Sudah lama saya menyepikan diri dari membuat entry yang baharu di blog ini. Kekangan masa mungkin adalah alasan semata-mata hahahahahha.. yang sebenarnya saya kekeringan idea dan tiada momentum untuk menaip di blog tercinta...
Tengok tajuk di atas, mesti pelbagai andaian yang telah di buat..., rezeki apa?????..siapa???. Cerita yang saya hendak sampaikan adalah tentang penyusuan ibu secara exclusive ( yang langsung x campur apa-apa, klu campur pun maybe sedikit sahaja utk sekali dalam sebulan). Saya hanya dapat memberikan yang terbaik (susu ibu) kepada Danial hanyalah selama 1 tahun 7 bulan sahaja ..(hari ini dengan rasminya saya menggunakan SUSU CAP LEMBU sepenuhnya..(hari itu beria-ia nk guna SUSU CAP KAMBING, tp almaklumlah.. tengah hujung bulan -boleh terima x alasan ini.. hehehheheheh).
Sedih mmg sedih, hanya tinggal lagi 5 bulan lagi untuk menghampiri 2 tahun, tp nak buat macam mana kalau rezeki untk anak saya hanya selama 1 tahun 7 bulan sahaja, redhakan sahaja.. kalau asyik memikir di mana salah silapnya.. boleh jadi stress..( penyusuan susu ibu ini tidak boleh stress kena happy memanjang jer baru susu sentiasa happy keluar... ini analogi yg selalu saya guna).
Kenapa sampai 1 tahun 7 bulan sahaja, kenapa x boleh cukupkan 2 tahun?.
Bukan x boleh untuk cukupkan tempoh penyusuan, boleh cuma saya tiada kekuatan fizikal untuk meneruskan kerana hasil tenusu hanyalah 1 oz sahaja selama 1 jam dan keadaan kesihatan tulang yang makin merosot. Bab ini, saya tidak tahu samada, ibu-ibu yang menyusukan anak berumur setahun ke atas mengalami sakit belakang yang teruk a.k.a sampai x boleh bangun dan berjalan.
Demand makin tinggi, stok susu dari bulan Feb dan Mac dah terhakis dengan banyaknya...Dalam sehari bekerja saya mampu mendapat hasil tenusu sebanyak 2 oz sedangkan dalam sehari Danial perlukan 25 oz (-23 oz nie mmg ambik dr stok sebelumnya). Dari memikir kenapa susu merundum dan stress lebih baik rehda dgn rezeki yang di berikan.
Jadi, penyusuan secara exclusive hanya lah di peringkat MASTER sahaja. Saya masih lagi meneruskan penyusuan tetapi tidak secara exclusive. Siang bagi susu CAP LEMBU dlm kotak( bulan dpn tukar kepada CAP KAMBING), malam baru bagi susu CAP IBU yang fresh from the farm..ahahahhahah.
Jom layan gambar, saat-saat terakhir suis DEEP FREEZER di matikan.
Bekalan Isnin 22/4/13... hanya terdapat 15 oz susu ibu dan 3 pack ice pack, lagi 10 oz, saya dh sediakan 1 kotak susu UHT.. untuk kegunaan kecemasan.
MADELA SWING yang telah banyak berjasa.. walaupun telah di upgrade kepada double tube, single tube jugak lebih berjasa.. selama 1 tahun 7 bulan, kita tetap bersama walaupun dimana sahaja kita berada untuk menjalankan tanggungjawab.
Kantung ini ( yg berisi SWING dan HARMONY), yang di bawa ke hulur dan ke hilir selama 1 tahun 7 bulan...
Danial,
Ummi tahu ummi tidak berusaha dengan gigih untuk mencapai matlamat penyusuan selama 2 tahun secara exclusive, tapi ummi telah cuba bertahan selama setahun lebih, Alhamdulilah dan rezeki untuk dirimu masih lagi ada walaupun sedikit.
Maafkan ummi kerana tidak menunaikan janji....
1 tahun 7 bulan dah cukup lama. alhamdulillah panjang rezeki anak tu =)
ReplyDeleteAlhamdulilah.. tp xde kekuatan utk teruskan kepada 2 tahun.. lain kali cuba lagi
DeleteTry mkn vitamin utk sakit belakang tu dear
ReplyDeleteInsyaAllah, tengah mencari ubat yang sesuai....
DeleteSalam, nak tanye, lepas penyusuan exclusive tu, wanie bagi minum susu lembu/kambing pada anak tapi ada bagi makan makanan solid jugak ke? sekadar ingin tahu, pasal skrg ni saya sedang bf exclusively anak nak masuk umur setahun. terima kasih..
ReplyDeletewasalam... maaf reply lambat..
Deletewanis bagi susu lembu @ kambing UHT dlm masa yang sama wanie tetap bagi solid food pada anak ... bg wanie susu hanyalah pelengkap kepada makanan yang di ambil oleh anak...
Pendapat ulamak....
1)anak yang di susu sepenuh oleh ibu tanpa memberi makanan, najis anak tersbut di kategorikan sebagai najis ringan (mukhaffaffah)
2) anak yang di susu oleh susu ibu dan diberi makan, najis anak di kategorikan sebagai najis pertengahan (mutawasitah).
berdasarkan kepada pendapat ulamak ini, ikut kepada ibu samada hendak memberi makan kepada anak atau tidak, sekira tidak memudaratkan kesihatan anak tidak mengapa jika tidak mahu memberi solid food kepada anak.