Sunday, December 19, 2010

Erti sebuah perkahwinan.............

"Eh..., awal benar hendak menamatkan zaman bujang...., orang lain yg bercinta-cintun dekat 3 tahun pown lambat lagi nak kawin, kenapa nk kawin awal-awal.... relax la, ko muda lagi.. cari pengalaman..., saham tengah tinggi tu...., lagi pown ko bukan kenal sangat dengan bakal suami ko 2, relax la... jangan buat keputusan terburu" - Saya masih ingat lagi nasihat yang kawan saya berikan kepada saya ketika saya membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang pada umur 25 tahun, ketika saya masih lagi mencari tapak untuk menstabilkan diri bagi kehidupan masa depan.....

Saya akui, usia yg baru sahaja mencecah 25 tahun, usia yang baru untuk mengenal erti hidup yang bagaikan roda ini.. Namun saya amat bersyukur kepadaNYA, kerana telah membuka pintu hati ini untuk menerima insan yang bernama SUAMI. Ya, mungkin ada yang sedang menghitung berapa lamakah PERKAHWINAN pada usia yang muda ini boleh bertahan....di kala kadar PENCERIAN bagi org muda semakin meningkat..(Ya ALLAH, peliharalah MASJID yang baru di bina ini dengan hasil usaha ku...amin). Ada juga yang bertanya "best x berkahwin, mesti bestkan sbb setiap hari ade penemankan"... erm, soalan yang agak sukar untuk di jawab oleh saya.....

Seperti yang saya katakan, saya bukanlah menjalani kehidupan suami isteri yang normal..., normalnya di sisi tinggal sebumbung dan sekatil. Kami terpisah disebabkan oleh tuntuntan kerja..bukan kerana saya degil tidak mahu berpindah mengikuti suami, tetapi tiada lagi rezeki membolehkan saya tinggal sebumbung dengan suami. Tanya la mana-mana isteri, tiada seorang isteri yang sanggup duduk berjauhan dengan suami. Selama seminggu saya berada di sisi suami, saya amat bahagia..., selama seminggu saya mempelajari sesuatu yang amat berharga..., erti sebuah perkahwinan..

Bagi saya..., erti sebuah perkahwinan adalah MEMBERI TANPA SYARAT...., bukankah memberi itu lebih baik dari menerima. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi kebaikan dan sebagainya. Saya memberi sesuatu kepada suami saya bukan dengan meletakan sesuatu syarat..., sekiranya saya meletakan syarat, belum pasti lagi saya boleh menerima syarat yang akan ditetapkan oleh suami.

Tiada seorang manusia yg tidak mahukan KESEMPURNAAN dalam hidup...., namun saya percaya KETIDAKSEMPURNAAN dalam hidup adalah titik tolak untuk berubah untuk mencari kesempurnaan walaupun bukan 100%, lebih baik cuba untuk berubah daripada tidak langsung..

"Allah tidak akan merubah sesuatu kaum, sehingga lah kaum tersebut berubah"...

Bagi yang telah bercinta-cintun bertahun-tahun, segera lah berkahwin..., erti sebuah ikatan yang sah dan halal amatlah bermakna dalam sebuah kehidupan yang hakiki...Alhamdulilah, kerana telah diberikan peluang... amin








No comments:

Post a Comment