Cloth diaper @ lebih popular lagi dengan CD. Sebenarnya dah lama nak ber"CD" ini. Seksi plak di mata saya bila tengok baby yang pakai CD ini, lagi2 CD yang design macam ala-ala tentera itu..CD ini masih belum lagi popular di Malaysia. Nak cari nursery yang mesra EBM pun susah.. dalam 100 buah, mungkin hanya 3 buah jer mesra EBM. Rata-rata nursery yang saya terjah dan interview semuanya kata "EBM ini leceh, susah nak handle", itu kata mereka tapi bagi saya EBM la paling mudah nak handle.. kenapa
Letakkan sahaja EBM dalam warmer 10 minit sebelum baby nak susu, bila nak tuangkan sahaja EBM yang dh di panaskan dan susukan baby letakkan botol EBM yang kedua dan seterusnya sehingga lah tamat sesi penjagaan tak perlu lagi nak berjoget. Tp kebanyakkan nursery tak buat cani, dorang akan buat... bila baby nagis mula nak panaskan EBM, pastu kata leceh, susah dan macam-macam. Yang guna FM plak, bancuh banyak-banyak , baby minum sikit pastu simpan untuk sesi seterusnya.. bila x habis, mula cakap kena tukar susu, baby x nak menyusu dan macam-macam..common sense, baby pun orang dewasa jugak mana nak makan benda yang sejuk.
Alhamdulilah, rezeki danial, taska yang belum lagi complain EBM susah nak handle dan belum ada lagi "Akak kena tukar susu, danial x minum EBM dah".- kalau kuar soalan ini, mati la x taw nak guna susu apa plak hahahhahahaha.
Hari itu, adalah borak-borak dgn owner taska ini, celahkan jugak pasal CD ini
Wanie : " Akak, taska ini mersa dengan EBM, CD mesra x?"
Owner : " CD itu apa?"
Wanie: "Cloth diaper, ala lampin kain moden itu"
Dengan muka berkerut-kerut....
Owner :"Lampain kain yang macam zaman 80an itu ker?, biar betul kalau yang itu mmg akak tak terima
100%, ko pun 1, nama jer gomen, bukan nyer harga pampers itu RM 150 pun, yang nak kedekut
sangat itu kenapa? beli jer la pampers , mudah kerja akak.
Wanie : erk.....
Ada ke patut owner taska itu kata saya ini kedekut?????...padahal lampin itu mahal oooooooooo, 1 lampin pun dh sama dengan 1 plastik pampers huggies @ momy poko okeh. Tengok, punya la susah orang nak terima CD ini, mungkin dh terbiasa dengan DD (disposal diaper)..Sampaikan mak saya sendiri pun cakap "Eh, kenapa plak ada kain period ini, siapa yang nak pakai nie?"... bila saya ckp cucu nak pakai.. mak cakap.."Kesiannya, nama jer kerja, tapi pampers x mampu nak beli"-ayat perli... tengok, masyarakat pun belum lagi terbuka mata pasal CD ini.
Saya pun baru sahaja berjinak dengan CD ini, alasan utama kenapa nak sangat pakai CD.. sbb SEKSI hahahahah( boleh x terima alasan ini)...
Sebab utama
1) Trend zaman skrang dan yang paling penting boleh menjimatkan...
- Dlm 1 bulan, saya gunakan 3 plastik DD ( 2 di rumah 1 di taska), 1 bulan peruntukkan untuk DD RM 90, 1 thn lebih kurang RM 1080. Nak guna sehingga 3 thn 1/2 bulan lebih kurang RM 7020... hohohohoho, dh boleh bayar deposit rumah, paling tidak pun boleh simpan dlm ASB.. sedangkan dengan CD , 50 keping RM 500 sahaja di keluarkan untuk kegunaan selama 3 thn 6 bulan, dan boleh di gunakan untuk generasi yang akan dtg (klu saya mengandung , x pun boleh bg pd cucu guna.. hahahahhaha, ini ayat penyedap hati). Penjimatan RM 6520.. boleh capai misi pertama dlm pendidikan danial.
2) Kurang terkena diaper rash ( kebersihan di utamakan)
-Yang ini agak susah nak buktikan, sbb saya sendiri baru sahaja menggunakan CD ini, ramai yang kata CD mmg mengurangkan diaper rash sbb setiap 1 jam 30 minit mmg kena tukar CD kerana "signal" perlu tukar di keluarkan iaitu "bau yang tak best dh terhidu". Bab ini ibu-ibu mmg akan jadi rajin untuk tukarkan CD.. As for me, CD so practical to me, sbb mak saya cakap saya x reti guna DD, selalunya DD x kebawah lg ( x penuh lg) dh tukar dh..
3) Toilet training
-Mmg praktikal gunakan CD untuk toilet training.. kerana rata-rata bdak dlm fasa toilet training nie mmg dh xnk reuse balik DD yg dorang pakai sbb x selesa biarpun DD masih lg kering. Kiranya CD ini cam undergarment, just tukar insert dh boleh pakai balik CD, so xder la sakit hati bila tgk anak-anak xnk pakai DD. (sapa2 yg ader anak dlm fasa toilet training tolong betulkan saya klu salah information, sy dpt info dr kawan-kawan )
4) Friendly towards environment (go green)
-Baru ader kesedaran sivik untuk selamatkan bumi. Sekarang pun cuaca tak menentu.. untuk selamat bumi dari penipisan lapisan ozon dan selamatkan pokok.
p/s : Saya br je ader 3 CD, br nak cuba... guna pun hanya utk mlm sahaja. kawan-kawan yg mmg tegar menggunakan, boleh x bg tahu kena ader berapa CD utk kegunaan sehari ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pada Jasmin tengok pada usia baby...ade baby pakai banyak ader yg tak. mase mula2 Firas umur baru lahir samapai 3m kerap gak la tukar sehari dalam 5-6 helai. tapi sekarang dah nak masuk setahun mmg ckit jer pakai. sehari dalam 3-5 sahaja. Jasmin suka pakaikan firas CD sebab memang xde rush langsung klu pakai DD cepat naik ruamnyer.
ReplyDeleteMin, terima kasih sbb bagi info... 5 keping dlm sehari, maximum la 2 ek...
ReplyDelete