Monday, December 17, 2012

Cerewet atau.......................

Kadang-kadang terfikir jugak, cerewet sangat ke saya nie ???

erm..

Alkisahnya, cani.. kita klu masak kat rumah untuk suami, anak-anak, mahupun tetamu mesti nak buat yang terbaik bukan, yelah walaupun bukan untuk diri sendiri ( nak puji diri sendiri pandai memasak tp sekurang-kurang kena jaga jugak air muka en somi kita bukan) dan kadang-kadang apa yang kita harapkan sempurna bukanlah sempurna sangat.. mungkin ada terbih gula ( manis yg amat ) atau terbih garam ( masin teramat) tp apa-apa pun kesilapan yang kita buat kita kena betulkan supaya perut en somi, anak-anak @ tetamu yang  datang ke rumah dapat di isi.. betul tak????

Kadang-kadang pelik jugak bila memikirkan gelagat para suami nie.. bila kat rumah, bila kita memasak hidangan mesti akan keluar komen.. samada memuji ( yg nie semua org suka)  dan kritikan yang membina biarpun agak pedas..( rasanya kawan-kawan semua mesti pandai masak, so kritikan  mmg agak jarang dapat berbanding dgn saya hahahaah - mengaku dgn ikhlas, sbbnya mmg fail klu masak makanan yg jenis berair contoh singgang ikan, biarpun org lain kata ala senang pun boleh fail, klu x kena dgn cara boleh lari rasanya...).

Tapi bila makan di luar, biarpun makanan tersebut terlalu manis atau terlalu masin, xde pula yg berbunyi secara terang-terangan, berbunyi melahirkan rasa tidak pus hati, tp masih lagi menguyah dan menelan makanan tersebut..Bila saya memanggil pelayan, untuk menukarkan makanan tersebut, automatik en somi akan kata "awak nie cerewet la, makan je la...", cam tu plak... ( itu baru dgn en somi)

Kali kedua, makan beramai-ramai dgn kawan-kawan, bila makanan dh sampai, adalah yg tertumpah garam ( masin yg amat) tp masih boleh mendiamkan diri.. mintak nasi tambah untuk gilangkan rasa masin, bila saya  kata tukarla dgn yg baru.., automatik kawan saya berkata "cerewetnya... ala boleh kurangkan rasa masin nie dgn tambahkan nasi, x perlu nak buat kecoh " - gitu plak..

Kali ketiga, makan dgn adik., order la nasi goreng sotong, dan bila makanan tersebut sampai, nasi tersebut berbau hanyir kerana sotong sudah busuk, boleh adik saya makan sambil bising-bising kat meja ( tapi x nak bersuara di pada tempat yang sepatutnya), bila suh tukar, boleh ckp "ala takat makanan je, x perlu la nak cerewet...",  - erm

Mungkin org kata saya nie cerewet yang amat ( yeke saya nie cerewet), bagi saya bila kita makan di luar, of course kita mahukan perkhidmatan yang terbaik, makanan yang enak yg cukup dari segi rasa dan sebagainya. Adakah cerewet kalau kita mahukan hak kita di penuhi kerana kita membayar perkhidmatan tersebut.. korang rasa cane?

No comments:

Post a Comment