaz dalam hati apabila lafaz ijab dan kabul telah sah..

Klu di fikirkan balik, ada betulnya sifat manusia adalah seperti ATOM... An atom knew when it is a time to become a molecule... The atom will donate and share is electron to become a molecule ( marriage) and when the molecule knew  when to become an  ATOM (separate)... hebat sungguh ciptaan Allah, atom zarah yang paling halus yang x nampak dengan mata kasar pun pandai mencari kebahagian dalam hidup.. apatah lagi kita manusia yang diberikan akal fikiran ini, namun kita adakalanya tidak menggunaka akal tersebut utntuk berfikir.

CERAI.. bukan la sesuatu yang memalukan... tetapi adalah WAJIB jika tiada lagi sinar kebahagian dalam kehidupan... Ya, itu lah yang terjadi kepada saya.... andai kata saya MALU... hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya namun saya yakin masih ada lagi sinar kebahagian dalam hidup saya...
MENANGIS..... klu boleh di sukat dengan beaker sudah bergelen-gelen air mata ini gugur.. namun bila difikirkan kembali untuk apa saya menangis.....kepada org yang langsung tidak menghargai apa yang saya lakukan....

Saya berbangga dengan rakan-rakan blogger kerana suami anda adalah seorang yang amat menyayangi ikatan perkahwinan yang di lafazkan di hadapan ayah anda dan saksi-saksi.. memilih untuk tinggal bersama-sama, mengharungi susah senang bersama...untuk menjalani rukun dalam sebuah rumah tangga..Syukur kepada ALLAH ...dan jauhkanlah dari perkara-perkara yang tidak elok, harmonikanlah dengan keberkatan dalam perkahwinan rakan-rakanku.

Apabila tinggal berjauhan.pelbagai perkara yang timbul... kesunyian dan sebagainya.... tuduh-menuduh dan sebagainya.....

Kaum lelaki yang bergelar suami... Jangan sesekali mengeluarkan ayat ini "AKU MENYESAL BERKAHWIN DENGAN KAU".... kerana segala usaha yang iosteri anda lakukan adalah sia-sia... untuk apa dan untuk siapa mereka berkorban.. fikir-fikirkan la...

Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu tidak mahu mengubah nasibnya... Syukur Alhamdulilah...dlm hidup saya sebagai isteri belum pernah lagi saya nerasakan perasaan yang bagitu tenang, aman dan damai..tidak guna untuk meneruskan hidup molekul jika tiada orang yang menghargai apa yang telah saya lakukan, korbankan... lebih baik hidup sebagai atom... sampai masa yang sesuai... akan jadi molekul...

Hati wanita itu rapuh... namun apabila wanita itu sudah bertekad... tiada lagi yang mampu untuk mengubah keputusanya setelah bersembahyang istikarah.

Kini.... saya adalah seorang pelajar... belajar kerana ALLAH,belajar untuk anak, belajar untuk sebuah kehidupan terjamin...Hidup seorang ISLAM adalah tanggungjawab, apabila kita melaksanakan tanggungjawab tersebut.. maka rezeki kita akan turun dari langit.. tidak semestinya rezeki tersebut adalah bentuk wang, boleh jadi dalam bentuk kesihatan, ketenteraman, dan sebagainya.

Kali pertama dalam hidup saya selepas lafaz cerai diucapkan, barulah saya mengetahui bagaimana perasaan bahagia itu..mungkin ini apa yang dikecapi oleh rakan-rakan saya apabila tanggungjawab sebagai isteri dan suami di laksanakan...

Semoga apa yang berlaku kepada saya di jadikan iktibar dan pengajaran... Jika anda bertembung dengan saya tegur-tegur lah... bukan ini yang saya pinta.... tapi saya mahukan kebahgian dalam hidup, orang benar-benar menghargai diri saya..

Selamat tinggal kepada lelaki yang pernah saya serahkan sebahagian dari hati saya dan selamat tinggal Terengganu....ini SEJARAH dalam HIDUP SAYA.

p/s : Bagi yang mengenali diri ini, atau rakan sekerja yang membaca blog ini.. tidak perlu hebohkan di pejabat... saya manusia biasa  yang beza title saya yang berubah...

Monday, July 8, 2013

Salam Ramadhan.......

Syukur, Alhamdulilah masih lagi diberi peluang untuk menyambut bulan yang mulia, Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, mudah-mudahan tahun ini di permudahan untuk melakukan amal kebajikan. Azam tahun ini, mahu menunaikan solat tarawih di masjid bersama budak kecik...InsyaAllah, kalau diizinkanNYA. Sejujurnya, ini merupakan kali pertama saya membawa Danial ke masjid, bukan untuk menunjuk tetapi sebaliknya untuk membiasakan diri ke masjid dengan anak kecik. Mungkin bagi orang, terlalu awal membawa budak kecik ke masjid, tp bg saya merentung buloh biar dari rebungnya dan selagi tidak menganggu jemaah lain beribadat, InsyaALLAH saya akan bawa Danial ke masjid pada hari seterusnya.
Andai kata tahun ini x berjaya bertarawih di masjid, tahun depan ada lagi..

InsyALLAH, saya akan menukarkan Danial dari taska harian ( yg sekarang ini ) ke Tadika Ehsan ( tp bg umur Danial ini di kira sebagai Taska). Saya menukar atas dasar pendidikan.. saya mahukan perkataan pertama yg di kenali oleh Danial adalah Alif, Ba , Ta... bukannya A,B C..... Saya tidak mampu untuk mengajar anak saya kerana saya tiada kebolehan atau lebih tepat lagi saya tiada bakat untuk mengajar anak saya... klu setakat bercerita, kenalkan huruf , berwarna masih boleh lagi, tp klu dah masuk bab hafalan surah lazim, saya x mampu .. kenapa?, bila melibat hukum dalam bacaan baiklah diserahkan kepada yg pakar, lebih afdal.. 

Saya juga ingin memohon maaf jika terkasar bahasa, tersilap kata, mengganggu emosi dan sebagainya. Mari kita mulakan Ramadhan tahun ini dengan hati yang tenang, bersih dan suci murni....


 p/s : Mlm esok dh 1 ramadhan, jom pakat-pakat g solat tarawih di masjid..

Tuesday, July 2, 2013

Tunaikan apa yang di katakan....

Merujuk kepada tajuk akhbar hari ini, "Guru Kahwin Boleh Pindah Ikut Suami"

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan bersedia mengkaji semula pertukaran guru-guru yang sudah berkahwin atas faktor kemanusiaan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching, memberitahu Dewan Rakyat semalam, adalah tidak sesuai bagi pasangan suami isteri, terutama yang baru berkahwin dipisahkan atas kekangan tugas.

“Bagi saya sebagai pendidik yang ada pengalaman sebagai seorang pengetua, sekiranya ada guru yang minta tukar atas sebab mereka berkahwin, saya beri sokongan penuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Hasbulah Osman (BN-Gerik) yang bertanya mengenai permohonan pertukaran guru yang sudah berkahwin.

“Ini atas dasar kemanusiaan... tidak sesuai atau tidak baik untuk suami isteri dipisahkan,” katanya. BH


Harap-harap apa yang di perkatakan akan di tunaikan, mungkin ini berita gembira bagi mereka yg PJJ seperti saya.

Saturday, June 22, 2013

Gigi....oh.. gigi.

Bila ada anak kecil, serba serbi kena ambil tahu dari rambut sampai la ke hujung kaki.. kerana anak adalah kain yang berwarna putih, kalau dicorakkan dengan warna yang cantik maka cantik la, klu di corakkan dengan warna tidak menarik maka tidak menarik la...Bila anak dh mula naik gigi, seronok ke main, masa ini la dh terfikir pelbagai jenis menu yang boleh membantu memperkuatkan gigi dan sebagainya...dan dalam masa yang sama juga dah sibuk membuat jadual kebersihan gigi..

Bak kata iklan colgate, kulit yang kering boleh di sapu losyen, muka yang naik jerawat boleh di sapu bedak, tp gigi.................(part yg ini dh x igt...)

Secara jujur, saya ngaku saya bukan la manusia yang prefect, ada cacat celanya, kadang-kadang dlm menyedia makanan yang sihat, kita lupa bahawa budak kecil tidak boleh di jamu dengan makanan yang manis dan boleh membuat mereka terlalu aktif, tp di sebabkan rasa kesian, bagi la sikit untuk merasa makanan manis tersebut (bukan setiap hari ye, sekali sekala jer...)

- Tabik spring pada ibu2, mama2 dan umi2 di luar sana yg mmg langsung x bagi anak mereka benda yang manis.... if I could do that too

Berbalik kepada tajuk diatas, pada umur berapakah baru anak-anak boleh menjalankan rutin check gigi utk setiap 6 bulan?.

Agak mengelirukan saya, gigi anak tak penuh gusi dh kena buat pemeriksaan kesihatan gigi? Soalan ini di tanya sendiri oleh nurse di KK,  "Dh buat pemeriksaan gigi".....,agak terkejut dengan pertanyaan tersebut, saya hanya tersenyum... 

Saya belum lagi membawa Danial berjumpa doktor gigi untuk menjalankan pemeriksaan gigi, bukankah terlalu awal untuk membawa toddler yang baru berusia 2 tahun ke klinik gigi untuk pemeriksaan gigi. Tapi bila di fikirkan balik, entah berapa banyak gula yang masuk ke dalam mulut semasa makan (saya dh mula gunakan susu formula sekiranya stok susu kambing dh abis), takut jugak memikirkan akibatnya. Setakat ini, saya hanya melakukan rutin menggosok gigi ( tapi bukan la gosok sangat, tp lebih kepada danial mkn ubat gigi). 

Agak risau sekiranya gigi susu akan rosak dan gigi kekal naik tidak sekata.... oh tidak, cane nak bg senyuman menawan nie klu gigi dh rosak.... xkan nak pakai pendakap gigi...

So, doc gigi atau parents yang ada pengalaman, boleh kongsi dengan saya... Sharing is sexy.

Sunday, May 26, 2013

Warehouse sale!!!!!!!!!!!!!!

Anda peminat buku?, Mahukan bahan-bahan bacaan dengan harga runtuh?, Mahu mencari bahan ilmiah untuk anak-anak atau untuk diri sendiri dengan harga yang berpatutan.. sekiranya jawapan anda untuk semua soalan diatas YA, maka anda haruslah pergi ke warehouse ......


ATAU

Seriously, memang berbaloi pergi warehouse ini, wanie pergi yang POPULAR sbb dekat dgn rumah jer VIVA HOME  yang MPH belum lagi terjah... Harga buku mmg runtuh, bermula RM 1, apa lagi mmg rambang mata melihat, itu belum lagi bab memilih buku dari fiction, general, non-fiction, children book, examination books (UPSR, PMR,SPM, STPM ,A-Level, dan O-level), motivation book dan macam-macam lagi...Diskaun untuk member mmg yang terbaik, untuk non-member pun ader diskaun tp tidak la sehebat yang member punya.

Hasil rembatan ....

Parenting book.... price RM 5 ( sgt lah berbaloi)

Cooking book...(disebab hanya pandai membeli jer, x salah sekali sekala cuba membuat) RM 5

 Jumlah buku yang dirembat.....

 3 jenis cop ( cikgukan, biasa la... hahahaha)

 Alang-alang dh ada jualan buku, rembat la buku motivasi untuk di jadikan hadiah perkahwinan... Ok la kan, ilmu boleh di kongsi....Total damage untuk jualan buku yang 3 tahun sekali baru pergi RM 200..

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru...

Hari ini 16 Mei sinonim dengan Hari Guru...

TERIMA KASIH di ucapkan kepada cikgu-cikgu yang telah mengajar saya sehingga saya menjadi insan yang berguna dan kepada  rakan-rakan yang bergelar guru, saya ucapkan SELAMAT HARI GURU...

Ada yang pernah bertanyakan kepada saya, perlukah sambutan Hari Guru diadakan?
Saya pasti rata-rata guru akan berkata MESTI, kerana hari ini merupakan hari kebesaran bagi insan yang bergelar guru yang telah menabur bakti dan jasa kepada bangsa dan negara... Hari inilah, warga guru di puji, di agungkan dan sebagainya, masa inilah dapat melihat samada pelajar sayangkan kita atau tidak.....

Itu pada orang lain, bagi saya yang dh 5 tahun bergelar guru ini, saya nak sangat Hari Guru ini berikan cuti kepada guru ( taknak cuti berganti atau cuti peristiwa). Kenapa nak cuti yang di khaskan kepada guru..

1) Orang selalu kata, jadi cikgu ini banyak cuti...
Hakikat yang perlu kami lalui, cuti sekolah adalah hari bekerja kami yang tidak stress ( tiada pelajar) masa ini lah sibuk dengan tugas pekeranian yang memang tidak akan sudah, update fail panitia, fail bermacam-macam mak dan nenek, masukkan masuk markah dalam sistem SAPS dan SPBS, merancang dan memstrukturkan semula pengajaran dan pembelajaran, bagi kelas peperiksaan pula menilai pelajar yang GALUS dan GARUK dan memastikan pelajar yang GARUK menjadi GALUS dan membuat kelas tambahan... itu belum menyiapkan kertas soalan ujian penilaian kali ke 2, soalan ulangkaji dan sebagainya... itu belum lagi menjaga peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, SPM dan SPTM.... jadi bila masa kami boleh bercuti tanpa gangguan, bila ada public holiday sahaja boleh cuti dengan aman tanpa gangguan.

2) Orang selalu kata, masa kerja cikgu singkat, pagi sampai petang sahaja...
Hakikatnya, masa kami bekerja adalah sama seperti masa mereka yang bekerja di pejabat.. tiada istilah balik awal, kerana masa kami adalah untuk pelajar kami bagi menyediakan mereka kepada kehidupan yang makin mencabar dengan pelbagai aktiviti kokurikulum, kurikulum dan sebagainya...

Itu pendapat saya, bagi saya sambutan hari guru bukanlah sekadar ucapan dan hadiah.. apa yang saya inginkan daripada pelajar keikhlasan mereka dalam menerima ilmu , keikhlasan mereka dalam menolong guru dan keikhlasan mereka dalam memberi salam kerana setiap perkataan Selamat Sejahtera dan Assalamualaikum adalah doa yang paling indah bagi kami guru2

Tuesday, May 14, 2013

Mendidik anak mengikut cara Islam...

Dewasa ini, kebanyakkan ibubapa moden lebih suka mendidik anak dengan menggunakan pendekatan moden.... mengikuti kelas parenting, pembacaan buku ilmiah, journal dan mengikuti kelas-kelas motivasi untuk mendidik anak yang cemerlang ( begitu juga dengan saya) dan adakalanya kita terlupa atau langsung tidak mahu mengikut jejak langkah ibu dan ayah kita mendidik kita hingga berjaya kerana kaedah tersebut terlalu kolot dan tidak mengikut peredaran zaman...saya tidaklah menolak kaedah mendidik anak-anak yang telah terapkan oleh ibu dan ayah saya, yang mana baik saya ikut, yang tak elok tinggalkan.. contohnya

" Jangan keluar malam-malam nanti hantu kacau"
"Jangan duduk atas bantal nanti naik bisul" dan sebagainya...

Di zaman moden ini, kebanyakkan pakar motivasi kanak-kanak mengatakan penggunaan perkataan "JANGAN", "TIDAK" dan "TIDAK BOLEH" akan memberikan impak negatif kepada perasaan anak-anak kerana anak-anak mempunyai kefahaman yang berbeza..
contohnya, "Jangan berjalan tanpa menggunakan kasut, nanti cacing masuk" atau "Jangan berlari nanti jatuh"..akibat dari perkataan "JANGAN" , anak-anak akan berexplotasi dengan kata-kata dimana mereka akan berjalan tanpa menggunakan kasut atau berlari sehingga menguji kesabaran kita.... Bagi saya, perkataan "JANGAN", "TIDAK" dan "TIDAK BOLEH" perlu digunakan dalam mendidik anak kerana bagaimana untuk mengubah sesuatu arahan yang dikatakan negatif kepada positif ? sedangkan dalam Al-quran sendiri mengunakan perkataan "JANGAN" untuk mendidik.

Dan kita jangan lupa, kebanyakkan pakar motivasi menggunakan buku-buku dari barat yang kebanyakkan lari dari fitrah semulajadi manusia.."UNTUK MENJADI BAIK ADALAH SUSAH DARI MENJADI JAHAT".

Mari kita lihat bagaimana Luqman Al-Hakim mendidik anaknya... ( Terjemahan daripada surat luqman ayat 13 hingga ayat 19.

13." Dan ( ingatlah) ketika luqman memberi berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepada anaknya: " Wahai anak kesayanganku, jangalah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar"

- kita perlu tanamkan sifat tidak syirik kepada Allah kerana ia perbuatan yang zalim, meletakkan sesuatu bukanpada tempatnya. contonhnya, tujuan belajar bukan kerana untuk mendapatkan kerja tetapi patuh kepada perintah Allah. Orang yang semakin tinggi ilmunya semakin takut kepada Allah bukannya semakin ingkar dan derhaka kepada Allah.

# Dalam mendidik anak-anak, kita sering mendahulukan pembelajaran dalam kearah keduniaan, mesti atau lebih tetap lagi wajib pandai dalam berbahasa Inggeris, Matematik dan Sains lulus.. tetapi kita lupa kepada kehidupan yang abadi. (I try my best to teach my son bahasa arab, jawi dulu dan kenalkan kepada alif, ba dan ta dahulu..) sbbnya tujuan mengajar dan belajar kerana Allah.

14. "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 2 tahun; (dengan demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu, dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)"

-Anak-anak perlu dididik supaya taat dan hormat keduaibubapa, rasa terhutang budi kepada ibubapa, menyedarkan mereka bahawa syurga terletak dibawah tapak kaki ibu. Reda Allah bergantung kepada reda ibubapa

# Kadang-kadang dala hati kita terlintas pelbagai perkataan negatif terhadap anak-anak kita kerana kerenah mereka yang kadang kala mengugat kesabaran kita... tetapi apa yang terlintas di hati biasa cepat diperkenan oleh Allah. (Gunakan perkataan yang positif, contohnya.. "lembutkan la hati anakku ini dalam mendengar arahan ku... insyaAllah, akan diperkenankan oleh Allah.

15. "Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau(dengan fikiran sihatmu) tidak mengetahui sungguh adanya , maka janganlah engkau taat kepada mereka; bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan Tauhid dan amal-amal soleh), kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang telah kerjakan"

-Patuh kepada ibubapa kepada perkara tidak bercanggah dengan perintah Allah.

# Kita adalah cermin kepada anak-anak kita, perkara yang baik dan buruk yang kita lakukan akan di contohi oleh anak-anak. Jika perkara baik dan tidak bercanggah dengan perintah Allah kita kerjakan insyaAllah, anak-anak akan melakukan perkara yang sama kepada kita. contohnya..berapa kerap kita menelefon ibu dan ayah kita di kampung di hadapan anak-anak kita, bahasa yang di gunakan untuk bertutur  dan sebagainya.

16."(Luqman menasihati ananknya dengan berkata): Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada perkara yang baik atau buruk sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana Sesungguhnya Allah Maha halus pengetahuanNya; lagi amat meliputi akan segala yang tersembunyi"

-Anak-anak sentiasa diingatkan, apa sahaja yang mereka fikirkan, lakukan semuanya diketahui Allah dan akan dibalas oleh Allah di akhirat kelak.

# Penerapan sifat 20 Allah perlu diterap semasa kecil lagi supaya anak-anak mengenal pencipta mereka dan takut kepadaNya.

17."Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya"

-Solat wajib didirikan, tidak kira dalam apa jua keadaan, mengapa solat itu perlu? Kerana Allah berjanji solat mampu mencegah daripada melakukan perkara yang tidak baik.
contohnya sikap malas belajar adalah perkara yang keji. Solat sukar dilaksanakna pada awalnya, apabila di latih ia menjaid mudah. Oleh sbb itu, Rasullah menyuruh anak-anak mendirikan solat ketika berumur 7 tahun dan rotan pada umur 10 tahun jika tinggalkan solat.

# Sikap sabar perlu ditekan dari awal dan anak-anak perlu di latih agar tidak semua keinginan mereka mesti di patuhi ( no more promise, bila dh gaji nanti ummi belikan mainan )

18. "Dan jangan lah engkau memalingkan mukamu(kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan lagak sombong: Sesungguhnya Allag tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membangga diri"

-Anak perlu dididik mempunyai hati kasih belas dan sentiasa ingin membantu. Sikap pemurah, tidak kedekut, suka kongsi ilmu dan mengajar rakan yang lemah perlu ditanam kerana Allah suka orang yang pandai mengajar mereka.

# Semakin banyak ilmu di dada semakin banyak benda yang kita tidak tahu, jangan bongkak terhadap ilmu yang diperolehi kerana semuanya adalah hak Allah. Hanya dia yang Maha Mengetahui dan Maha Halus.

19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semsa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai"

-Ibubapa perlu memberi contoh komunikasi yang berkesan. Cara berinteraksi dengan anak hendaklah sopan, tertib dan tidak menengking. Saidina Ali berpesan, jika percakapan dari hati yang iklas akan sampai ke hati, jika percakapan datang dari lidah maka ia masuk telinga kanan keluar dari telinga kiri


p/s : sharing is caring, yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya.. ini sekadar pandangan sahaja.... bukan semua yang datang dr barat buruk, ada baiknya.. yang baik kita ambik dan yang buruk kita tinggalkan..

Amalan harian agar hati anak lapang dan mudah belajar

Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hinga 60.

Wednesday, May 1, 2013

Wayang.......

Dalam 2 tahun melayari hidup sebagai mak nie, boleh di katakan 2 tahun jugak, saya tidak menjejakkan kaki ke panggung wayang..dulu semasa bujang, mmg selalu up 2 date dengan cerita-ceria di wayang, bila dh ada anak mmg tak ter "up 2 date" dengan cerita yang ada di wayang.. yang selalu di updatekan, bila jualan murah pureen, pigeon n so on.. hahahahahah.

Buat pertama kalinya dalam tahun 2013 ini,  ini la kali pertama saya menonton wayang di pawagam bersama-sama dgn anak hahahhahahah..bukan boleh tengok cerita dengan tenang tapi lebih kepada perasaan dapat menjejak kaki ke pangung wayang.... ( nasib baik org yang belanja, klu sendiri mungkin 2 tahun lagi br dapat masuk kot hahahahah)

So far, Danial sgt la behave di luar pawagam..., main kejar-kejar, tunjuk poster kartun yang menarik minat , rasanya mungkin sbb poster 2 colourfull.. bila dh penat dan nak susu ( time for sleep) br la boleh masuk tgk wayang.. (mungkin org akan kata membazir, tp bg saya tak ralat kalau x tgk dr mula, yang ralat klu x tgk klimaks cerita...).

Ini lah 2 cerita yang saya tengok...


Dua-dua science fiction.......

Monday, April 29, 2013

Bahasa.......


Bahasa menggambar tahap pendidikan seseorang atau pun pada zaman moden ini  penggunaan bahasa menggambar tahap ke’macho’an seseorang. Zaman berubah tapi adakah tatatertib, sikap seseorang perlu berubah mengikut arus peredaran zaman?

Pening kepala bila hari-hari berdepan dgn ragam manusia yang sering menggunakan bahasa yang terlalu “bagus” di dgr.. seolah-olah sudah menjadi bahan mainan.. Entah mengapa perkataan tersebut begitu mudah untuk di luahkan sedangkan bukan la sesedap mana pun telinga ini utk menadah dan mendengar…

Semua org ckp, biasa la kalau bekerja dengan manusia, kena sentiasa bersabar…( tapi sabar pun ada hadnya ). Baru-baru ini adala seorang hamba ini, nak kata rapat , rapat la jugak tp xde la serapat isi dengan kuku… berkempen pasal harga emas dh turun, masa untuk membeli dan membuat pelaburan..

A : Harga emas dh turun ….beli..beli…beli..beli..beli, rugi x beli..
Saya : Oh ya, nak membeli tidak mungkin tapi nk trade in emas yang lama dengan emas yang baru 
          je
A: Rugi  nak tukar, baik beli…
Saya : Saya nak trade in je
A: Rugi… beli.. beli.. beli, harga emas dh turun
Saya : Orang lain mungkin boleh membeli  tp saya hendak tukarkan sahaja
A: Eh bodo, org ckp beli.. beli la, yang nk tukar apa hal, klu xde duit ckp la.. nie yang nak ckp pasal org lain apa hal…. Babi la
Saya : Diam seribu bahasa…
  1.  Rasanya, ayat yg saya bagi dh berlapik.. “nak trade in” , xkan semua benda nak  kepoh bgtaw     “aku xde duit nk beli emas”….klu ada duit pun, perlu ke kecoh satu dunia…duk KL nie mana  leh nk pakai banyak2, tu namanyer menempah maut, yang pakai seutas gelang dh kena ragut.
  2.   Perlu ke semua benda kena di berikan penegasan dgn menggunakan  perkataan kesat untuk menunjukkan sesuatu atau memberi arahan... jangan marahkan anak-anak jika menggunakan kata-kata yang "sedap " di dengar.. sebaiknya tgk dahulu diri sendiri...
   Pelik sungguh dgn kelakuan orang zaman sekarang ini, benda yang elok x plak ikut, benda yg x elok di puja lg di ikut...

Tuesday, April 23, 2013

Sampai di sini sahaja rezeki untuknya...........

Sudah lama saya menyepikan diri dari membuat entry yang baharu di blog ini. Kekangan masa mungkin adalah alasan semata-mata  hahahahahha.. yang sebenarnya saya kekeringan idea dan tiada momentum untuk menaip di blog tercinta...

Tengok tajuk di atas, mesti pelbagai andaian yang telah di buat..., rezeki apa?????..siapa???. Cerita yang saya hendak sampaikan adalah tentang penyusuan ibu secara exclusive ( yang langsung x campur apa-apa, klu campur pun maybe sedikit sahaja utk sekali dalam sebulan). Saya hanya dapat memberikan yang terbaik (susu ibu) kepada Danial hanyalah selama 1 tahun 7 bulan sahaja ..(hari ini dengan rasminya saya menggunakan SUSU CAP LEMBU sepenuhnya..(hari itu beria-ia nk guna SUSU CAP KAMBING, tp almaklumlah.. tengah hujung bulan -boleh terima x alasan ini.. hehehheheheh).

Sedih mmg sedih, hanya tinggal lagi 5 bulan lagi untuk menghampiri  2 tahun, tp nak buat macam mana kalau rezeki untk anak saya hanya selama 1 tahun 7 bulan sahaja, redhakan sahaja.. kalau asyik memikir di mana salah silapnya.. boleh jadi stress..( penyusuan susu ibu ini tidak boleh stress kena happy memanjang jer baru susu sentiasa happy keluar... ini analogi yg selalu saya guna).

Kenapa sampai 1 tahun 7 bulan sahaja, kenapa x boleh cukupkan 2 tahun?. 

Bukan x boleh untuk cukupkan tempoh penyusuan, boleh cuma saya tiada kekuatan fizikal untuk meneruskan kerana hasil tenusu hanyalah 1 oz sahaja selama 1 jam dan keadaan kesihatan tulang yang makin merosot. Bab ini, saya tidak tahu samada, ibu-ibu yang menyusukan anak berumur setahun ke atas mengalami sakit belakang yang teruk a.k.a sampai x boleh bangun dan berjalan.

Demand makin tinggi, stok susu dari bulan Feb dan Mac dah terhakis dengan banyaknya...Dalam sehari bekerja saya mampu mendapat hasil tenusu sebanyak 2 oz sedangkan dalam sehari Danial perlukan 25 oz  (-23 oz nie mmg ambik dr stok sebelumnya). Dari memikir kenapa susu merundum  dan stress lebih baik rehda dgn rezeki yang di berikan.

Jadi, penyusuan secara exclusive hanya lah di peringkat MASTER sahaja. Saya masih lagi meneruskan penyusuan tetapi tidak secara exclusive. Siang bagi susu CAP LEMBU dlm kotak( bulan dpn tukar kepada CAP KAMBING), malam baru bagi susu CAP IBU yang fresh from the farm..ahahahhahah.

Jom layan gambar, saat-saat terakhir suis DEEP FREEZER di matikan.


Bekalan Isnin 22/4/13... hanya terdapat 15 oz susu ibu dan 3 pack ice pack, lagi 10 oz, saya dh sediakan 1 kotak susu UHT.. untuk kegunaan kecemasan.


MADELA SWING  yang telah banyak berjasa.. walaupun telah di upgrade kepada double tube, single tube jugak lebih berjasa.. selama 1 tahun 7 bulan, kita tetap bersama walaupun dimana sahaja kita berada untuk menjalankan tanggungjawab.


Kantung ini ( yg berisi SWING dan  HARMONY), yang di bawa ke hulur dan ke hilir selama 1 tahun 7 bulan...

Danial,
Ummi tahu  ummi tidak berusaha dengan gigih untuk mencapai matlamat penyusuan selama 2 tahun secara exclusive, tapi ummi telah cuba bertahan selama setahun lebih, Alhamdulilah dan  rezeki untuk dirimu masih lagi ada walaupun sedikit. 

Maafkan ummi kerana tidak menunaikan janji....



Tuesday, April 2, 2013

18 bulan sudah berlalu...

Syukur al-hamdulilah, masih lagi diberi lagi nikmat untuk menyusukan anak, walaupun hasil tidaklah segempak dahulu, tidak serajin dahulu, namun syukur kerana masih ada lagi rezeki walaupun setitik susu ibu untuk anak saya.

Masih ada lagi 6 bulan lagi untuk meneruskan perjuangan ini, terima kasih kepada senior-senior yang banyak membantu dalam memotivasikan diri saya supaya teruskan untuk menyusukan anak walaupun misi-misi di klinik kerajaan kerap kali meminta saya untuk mencampurkan susu kerana berat anak saya betul-betul berada di boarder line. Ada juga sekali sekala, kena di basuh, di luntur dan sebagainya otak ini supaya yakin dengan rezeki yang telah diberikanNya kepada anak kita... tanpa dorongan dan motivasi dari anda, rasanya mungkin saya sudah mudah mencampurkan susu ibu...

Antara nasihat yang di berikan kepada saya sehingga saya mampu pekakkan telinga apabila berhadapan dgn misi-misi di klinik kerajaan.

1) Itu hak anak, selagi termampu berikan yang terbaik... susu hanyalah pelengkap kepada makanan bukannya makanan kepada anak.

2) Kita rajin bila hendak mencari duit, anggap sahaja susu yang di berikan kepada anak adalah "duit pelaburan" bagi masa hadapan.

3)Yakin terhadap diri sendiri, tiada istilah anak dh besar susu semakin sedikit, jgn sesekali set dlm otak tetapi  setkan SUSU AKAN BANYAK BILA RAJIN, KERANA SAYA BERUSAHA MENCARI REZEKI ( rajin mengepam) - yang nie tampal besar-besar di beg pump....

4)Sentiasa berdoa supaya di murahkan rezeki anak, menyusukankan kerana ALLAH.. doa yang baik insyAllah di makbulkan.

dan lain-lain lagi..

Ada lagi 6 bulan, mudah-mudahan saya dpt meneruskan penyusuan ibu.

Sunday, March 24, 2013

Ber CD cara saya.........

"Bila memulakan sesuatu yang baharu pasti akan menjadi bahan pertanyaan"

Itu la saya, semasa mula-mula mahu berCD. Sibuk menerjah blog-blog otai yang dh lama berCD, sibuk menanya berapa keping CD yg perlu di gunakan untuk berCD, jenama apa yang sesuai dan sebagainya..(saya masih lagi baru dlm bab CD nie, so mmg x boleh dikatakan otai mahupun org lama, baru sahaja berjinak-jinak).

Mari lihat bagaimana saya berCD...(ini cara saya... setiap org x sama caranya)

1) Nak beli CD, kena beli sekali banyak ke?
-X perlu beli banyak CD untuk kali pertama percubaan, beli sedikit sahaja untuk melihat keserasian anda (masa anda untuk uruskan CD dan sebagainya) dan penerimaan si manja. Saya mula-mula berCD hanya 3 keping sahaja, untuk melihat penggunaannya samada praktikal pada siang hari atau mlm dan penerima Danial. Alhamdulilah, Danial x banyak ragamnya, die sendiri yang memilih utk di CDkan pada waktu ptg ( pukul 6) dan malam... lama kelamaan, mintak untuk di CDkan pada siang hari dan pengurusan masa saya jugak dpt di jimatkan untuk mendobi baju dan CD. Selepas sesuai dgn masa dan penerimaan si manja baru la menambah koleksi CD anda.

2) Perlu ke prewash?.
-Kebanyakkan blog yang saya terjah (otai-otai CD) semuanya kata WAJIB prewash (basuh jemur sebanyak 3 kali supaya daya penyerapan insert ( yg cam tuala tu dapat di tingkatkan). Saya melanggar ckp otai.. dimana CD saya mmg tak pernah di prewash.Apa yang saya buat, saya merendam CD saya semalaman tanpa sabun supaya molekul air boleh meresap jauh kedalam ( insert tu lebih kurang seperti tuala.., bila kita rendam tuala, kain tuala makin lama makin berat dgn molekul air, ini bermakna tuala kita boleh menyerap air apabila kita mandi...). Selepas di rendam semalaman, barulah CD di basuh dgn sabun dan di jemur.. sedia untuk di gunakan.
 Bocor ?????, setakat ini tidak pernah lagi bocor.

3) Perlu ke menggunakan washing net?
-Terpulang pada keselesaan masing-masing. Saya menggunakan washing net untuk menjaga kualiti CD saya.. almaklum la , semua CD jenis button... ( saya beli jenis button sbb boleh di upgrade kan kepada velcro).

4)Berapa banyak CD yang perlu di gunakan @ di bekalkan di nursery?
-Bergantung kepada penerima anak, danial hanya memerlukan 5 insert dan 2 cover ( jenis AL-two), klu yang tradisional memerlukan 5 keping CD.Extrakan 1 keping CD untuk kecemasan (mana la tahu anak kita poo-poo ). Setiap 3 jam, CD perlu di tukar (yang ini perlu di beritahu kepada babysiter untuk menjaga kebersihan).CD yang kotor terus masukkan kedalam wetbag ( sekiranya ada)  @ bag plastik.

4)Senang ke menguruskan CD yg kotor?
-Bagi saya mudah, tp terpulang pada masing-masing kerana CD perlu kepada kerajinan. CD yang kotor tak perlu di rendam untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria, hanya perlu di bilas dan perah.(jika terpaksa kumpul CD, bilas dan perah dan di letakkan di dalam baldi yang kering). Untuk memudahkan kerja, saya terus masukkan kedalam mesin basuh dan tekan quick wash (tanpa sabun) untuk memulakan kerja-kerja membilas. Selepas quick wash, barulah CD tersebut boleh di basuh bersama-sama dengan pakaian anak dengan menggunakan sabun dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Mudah dan menjimatkan bukan.. dh selesai boleh terus menjemur.

Sabun yang saya gunakan adalah nappi klean sahaja, nak gunakan sabun trojan pun boleh, nk lagi putih gunakan sabun pencuci pinggan... Pantang larang dalam mendobi CD tidak boleh gunakan sabun yang mempunyai enzim @ bahan peluntur kerana akan mengurangkan daya penyerapan insert.. tp saya tak pernah lagi guna pencui pinggan untuk putihkan CD saya, kerana apabila di jemur di bawah cahaya matahari, CD akan menjadi warna putih...

5) Berapa kali dalam sebulan perlu striping CD dan bagaimana caranya?
-Tujuan stripe adalah untuk meningkatkan daya penyerapan insert. Sebulan sekali sudah mencukupi... ada dua cara..

Tradisional
 Menggunakan cuka...
1) 1/2 cuka makan di letak ke dalam 1/2 air di dalam baldi ( jgn sesekali masukan cuka makan terus kepada CD, ini akan menyebabkan CD anda bertompok-tompok, yang bertompok akan cepat serap air, yang x bertompok lambat serap air.. ini boleh meyebabkan kebocoran).
2) Masukkan insert dan lampin, rendam selama 15 minit
3) Bilas dan keringkan...
(yang ini saya dh buat tp kurang praktikal bagi saya)

Menggunakan baking soda ( yg nak bagi kek naik )
1) Masukkan 1 sudu teh kedalam bilas insert dan CD yang terakhir
2)Biarkan selama 15 minit
3) Bilas dan keringkan...
(yang ini sangat praktikal bagi saya, kerana baking soda adalah serbuk, boleh di letakkan pada bahagian pelembut dalam mesin basuh..., untuk bilasan  yg terakhir saya pause selama 15 minit untuk sesi rendaman, selepas 15 minit,  on balik mesin untuk proses membilas dan mengering...)

Moden
Gunakan rocking detergent untuk membasuh CD...

Ini lah cara saya dlm menguruskan CD...

Saturday, March 16, 2013

Seronoknya ber "CD"

Pejam celik..pejam celik, dh hampir sebulan saya ber CD nie. Mula-mula untuk memulakan aktiviti CD ini agak kekok. Tidak kurang juga yang menegur kenapa perlu menyusahklan diri sendiri, sedangkan zaman semakin moden, x perlu hendak fikir untuk membasuh dan sebagainya, hanya perlu tukar dan buang kedalam tong sampah..ada juga sampai 1 tahap saya berfikir..

"Kenapa hendak menyusahakn diri sendiri, padahal dah ada benda yang senang ?"
"Adakah saya semakin kolot, sedang masa tetap terus ke berlalu kehadapan ?"
"Adakah ini merupakan satu pembaziran  ?"

Tp tak sia-sia juga, saya menyakinkan diri dan mencuba untuk bertukar dari DISPOSAL DIAPER kepada CLOTH DIAPER. Untuk memulakan CD nie, mmg  memerlukan duit yang banyak.. 1 CD sahaja dh hampir RM 20  (ikut jenama) tp setiap sen yang di keluar pasti ada ganjaran ( macam dlm iklan ASNB plak). Syukur lah, duit  perbelanjaan utk pampers telah di kurang dan di lebihkan kepada pendidikan.. ( buat masa ini ).

Saya bermula untuk berCD selepas di pertimbangkan beberapa perkara

1) Saya malas untuk membuang sampah (pampers) setiap pagi, mesti jugak terlajak petang baru la sibuk hendak membuang sampah

2) Setiap 2 hari dalam seminggu pasti akan membuat laundry (alang-alang dh laundry baju anak, boleh la laundry CD semasa hendak menjemur baju anak)

3) Anak semakin besar, semakin lasak.. nak beli pampers jenis pants tidak sesuai kerana berat anak saya hanya 8 KG jer ( ringan bukan walaupun dh 1 thn 6 bulan) - konfem2 bulan nie kena marah lagi.

CD yang mula-mula sekali saya beli adalah jenama AUTUMNZ jenis button ( 3 keping jer.. 2 milky dan 1 pul). Yg nie boleh la di kategorikan sebagai yg tradisional sbb ada poket untuk masukkan inserts, sesuai untuk tido mlm dan perjalanan jauh. So far mmg jatuh hati dengan jenama nie, sbbnya dapat 2 inserts dan mudah untuk masukkan 2 inserts sekali gus ..cuma 1 jer yang x ok tentang jenama nie, cutting terlalu besar
( untuk anak saya)

salah satu koleksi  yang saya ada



nampak x poket untuk masukkan insert yang besar... (google)

Selepas mencuba jenama AUTUMNZ, saya beralih pula kepada QQ BABY. Harga CD QQ baby adalah yang termurah di pasaran... yang plain RM 18 (klu x silap saya) dan milky  RM 20  (yg nie bukan jenis bamboo ye). Saya borong jenama ini sebanyak 10 keping jenis milky..., pun jenis button jugak saya beli. Yang ini pun boleh di kategorikan sebagai tradisional, kerana ada poket dan dapat 2 insert. Cuma 1 jer yang x best tentang jenama QQ BABY... poket untuk masukkan insert adalah kecil.. nak masukkan 2 insert sekali gus agak susah dan saiznya agak kecik... kalau peha baby jenis tembam, kurang sesuai .


salah satu daripada simpanan saya


nampak x, poket untuk masukkan insert .. kecik berbanding dengan jenama autumz.. nak masuk sekali 2 insert mmg agak susah .

Boleh di katakan, kedua-dua jenis CD ini, kurang sesuai untuk di gunakan di nursery kerana fungsi CD ini tidak sama seperti DD. Org nursery pun tahu pasal CD jenis cam nie, taw je guna CD jenis cani mesti suruh beli DD kerana leceh.. asyik kena masukkan inserts dlm poket jer.... Ada sekali, pengasuh lupa nak masukkan inserts habis basah seluar anak saya.. nasib baik kencing kalau air besar ... huhuhuhuhu..

Selepas menggunkan 2 jenis jenama CD yg tradisional, saya membeli CD ala-ala seperti DD, iaitu All - in -2. Ada beza CD jenis All -in - One dan All-in-Two..beza nya

AI-One
Insert telah di jahit pada cover, lebih kurang seperti DD,  yang x bestnya kena bekal banyak-banyak pada nursery dan semakin besar la bag  untuk simpan CD yang dh kotor ( not very practical for me )


Insert yang telah di jahit terus pada cover, sama seperti DD

AI-Two
Insert yang boleh di tukar ganti apabila kotor. Cover tak perlu di ganti kecuali klu dah kotor... . Tak perlu bekalkan banyak CD, hanya perlu bekalkan insert yang banyak..dan 2 cover sahaja.. hanya sediakan banyakyg kecik utk simpan insert yang kotor dan mungkin sekali-sekala cover dan insert yang kotor..Yang nie very practical for nursery and day light usage

Jenama yang saya beli untuk AI-Two, adalah WEEGRO. 1 CD WEEGRO dapat 1 insert, 1 insert sock , 1 insert cover...Beli 5 jer.. insert pun saya tak beli extra gunakan sahaja inser QQBABY dan AUTUMNZ.


yang warna putih tu (insert sock + insert), yang hijau  tu cover..

bila yang putih dh kotor, tukarkan...jadi lah cani



yg warna unggu tu insert sock, saya x guna pun insert sock terus jer letak insert .

Setakat ini, koleksi CD saya 13 keping sahaja... cukup la setakat ini.., yang tradisional guna sebelah mlm, yang AI-two guna di nursery...







Wednesday, March 13, 2013

Don't judge a book by its cover

"Manusia lebih suka menilai seseorang dari luaran berbanding mengenali mereka siapakah diri mereka yang sebenar"


Yup, itu adalah benar.. amat sukar untuk memahamkan seseorang jangan sesekali menilai seseorang dari luaran kerana sifat luaran sering kali berubah dari sifat dalaman seseorang...

Susahnya hidup sebagai seorang perempuan ini, kalau x kahwin kena mengata yang dh kahwin pun tetap kena jugak.. hurm..

Tolong jgn menilai seseorang jika anda tidak mengenali diri mereka.., tak baik berburuk sangka..

kenapa saya katakan sebegini ?

Kes :

1) Kenapa nak sambung belajar, tak cukup lagi ke gaji yang ko dapat. Tak kesian ke, anak kena tinggal, dah la jumpa suami sebulan sekali.. ko tak kesian ker... kejamnya ko..

-Kejamkah saya untuk menyambung pelajaran bagi menjamin masa depan yang sempurna?. Ya, mmg hakikatnya kejam, tapi sampai bila saya perlu berada di tapak yang sama sedang masa berlalu dengan pantas dan mencabar. Cakap mmg mudah, cuba duduk dalam kasut saya...
.
a) nak tukar ke Terengganu mmg x dapat kalau menggunakan ijazah,( dalam surat KPM sendiri dah tertulis PERKIDHMATAN ANDA TIDAK DIPERLUKAN) nak atau xnk mmg kena sambung belajar untuk bertukar ke sana. Nak stay di bandar KL.. jawapannya tidak kerana kos sara hidup yg tinggi. Kesian mmg la kesian, tinggal anak yang sedang membesar dan memerlukan perhatian, tp untuk masa depan anak kena kuatkan semangat. Setiap pengorbanan pasti ada manisnya...

b) nak beli aset a.k.a rumah pun tak tahu di mana dan bila, tak sampai anak umur 10 tahun masih lagi xde rumah..walhal harga rumah sentiasa naik dari tahun ke tahun, tak kira di bandar mahupun di luar bandar.. sapa  cakap harga rumah di luar bandar masih ada lagi dlm lingkungan 100K ke bawah.. , paling rendah pun 250K....tu baru sahaja harga rumah belum lagi harga ikan, itu dan ini..

Jgn bercakap klu x pernah merasa PJJ, sapa yg pernah PJJ mmg tahu dan payahnya..lebih-lebih lg bila anak di bawah jagaan kita.. boleh di katakan simpanan utk kecemasan sentiasa kosong.

2) Bila ko nak tambah anak, bg la anak ko teman... nanti xde la diorang main sowang2. Tak kesian ke?. Dh 2 nak tunggu unur anak 7 thn br nk bg adik ke?.

-bukannya tak kesian.. mmg kesian tp dr mendera emosi lebih baik tak payah.. mmg la seorang ibu boleh jaga 10 anak ( klu duduk bersama) dh duduk berasingan.. mahu haru hidup. Yang ada sekarang nie pun tak terurus dengan baik (pagi2 buta dh terkejar masa.. ptg plak terkejar nak ambik dari nursery) itu belum lagi dgn hal-hal kesihatan dan nursery...sakit kepala bila fikir....

3) Ko tak takut ke laki ko cari lain, ye la duk jauh-jauh banyak sgt dugaan..., ko berenti la kerja..

- Soalan cepus jugak yang ditanya, logik akal bila keperluan asas tak dipenuhi mesti kita akan mencari keperluan tersebut. Ok, mahunya tak takut.. cuba la g tanya mana-mana perempuan nak tak di madu.. 90% akan ckp xnk.. lg 10% mungkin nak dengan rela atas sebab-sebab tertentu. Nak x nk, bg je la drpd mendera emosi dan jiwa nie..( dh klu hari2 tanya.. boleh x I nk kahwin lg satu sbb dh lama dh duk jauh, tak ada siapa nk jaga makan n minum I - If dh 5 tahun + + x dpt tukar, mahunya soalan nie tak terkeluar...klu boleh simpang malaikat 44 di jauhkan, dh klu x boleh,  nak xnk kena terima la hakikat..). Tp 1 jer yg saya sedar, lelaki mmg x boleh hidup tanpa wanita, tp wanita nie boleh hidup tanpa lelaki..dan kelemahan wanita tak boleh hidup tanpa anak...

4) Banyaknya ko ambik insurans untuk diri ko n anak ko, ko tak takut ke bila ko mati nanti laki ko berjoli sakan...kesian kat anak ko nanti.

-Aduh, ambik insurans pun kena bersoal jawab jugak ker. Ambik insurans untuk menjamin masa depan anak.. mana ada ibu yg nk tinggalkan anak tanpa bekalan (nk balik kampung dh cam2 bekal untuk anak di siap ini apatah lagi masa depan). Sekurang-kurangnya, pendidikan anak terjamin bila dh xder nanti..Sebab itu la ada penama dlm insurans yg kita ambik, suapaya amanah kita di jaga dengan baik.

dan macam-macam...

Bila kita tidak mengenali seseorang, kita akan ada berbagai-bagai persepsi. Lebih baik kita mengenali siapa diri mereka sebelum kita hendak mengomel. Bukan semua org mahukan" tidak  kesempurnaan" dlm hidup, cuma rezeki mereka belum hadir lagi...

Ada yg duduk sebumbung , karenahnya lain-lain..jgn samakan semua org .. fahami mereka ..

p/s : Luahan hati.. klu ada yg terasa maaf ye.

Friday, March 8, 2013

Warkah cinta

Read slowly...

Have  you ever wondered which hurts the most?
Saying something and wishing you hadn't?
Or saying nothing and wishing you had?
I guess the most important things are the hardest things to say.Don't be afraid to TELL someone you love them.If you do, they might break your heart....if you don't, YOU might break theirs.

Have you ever decide not to become a couple because you were so afraid of losing what you already had with that person?.You heart decides whom it likes and whom it doesn't. Ypu CAN'T tell your heart what to do. It does it on its own.....when you least suspect it, or even when you don't want it to.

Have you ever wanted to love someone with everything you had, but that other person was too afraid to let you?. Too many of us stay walled up because we are too afraid to care too much..for fear that the person does not care as much, or even at all.

Have you ever denied your feelings for someone because your fear of rejection was too hard to handle?. We tell lies when we are afraid...afraid of what we don't know, afraid of what others will think, afraid of what will be found out about us.

But every time we tell a lies, the thing we fear GROWS stronger. Life is all about risks and it REQUIRES you to jump. Don't be a person who has to look back and wonder what they WOULD have done, or COULD have had.

*What  would you do if every time you fell in love you HAD to say good-bye?
*What  would you do if every time you wanted someone they would never be there?
*What  would you do if your best friend died tomorrow and you never got to tell them how you felt?(even if YOU DON'T CARE ANYMORE)
*What  would you do if you LOVED someone more than ever and you couldn't have them?
*What  would you do if you NEVER got the chance TO SAY I am friends with all of my family and they know I love them?
*People live, but people die. I want to tell you that you are a friend of mine.

If you died tomorrow (God Forbid) YOU WOULD BE IN MY HEART.WOULD I BE IN YOURS?
We might be best friends one year, pretty good friends the next year, don't talk that often the next year and DON'T WANT TO TALK at all the year after that.

So, I just wanted to say, even if I never talk to you again in my life, YOU ARE SPECIAL TO ME and you have made a difference in my life.

I look up to you, respect you, truly cherish you, most of all I CARE about friends.

Remember, everyone needs a friend someday. You might feel like you have NO FRIENDS at all, just remember this and take comfort in knowing somebody out there CARES ABOUT YOU AND ALWAYS WILL.......
I care about YOU!!!!!!!!!!!!

p/s :Now.. wanie talking..

* I know that rarely update my blog due to other reason, but I still blog-walking  and reading you blog, cause you are my friend in cyber world...and sayang korang sbb sudi singgah dan baca entah apa-apa yg merepek di sini...

Thursday, February 14, 2013

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Saya pasti ramai ibubapa di luar sana telah di berikan pendedahan tentang PBS, namun ada yang faham dan ada pula yang ambik sambil lewa... ramai yang bertanya kepada saya, kenapa saya perlu ambil tahu tentang sistem ini, kerana apabila menteri pelajaran bertukar sistem pendidikan akan bertukar ( mmg ada benarnya) dan ada pula yang berkata kepada saya, anak belum lagi nak bersekolah tak perlu ambil tahu ( mmg anak saya belum lagi bersekolah, tp anak didik saya yang telah di amanah oleh ibu dan ayah kepada saya), hendak @ tidak saya perlu ambil tahu.

Apa itu PBS ?

Transformasi daripada sistem yang menumpukan kepada ujian ( peperiksaan - UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan yang dilaksanakan di sekolah) kepada sistem yang lebih holistik ( menyeluruh), tujuannya untuk menyediakan 1 set indikator untuk menilai potensi murid dan kesedian untuk belajar, menguji pengusaan dan pencapaian murid. PBS terdiri daripada 4 komponen iaitu
a) Pentaksiran pusat ( soalan yang di keluarkan dari Lembaga Peperiksaaan )
b) Pentaksiran Pusat ( pelajat di nilai oleh guru)
c)Pentaksiran aktiviti PJSK (pelajar di nilai oleh guru)
d) Pentaksiran  Psikometrik ( pelajar di nilai oleh guru kaunseling)

Kalau di lihat di sini, pembahagian PBS lebih di beratkan di sekolah, di mana semua aktiviti penilaian di laksanakan di sekolah (3/4) dan hanya 1/4 sahaja dinilai oleh lembaga peperiksaan .Mungkin ada yang berkata bagus lah, penilaian di lakukan oleh guru.. peperiksaan dah tiada...tapi pernahkah ada di antara kita terfikir, guru adalah manusia, yang mempunyai perasaan, yang hari-hari berhadapan dangan manusia yang pelbagai ragam.. bagaimana mahu membuat penilaian yang adil dan saksama? Selain daripada itu, pembahagian markah lebih di beratkan di sekolah ( secara logiknya) daripada peperiksaan , persoalannya bagaimana kita mahu memastikan pelajar tersebut benar-benar layak masuk ke asrama penuh dan sebagainya?

Itu baru sahaja dari segi pecahan, mari kita lihat perbandingan sistem peperiksaan  dangan sistem PBS ini.

Sistem Peperiksaan

1) Penilaian akan di adakah 4 kali dalam setahun untuk kelas bukan peperiksaan dan 5 kali setahun setahun untuk kelas peperiksaan. ( pelajar perlu bersiap sedia untuk manghadapi peperiksaan tersebut kerana markah yang di perolehi adalah hasil daripada usaha pelajar untuk mendapat keputusan yang baik dan penilaian adalah keseluruhan bab dalam seseuatu matapelajaran)

2) Penilaian hanya di lakukan SEKALI SAHAJA, TIADA PEMBETULAN yang boleh pelajar lakukan untuk tambah markah melainkan terdapat kesalahan teknikal seperti salah soalan dan sebagainya ( pelajar akan sentiasa aktif dan bersedia untuk memperolehi keputusan yang terbaik)

3) Tiada istilah malas belajar, main-main di dalam kelas kerana mereka menentukan masa depan mereka sendiri. Pelajar sentiasa aktif  di dalam kelas.

4) Penyediaan soalan adalah mengikut taksonami bloom. Tiada perbezaan di antara 1 pelajar dengan pelajar yang lain.

5) Ibubapa boleh mengetahu pretasi anak-anak di sekolah dan mencari jalan penyelesaian untuk membantu anak-anak dalam matapelajaran yang lemah.

6) Masa relief boleh digunakan untuk mengulang kaji pelajaran @ mengajar bagi subjek tertentu

Sistem PBS

1) Penilaian di lakukan setiap hari dan mengikut peringkat ( ada 6 band) , boleh semak di sini untuk pembacaan tentang band http://buletinkpm.blogspot.com ( pelajar tidak akan bersedia untuk menghadapi penilaian kerana hasil penilaian adalah hasil pembelajaran mengikut topik @ bab)

2) Penilaian di lakukan BERKALI-KALI sehingga melepasi band yang perlu di capai dan PEMBETULAN boleh di jalankan untuk melepasi band tersebut, ini kerana soalan tersebut adalah berbentuk FAKTA. (pelajar yang aktif akan menjadi pasif kerana sudah tertanam dalam kepala, penilaian akan di lakukan berkali-kali untuk mencapai band tersebut)- Adakah ini adil untuk anak-anak yang belajar sehingga larut malam sedangkan rakan lain tidur nyenyak?

3) Wujudnya kategori pelajar yang malas belajar, main-main dalam kelas, kerana mereka tidak lagi menentukan masa depan mereka sendiri, guru-guru yang akan memaksa mereka untuk belajar kerana mahu melepasi KPI dan prestasi yang telah di tetapkan oleh sekolah . Pelajar yang aktif menjadi pasif dan pelajar yang pasif akan menjadi lebih pasif. - Bagaimana kita sebagai ibubapa mahu memainkan peranan bahawa pelajaran itu penting kerana tiada lagi penilaian yang efektif ?

4)Penyediaan soalan (eviden) tidak mengikut taksonami bloom, dimana pembinaan item soalan adalah mengikut aras. Sebagai contoh kelas yang pandai diberikan soalan yang susah, manakala kelas belakang di berikan soalan sama tetapi aras yang lebih rendah.- Adakah ini adil untuk para pelajar ?Sedangkan dalam peperiksaan besar ( UPSR, PMR mahupun SPM) tiada pula di cetak" Kertas soalan ini untuk pelajar-pelajar yang pandai @ lemah". Bagaimana guru-guru mahu mengukur kejituan dan keakuran para pelajar dan bagaimana kita sebagai ibubapa mahu memantau @ mengarah kebolehan anak-anak kita di dunia pekerjaan yang semakin mencabar ?

"Band 3 boleh disamatarafkan dengan gred lulus. Justeru guru perlu merangka aktiviti pemulihan bagi membantu murid mencapai Band minima 3."- copy paste 
5) Pernyataan di atas, saya copy dan paste dari blog rasmi kementerian. Di sekolah terdiri pelbagai pelajar yang mempunyai latar belakang pendidikan. Ada yang mengusai 3M, ada pula yang langsung tidak mengusai 3M. Bagaimana seorang guru mahu menilai seseorang pelajar yang benar-benar melepasi band berkenaan ( band 3 menguasai asas) sekiranya penilain boleh di lakukan berulang kali dan bagaimana kita sebagai ibubapa mahu mengetahui bahawa anak kita benar-benar menguasai asas sesuatu matapelajaran sekiranya penilaian boleh di lakukan berulang kali?

6) Ibubapa tidak boleh mengetahui prestasi anak-anak secara tepat (kerana terdapat 6 aras dalam pencapaian anak-anak untuk sesuatu matapelajaran), sukar mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki kelemahan anak-anak.

7) Masa 'relief'' tidak boleh digunakan untuk mengulangkaji pelajaran kerana guru yang me'relief'' tidask mengetahui potensi pelajar berkenaan.

Pada pandangan saya, sistem ini wujud kerana

1) Mahu mengurangkan bebanan pelajar  membawa beg sekolah ( penuh dgn buku), tetapi pada masa yang sama telah menambahkan bebanan guru-guru dimana core buss (mengajar) telah di kurang dengan penyediaan eviden untuk menilai pelajar.

2) Mengurang pembukaan pusat tuisyen di luar dan mahu guru menjadi mentor kepada pelajar (mentee). Dimana guru adalah ikon.. ( kerja berat apabila menjadi ikon)

Sistem ini menjadi bagus sekiranya

1) Pentaksiran @ Penilaian hanya di lakukan SEKALI sahaja, di mana pelajar sentiasa bersedia untuk di nilai secara holistik.

2) Sistem peperiksaan tidak DIMANSUHKAN tetapi di masukkan sekali, ini adalah untuk memudah ibubapa memahami tahap pelajaran anak-anakdan memantau prestasi anak-anak di sekolah

3) Sistem penilaian tidak di beratkan  kepada guru semata-mata, kerana manusia tidak sempurna tetapi penilaian harus melibatkan ibubapa kerana ibubapa lebih tahu tentang anak-anak mereka.

Inilah dilema yang di hadapi oleh saya dan rakan-rakan seperjuangan saya. Saya mahu sistem yang telus kerana setiap ilmu yang di ajar merupakan rezeki saya yg halal dan masa depan anak didik saya terletak di bahu saya. Sebagai seorang manusia, mmg tidak akan terlepas dari melakukkan kesilapan, namun apa yang dihadapi oleh saya adalah satu sistem yang tidak telus penilaiannya dan saya amat takut jika suatu hari nanti kami (guru-guru) di persalahkan.

Sebagai seorang ibu dan guru, saya mahukan sistem pendidikan yang baik, telus dan jujur bagi menjamin masa depan anak-anak saya. Kepada ibubapa yang mempunyai anak yang sedang menjalani PBS soal selidik tentang pelajaran anak-anak, tanya kepada mereka adakah mereka benar-benar mendapat output dan adakah mereka bersedia untuk mempelajari sesuatu ilmu. Jangan sampai 1 tahap anda sendiri tidak nampak hasil pembelajaran yang anak anda pelajari di sekolah.

Mengajar adalah sesuatu yang mudah , semua org boleh melakukan, tp mendidik adalah 1 tugas yang berat, memerlukan kesabaran dan ketekunan.

p/s : ini adalah luahkan hati saya...

Wednesday, January 30, 2013

Peplum kurung.........

Dunia fesyen sentiasa berubah, kejap ke hadapan dengan pakaian ala-ala robot, kejap kembali ke zaman 80an. Untung sesiapa masih lagi menyimpan koleksi pakaian mak zaman 80an, tak perlu  beli boleh terus pakai...itu pun kalau muat, x pun boleh jer guna sebagai contoh..

Skrang, peplum kurung meletop...seriously, suka saya tengok, sekali tengok cam casual, 2 kali tengok cam ala-ala dress gitu....

pengapit pengantin yang ber"peplum"... lawa bukan

 suka design yang cani.. tapi kena custom made... nak cari kat kedai agak susah


 Both sweet jer... yg best, part bum-bum di labuhkan....
 sweet....
simple but sweet... love it

Teringin nak ader 1 ( tak mungkin ader 1 la, sekurangnya mesti 2), but semua org cakap, this dress unsuitable for a chubby women..., ye ke.. yang nie x pasti.. tpkan klu nak tunggu kurus cam model, mmg xleh pakai la... nak pakai boleh, tp kena cari design yang sesuai.. with mean, part pada baju yang kembang-kembang kena kurangkan kembang @ guna material yg lembut ... custom made la jawabnya, nk beli yg dh siap mmg susah nak cari, ader tp agak pricey ...

Tukang jahit baru jer kol, "sila hantar kain untuk baju raya"..Puasa pun belum lagi (belum lg ganti puasa), dh mintak kain... puasa tahun ini tengah bulan 7, raya awal bln 8.., belum lagi kenduri kawen sebelum raya.... raya tahun nie nak ber'peplum ' lah...

p/s : kain yang di hantar tahun lepas x siap-siap lg, dh mintak kain utk raya... hurm

Parents........Tolong la prihatin!

Mula-mula sekali, nak minta maaf bebanyak kalau terkena pada diri kekawan.. ini sekadar luahan hati.

Orang selalu berkata "Cikgu banyak cuti" @ " Orang yang kerja dengan kerajaan ini mudah dpt cuti"... paling menyampah dengan  2 ayat ini, cam la kerja dengan SWASTA susah sangat nak cuti sampai kena merayu-rayu dengan bos baru boleh cuti?. Saya dulu pun kerja dengan SWASTA, mmg di akui kerja dengan SWASTA ini, mmg agak susah nak cuti melainkan kalau ada hal-hal kecemasan baru lah cuti di luluskan... tp xkan la klu dh sakit, nak jugak g kerja, mesti akan cari MC jugak..

Saya sakit hati  kerana di sebabkan sesetengah ibubapa yang langsung tidak prihatin dengan keadaan  anak-anak mereka  menyebabkan orang lain dalam kesusahan. Saya betul-betul pelik dengan sesetengah mak n ayah ini boleh butakan mata dan hantar anak-anak mereka ke taska untuk jagaan kerana tidak mahu bercuti untuk menjaga anak mereka yang sakit. Kalau setakat demam, batuk dan selsema masih boleh lagi di maafkan.. tapi kalau dh sakit mata, cirit birit, demam cacar dan sebagainya (penyakit berjangkit ) masih boleh lagi butakan mata dan hantar anak mereka ke taska. Penting sangat ke kerja sehingga x boleh nak bercuti.. sanggup mereka biarkan anak-anak mereka menanggis kerana mahukan belaian dan jagaan mereka?

Saya geram kerana disebabkan orang lain, anak saya mendapat jangkitan ( sakit mata plak itu), saya ambik cuti untuk menjaga anak saya kerana takut budak-budak taska terkena jangkitan mata. Bila telefon nany, untuk memberi tahu yang anak saya tidak hadir ke nursery selama 2 hari kerana sakit mata, nany bagi tahu kepada saya, anak saya mendapat jangkitan kerana ada budak yang sakit mata, dh ada 5 org budak termasuk anak saya mendapat sakit mata...( berasap jer telinga bila dengar). Mmg dh ader dlm notis "Jangan hantar anak-anak yang mendapat penyakit yang mudah berjangkit". Saya mmg pelik dengan parents yang sebegini ambik langkah mudah  jer.

Anak saya sakit mata pun, menanggis kerana tidak selesa, berair jer mata... asyik nak berdukung, makan pun x lalu.. cane la dorang boleh hantar anak dorang g nursery. Jujur saya katakan, jaga anak dalam kesakitan memerlukan kesabaran.. nama pun sakit, mesti la merenggek-renggek untuk dapatkan perhatian. Tak puas hati, saya kol owner untuk komplain.

Wanie : "Kak, saya nak mengadu ini, boleh x jangan terima kalau ader budak yang dapat penyakit
               berjangkit ini.. kalau hantar sekali dengan yuran perubatan xpe la jugak, ini dh la hantar, lepas 2
               menyusahkan org plak"
Owner : " Ya, Allah, wanie... kak nie dh berbuih-buih cakap dengan parents jgn hantar, dh bagi notis, tup
               tap tup tap hantar jugak, siap boleh ckp lagi dengan akak... anak saya sakit.., terpaksa hantar cuti
               dah xder.. ini ubat die, nanti bg makan ikut masa"
Wanie : " Mana boleh camtu kak, saya yang cuti 7 hari setahun pun boleh ambik cuti sbb nak jaga anak saya
               yang sakit... mati la saya kalau semua parents hantar bila anak sakit (penyakit berjangkit)
Owner : " Akak, geram jugak.. tp nak buat cane klu kepala dorang keras lagi keras dari jalan tar 2, bila
               akak ckp, dorang ckp tunggu bila suami saya tak berkerja, baru saya tak hantar anak saya ke
               nursery?. Wanie, ko hantar je anak ko, x yah nak pening kepala nak pikir, biar semua bdak -bdak
               tu dapat sakit...

Dalam hati, x sanggup nak hantar anak sendiri ke nursery kalau sakit, kita sendiri yang mengadap 12 jam untuk jaga pun kena berjoget ajak makan , mandi, minum susu.. klu kat nursery time-time sakit, entah makan atau x anak saya.

Ayat, "Terpaksa hantar, cuti dah xde" dan "Tunggu bila suami saya tak bekerja, baru saya tak hantar anak saya ke nursery" - ayat  yang menyakitkan hati saya. Ayat ini sepatutnya tiada dlm kamus ke ibubapaan.. seriously I said.. kenapa,

1) Takkan la x boleh bergilir-gilir cuti untuk jaga anak, bukannya kena ambik cuti sampai 5 hari.. cukup sekadar 2 hari sahaja. Saya yang tak duduk sekali dengan suami pun boleh jer cuti.. peduli la org nak ckp, lantak la meeting yang penting, lagi penting kesihatan anak saya. Org akan berckp sbb x kena atas hidung sendiri, kalau dh kena baru tahu. Yang peliknya, bila anak kena warded boleh plak cuti bergilir-gilir.

2) Anak yang sakit perlukan perhatian, nakkan perhatian terutamanya ibu, tidakkah anda kejam terhadap bdak yang baru berumur 2 thn, yang masih lagi perlukan ibunya. Seorang ibu, sesibuk mananya, bila anak sakit, hatinya tidak akan tenang sehingga lah anak sihat... cane lah ibu -ibu yang hantar anak yang sakit ke nursery, boleh buat kerja dengan tenang?, cukupkah sekadar telefon tanyakan kabar?

Saya pelik..betul-betul pelik dengan sikap ibubapa yang nak jalan mudah sahaja. Tolong la prihatin dengan keadaan anak anda sebelum hantar ke nursery.. jgn igt anda seorang sahaja yang bekerja, saya pun bekerja jugak, bayar sewa rumah, nursery dan sebagainya, tp kesihatan anak itu lebih penting, klu x sihat bagaimana anak-anak hendak belajar dan bagaimana kita hendak melalukan pekerjaan.

Monday, January 28, 2013

Cloth Diaper...

Cloth diaper @ lebih popular lagi dengan CD. Sebenarnya dah lama nak ber"CD" ini. Seksi plak di mata saya bila tengok baby yang pakai CD ini, lagi2 CD yang design macam ala-ala tentera itu..CD ini masih belum lagi popular di Malaysia. Nak cari nursery yang mesra EBM pun susah.. dalam 100 buah, mungkin hanya 3 buah jer mesra EBM. Rata-rata nursery yang saya terjah dan interview semuanya kata "EBM ini leceh, susah nak handle", itu kata mereka tapi bagi saya EBM la paling mudah nak handle.. kenapa

Letakkan sahaja EBM  dalam warmer 10 minit sebelum baby nak susu, bila nak tuangkan sahaja EBM yang dh di panaskan dan susukan baby letakkan botol EBM yang kedua dan seterusnya sehingga lah tamat sesi penjagaan tak perlu lagi nak berjoget. Tp kebanyakkan nursery tak buat cani, dorang akan buat... bila baby nagis mula nak panaskan EBM, pastu kata leceh, susah dan macam-macam. Yang guna FM plak, bancuh banyak-banyak , baby minum sikit pastu simpan untuk sesi seterusnya.. bila x habis, mula cakap kena tukar susu, baby x nak menyusu dan macam-macam..common sense, baby pun orang dewasa jugak mana nak makan benda yang sejuk.

Alhamdulilah, rezeki danial, taska yang belum lagi complain  EBM susah nak handle dan belum ada lagi "Akak kena tukar susu, danial x minum EBM dah".- kalau kuar soalan ini, mati la x taw nak guna susu apa plak hahahhahahaha.

Hari itu, adalah borak-borak dgn owner taska ini, celahkan jugak pasal CD ini

Wanie : " Akak, taska ini mersa dengan EBM, CD mesra x?"
Owner : " CD itu apa?"
Wanie: "Cloth diaper, ala lampin kain moden itu"
Dengan muka berkerut-kerut....
Owner :"Lampain kain yang macam zaman 80an itu ker?, biar betul kalau yang itu mmg akak tak terima
             100%, ko pun 1, nama jer gomen, bukan nyer harga pampers itu RM 150 pun, yang nak kedekut
             sangat itu kenapa? beli jer la pampers , mudah kerja akak.
Wanie : erk.....

Ada ke patut owner taska itu kata saya ini kedekut?????...padahal lampin itu mahal oooooooooo, 1 lampin pun dh sama dengan 1 plastik pampers huggies @ momy poko okeh. Tengok, punya la susah orang nak terima CD ini, mungkin dh terbiasa dengan DD (disposal diaper)..Sampaikan mak saya sendiri pun cakap "Eh, kenapa plak ada kain period ini, siapa yang nak pakai nie?"... bila saya ckp cucu nak pakai.. mak cakap.."Kesiannya, nama jer kerja, tapi pampers x mampu nak beli"-ayat perli... tengok, masyarakat pun belum lagi terbuka mata pasal CD ini.

Saya pun baru sahaja berjinak dengan CD ini, alasan utama kenapa nak sangat pakai CD.. sbb SEKSI hahahahah( boleh x terima alasan ini)...

Sebab utama

1) Trend zaman skrang dan yang paling penting boleh menjimatkan...
   - Dlm 1 bulan, saya gunakan 3 plastik DD ( 2 di rumah 1 di taska), 1 bulan peruntukkan untuk DD RM 90, 1 thn lebih kurang RM 1080. Nak guna sehingga 3 thn 1/2 bulan lebih kurang RM 7020... hohohohoho, dh boleh bayar deposit rumah, paling tidak pun boleh simpan dlm ASB.. sedangkan dengan CD , 50 keping RM 500 sahaja di keluarkan untuk kegunaan selama 3 thn 6 bulan, dan boleh di gunakan untuk generasi yang akan dtg (klu saya mengandung , x pun boleh bg pd cucu guna.. hahahahhaha, ini ayat penyedap hati). Penjimatan RM 6520.. boleh capai misi pertama dlm pendidikan danial.

2) Kurang terkena diaper rash ( kebersihan di utamakan)
-Yang ini agak susah nak buktikan, sbb saya sendiri baru sahaja menggunakan CD ini, ramai yang kata CD mmg mengurangkan diaper rash sbb setiap 1 jam 30 minit mmg kena tukar CD kerana "signal" perlu tukar di keluarkan iaitu "bau yang tak best dh terhidu". Bab ini ibu-ibu mmg akan jadi rajin untuk tukarkan CD.. As for me, CD so practical to me, sbb mak saya cakap saya x reti guna DD, selalunya DD x kebawah lg ( x penuh lg) dh tukar dh..

3) Toilet training
-Mmg praktikal gunakan CD untuk toilet training.. kerana rata-rata bdak dlm fasa toilet training nie mmg dh xnk reuse balik DD yg dorang pakai sbb x selesa biarpun DD masih lg kering. Kiranya CD ini cam undergarment, just tukar insert dh boleh pakai balik CD, so xder la sakit hati bila tgk anak-anak xnk pakai DD. (sapa2 yg ader anak dlm fasa toilet training tolong betulkan saya klu salah information, sy dpt info dr kawan-kawan )

4) Friendly towards environment (go green)
-Baru ader kesedaran sivik untuk selamatkan bumi. Sekarang pun cuaca tak menentu.. untuk selamat bumi dari penipisan lapisan ozon dan selamatkan pokok.


p/s : Saya br je ader 3 CD, br nak cuba... guna pun hanya utk mlm sahaja. kawan-kawan yg mmg tegar menggunakan, boleh x bg tahu kena ader berapa CD utk kegunaan sehari ?

Tuesday, January 15, 2013

Opinion about milk...

Bila cerita bab susu ini, macam-macam akan keluar...yang selalu saya dengar

1) "Susu ini elok, harga pun x mahal, dh berkurun dh guna.. anak-anak pun pandai"

2) "Susu yang ini, sangat menjimatkan duit kocek ko, 2 bulan x perlu beli susu ..."

3) Kandungan DHA susu ini sangat tinggi.. mmg bagus untuk perkembangan otak, ko tengok anak aku, dlm bab pembelajaran semua cepat tangkap...

dan sebagainya...itu pendapat masing-masing.. bagi saya, susu yang paling baik adalah SUSU IBU ( satu dunia x boleh nak lawan ciptaan ALLAH S.A, Subhanallah, sungguh hebat kuasa MU.... SELEPAS susu ibu adalah SUSU KAMBING dan selepas susu kambing adalah SUSU LEMBU.. bukan saya cakap ye, yang ini ada dalam Al-Quran.


"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; iaitu susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya"
-maksud firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 66.


SUSU IBU > SUSU KAMBING > SUSU LEMBU.. Susu lembu duduk tempat ke-3, betapa hebatnya org-org Yahudi nak menyesatkan umat nabi  Muhammad s.a.w dengan mengiklankan susu formula yang di perbuat daripada susu lembu lebih bagus dari susu kambing. Itu mmg realiti, cuba tengok iklan di kaca televisyen asyik-asyik susu lembu ( x kira la susu formula ke, susu UHT ), mmg xde langsung iklan susu kambing ini. Klu dalam majalah keibubapaan, iklan susu kambing hanya 1 muka surat sahaja...selebihnya susu lembu...(klu x silap saya la)

Kenapa susu kambing di katakan susu yang terbaik...yang ini boleh google sendiri, yg ini nak share di sini..

Perbandingan Khasiat Susu Kambing dengan Susu Kerbau dan Lembu (gm/liter)
Comparison in gm/liter
VITAMIN
KAMBING
KERBAU
LEMBU
Vitamin A
2070
1669
1560
Vitamin D
23.7
tiada
tiada
Riboflavin
1.84
1.07
1.75
Nicotinic Acid
1.87
1.71
1.94
Choline
150
tiada
121
Inositol
210
tiada
110
Vitamin B1
0.0006
0.0043
0.0043


JADUAL KEGUNAAN VITAMIN

NAMA VITAMIN
KEGUNAAN VITAMIN
  KEKURANGAN VITAMIN
Vitamin A (Retinol)
Kekuatan gigi, tulang , tisu lembut, salutan mucus.
Memelihara kulit.
Penglihatan yang jelas & normal.
Untuk kesuburan kelahiran.
Untuk menolong ibu susuan.
Vitamin A mengatur sistem kekebalan (immune system) mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang  menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.
Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam,. Lemah daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan. Kulit menjadi kering dan gatal, hilang selera makan. Tulang dan gigi menjadi lemah  - Osteoporosis
Vitamin D
Vitamin D menolong untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah otot dari menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, dan ia meningkatkan sistem imuniti. 
Rickets, pada kanak-kanak ( cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot). Osteomalacia pada orang dewasa – tulang menjadi lembut yang menyebabkan sakit terutama pada kaki pinggang, leher dan tulang dada mudah patah tulang kejang otot  pada tangan kaki dan tekak.
Riboflavin
Riboflavin  perlu untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi,  pernafasan sel, dan tumbesaran. Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan kataract.  Riboflavin juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut ; menghapuskan kelemumur dan menghindar dari keguguran rambut. Pengambilan riboflavin sangat penting ketika mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh merosakkan fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda.
Kekurangan  boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Bibir merekah, sakit (bengkak) lidah dan di tepi mulut.
Lemah daya penglihatan, photophobia (terlalu sensitif pada cahaya).  
Gatal kulit, pening , rambut gugur dan insomnia (tidak boleh tidur).
Lemah daya penghadaman, membantut tumbesaran,  dan lembap dalam tindakbalas mental
CholineCholine mengawal berat badan dan level cholesterol . Ia menyihatkan salutan cell and menghindar dari penyakit gall stones.  Ia juga memilihara system saraf, daya peringatan dan daya belajar.  Ia juga memperkuatkan daya pertahanan kita untuk melawan hepatitis dan AIDS.
Kekurangan nya akan membawa penyakit kepada hati (liver) dan menaikan level cholesterol kita, menaikan tekanan darah kita dan membawa kepada penyakit ginjal. 
Daya peringatan dan fungsi otak kita akan terjejas
InositolInositol memberi kesihatan kepada rambut, pertumbuhan rambut dan mengawal level estrogen dan menghindar dari bekak di buah dada.Kekurangan nya akan mengakibatkan penyakit eczema (penyakit kulit – gatal, berkudis) keguguran rambut, sembelit, penyakit mata dan menaik level cholesterol kita.
Vitamin B1Ia adalah amat berkhasiat untuk otak dan boleh melegakan tekanan jiwa dan mempertingkatkan daya ingatan dan day belajar.  Untuk Kanak Kanak ia adalah perlu untuk tumbesarah.  Ia juga melegakan sakit arthritis (penyakit sengal sengal – lenguh sendi), mata dan kemandulanKekurangan vitamin B1 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan, hilang selera makan.
Kegelisahan, gangguan tidur.
Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
Sakit pada bahagian abdomen.
Sembelit
Gangguan mental atau emosi.


Itu baru jenis susu, belum lagi bentuk, seperti biasa susu boleh di bahagikan kepada 2 jenis bentuk iaitu cecair ( UHT) dan tepung ( formula). Saya lebih sukakan susu UHT ( yg nie mmg target saya untuk beri anak saya minum ) daripada susu formula.

Kenapa???

Sebelum menjawab persoalan tersebut, mari kita tengok cara pembuatan

SUSU UHT :

cara pembuatannya adalah melalui kaedah pemanasan yang cepat pada suhu yang sangat tinggi. susu segar diambil dari sumber haiwan (biasanya lembu), kemudian dipanaskan pada suhu 135-145 darjah celcius dalam masa 2-5 saat. tujuannya adalah untuk membunuh semua bakteria dan patogen penyebab penyakit. mengikut kajian, pemanasan menggunakan suhu tinggi tetapi dengan masa yang singkat lebih baik dari pemanasan dengan suhu sederhana tetapi dengan masa yang lama kerana pemanasan yang lama akan membunuh nilai gizi dalam susu tersebut. jadi, nilai gizi di dalam susu UHT masih hampir menyamai susu segar yang baru diperah dari haiwan terbabit.

SUSU FORMULA :

pembuatan susu tepung dimulakan pempasteuran, sama seperti susu UHT untuk membunuh bakteria. susu kemudiannya dipanaskan menggunakan plate heat exchanger (55 hingga 60 darjah celcius) untuk menurunkan tahap kelikatan sebelum dicampurkan dengan bahan-bahan lain(perisa, pengawet) yang dimahukan. kemudian, susu akan melalui proses homogenisasi untuk menyamakan ukuran globula lemak susu. akhirnya, susu akan melalui proses pemanasan sekali lagi menggunakan spray dryer pada suhu 70 hingga 80 darjah celcius. pada tahap inilah susu akan berubah dari bentuk cecair ke bentuk serbuk.

Oleh sebab itu, saya memilih susu UHT kerana

1 ) jumlah pengawet dalam susu tepung lebih banyak dari jumlah pengawet dalam susu kotak menyebabkan susu tepung tahan bertahun-tahun lebih lama (jika tidak dibuka) berbanding susu kotak yang jangka hayatnya lebih pendek.

2) proses pemanasan bersuhu tinggi dan dalam jangka masa yang singkat seperti yang dilalui oleh susu kotak lebih baik dari pemanasan dengan susu rendah tetapi jangka masa yang lama memandangkan pemanasan yang lama menyebabkan lebih banyak nutrien asal dalam susu yang mati semasa proses pemanasan tersebut.

3) mengikut kajian, berlaku kerosakan protein sebanyak 30% di dalam susu tepung melihat kepada banyaknya proses yang dilalui semasa penyediaannya.

Mesti ada yang berkata, susu UHT lebih mahal dari susu tepung, yg ini yang tak berapa pasti samada betul atau tidak kerana susu tepung pun ada yang terlalu mahal dan murah, dan kita telah mindset susu yang mahal adalah susu yang terbaik. Terbaik cane pun, bila susu tersebut melalui pemanasan yang tinggi segala nutrien akan hilang dan di ganti dengan bahan sintetik yang mana bukan mudah untuk badan kita menerimanya. Saya tetap berpegang susu segar tetap terbaik dari susu tepung.

Susu UHT hanya boleh di minum oleh bayi yang berusia 1 tahun keatas. Namun begitu, saya tetap berpegang pada prinsip, susu hanyalah pelengkap dan anak-anak masih boleh mendapat zat-zat untuk tumbuhbesaranya melalui pemakanan yang seimbang. Oleh itu, beri la peluang untuk anak-anak "merasa" pelbagai tekstur makanan.

p/s : sapa yang pernah minum susu kambing segar, rasanya cane ye??, nak ber "eksperimen" dengan anak sebelum membeli.