Tuesday, May 14, 2013

Mendidik anak mengikut cara Islam...

Dewasa ini, kebanyakkan ibubapa moden lebih suka mendidik anak dengan menggunakan pendekatan moden.... mengikuti kelas parenting, pembacaan buku ilmiah, journal dan mengikuti kelas-kelas motivasi untuk mendidik anak yang cemerlang ( begitu juga dengan saya) dan adakalanya kita terlupa atau langsung tidak mahu mengikut jejak langkah ibu dan ayah kita mendidik kita hingga berjaya kerana kaedah tersebut terlalu kolot dan tidak mengikut peredaran zaman...saya tidaklah menolak kaedah mendidik anak-anak yang telah terapkan oleh ibu dan ayah saya, yang mana baik saya ikut, yang tak elok tinggalkan.. contohnya

" Jangan keluar malam-malam nanti hantu kacau"
"Jangan duduk atas bantal nanti naik bisul" dan sebagainya...

Di zaman moden ini, kebanyakkan pakar motivasi kanak-kanak mengatakan penggunaan perkataan "JANGAN", "TIDAK" dan "TIDAK BOLEH" akan memberikan impak negatif kepada perasaan anak-anak kerana anak-anak mempunyai kefahaman yang berbeza..
contohnya, "Jangan berjalan tanpa menggunakan kasut, nanti cacing masuk" atau "Jangan berlari nanti jatuh"..akibat dari perkataan "JANGAN" , anak-anak akan berexplotasi dengan kata-kata dimana mereka akan berjalan tanpa menggunakan kasut atau berlari sehingga menguji kesabaran kita.... Bagi saya, perkataan "JANGAN", "TIDAK" dan "TIDAK BOLEH" perlu digunakan dalam mendidik anak kerana bagaimana untuk mengubah sesuatu arahan yang dikatakan negatif kepada positif ? sedangkan dalam Al-quran sendiri mengunakan perkataan "JANGAN" untuk mendidik.

Dan kita jangan lupa, kebanyakkan pakar motivasi menggunakan buku-buku dari barat yang kebanyakkan lari dari fitrah semulajadi manusia.."UNTUK MENJADI BAIK ADALAH SUSAH DARI MENJADI JAHAT".

Mari kita lihat bagaimana Luqman Al-Hakim mendidik anaknya... ( Terjemahan daripada surat luqman ayat 13 hingga ayat 19.

13." Dan ( ingatlah) ketika luqman memberi berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepada anaknya: " Wahai anak kesayanganku, jangalah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar"

- kita perlu tanamkan sifat tidak syirik kepada Allah kerana ia perbuatan yang zalim, meletakkan sesuatu bukanpada tempatnya. contonhnya, tujuan belajar bukan kerana untuk mendapatkan kerja tetapi patuh kepada perintah Allah. Orang yang semakin tinggi ilmunya semakin takut kepada Allah bukannya semakin ingkar dan derhaka kepada Allah.

# Dalam mendidik anak-anak, kita sering mendahulukan pembelajaran dalam kearah keduniaan, mesti atau lebih tetap lagi wajib pandai dalam berbahasa Inggeris, Matematik dan Sains lulus.. tetapi kita lupa kepada kehidupan yang abadi. (I try my best to teach my son bahasa arab, jawi dulu dan kenalkan kepada alif, ba dan ta dahulu..) sbbnya tujuan mengajar dan belajar kerana Allah.

14. "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 2 tahun; (dengan demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu, dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)"

-Anak-anak perlu dididik supaya taat dan hormat keduaibubapa, rasa terhutang budi kepada ibubapa, menyedarkan mereka bahawa syurga terletak dibawah tapak kaki ibu. Reda Allah bergantung kepada reda ibubapa

# Kadang-kadang dala hati kita terlintas pelbagai perkataan negatif terhadap anak-anak kita kerana kerenah mereka yang kadang kala mengugat kesabaran kita... tetapi apa yang terlintas di hati biasa cepat diperkenan oleh Allah. (Gunakan perkataan yang positif, contohnya.. "lembutkan la hati anakku ini dalam mendengar arahan ku... insyaAllah, akan diperkenankan oleh Allah.

15. "Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau(dengan fikiran sihatmu) tidak mengetahui sungguh adanya , maka janganlah engkau taat kepada mereka; bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan Tauhid dan amal-amal soleh), kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang telah kerjakan"

-Patuh kepada ibubapa kepada perkara tidak bercanggah dengan perintah Allah.

# Kita adalah cermin kepada anak-anak kita, perkara yang baik dan buruk yang kita lakukan akan di contohi oleh anak-anak. Jika perkara baik dan tidak bercanggah dengan perintah Allah kita kerjakan insyaAllah, anak-anak akan melakukan perkara yang sama kepada kita. contohnya..berapa kerap kita menelefon ibu dan ayah kita di kampung di hadapan anak-anak kita, bahasa yang di gunakan untuk bertutur  dan sebagainya.

16."(Luqman menasihati ananknya dengan berkata): Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada perkara yang baik atau buruk sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana Sesungguhnya Allah Maha halus pengetahuanNya; lagi amat meliputi akan segala yang tersembunyi"

-Anak-anak sentiasa diingatkan, apa sahaja yang mereka fikirkan, lakukan semuanya diketahui Allah dan akan dibalas oleh Allah di akhirat kelak.

# Penerapan sifat 20 Allah perlu diterap semasa kecil lagi supaya anak-anak mengenal pencipta mereka dan takut kepadaNya.

17."Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya"

-Solat wajib didirikan, tidak kira dalam apa jua keadaan, mengapa solat itu perlu? Kerana Allah berjanji solat mampu mencegah daripada melakukan perkara yang tidak baik.
contohnya sikap malas belajar adalah perkara yang keji. Solat sukar dilaksanakna pada awalnya, apabila di latih ia menjaid mudah. Oleh sbb itu, Rasullah menyuruh anak-anak mendirikan solat ketika berumur 7 tahun dan rotan pada umur 10 tahun jika tinggalkan solat.

# Sikap sabar perlu ditekan dari awal dan anak-anak perlu di latih agar tidak semua keinginan mereka mesti di patuhi ( no more promise, bila dh gaji nanti ummi belikan mainan )

18. "Dan jangan lah engkau memalingkan mukamu(kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan lagak sombong: Sesungguhnya Allag tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membangga diri"

-Anak perlu dididik mempunyai hati kasih belas dan sentiasa ingin membantu. Sikap pemurah, tidak kedekut, suka kongsi ilmu dan mengajar rakan yang lemah perlu ditanam kerana Allah suka orang yang pandai mengajar mereka.

# Semakin banyak ilmu di dada semakin banyak benda yang kita tidak tahu, jangan bongkak terhadap ilmu yang diperolehi kerana semuanya adalah hak Allah. Hanya dia yang Maha Mengetahui dan Maha Halus.

19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semsa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai"

-Ibubapa perlu memberi contoh komunikasi yang berkesan. Cara berinteraksi dengan anak hendaklah sopan, tertib dan tidak menengking. Saidina Ali berpesan, jika percakapan dari hati yang iklas akan sampai ke hati, jika percakapan datang dari lidah maka ia masuk telinga kanan keluar dari telinga kiri


p/s : sharing is caring, yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya.. ini sekadar pandangan sahaja.... bukan semua yang datang dr barat buruk, ada baiknya.. yang baik kita ambik dan yang buruk kita tinggalkan..

Amalan harian agar hati anak lapang dan mudah belajar

Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hinga 60.

4 comments:

  1. Salam, Tq 4 sharing. Interesting. Just nk share skit, ada org ckp setiap kali rs nk marah pd anak, ucapkn or doakan benda Yg baik tuk anak2 kita. Doa ibu especially makbul. insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah. Semoga kita dapat mendidik anak kita menjadi insan yg soleh. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

      >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

      Delete
  2. saya setuju dgn teknik cara didik anak yang puan tulis dekat atas.. kita sebagai ibubapa la yg mencorakkan kepribadian mereka.. terima kasih atas perkongsian yg diberikan..

    baru2 ni sy pun terbuka satu laman web ni.. mungkin ada beberapa input lain yg pembaca2 blh dapatkan.. Buka link ni http://shuth.ashadee.com/go/14/syedazhar/

    ReplyDelete
  3. tq atas ilmu yg dikongsi. saya pernah diajar seorang ustaz supaya selalu sedekahkan al fatihah utk roh dan jasad anak dan minta la apa2 padaNya. Alhamdulillah byk kesan positif pada anak saya

    ReplyDelete