Saturday, October 30, 2010

Sekiranya anda mendapat surat sebegini.... nk uat cane ye???

SUAMI KESAYANGANMU
Lot 4, Seri Sebumbung,
Taman Kuota,
17000 Pasir Mas,
Kelantan Darul Naim.


ISTERI KESAYANGANKU
-sda-


Assalamualaikum Sayang,

PERMOHONAN RASMI UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah dirujuk. Tujuan utama permohonan ini dikemukakan adalah kerana abang ingin melengkapkan kuota yang telah diperuntukkan kepada abang. Buat masa ini kuota yang telah diisi cuma satu iaitu sayang, memandangkan masih ada lagi tiga kekosongan, eloklah jika dapat dipenuhi kekosongan tersebut secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi salah satu daripada tiga kekosongan tersebut adalah:

Nama Penuh FARAH ANINA BINTI ABDULLAH
Umur 23 TAHUN
Pekerjaan SETIAUSAHA PERIBADI ABANG
Pendidikan IJAZAH SARJANA MUDA SETIAUSAHA (Kepujian), UiTM
Tinggi/Berat 175cm/52kg

2. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan dipejabat amat meransangkan, eloklah jika kita masukkan pemohon ini ke dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan diisi pada masa akan datang. Untuk makluman sayang, hasrat ini telah lama abang fikirkan tetapi memandangkan kocek abang yang selalu nipis, terpaksalah abang tangguhkan terlebih dahulu permohonan ini disamping kurangnya keyakinan untuk abang kemukakan permohonan ini. Kini, setelah abang dapat mengeluarkan semua duit pelaburan ASB abang, abang merasakan semangat abang yang hilang selama ini telah pun kembali.

4. Sayang, permohonan ini amat bersesuaian kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua-dua belah pihak iaitu pihak abang dan pihak sayang serta juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita cukup bahagia sekali sebab jika tidak, manakan mungkin sayang dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang sayang miliki sudah bertambah besar i.e kereta besar, rumah besar, rantai besar, dan pakaian pun dah besar, serta sebagainya. Contohnya jika dahulu potongan badan sayang adalah seumpama gitar Fender abang, kini ia telah bertukar menjadi tong drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama kebahagiaan kita ini dengan insan baru di dalam carta organisasi keluarga kita secepat mungkin.

5. Tambahan pula, sayang juga akan dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana sayang akan tetap menikmati apa yang telah sayang miliki sekarang ini dengan waktu bekerja yang lebih singkat. Sistem syif akan abang perkenalkan iaitu satu hari bekerja dan satu hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditugaskan kepada pihak ketiga. Kebaikan yang sayang akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas dan tenang kerana dalam tempoh sayang bercuti, abang selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang akan sayang lakukan. Pada waktu itu abang hanya akan memfokuskan pada tanggungjawab pihak ketiga sahaja. Bukankah ia amat menguntungkan sayang?

6. Segala kerjasama dari sayang abang dahulukan dengan ribuan terima kasih. Abang amat berharap sayang dapat meluluskan permohonan abang ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain yang cukup berminat dan berdedikasi untuk menjadi ahli di dalam keluarga kita. Abang harap permohonan ini dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan dari sayang semasa menandatangani borang yang abang lampirkan dan bukannya dengan balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara lain yang tidak diingini.

7. Abang harap sayang sudi meluluskan permohonan ini dengan kadar segera. Hadirkanlah senyuman sayang sebagaimana ketika kita menyambut kedatangan orang baru iaitu anak-anak kita ke dalam keluarga kita semenjak 10 tahun yang lepas. Situasinya cukup sinonim dengan waktu ini kerana kita juga akan menerima orang baru dalam hidup kita. Jika adapun perbezaan, ianya ialah jika semenjak 10 tahun lepas kita perlu menjaga dan membelai orang baru itu dengan manja bersama-sama, tetapi kali ini setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan dilaksanakan oleh abang seorang diri sahaja.

8. Akhir kata, sekali lagi abang berharap agar permohonan ini dapat diluluskan oleh sayang dengan secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan mendapat kebaikan dan kejayaan selama-lamanya.


Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Ikhlas memohon,

SUAMI KESAYANGANMU
Ketua Keluarga Ini

Friday, October 29, 2010

Induksi !!!!!!!!!!!!!!!.. happy..

Alhamdulilah, akhir penantian yang menyiksakan nie, akhir berakhir..., secara jujur saya x taw prosedur yang harus di ambik oleh kakitangan yang bekerja di Sektor Swasta.., Sektor Awan, sebagai syarat untuk mengesahkan JAWATAN, wajib mengambil INDUKSI. Sebenarnya, agak lama jugak saya menunggu panggilan untuk INDUKSI nie.., takut klu x dapat mengesahkan JAWATAN sebelum tamat tempoh....(well, cam2 boleh berlaku.... sapa saya untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan..). Bukan saya tak pergi sendiri ke Jabatan untuk mengetahui status saya.., tp disebabkan tiada peruntukkan, krusus INDUKSI tidak dapat di jalankan..

Well, the dark cloud already gone, the sunshine is coming..., syukur alhamdulilah, akhirnya nama saya di senaraikan untuk mengambil INDUKSI.., happy bukan kepalang.., mana x nyer, langkah untuk mengesahkan jawatan telah terbuka dengan luas...., kali nie agak berbeza.., batch saya adalah batch yang pertama menghadiri kursus INDUKSI selama 3 HARI SAHAJA. Sebelum ini, kursus INDUKSI mengambil masa lebih kurang 2 minggu... x kesah la , yang penting saya boleh g INDUKSI..

Saya diberikan bahan dan soalan.., erm cam uat tesis jer.., masa yang diberikan untuk menyiapkan 2 assignment adalah dalam masa sebulan, selepas itu, kami akan berkampung di suatu tempay untuk menyiapkan kerja berkumpulan dan mengambil exam.... Erm, bila lihat tajuk assignment.., huhuhuhuu, yang penting yakin boleh melakukan yang terbaik.....Harapan saya, nk lulus INDUKSI sbb saya nk jd pelajar balik selepas ini.. InsyaALLAH...

Thursday, October 28, 2010

25 things about me

Hari ini, di sebabkan kerja tidak begitu banyak ...(cewah, padahal belambak .. penuh meja... entah bila nk siap..), berehat sebentar.. memberi laluan kepada jeri jemari ku yang begitu penat menanda kertas-kertas soalan untuk berehat bersama KIT KAT.... Blogwalking ke blog kak harz..., automatik kena TAG !!!!, hahahhahah, so nie task yang perlu saya uat :-

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you


1) Saya mmg jenis yg suka berkawan, tidak kira peringkat umo...kenapa ya, bagi saya pengalaman seseorang amat bermakna untuk di kongsi bersama, idea dan pendapat yg bernas haruslah di salurkan pada tempatnya.. hehehehe , wajib taw, baru la ite akan taw apa yang kita nak dan benda yang harus di jauhkan dalam hidup kita. Lagi prinsip saya, berkawan biar sejuta, musuh jangan di cari... well, susah taw klu ader musuh dlm selimut, nanti hidup tak tenteram.. lagi 1 " I can't force people to be my friend or fall in love with me, but I can let them know who am I, so they will fall in love with me"

2) Shopping.... suka sgt2, cakap la tempat-tempat yg menarik untuk shopping, pasti saya akan pergi.. hahahah, saya suka tengok lampu-lampu di shopping complex, tengok gelagat manusia, masuk kedai branded-branded dan menyamar menjadi nak orang kaya.. padahal dlm poket ader RM50 je hahahahha tp saya lagi suka menjadi perangsang untuk orang bershopping.. hahaha, sbb itu kawan baik saya kema, x suka kuar ngan saya bila saya ajak shopping, sbb saya akan cakap "Rugi betul klu x beli, bila lagi nak dapat price cani, beside minggu depan belum tentu lagi akan ader.., bermimpi la malam nanti ".. hahahahahah. Bagi saya berabis duit untuk memotivasi diri sendiri x salahkan .....

3) I love shoes..., kasut saya la yg paling banyak di rumah saya, penuh almari taw..., mungkin ikut genetik ayah kot, sbb saya dan ayah saya, pantang tengok kasut yg cantik.. pasti akan beli walaupun bulan lepas baru sahaja beli :D. Saya paling suka HIGH HEEL.., lagi tinggi heel lagi saya suka .. hahaha, nampak sangat saya ni rendah.. tp saya bukan rendah tp sederhana rendah. Bagi saya, bila saya pakai HEEL.., saya lebih confidence.. biar pown sakit kaki n tulang belakang.. x kisah, coz I LOVE IT.. (opss, konfem kena marah ngan doc.., sowry ye doc,saya x dgr nasihat, apa leh uat saya yakin bila pakai HEEL.., pakai WEDGES kurang yakin la .. hahahahah)

4) Orang suka bercerita masalah atau rahsia kepada saya..., saya sendiri pown x taw kenapa.., mungkin saya nie jenis yg suka mendengar....., dan xkan akan bagi nasihat, alih2 saya akan senyum, reverse psychology dan akan cakap "JOM MAKAN ICE CREAM" hahahahah.. kenapa ICE CREAM.., benda sejuk sebenarnya x berapa elok untuk kesihatan.., suhu bandan manusia 37 celsius, tp anda perasaan tak, bila emosi x stabil, badan korang akan rasa panas..klu anda tengak marah lagi la panas, so ICE CREAM sahaja yg leh kurangkan suhu badan anda dengan kadar perlahan-lahan, bukan mendadak...

5) Saya paling x suka baju kurung........, seyes saya mmg anti baju kurung, ader kisah kenapa saya x suka baju kurung.. nie semu salah kawan sebilik saya semasa saya di MATRIX, well MATRIX KPM mewajibkan pemakaian baju kurung time kuliah, time g outing n time exam...of course la hahaha. Owh, sebelum 2, saya mmg jenis x suka study last minute.., mmg jenis prepared abis-abis supaya time study week saya leh tido puas, x percaya, percaya la, esok nak exam, kul 8.30 saya dh tido.. xder stay up dh, bangun sok pagi terus seat for exam.. (wei, rindu gile time belajar... sabar x lama lagi akan bergelar pelajar , INSYAALLAH). Hendak di jadikan cerita.., entah cane pagi 2..., saya leh tersilap pakai baju kurung.. baju kaler HIJAU.., kain plak kaler OREN, seyes masa 2 mmg saya x perasan lagi... saya sekeliling tergelak-gelak tengok saya, dlm hati "apa hal plak nie", uat bodo je la.. last2 kena tegur ngan pegawas peperiksaan "Napa baju awak lain sangat.." Malu nyer mmg x leh nak ckp... but I pass with flying colour.., sejak peristiwa hari itu saya anti baju kurung, masa zaman U, boleh di kira dengan jari bepa kali saya pakai baju kurung... Sejak bekerja menjadi warga pendidik..., tetiba plak suka baju kurung... ( bilangan baju kurung x la banyak sangat, tp ader la jugak.. wink)

6) Cinta monyet... erm, xder langsung.. susah nk percayakan tp itu mmg kenyataan.., sbb bila ader org nk approach saya, automatik saya akan lari hhahahah, kenapa ? sbb saya x suka bila ader org menyakitkan hati dan emosi saya.. seyes, sbb bila tengok kawan-kawan yg bercinta zaman sekolah semua akan nangis2 kerana cinta (x paham saya). Well, ader classmate saya, masa 2 saya Form 5, nk approach saya, saya cakap "KLU AWAK DAPAT 9 A1, BARU AWAK APPROACH SAYA".. hahahah, jht giler, well bagi saya SPM menentukan masa depan..beside mmg dh kerja saya untuk BELAJAR bukan untuk main-main. Klu anda sume nak taw, dlm family saya, kerja kami adik-beradik, belajar bersungguh.. bila keputusan exam keluar, bukan kami yang pening, tapi mak n ayah, sbb nk pk COURSE apa yg boleh ambik berdasarkan kepada keputusan exam.. klu org lain la, mak n ayah siap tanya n jadi apa, kami adik-beradik pas exam main game, dok dpn tv.. mak n ayah kami yang pening.. hehehehhe , well, mereka dh lama mkn garam, dh lama taw akan kekejaman hidup, xkan nk bagi pisang berbuah dua kali.. tul x.

7) Melancong... suka sangat-sangat, mmg sudah sebati dengan diri saya yg suka berjalan-jalan dan makan angin. Saya suka melancong sbb saya boleh mempelajari kebudayaan sesebuah masyarakat, bahasa, makan cam-cam 2 dan yang paling penting sejarah sesebuah peradaban.. "SEMAKIN JAUH PERJALANAN, SEMAKIN BANYAK ILMU UNTUK DI PELAJARI"... Setakat ini saya dh g KRABI ISLAND, PHUKET ISLAND, BALI, BUKIT TINGGI INDONESIA, PATANI, dalam MALAYSIA ader lagi 2 x g SABAH N SARAWAK so EAST ASIA, WEST ASIA, ASEAN COUNTRY, dan lain-lain, wait for me.. I will come.... Last saya travel jauh-jauh dengan KEMA, backpackers...best sgt2... pengalaman yg paling indah... (windu sangat2... saat tersebut)

8) Almari saya..., huhuhuhu mmg penuh dengan pakaian, dari baju g kerja, kenduri n so on.., mmg x der ruang langsung nak letak barang-barang lain... 2 belum lagi masuk dengan baju yg baru sahaja di jahit..., owh, saya suka kumpul kain ela.. hahahah, sbb saya suka fesyen dan baju saya kena lain daripada org lain.. hahahah, so nk x nk saya kena hantar ke kedai jahit untuk jahit baju berdasarkan kepada IDEA saya.. wink- wink. Baju yg saya akan beli, biasa nyer T-shirt, kemeja T, dan suar jeans.. Lagi satu, saya x boleh pakai jeans berulang kali.. (x suka pakai banyak kali ), setiap 2 hari kadang-kadang sehari, jeans akan saya basuh begitu la juga halnya dengan tuala, so no wonder suar jeans dan tuala mmg banyak dalam almari. hahahah, setakat nie saya ader 2 buah almari untuk baju saya SAHAJA. Kebanyakkan dalam almari saya adalah baju kebaya, baju kurung moden, baju kebarung, blous, dress, baju kurung leh kira.. ehehheh

9) Saya paling benci dengan SUSU..., seyesly , saya minum pown kerana TERPAKSA..., nie la akibat nakal sgt2 zaman kanak-kanak hahahah, saya mmg tomboy masa zaman kanak-kanak , dh cane x jd tomboy, dh kawan saya adalah kawan lelaki... paham-paham je la bila berkawan dengan dak lelaki nie.., panjat pokok rambutan, namakan sahaja.. panjat je.. (kadang-kadang panjat dengan baju kurung.., ader saya nk kesah, lagi nak panjat ader la.. hahahah, bukan saya xnak kawan dengan gulz, well saya paling x minat bila main MASAK-MASAK, x der FEEL.., klu main ngan boyz MASAK-MASAK..HAPPENING GILER...hahah, masih igt lagi REBAN AYAM PAK MAT, KEBUN UBI PAK MAN.. ehheheh Pengalaman yg paling saya tak leh nk lupa sampai sekarang, lompat dari tingkat 3 .. hhhuhu, SUPERMAN punya pasal la...., sejak dari kejadian 2.., hari-hari kena minum susu (struktur tulang saya dh lari....). Di sebabkan saya nie nakal yg x makan saman.., saya main tali skipping (masa 2 darjah 2), then "prak".. kena warded.. erm.. SUPERMAN = SUSU.....

10) Sport........ benci-benci, seyesly mmg saya x suka sport, but thanks to KUDIN ( nama penuh x hingat la), mengajar saya tentang sukan.. ceritanya, zaman U, second sem, saya tanya la kudin "Napa boyz giler ngan bola sepak, 14 org kejar 1 bola x giler ker'. Saya ingat lg kudin ckp.. "Giler ???, ko kot yg x betul". So kitaorg bertanding la, price die, mmg gempak la, sebulan free makan roti canai dan teh tarik... pelajar lagi beb..Erm, dari situ la saya belajar memahami game bola sepak nie, kudin la yg dok ajar dari A-Z, mula-mula 2 saya 1 benda x paham, bila dh phm.. best plak. hahahah, Saya bukan fanatik bola sepak, to saya paling suka org yg dok mengatur strategi.., ader cam-cam formula hahahhahaha.. igt belajar sahaja ke yg ader formula, main bola sepak pown kena ader formula.

11) Asrama - oh tidak, x leh hidup wei.., well, saya dh biasa balik sekolah rehat2, pukul 3 baru study sampai kul 5, ptg tgk TV..., paham-paham la, asrama penuh nie mana leh rehat pas balik sekolah, ader PREP..., nasib baik la saya x g sekolah asrama penuh, konfem x sampai seminggu suh mak ambik...Kat MATRIX plak, setiap hujung minggu saya akan balik KL.., x kisah dh pasal kuliah sbb hati saya nk balik umah... but result saya GEMPAK .. tu yg paling penting.

12) Cita-cita saya yg sebenar saya hendak menjadi seorang DOC, tapi cita-cita tidak kesampaian sbb saya TAKUT DARAH.., igt lagi pas MATRIX dapat offer uat MEDIC kat Ukraine n Indonesia, dua-dua tolak, mak x bagi sbb dok PERLIS setiap minggu balik, nie apatah lagi kat Ukraine @ Indo, konfem balik jugak.. Yup, mmg betul pown apa yg mak ckp, saya akan balik klu hati saya kata BALIK.. ahhaha. So, parents saya yg suh saya jd CIKGU.., saya x kisah pown yg penting kerjaya nie kena mencabar.. saya sukakan cabaran supaya saya mengetahui sejauh mana saya boleh bertahan.... Well, after being a teacher for 2 years, saya jatuh cinta dengan "Bagaimana untuk memanusiakan manusia kembali" cabaran 2.. (leh jadi tajuk TESIS nie. hahahah)

13) Sihh........, ramai yg x taw saya boleh bermain alat muzik, hehehe thanks to TAN N LILY.. love U, Tan nie mmg pakar piano.., so die la yg ajar saya bermain piano.. well mula-mula 2 susah jugak, sbb jari saya PENDEK N KONTOT, banyak kali la jugak kena pukul ngan Tan nie.., Tan nie mmg garang bila mengajar.. coz music is his passion.., tp bila dh pandai main (x la teror cam Tan) best plak.., effect main piano nie, first u will fall in love with poem, jazz n menaip pown jadi pantas. hahaha, Lily plak pakar violin.., yup she is, dorang berdua la yg ajar saya bermain alat must.., btw Tan, sowry ye, I rosakkan high note kat piano U.., biasa la budak baru nk belajar nie.. Erm, pasni nk serious learning piano...

14) I love cartoon........., sejak dari bangku sekolah lagi, saya mmg suka tengok kartun.., jgn tanya kenapa, sbb saya xder ada jawapan. Bagi saya nie minat masing-masing, asalkan jgn lalai dh la..

15) I love 70 n 80an music..., best sgt sbb tempoh sebuah lagu 2 x panjang..hahahahha, bagus x pernyataan tersebut, paling suka,dgr lagu Bee Gees, The Beatles, Carpenters .. beside lagu nie ader meaning dalam sejarah hiduo saya..

16) Books.. totally love it, saya paling suka baca buku, di temani dengan muzik jazz + ngan sandwich + hot chocolate .. heaven, sbb bukan saya nk makan sangat pown sandwich, just back up klu saya lapa.., klu saya lapa saya leh pengsan sbb kadang-kadang saya tak hingat saya dh mkn ke belum, beside saya ader GASTERIK..., masa belajar dulu pernah alami simptom-simptom tidak boleh tido.., zombie wei, mmg x larat, nk betulkan balik jadual tido mmg azab..(kawan saya pown x taw... heheheh)

17) Pernah g temuduga untuk sambung belajar ke UK..., huhuhuhu, soalannya x masuk akal langsung sbb saya x pernah belajar tentang KDNK dan KNK.. so saya jawab Y= mX t c.. hahahah, bagus x. Well mula-mula ingat x dpt, so biar je la.., rezeki tu ader di mana-mana.

18) Saya suka tengak coleteh org bila tengah bercakap, sbb saya nampak diri mereka yang sebenar.. wink, Y.. sbb mana ader org bercakap x gunakan emosi hahahahha.... ( sociology is the best)

19) Saya bukan la tukang masak yg hebat @ tukang makan yg hebat..., tp saya suka tengok org makan.. hahahha, kecuali klu saya lapa baru saya makan bersungguh-sungguh, klu saya x lapa, mmg saya x mkn, klu mkn pown sekadar mahu ambik hati... Korang perasaan x, klu korang tengok org tengah makan, sebenar org tu sedang menunjukkan emosi dan aura... heheheh

20) Saya akan pergi ke tempat yg paling tinggi untuk melihat panorama KL bila saya di timpa masalah besar.., saya x reti untuk bercerita kepada kawan saya sekiranya saya di timpa masalah..., saya lebih suka simpan sume dalam hati sbb saya x mahu menyusahkan kawan-kawan saya. (well that was an idiot move, but x pe la..).Erm hanya org yg bertuah sahaja yg leh nampak saya menanggis.. huhuhuhu

21)Sukakan lukisan.., tapi x pandai melukis.., setiap kali exam lukisan, pasti saya akan fail, hahahha, so no wonder bila bab melukis graf, saya akan serahkan kepada kema untuk melukis.. ahhaha, kerja saya hanya mengira untuk dapatkan jawapan..

22) Sukakan kucing, tp x berani pegang..., huhuhuhu pengalaman kena cakar ngan kucing.. sakit..

23) Terus terang saya katakan saya mmg x minat bunga, yup bilik saya 1 bunga plastik pown xder.., x suka, saya paling sukakan Kaktus, sbb mudah nk jaga...

24) Saya suka klu kawan-kawan saya pukul saya untuk sedarkan saya.., sbb saya taw mereka masih sayangkan saya, well,its better to have a friend that always be at our side when u are down in ur own world, they will slap u untill u realize that u are not alone...sbb 2 saya selalu pesan pada kawan saya, tegur saya klu saya uat salah, pukul saya sekiranya saya bersedih...

25) Penting bagi saya sebuah kejujuran dan keikhlasan.., tp 2 benda 2, saya tak boleh meneruskan kehidupan saya. Kebenaran ada kalanya merupakan sebuah kenyataan yg amat menyakitkan, saya bukan la org yg berani untuk menyatakan kebenaran tersebut.., saya lebih rela mendiamkan diri sbb saya takut saya akan melukakan org lain, biar hati sendiri yg terluka, jgn biarkan hati org lain yg cedera... (kadang-kadang prinsip nie cam kamikaze, tp yg itu la terpaksa di gunakan untuk menyelamatkan seseorang...)

Sapa-sapa yg baca entry nie, saya tagkan kepada anda......

wanita di kaca mata seorang lelaki

Seorang lelaki balik rumah.. Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut. Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu.

“Tak lah”, jawab isterinya ringkas.

“Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.

“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI”

Kau isteriku

Dari ilham seorang lelaki..

“ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman sekarang… Ibu sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin one of da reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya memekakkan telinga setiap kali ibu member “ceramah percuma”. Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kt uma (for instance if he’s gone for a short holiday)

Budak-budak zaman sekarang ramai kawan, banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat tempat yang happening. As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang betul, jika isteri ada kat umah, kepala selalu pening. Pantang kalo isteri ada kat umah and I’m off duty, sure at times boleh membuat kepala serabut.

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth… Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa.

Eventhough kat office, ramai yang cun melecun, wajahnya yang ditatap sejak dari tarikh menikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memanglah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat ati and sukar ada pengganti.

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah habis ntuk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup???!

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!

“Ibu, ibu… engkaulah ratu hati ku…”

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? Tak tau lah budak-budak zaman sekarang tp mse kcik, kalo mak takde, sumanya serba tak kena! Jgnkn seminggu, dua hari je dia takde kt uma, hidup mcm da tak bermakna. Memangla, mse mula-mula mak kuar umah, hati melonjak HAPPINESS!! Kalo mak takde, telinga boleh lega sebab if she’s around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter…. Pooott peeett. Pooottt, peeett, boleh pecah eardrums. And if mak menjerit , boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap jendela tu pon ley tercabut. And if mak takde, Bangzaii!! Merdeka!!! Can do whatever!!!!

Boleh main galah pnjg smpai senja, boleh tgk tv smpai nk kua bijik mata, boleh monteng ngaji, boleh bergayut kt tepon lme2, n plg shiokk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari kedua dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadi sunyi sepi mcm “haunted village”. Pada ketika itulah kite sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semuanya seperti MATI..

Without mum, hidup ni takde cabaran, no challenging, no suspense. Balik kul brape pon takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Then we realized, jari jemari mak yang suka cubit dan memiat telinga itu la rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Tanpanya, hidup tidak berseri dan bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!

SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

HARGAI MEREKA!!!!!


Tuesday, October 26, 2010

Jangan Kecewakan Orang Yang Mencintai Kamu

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya

hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap

menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu

merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain

lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang

berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon

untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu

sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat

bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa

pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau

tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia

ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon

untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan

mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi

baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.

Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran

yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh

di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau

mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika

kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.

bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar

mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS

dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas

dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari

kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak

pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin

mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,

kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


Monday, October 25, 2010

Malam Amal SMKHK

Ini la kali pertama saya terlibat dengan projek besar selepas meninggalkan zaman-zaman menjadi pelajar Universiti...( rindu sangat bila menjadi organizer, berlari mendapatkan sponsor.., kol sana, kol sini untuk menjayakan program tersebut..). Tapi kali nie, saya tidak terlibat dalam keseluruhan proses... hanya terlibat separuh sahaja..

Majlis nie diadakan 4 tahun sekali.., well, its more to gathering party.., bila citer pasal gathering nie..., erm.. I just work there only 2 years ( including this year..), so mmg langsung xder ex-student .. so yg ader pown just current student.. hheheheh... Malam 2, ader 2 org artis yang membuat persembahan MAWI n ROSLAN SHAH... so far everything going according to plan..Alhamdulilah...

so, layan la gambo ini..





Hargai la pasangan anda......

PASANGAN adalah ‘sahabat’ kita yang paling rapat dan setia.

Tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.

Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana

mereka pasti akan menerima kita seadanya.

Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain. 

“Jika mahu diri disayangi, beri kasih sayang kepada orang dahulu”

Maksud lain yang dapat penulis simpulkan di sini ialah, jika kita mahu dihargai pasangan, maka kita harus memberikan yang terbaik kepada mereka barulah kita akan mendapat kebaikan yang sama juga.

pertama: Paling penting dalam perhubungan ialah komunikasi yang baik.

Seringkali kita mengabaikan komunikasi yang baik dengan pasangan. Kata ganti nama diri seperti aku dan kau digunakan dalam perbualan harian, padahal lebih molek jika panggilan seperti ‘sayang’ atau ‘abang’ digunakan kerana itu boleh memupuk kemesraan.

Seperti persahabatan, pasangan yang baik perlu komunikasi yang jujur. Perlu bersedia untuk memberi pandangan, nasihat menasihati bila keadaan memerlukan. Jika salah seorang ingin meluahkan masalah, seorang lain perlu mendengar dengan baik.

Jangan pula cuba masuk campur dalam urusan pekerjaan dan keluarga jika tidak diminta. Jika ada yang berkecil hati, pastikan disuarakan dengan baik untuk mengelakkan salah faham yang lebih buruk.

Kedua: Anda dikehendaki menjadi pendengar yang setia.

Bila pasangan anda dilanda masalah sebagai contoh di tempat kerja, dan di sekolah bersedialah untuk menjadi pendengar dan jangan sesekali mengadili pasangan anda itu walaupun sebenarnya anda tahu bahawa dia yang punca masalah itu.

Apa yang perlu ialah dengar dan beri nasihat secara umum sahaja.

Ketiga: Memastikan bahawa anda tidak bertepuk sebelah tangan.

Maknanya bukan anda sahaja yang menganggap pasangan anda itu perlu dihormati, malah dia juga perlu menghormati anda.

Jika ada sahabat lain yang mengutuk pasangan anda di belakangnya, andalah orangnya yang penuh yakin untuk menjadi pembela pasangan anda itu.

Tetapi jika memang pasangan anda melakukan kesalahan, terus-teranglah bahawa anda tidak selesa dia melakukan begitu, pilih perkataan yang sesuai untuk menegur dan tegurlah dengan berhati-hati agar tidak mengecilkan hatinya.

Seringkali kita mendengar rakan kita mengomel tentang bentuk tubuhnya yang semakin berisi dari hari ke hari.

Perkara yang amat lazim terjadi kepada wanita itu seperti lumrah.

Memang ia amat merisaukan namun apa yang penting selain kerisauan itu ialah tindakan segera yang perlu diambil bagi menangani masalah tersebut.

Keempat: Laburlah sedikit wang untuk penampilan anda, tak kira sama ada untuk menguruskan badan, mencantikkan kulit, berbaju baru dan sebagainya semuanya ada harga yang perlu dibayar.

Namun percayalah ia adalah satu pelaburan yang baik demi perhubungan anda. Tapi tidak kira sama ada anda lelaki atau perempuan perlulah sama-sama mengambil berat tentang penampilan anda.

Kebersihan harus dijaga dan perlu amalkan disiplin diri.

Pilihlah pakaian yang kemas dan pastikan anda melakukannya ikhlas untuk pasangan anda.

Sunday, October 24, 2010

Indahnya sebuah kemaafan.......

Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Sukarnya seseorang untuk memaafkan saudaranya lantas terus menghina saudaranya itu atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Apakah penghinaan atau kemaafan yang terbaik buat seseorang yang melakukan kesilapan??

Firman Allah SWT:“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.

(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”(Surah Al-Hujurat:11)

Rasulullah SAW bersabda:“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”(HR. Tirmizi)

“Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri.”(Hamka)

“Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat”.(HR. Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

“Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat”.(HR. Bukhari dan Ahmad)

Firman Allah SWT:“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”(Surah Ali-Imran:134)

Kemaafan adalah dendam terindah buat saudaramu yang melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum sehingga tiada satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap saudaranya melainkan ‘Nabi Muhammad SAW.

Tiada manusia yang sempurna melainkan saling menasihati antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

“Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.”(Luqman Al-Hakim)

Mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita.

Firman Allah SWT:“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”(Surah an-Nur : 21)

“Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda”~

Thursday, October 21, 2010

Surat daripada seorang perempuan kepada FUTURE HUSBAND

Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu).

Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?)

Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok –kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.

Oh Laling (chewah geli pulak dah ni)

Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you vaca statement I kan? Tapi laling, I tak suke couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. I tau laling, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la laling! Tambah dosa je tau kapel ni.

So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal, laling jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 gersang sudahla! Saya report sama itu Mark Zuckerberg!

Oh laling,

Kalau nanti saya first time jumpa laling saya tanya dah Solat Subuh ke belum, laling jangan marah tau. Wajib tau laling saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh laling, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagi laling tak angkat…siap laling!

Pastu laling mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah-surah Juz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau. Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? Laling kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki…

Oh laling,

Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap laling jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. Dah diorg suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Tup tap laling kata banyak sangat pulak. Laling, nanti laling tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.”. penat tau saya masak.

Jangan pulak asik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku reispi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak laling….

Oh laling,

Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak laling nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway laling, I on je (wah terkejut kau!).

Tapi syaratnye laling kenalah tolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak. Penat laling? Saya pon penat gak. Laling pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan laling pulak. Heisss…kalau kurang layan laling nak jadikan tu alas an pasang dua pulak!

Senang-senang laling, kita upah bibik sorang. Takpe laling, I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita bahagia…ke laling bahagia?

Oh Laling,

Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, laling. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok.

Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke laling? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la).

Dan laling,

Kalau laling tengok awek-awek cun depan mata jangan la laling sweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau laling type yang gatal depan-depan saya laling pi usik dia lagi. Amboi laling, laling suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila laling keluar dgn saya laling pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa laling kata? “dia pakai macam tu laling tengok la?” Laling, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila laling tengok laling pon tumpang dose sekali. Laling nak? Laling kata laling tak boleh tahan diri dari tengok? OK laling, next time kita keluar saya pakaikan blindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi

Laling,

kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Papa I pun makan megi je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi laling, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan laling merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, laling pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi laling boleh pulak pergi beli LCD TV. Apa laling kata, itu keperluan kita bersama? Ah, laling sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti laling kongker tengok Chelsea main EPL kan….

Laling, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji laling kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorg nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua laling!

Cuma ingat laling, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah laling, kita senang.

Sekian sajalah laling. Hope to see you soon! ^_^