Tuesday, December 29, 2009

Misi 6 JUN 2010 ......(part 4)

Entry kali nie, mmg susah hendak di perkatakan....."BAHASA MELAYU FAIL"......

Before this, i penah mention that my family n i decide to rent a hall for my wed ceremony..., kitaorg bkn la org yg beruwang but the price for the wed ceremony at home or at hall just plus minus 15oo sahaja....mmg la org akan mengata yang kitaorg membazir, nie bkn membazir tapi KEPERLUAN.....Sedara mara belah parents i, majoriti dok Pantai Timo, my dad anak lelaki sulong dlm fam, so of course my dad family will come to KL for my wed ceremony, n my house will be their "otel" for one night.......so imagine klu wed ceremony uat kat umah, pecah la umah i... nanti kitaorg nk dok mana plak ?????. Masalah 2 leh tolak tepi, masalah nk pinjam jalan rumah jiran2 n jalan kena tutup, i jenis malas nk susahkan org... ye la, majlis i xkan org lain nk susah, beside this is KL, igt senang ker nk mintak permission........sbb 2 la kitaorg decide nk uat majlis kat dewan, x menyusahkan org lain..... Yg paling penting KESELESAAN.........

I dh cari dewan yg dekat ngan umah i, dh jumpe dh, dh nego.. but i x leh nk booked lg, coz my dad x ckp pe2 lg ( i dok ngan parents so kena ikut ckp parents, beside dorang dh lama mkn garam, so dorang taw pe yg benda yg nk uat). Beside, my parents also bz with their journey to Mecca untuk menjadi tetamu Allah. So pasal dewan i letak tepi dulo, yela xkan org bz for preparation nk g haji, i plak bz nk g tempah dewan, karang x pasal2 kena sembelih ngan my dad.....

My parents g haji pada 5/11/2009...., balik 17/12/2009...., so today my mum ambik cuti nk uruskan hal i plak, bkn i xleh nk uruskan sendiri, but i xtaw pe yg my parents nk, (karang dh uat siap, kena rombak balik, x sanggup2). So we (my mum n i ) pergi jumpe ngan org yg patut untuk tempahan DEWAN sahaja....... Masa kitaorg sampai, tengok la benda2 yg patut di tengok, (pelamin n etc)... then i tanya la pasal tarikh yg i dh booked, ( buku untuk booking hall leh hilang, erm x taw la nama i ader dlm list atau x).. part yg xleh blah..... the customer service said, "Early next year, all customer who want to booked the hall must also booked with the catering"..., then ader la sowang akak nie, kol la wedding planer tempat yg i nk booked 2, the wed planer cakap kat my mum, "Dewan xleh sewa, klu nk sewa kena sekali ngan catering"....

Mari kita layan flies dulo (bukti penting)


Part nie, mmg xleh nk blah..... cuba tgk flies yg dorang bagi... nampak x perkataan "SEWAAN DEWAN" ader korang nampak sewaan dewan bersama catering (mana taw mata i nie dh rabun bagan)....persoalan nya sapa yg fail Bahasa Melayu, i ke atau dorang... (org uat flies mmg x salah coz dorang mendapat arahan dari org atas)... Walaupun BM i xdapat A, tapi i x fail k..... Klu dorang ckp wrong information on the flies, nampak sgt nk menipu... coz flies nie dh cetak beribu2.., n dh ramai org dh ambik....so flies x salah, yg salah sapa????....dan nie petikan akhbar yg i ambil dr Harian Metro...(dari pengarah urusan sendiri - bukti yg jelas lg nyata)

Nama: Norhazinatul Shida Hassan


Jawatan: Pengarah Urusan Eqien Wedding Market, Centrum, Setiawangsa, Kuala Lumpur

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia

Status: Kahwin

Suami: Jamal Yunos



MENGUSAHAKAN butik perkahwinan, Norhazinatul Shida Hassan berhasrat melakar impian dalam skala lebih besar suatu hari nanti.

Bukan itu saja, wanita yang baru berusia 26 tahun ini turut menyediakan khidmat perunding perkahwinan serba lengkap termasuk sewaan dewan, hiasan dalaman, katering, fotografi selain sentuhan produk separuh siap seperti manik dan reben.

"Kalau boleh, saya mahukan Eqien Wedding Market muncul sebagai perunding perkahwinan paling hebat sehingga menjadi rujukan banyak pihak kerana mampu menyediakan perkhidmatan dan kelengkapan perkahwinan di bawah satu bumbung.

"Ini bakal memudahkan perancangan perkahwinan setiap pelanggan.

"Untuk merealisasikan semua ini, saya harus bekerja keras kerana yakin kejayaan tidak datang bergolek. Bukan mudah jika tidak mempertaruhkan kreativiti, kerja kuat serta kecekalan bagi melengkapkan kejayaan," katanya.

Dia menganggap mungkin dirinya bertuah, bersandarkan pengalaman tiga tahun lalu dalam bidang berkenaan selain mengutip pengalaman bekerja dengan pelbagai syarikat dan dari situ, dia membentuk rangkaian perniagaan.

"Didorong pula semangat dan sokongan moral suami, ia melengkapkan misi saya untuk mencapai apa yang dicita-citakan.

"Suami pula meraih lebih pengalaman dan mempunyai ramai kenalan, sekali gus membantu banyak perkara dalam membina misi ini selain menjadi teraju penting kepada perniagaan kami," kata usahawan yang berasal dari Lenggong, Perak ini.

Berkolaborasi bersama suami, Jamal Yunos, 39, mereka menjana perniagaan berasaskan acara untuk golongan kenamaan dan majlis berprestij menerusi Jamal Jaya Holdings yang berusia belasan tahun.

Mengenai butiknya yang diperincikan dengan penuh ketelitian di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur sejak tiga bulan lalu, dia yakin dengan pencapaian yang bakal diraih.

"Butik Eqien yang disempurnakan pada 15 Ogos lalu oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim adalah permulaan kepada satu titik tolak penting dalam membina impian saya.

"Semangat kerja berpasukan bersama 15 tenaga kerja yang penuh inovatif, saya cukup yakin kerana kebanyakan mereka terdiri daripada orang muda dengan mempertaruhkan kerja keras dan kreativiti yang tinggi.

"Impian saya untuk mengembangkan lagi butik atau galeri ini dalam skala lebih besar dengan membuka lebih banyak cawangan di setiap negeri dan yang terbesar di Bukit Jalil tidak lama lagi.

"Ini sekali gus membuktikan bahawa orang Melayu juga mampu melakar kejayaan jika ada kesungguhan," katanya.

Menganggap dirinya baru bertatih dalam bidang yang diceburinya itu, dia yang belum dikurniakan cahaya mata, sering mendahulukan semangat kerja berpasukan serta jalinan niaga antara pengusaha lain dalam industri sama.

Malah, dia yakin, sikap keterbukaan bakal memberi kesan positif dalam merintis industri perkahwinan secara keseluruhan.

Menolak pandangan bahawa syarikatnya banyak memberi tumpuan kepada golongan tertentu saja terutama golongan kenamaan, dia akui tidak memilih bulu dalam memberi khidmat kepada pelanggan.

Baginya, pelanggan adalah keutamaan dan mereka perlu dilayan sama rata dalam menjayakan misi perniagaannya apatah lagi melangsungkan majlis perkahwinan adalah kenangan terindah buat raja atau ratu sehari yang mendirikan mahligai impian.

"Apa yang terpenting kepada saya adalah memberi tumpuan pada perniagaan, sekali gus memenuhi impian menjadikan butik perkahwinan ini serba lengkap dan menjadi sebutan ramai," katanya.

Pengarah urusan sendiri dh bagi taw kepada umum, bahawa sewaan dewan di bolehkan (this year bkn next year)....
Geram2... paling x suka org menipu...... i bkn nk booked thn depan but thn nie.... geram2

1 comment: