yang membaca email ini agar umurnya, amal ibadatnya, rezekinya, hidupnya dan
matinya sentiasa dalam peliharaan-MU dan jadikan dia insan yang bertaqwa dan
soleh. Amin."*
PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah,
bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam.Sambutan itu tidak
disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia
tetap dianggap perayaan umat Islam.
Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan
tahun baru Masihi (1 Januari) baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan
songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam.
Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah
- satu amalan yang diperintah Allah.Kita alunkan nasyid-nasyid seperti
Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar
menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah.
*
*Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi
takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad
s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu
ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang
kepada yang baik atau sempurna.
Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke
Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi
cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam
Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu,
mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan
dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu
sendiri.
Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata
kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika
kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang.
Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin
kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka
yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat
lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat
kualiti solat mereka.
Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita.
Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh.
Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita
menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.
Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu `Asar atau sebelum masuk
waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata, "Kesusahan bagiku dan
sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah
binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan
dosanya setahun".
waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata, "Kesusahan bagiku dan
sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah
binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan
dosanya setahun".
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. *
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, "Telah amanlah anak Adam ini
daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat
memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, "Telah amanlah anak Adam ini
daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat
memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
No comments:
Post a Comment