Monday, December 31, 2012

Summary 2012......

Pejam celik pejam celik, dh nak hujung tahun dah.. sekejap sahaja masa berlalu.., masih lagi terasa baru sahaja dalam bulan oktober .

Kesimpulan bagi tahun 2012 adalah :

Moments yang TERBAIK berlaku pada diri saya :

1) Dalam usia 27 tahun, dh mempunyai seorang anak yg comel dan bijak. Dia la peneman di kala sunyi, suka dan duka. Segala aksi-aksi yang comel, nakal adalah pengibur bagi hati ini . ( bila duduk berjauhan dengan suami, mmg danial nie la jadi pendengar yang setia bg setiap kegiatan yang berlaku pada diri saya, biarpun x memahami tp sekurang-kurang pandai jugak memujuk dengan memeluk, cium dan yang paling x boleh di terima pandai mengigit bila emaknya buat-buat x nampak @ x dgr..., dh pandai mintak perhatian.. so sweet dan menjadi penunggu dpn pintu bilik air ... yg nie x taw belajar dr mana.

2) Tengok anak membesar depan mata. dari umur 1 bln hingga la jd toddler. Mmg seronok bila tengok anak membesar depan mata.. tp sampai sekarang x boleh lagi panggil UMI, asyik MAMA jer.. xkan nak kena tukar gelaran plak. Letih mmg letih, tp seronok bila tengok segala aksi-aksi yg menghiburkan.

3) Melancong ke Bukit Tinggi, Indonesia bersama dengan Danial, pengalaman pertama bercuti ke luar negara dengan anak...pengalaman yang berharga kerana ketika itu Danial br sahaja  4 bulan...br je pandai mengesot...

4) Bawa Danial g Zoo Melaka, biarpun Zoo Negara dekat dgn rumah nak jugak g Zoo Melaka. Kenapa nak g Zoo Melaka, sbb nak g berjalan-jalan makan angin, lagipun dah lama x g Melaka .

5) My best friend wedding on september, sehari selepas tu, sambutan harijadi kami berdua ( saya dan danial), senang uat serentak, beza seminggu .. seronok bila share kek harijadi nie..

6)Melancong ke Pulau Tioman..., aktiviti mengajar danial berenang.. ( guna pelampung jer..ahahhaha)

Moments yang TERBURUK berlaku pada diri saya :

1) Tak dapat bertukar untuk tinggal sebumbung dangan en somi. Tak pe la, nak buat cane, klu nak asyik panjat tangga KPM kat putrajaya dangan harapan boleh tukar tapi x boleh sakit hati jugak. Tak bagi tukar guna ijazah x pe, akan saya guna MASTER plak..., tgk cane.. so dalam kotak wish list sudah di KIVkan dah...

2) Anak di masukkan ke wad sebanyak 5 kali  ( 3 kali di HKL) dan 2 kali di Ampang Puteri kerana Pneumonia. Yg nie mmg serik, bukan serik duduk dalam wad, tp kesiankan pada anak, kena cucuk ambik darah la, masukkan antibiotik cara IV... ( tp nak sihat kena cekalkan diri untuk melihatnya ). Syukur Alhamdulilah bila dah 1 tahun ke atas, x perlu masuk wad dh... huhuhu

3) My Master only half way.. x boleh nak sambung kerana masa itu anak sering masuk wad.. klu nak teruskan dengan hati yg runsing lebih baik x perlu... , menyesal????.. klu bab duit mmg menyesal tp lagi menyesal kalau anak masuk wad tp emaknya bz memanjang nak siapkan tesis sehingga mengabaikan tanggungjawab, anggap xde rezeki mungkin rezeki untuk master ada untuk tahun hadapan bila anak dh betul2 sihat dan x perlu berulang kali masuk wad

Itu sahaja moment-moment yg berlaku pada diri saya... misi tahun hadapan

1) MASTER - nak xnk kena sambung rasanya dh lama sgt tangguh takut berkarat je otak nie..

2) Melancong ke luar negara mengikut bajet, klu boleh nak ke korea, jepun atau beijing..


No comments:

Post a Comment