1) "Susu ini elok, harga pun x mahal, dh berkurun dh guna.. anak-anak pun pandai"
2) "Susu yang ini, sangat menjimatkan duit kocek ko, 2 bulan x perlu beli susu ..."
3) Kandungan DHA susu ini sangat tinggi.. mmg bagus untuk perkembangan otak, ko tengok anak aku, dlm bab pembelajaran semua cepat tangkap...
dan sebagainya...itu pendapat masing-masing.. bagi saya, susu yang paling baik adalah SUSU IBU ( satu dunia x boleh nak lawan ciptaan ALLAH S.A, Subhanallah, sungguh hebat kuasa MU.... SELEPAS susu ibu adalah SUSU KAMBING dan selepas susu kambing adalah SUSU LEMBU.. bukan saya cakap ye, yang ini ada dalam Al-Quran.
SUSU IBU > SUSU KAMBING > SUSU LEMBU.. Susu lembu duduk tempat ke-3, betapa hebatnya org-org Yahudi nak menyesatkan umat nabi Muhammad s.a.w dengan mengiklankan susu formula yang di perbuat daripada susu lembu lebih bagus dari susu kambing. Itu mmg realiti, cuba tengok iklan di kaca televisyen asyik-asyik susu lembu ( x kira la susu formula ke, susu UHT ), mmg xde langsung iklan susu kambing ini. Klu dalam majalah keibubapaan, iklan susu kambing hanya 1 muka surat sahaja...selebihnya susu lembu...(klu x silap saya la)
Kenapa susu kambing di katakan susu yang terbaik...yang ini boleh google sendiri, yg ini nak share di sini..
|
Itu baru jenis susu, belum lagi bentuk, seperti biasa susu boleh di bahagikan kepada 2 jenis bentuk iaitu cecair ( UHT) dan tepung ( formula). Saya lebih sukakan susu UHT ( yg nie mmg target saya untuk beri anak saya minum ) daripada susu formula.
Kenapa???
Sebelum menjawab persoalan tersebut, mari kita tengok cara pembuatan
SUSU UHT :
cara pembuatannya adalah melalui kaedah pemanasan yang cepat pada suhu yang sangat tinggi. susu segar diambil dari sumber haiwan (biasanya lembu), kemudian dipanaskan pada suhu 135-145 darjah celcius dalam masa 2-5 saat. tujuannya adalah untuk membunuh semua bakteria dan patogen penyebab penyakit. mengikut kajian, pemanasan menggunakan suhu tinggi tetapi dengan masa yang singkat lebih baik dari pemanasan dengan suhu sederhana tetapi dengan masa yang lama kerana pemanasan yang lama akan membunuh nilai gizi dalam susu tersebut. jadi, nilai gizi di dalam susu UHT masih hampir menyamai susu segar yang baru diperah dari haiwan terbabit.
SUSU FORMULA :
pembuatan susu tepung dimulakan pempasteuran, sama seperti susu UHT untuk membunuh bakteria. susu kemudiannya dipanaskan menggunakan plate heat exchanger (55 hingga 60 darjah celcius) untuk menurunkan tahap kelikatan sebelum dicampurkan dengan bahan-bahan lain(perisa, pengawet) yang dimahukan. kemudian, susu akan melalui proses homogenisasi untuk menyamakan ukuran globula lemak susu. akhirnya, susu akan melalui proses pemanasan sekali lagi menggunakan spray dryer pada suhu 70 hingga 80 darjah celcius. pada tahap inilah susu akan berubah dari bentuk cecair ke bentuk serbuk.
Oleh sebab itu, saya memilih susu UHT kerana
1 ) jumlah pengawet dalam susu tepung lebih banyak dari jumlah pengawet dalam susu kotak menyebabkan susu tepung tahan bertahun-tahun lebih lama (jika tidak dibuka) berbanding susu kotak yang jangka hayatnya lebih pendek.
2) proses pemanasan bersuhu tinggi dan dalam jangka masa yang singkat seperti yang dilalui oleh susu kotak lebih baik dari pemanasan dengan susu rendah tetapi jangka masa yang lama memandangkan pemanasan yang lama menyebabkan lebih banyak nutrien asal dalam susu yang mati semasa proses pemanasan tersebut.
3) mengikut kajian, berlaku kerosakan protein sebanyak 30% di dalam susu tepung melihat kepada banyaknya proses yang dilalui semasa penyediaannya.
Mesti ada yang berkata, susu UHT lebih mahal dari susu tepung, yg ini yang tak berapa pasti samada betul atau tidak kerana susu tepung pun ada yang terlalu mahal dan murah, dan kita telah mindset susu yang mahal adalah susu yang terbaik. Terbaik cane pun, bila susu tersebut melalui pemanasan yang tinggi segala nutrien akan hilang dan di ganti dengan bahan sintetik yang mana bukan mudah untuk badan kita menerimanya. Saya tetap berpegang susu segar tetap terbaik dari susu tepung.
Susu UHT hanya boleh di minum oleh bayi yang berusia 1 tahun keatas. Namun begitu, saya tetap berpegang pada prinsip, susu hanyalah pelengkap dan anak-anak masih boleh mendapat zat-zat untuk tumbuhbesaranya melalui pemakanan yang seimbang. Oleh itu, beri la peluang untuk anak-anak "merasa" pelbagai tekstur makanan.
p/s : sapa yang pernah minum susu kambing segar, rasanya cane ye??, nak ber "eksperimen" dengan anak sebelum membeli.
No comments:
Post a Comment