Syukur al-hamdulilah, masih lagi diberi lagi nikmat untuk menyusukan anak, walaupun hasil tidaklah segempak dahulu, tidak serajin dahulu, namun syukur kerana masih ada lagi rezeki walaupun setitik susu ibu untuk anak saya.
Masih ada lagi 6 bulan lagi untuk meneruskan perjuangan ini, terima kasih kepada senior-senior yang banyak membantu dalam memotivasikan diri saya supaya teruskan untuk menyusukan anak walaupun misi-misi di klinik kerajaan kerap kali meminta saya untuk mencampurkan susu kerana berat anak saya betul-betul berada di boarder line. Ada juga sekali sekala, kena di basuh, di luntur dan sebagainya otak ini supaya yakin dengan rezeki yang telah diberikanNya kepada anak kita... tanpa dorongan dan motivasi dari anda, rasanya mungkin saya sudah mudah mencampurkan susu ibu...
Antara nasihat yang di berikan kepada saya sehingga saya mampu pekakkan telinga apabila berhadapan dgn misi-misi di klinik kerajaan.
1) Itu hak anak, selagi termampu berikan yang terbaik... susu hanyalah pelengkap kepada makanan bukannya makanan kepada anak.
2) Kita rajin bila hendak mencari duit, anggap sahaja susu yang di berikan kepada anak adalah "duit pelaburan" bagi masa hadapan.
3)Yakin terhadap diri sendiri, tiada istilah anak dh besar susu semakin sedikit, jgn sesekali set dlm otak tetapi setkan SUSU AKAN BANYAK BILA RAJIN, KERANA SAYA BERUSAHA MENCARI REZEKI ( rajin mengepam) - yang nie tampal besar-besar di beg pump....
4)Sentiasa berdoa supaya di murahkan rezeki anak, menyusukankan kerana ALLAH.. doa yang baik insyAllah di makbulkan.
dan lain-lain lagi..
Ada lagi 6 bulan, mudah-mudahan saya dpt meneruskan penyusuan ibu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Moga perjalana BF di permudahkan..
ReplyDeleteSusu Ibu adalah yg terbaik..
salam kenal..follow sni #91 :)