Thursday, January 3, 2013

Permulaan tahun baru yang x best........

Salam tahun baru di ucapkan, semoga tahun ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya dan semoga rakan-rakan yg mengenali blog ini atau saya murah rezeki sentiasa tidak kira di mana anda jua berada..

Hari ini, 2/1/13 merupakan hari pertama persekolahan di buka.. macam biasa, setiap kali waktu persekolahan bermula, jalan raya mesti sesak bila jam menunjukkan pukul 7 pagi.. dengan bas, kereta parents hantar anak-anak ke sekolah dan sebagainya ( teringat plak nostalgia semasa bersekolah dulu.. awal tahun bersemngat kental katakan hahahahah )

Permulaan tahun baru saya adalah sangat mendukacitakan... seriously I'm in the bad mood.. bukan di sebabkan mood kerja  ye.. tapi di sebabkan kawasaan perumahan saya tiada bekalan AIR. Dengan notis tidak diberi, di radio tiada perkhabaran, kat TV pun tidak di hebohkan... ( yg nie mmg berangin....). Bangun jer pagi-pagi, nak basuh storage botol , air di sinki dah xde..... nasib baik la air simpanan tangki ada boleh la mandi kerbau dan bash storage botol. Ingatkan gangguan bekalan air  hanya sampai pukul 11 pg...tp sangkaan saya meleset sampai pukul 9 mlm..

Kat sekolah pun air dh tiada.. mmg 1 hari langsung x makan kat kantin.. makanan dh habis sebab bekalan air tiada... nak melakukan aktiviti "nature call" mmg terbantut. Paling kesian kat dak tenit 2, kat nursery  air pun xde.. kol pengasuh mandi gunakan air mineral.

Ingatkan balik rumah boleh la qa'da balik mandi yang pagi tadi dan mandikan balik danial, tp air dalam simpan langsung xde... Hari ini jugak, belajar mengambil wuduk mengguna spray ( cam org g haji ).Nasib baik la air ada tp slow macam siput kat porch kete.. apa lagi mandi la kat situ..dengan baju t-shirt n seluar trek,  org tengok semacam jer... biar la org nak tgk bukan berkembang pun... badan dh melekit2, xkan nak tunggu sehingga air ada.. benda yg wajib ( solat) kena laksanakan..biar la wangi sikit baru boleh khusyuk sikit nak solat...

Yang paling x boleh tahan, semua kedai makan di sekitar kawasan perumahan ni semua tutup sebab air tak de, terpaksa la makan KFC.. itu jenuh beratur panjang..semata-mata nak makan. Erm, lain kali kena simpan air dalam bekas penyimpan air untuk kecemasan.. tp takut plak nyamuk ades membiak x pasal2 kena plak kena bayar saman ( 1 jejentik = RM 500, klu dh 10 ekor mau kopak duit simpan)....Mmg permulaan tahun baru yg x best.. mintak-mintak ada la air esok..klu x, mandi la kat dpn porch kul 6 pg..

4 comments:

  1. Kalau takde air mmng pening kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betul aty.. xde elektrik pk pasal EBM pulak...

      Delete
  2. hehe.. sabo sabo.. dugaan petanda rezeki nak masuk ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan kak...pintu rezeki 2013 terbukak...

      Delete