Salam....
Agak lama saya menghilang diri.... kali terakhir saya mencoretkan sesuati di blog ini adalah pada awal Ramadhan.... erm lama jugak.... membawa diri, mencari ketenteraman jiwa.... mencari yang terbaik demi sebuah kehidupan yang membawa kebahagian.
Perkataan CERAI.. adalah satu perkataan yang amat ditakuti oleh isteri... tanyalah sesiapa sahaja yang bergelar isteri.... tidak mahu langsung perkataan tersebut tertulis dalam kamus hidup mereka... kami (wanita), menyerahkan hati kami kepada lelaki ( suami) untuk menyayangi kami, menjaga kami dan sebagainya dan kami (wanita) akan menyayangi diri kamu sehingga nafas kami yang terakhir.Betul tak apa yang saya katakan..itu rata2 ikrar yang di lafaz dalam hati apabila lafaz ijab dan kabul telah sah..
Klu di fikirkan balik, ada betulnya sifat manusia adalah seperti ATOM... An atom knew when it is a time to become a molecule... The atom will donate and share is electron to become a molecule ( marriage) and when the molecule knew when to become an ATOM (separate)... hebat sungguh ciptaan Allah, atom zarah yang paling halus yang x nampak dengan mata kasar pun pandai mencari kebahagian dalam hidup.. apatah lagi kita manusia yang diberikan akal fikiran ini, namun kita adakalanya tidak menggunaka akal tersebut utntuk berfikir.
CERAI.. bukan la sesuatu yang memalukan... tetapi adalah WAJIB jika tiada lagi sinar kebahagian dalam kehidupan... Ya, itu lah yang terjadi kepada saya.... andai kata saya MALU... hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya namun saya yakin masih ada lagi sinar kebahagian dalam hidup saya...
MENANGIS..... klu boleh di sukat dengan beaker sudah bergelen-gelen air mata ini gugur.. namun bila difikirkan kembali untuk apa saya menangis.....kepada org yang langsung tidak menghargai apa yang saya lakukan....
Saya berbangga dengan rakan-rakan blogger kerana suami anda adalah seorang yang amat menyayangi ikatan perkahwinan yang di lafazkan di hadapan ayah anda dan saksi-saksi.. memilih untuk tinggal bersama-sama, mengharungi susah senang bersama...untuk menjalani rukun dalam sebuah rumah tangga..Syukur kepada ALLAH ...dan jauhkanlah dari perkara-perkara yang tidak elok, harmonikanlah dengan keberkatan dalam perkahwinan rakan-rakanku.
Apabila tinggal berjauhan.pelbagai perkara yang timbul... kesunyian dan sebagainya.... tuduh-menuduh dan sebagainya.....
Kaum lelaki yang bergelar suami... Jangan sesekali mengeluarkan ayat ini "AKU MENYESAL BERKAHWIN DENGAN KAU".... kerana segala usaha yang iosteri anda lakukan adalah sia-sia... untuk apa dan untuk siapa mereka berkorban.. fikir-fikirkan la...
Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu tidak mahu mengubah nasibnya... Syukur Alhamdulilah...dlm hidup saya sebagai isteri belum pernah lagi saya nerasakan perasaan yang bagitu tenang, aman dan damai..tidak guna untuk meneruskan hidup molekul jika tiada orang yang menghargai apa yang telah saya lakukan, korbankan... lebih baik hidup sebagai atom... sampai masa yang sesuai... akan jadi molekul...
Hati wanita itu rapuh... namun apabila wanita itu sudah bertekad... tiada lagi yang mampu untuk mengubah keputusanya setelah bersembahyang istikarah.
Kini.... saya adalah seorang pelajar... belajar kerana ALLAH,belajar untuk anak, belajar untuk sebuah kehidupan terjamin...Hidup seorang ISLAM adalah tanggungjawab, apabila kita melaksanakan tanggungjawab tersebut.. maka rezeki kita akan turun dari langit.. tidak semestinya rezeki tersebut adalah bentuk wang, boleh jadi dalam bentuk kesihatan, ketenteraman, dan sebagainya.
Kali pertama dalam hidup saya selepas lafaz cerai diucapkan, barulah saya mengetahui bagaimana perasaan bahagia itu..mungkin ini apa yang dikecapi oleh rakan-rakan saya apabila tanggungjawab sebagai isteri dan suami di laksanakan...
Semoga apa yang berlaku kepada saya di jadikan iktibar dan pengajaran... Jika anda bertembung dengan saya tegur-tegur lah... bukan ini yang saya pinta.... tapi saya mahukan kebahgian dalam hidup, orang benar-benar menghargai diri saya..
Selamat tinggal kepada lelaki yang pernah saya serahkan sebahagian dari hati saya dan selamat tinggal Terengganu....ini SEJARAH dalam HIDUP SAYA.
p/s : Bagi yang mengenali diri ini, atau rakan sekerja yang membaca blog ini.. tidak perlu hebohkan di pejabat... saya manusia biasa yang beza title saya yang berubah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bertabahlah sis... It's ok. Cari kebahagian u and anak tau...
ReplyDeletewanie!!!!!!....
ReplyDeleteim speechless....
wanie...
wanie...
sabar yea...
semoga ada kebahagiaan menanti wanie selepas ni....
Dear..
ReplyDeleteBe strong ye..
Cari cinta & redha Allah. Mudah2an u'll find ur true meaning of happiness..
Allahuakbar..tabahnya wanie...it is hard..berat mata memandang berat lagi bahu memikul. saya doakan wani sentiasa tabah demi anak dan menemui kebahagiaan yang abadi, InsyaAllah.
ReplyDeleteTerima kasih atas komen kawan2... tujuan wanie postkan status wanie tidak mahu ada salah anggap jika ternampak, terserempak saya dengan lelaki lain.... xnk pula nanti akan berbunyi begini
ReplyDelete"Patutla die kena cerai.. die curang sebenarnya...." sedangkan saya yang di cerai dan baru hendak bermula kehidupan yang baharu...
Salam perkenalan Wanie,
ReplyDeleteBe strong ye. Insya-Allah akan ada bahagia untuk Wanie nanti, amin.
Anyway, nak exchange link boleh sebab Ayu baru tukar URL. My previous URL would be bnsyg-stories.blogspot.com. New URL would be ayuni-stories.blogspot.com Let me know ye? Thank you
salam perkenalan... boleh , xde masalah.. lebih ramai kawan.. lebih meriah
DeleteSalam. Hee turut simpati.
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)