Tuesday, January 8, 2013

Pendidikan anak

Bila jadi mak-mak ini, isu cara pendidikan anak ini mesti menjadi 1 isu yang besar...siapa yang tidak mahu anak-anak menjadi anak yang soleh/solehah, yang cemerlang dari segi akedemik dan sahsiah dan terbilang. Saya pasti ramai ibu-ibu di luar sana memikirkan apa yang saya  coretkan di sini. Pendidikan awal anak-anak bermula lagi dari kandungan lagi.. percaya atau tidak itu yang tercoret dalam Al-quran... "Bagaimana mahu mendidik anak-anak untuk menjadi cemerlang" - yang ini mmg  x tipu, sbb ada seorang makcik ini
 ( jiran kita namakan sebagai SU), anak-anak die semuanya mempunyai jawatan yang hebat-hebat, dari anak sulong sampai la yang bongsu semuanya

Pernah tanya Acik Su ini, apa rahsianya..., acik Su  citer la...

A) Amalkan pembacaan Al-quran semasa hamil

Cam biasa, kena baca Al-fatihah, ibu segala surah..

Semester pertama (1-3 bulan)
1)surah Al- baqarah ( utk susu)
2) surah Yaasin ( elakkan ganguan syaitan)
3) surah Taubat

Semester kedua
1) surah Muhammad
2) Surah luqman
3) surah Yusof ( utk anak lelaki ) / Surah maryam ( utk anak perempuan) ( baca 2 sekali  @ pilihan)
4) surah Inshirah ( lapang hati)

Semester ketiga
1) surah Maryam ( memudahkan untuk bersalin)
2) surah An-nahl ayat ke 78
3)surah 'Araat ayat 198


Jujur saya katakan , x semua ayat di atas ini saya baca, apa yg saya buat, setiap malam, sebelum tido @ dh tido saya akan mainkan, sbb saya belajar melalui penghafalan, bila dh banyak kali main, secara automatik saya boleh membaca bila ayat ini di mainkan ( baru saya tahu kenapa matapelajaran yang banyak baca mmg susah nk dapat A sbb x suka menbaca, tp lebih suka org bercerita banyak kali benda yg sama )
p/s tolong check dgn ustazah @ ustaz susunan ayat yg betul mengikut semester kehamilan..

B) Banyakkan membaca semasa mengandung dan sentiasa bercerita pada kandungan

Yang ini, saya  berkata "Acik biar betul, nanti org kata x betul pulak", reason bila kita membaca dan bercerita pada kandungan, kandungan kita akan memberi respon kepada bahan bacaan kita, samada bahan bacaan tersebut memberikan input @ output. Pada masa yang sama, kita telah mendidik bayi kita untuk suka membaca selaras dgn ayat pertama yang turun kepada Nabi S.A.W

Saya pun membuat eksperimen
i) bahan bacaan pertama buku yang bertajuk Umar bin Al-Khattab, the conqueror dan Aishah
-mendapat respon yang sangat baik, di mana bahan bacaan tersebut habis di baca hanya 1 malam, baby bergerak aktif seolah-olah saya berada di tempat Umar dan Aishah ( buat pertama kalinya habis, sbb saya bukan kaki buku)

ii) bahan bacaan kedua, buku yang bertajuk agak santai, seperti novel
-sampai ke hari ini x habis lagi membaca..., cepat mengantuk dan malas

kesimpulannya, bagi ibu yang mmg kaki buku mmg 1 bonus, sbb anak-anak lebih terdorong untuk mengikut ibu yg suka membaca. Bagi ibu yg kurang membaca cam saya  tp suka membuat latihan matematik, main sodoku, dam  - hasilnya akan diberi tahu 5 tahun akan dtg ....

tp, yang pasti Danial mmg suka dgn buku, lebih-lebih lagi klu buku penuh dengan lukisan, mungkin salah satu sebabnya, setiap kali sesi penyusuan, buku mesti akan saya baca dan bercerita. Kadang-kadang buku yang saya baca bukan lah di tahap Danial tp buku yang lebih bercorakkan ilmiah, cam buku economy, motivasi..tp kadang-kadang bercerita la jugak pasal si kancil dengan buaya dan pastikan input yg ingin diberi tahu adalah jelas

cthnya :
cerita si kancil dengan monyet - moral = jgn menipu org lain untuk kepentingan diri sendiri
( selalunya org kita selalu kata kancil pandai, tp di sebalik kepandaian tersebut adalah tipu helah semata-mata)

yang ini, saya dapat semasa menghadiri kuliah agama.

C) Menjaga makanan minum - yg nie semua org tahu

D) Bacaan sebelum / semasa / selepas anak tidur
Ingatkan anak dh tidur dh tamat sesi pendidikan anak, rupanya tidak...

Ibu-ibu di galak untuk menbaca

Ya -latif , sebanyak 100X, hembus pada ubun-ubun supaya ilmu yg di ajar anak-anak dapat igt (dgn kuasa Allah)

Baca surah Al-fatihah 1X dan Alam Nasrah 1X- hembus pada mulut supaya mendengar kata-kata yang baik
Bercakap dengan anak-anak, seru namanya dengan berbinti ibunya dan berikan nasihat

sapu air lebihan wuduk pd ubun-ubun dan muka..

E) Yang paling mujarab, doa ibu dan bapa....

Ada yang berbunyi, konfem mesti anak kau bijak punya bila ikut amalan makcik tu. Susah nak jawab soalan tersebut, bg saya  ini semua kuasa Allah, kalau berusaha setakat itu (hanya baca surah semasa kehamilan) x kemana jugak.. apa yang penting di sini adalah usaha kita untuk corakkan anak kita mengikut acuan yang kita pilih.. klu kita pilih mengikut acuan nabi junjungan S.A.W, insyaALLAH berhasillah apa yang kita usahakan mengikut kehendak rohani kita yang paling asas.

No comments:

Post a Comment