Saturday, October 30, 2010

Sekiranya anda mendapat surat sebegini.... nk uat cane ye???

SUAMI KESAYANGANMU
Lot 4, Seri Sebumbung,
Taman Kuota,
17000 Pasir Mas,
Kelantan Darul Naim.


ISTERI KESAYANGANKU
-sda-


Assalamualaikum Sayang,

PERMOHONAN RASMI UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah dirujuk. Tujuan utama permohonan ini dikemukakan adalah kerana abang ingin melengkapkan kuota yang telah diperuntukkan kepada abang. Buat masa ini kuota yang telah diisi cuma satu iaitu sayang, memandangkan masih ada lagi tiga kekosongan, eloklah jika dapat dipenuhi kekosongan tersebut secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi salah satu daripada tiga kekosongan tersebut adalah:

Nama Penuh FARAH ANINA BINTI ABDULLAH
Umur 23 TAHUN
Pekerjaan SETIAUSAHA PERIBADI ABANG
Pendidikan IJAZAH SARJANA MUDA SETIAUSAHA (Kepujian), UiTM
Tinggi/Berat 175cm/52kg

2. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan dipejabat amat meransangkan, eloklah jika kita masukkan pemohon ini ke dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan diisi pada masa akan datang. Untuk makluman sayang, hasrat ini telah lama abang fikirkan tetapi memandangkan kocek abang yang selalu nipis, terpaksalah abang tangguhkan terlebih dahulu permohonan ini disamping kurangnya keyakinan untuk abang kemukakan permohonan ini. Kini, setelah abang dapat mengeluarkan semua duit pelaburan ASB abang, abang merasakan semangat abang yang hilang selama ini telah pun kembali.

4. Sayang, permohonan ini amat bersesuaian kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua-dua belah pihak iaitu pihak abang dan pihak sayang serta juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita cukup bahagia sekali sebab jika tidak, manakan mungkin sayang dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang sayang miliki sudah bertambah besar i.e kereta besar, rumah besar, rantai besar, dan pakaian pun dah besar, serta sebagainya. Contohnya jika dahulu potongan badan sayang adalah seumpama gitar Fender abang, kini ia telah bertukar menjadi tong drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama kebahagiaan kita ini dengan insan baru di dalam carta organisasi keluarga kita secepat mungkin.

5. Tambahan pula, sayang juga akan dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana sayang akan tetap menikmati apa yang telah sayang miliki sekarang ini dengan waktu bekerja yang lebih singkat. Sistem syif akan abang perkenalkan iaitu satu hari bekerja dan satu hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditugaskan kepada pihak ketiga. Kebaikan yang sayang akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas dan tenang kerana dalam tempoh sayang bercuti, abang selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang akan sayang lakukan. Pada waktu itu abang hanya akan memfokuskan pada tanggungjawab pihak ketiga sahaja. Bukankah ia amat menguntungkan sayang?

6. Segala kerjasama dari sayang abang dahulukan dengan ribuan terima kasih. Abang amat berharap sayang dapat meluluskan permohonan abang ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain yang cukup berminat dan berdedikasi untuk menjadi ahli di dalam keluarga kita. Abang harap permohonan ini dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan dari sayang semasa menandatangani borang yang abang lampirkan dan bukannya dengan balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara lain yang tidak diingini.

7. Abang harap sayang sudi meluluskan permohonan ini dengan kadar segera. Hadirkanlah senyuman sayang sebagaimana ketika kita menyambut kedatangan orang baru iaitu anak-anak kita ke dalam keluarga kita semenjak 10 tahun yang lepas. Situasinya cukup sinonim dengan waktu ini kerana kita juga akan menerima orang baru dalam hidup kita. Jika adapun perbezaan, ianya ialah jika semenjak 10 tahun lepas kita perlu menjaga dan membelai orang baru itu dengan manja bersama-sama, tetapi kali ini setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan dilaksanakan oleh abang seorang diri sahaja.

8. Akhir kata, sekali lagi abang berharap agar permohonan ini dapat diluluskan oleh sayang dengan secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan mendapat kebaikan dan kejayaan selama-lamanya.


Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Ikhlas memohon,

SUAMI KESAYANGANMU
Ketua Keluarga Ini

4 comments: