Thursday, December 31, 2009
Welcome 2010 n Good Bye 2009..............
Wednesday, December 30, 2009
DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya. Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" " Ada !" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran." Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina" .
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya. (Dirujuk daripada buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub.Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakherat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.
Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah. Wassalamu'alaikum wbt.. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (QS. Ali Imran 104:105) "Qul, Amantu bil-Lahi, tsumnas-taqim" Katakanlah! Aku percaya kepada Allah dan kemudian pegang teguhlah pendirian itu.
Tuesday, December 29, 2009
Misi 6 JUN 2010 ......(part 4)
Nama: Norhazinatul Shida Hassan
Jawatan: Pengarah Urusan Eqien Wedding Market, Centrum, Setiawangsa, Kuala Lumpur
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia
Status: Kahwin
Suami: Jamal Yunos
MENGUSAHAKAN butik perkahwinan, Norhazinatul Shida Hassan berhasrat melakar impian dalam skala lebih besar suatu hari nanti.
Bukan itu saja, wanita yang baru berusia 26 tahun ini turut menyediakan khidmat perunding perkahwinan serba lengkap termasuk sewaan dewan, hiasan dalaman, katering, fotografi selain sentuhan produk separuh siap seperti manik dan reben.
"Kalau boleh, saya mahukan Eqien Wedding Market muncul sebagai perunding perkahwinan paling hebat sehingga menjadi rujukan banyak pihak kerana mampu menyediakan perkhidmatan dan kelengkapan perkahwinan di bawah satu bumbung.
"Ini bakal memudahkan perancangan perkahwinan setiap pelanggan.
"Untuk merealisasikan semua ini, saya harus bekerja keras kerana yakin kejayaan tidak datang bergolek. Bukan mudah jika tidak mempertaruhkan kreativiti, kerja kuat serta kecekalan bagi melengkapkan kejayaan," katanya.
Dia menganggap mungkin dirinya bertuah, bersandarkan pengalaman tiga tahun lalu dalam bidang berkenaan selain mengutip pengalaman bekerja dengan pelbagai syarikat dan dari situ, dia membentuk rangkaian perniagaan.
"Didorong pula semangat dan sokongan moral suami, ia melengkapkan misi saya untuk mencapai apa yang dicita-citakan.
"Suami pula meraih lebih pengalaman dan mempunyai ramai kenalan, sekali gus membantu banyak perkara dalam membina misi ini selain menjadi teraju penting kepada perniagaan kami," kata usahawan yang berasal dari Lenggong, Perak ini.
Berkolaborasi bersama suami, Jamal Yunos, 39, mereka menjana perniagaan berasaskan acara untuk golongan kenamaan dan majlis berprestij menerusi Jamal Jaya Holdings yang berusia belasan tahun.
Mengenai butiknya yang diperincikan dengan penuh ketelitian di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur sejak tiga bulan lalu, dia yakin dengan pencapaian yang bakal diraih.
"Butik Eqien yang disempurnakan pada 15 Ogos lalu oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim adalah permulaan kepada satu titik tolak penting dalam membina impian saya.
"Semangat kerja berpasukan bersama 15 tenaga kerja yang penuh inovatif, saya cukup yakin kerana kebanyakan mereka terdiri daripada orang muda dengan mempertaruhkan kerja keras dan kreativiti yang tinggi.
"Impian saya untuk mengembangkan lagi butik atau galeri ini dalam skala lebih besar dengan membuka lebih banyak cawangan di setiap negeri dan yang terbesar di Bukit Jalil tidak lama lagi.
"Ini sekali gus membuktikan bahawa orang Melayu juga mampu melakar kejayaan jika ada kesungguhan," katanya.
Menganggap dirinya baru bertatih dalam bidang yang diceburinya itu, dia yang belum dikurniakan cahaya mata, sering mendahulukan semangat kerja berpasukan serta jalinan niaga antara pengusaha lain dalam industri sama.
Malah, dia yakin, sikap keterbukaan bakal memberi kesan positif dalam merintis industri perkahwinan secara keseluruhan.
Menolak pandangan bahawa syarikatnya banyak memberi tumpuan kepada golongan tertentu saja terutama golongan kenamaan, dia akui tidak memilih bulu dalam memberi khidmat kepada pelanggan.
Baginya, pelanggan adalah keutamaan dan mereka perlu dilayan sama rata dalam menjayakan misi perniagaannya apatah lagi melangsungkan majlis perkahwinan adalah kenangan terindah buat raja atau ratu sehari yang mendirikan mahligai impian.
"Apa yang terpenting kepada saya adalah memberi tumpuan pada perniagaan, sekali gus memenuhi impian menjadikan butik perkahwinan ini serba lengkap dan menjadi sebutan ramai," katanya.
Monday, December 28, 2009
sharing is caring...Jom g Masjid.....(1.1.2010)
menyaksikan fenomena gerhana bulan separa dari pukul 1.17 pagi hingga 5.28
pagi pada 1 Januari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan
memasuki bayang umbra bumi ( U1 ) bermula pukul 2.53 pagi sehingga gerhana
maksimum pada 3.24 pagi.
Bulan akan keluar dari bayang umbra Bumi ( U4 ) pada pukul 04.53 pagi.
Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 5.28 pagi tetapi fenomena
tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di
kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.
Dalam pada itu, sempena fenomena gerhana bulan separa ini, Angkasa dengan
kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan bersama program gerhana bulan
separa di perkarangan luar Masjid Negara (berhampiran dengan tapak ekspo)
pada 1 Januari ini bermula pukul 1 pagi hingga 6 pagi.
Orang awam dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa
buah teleskop yang disediakan dan ia adalah percuma.
Bagi yang tidak berkesempatan, anda berpeluang menyaksikan siaran langsung
gerhana bulan separa di laman web www.angkasa. gov.my pada awal pagi 1
Januari 2010 pukul 1.17 hingga 5.28 pagi.
Umat Islam dapat menyambut Malam Tahun Baru pada kali ini dengan menunaikan
Solat Gerhana Bulan (Solat Khusuf) , Bersedekah , Berzikir dan Berdoa
seperti mana yang disarankan oleh kekasih kita Nabi Muhammad saw.
Tunggu apa lagi , mungkin inilah peluang kita sekali seumur hidup dapat
Sambut Tahun Baru 2010 dengan cara begini. Nanti dalam kubur boleh kita
berbicara dengan Malaikat Munkar dan Nakir , dulu masa aku di dunia 1
Januari 2010 satu dunia sambut tahun baru, tapi kami umat Islam di Malaysia
sambutnya dengan kedatangan gerhana bulan dengan Bersolat , Bersedekah ,
Berzikir dan Berdoa.
Al-Kusuf (gerhana matahari) pada bahasa digunakan ketika cahaya matahari
atau bulan terlindung sama ada sebahagiannya atau kesemuanya. Kebiasaannya,
al-kusuf digunakan bagi gerhana bulan. Hukumnya pula ialah sunnah
muâ akkadah. Jika sembahyang gerhana itu adalah untuk matahari, maka bacaan
hendaklah diperlahankan, manakala jika gerhana bulan, bacaan hendaklah
dinyaring dan dikuatkan.
Sembahyang gerhana mempunyai dua cara:
1. Dilakukan pada setiap rakaât dengan dua kali berdiri, dua kali membaca
(Al-Fatihah dan ayat) serta dua kali rukut˜ tanpa memanjangkannya (berdiri,
membaca dan ruku'n˜, kemudian berdiri membaca dan ruku˜). Dan sah sembahyang
gerhana jika didirikan dua raka't dengan dua kali berdiri dan dua kali
ruku☠seperti sembahyang Jumaât.
2. Dilakukan pada setiap raka‘at dengan dua kali berdiri. Pada setiap kali
berdiri dibaca bacaan yang panjang. Dibaca selepas Al-Fatihah, Surah Al-
Baqarah atau surah-surah lain yang sama panjangnya pada berdiri kali pertama
di raka‘at pertama. Untuk berdiri kali kedua pada raka‘at pertama, dibaca
ayat yang menyamai 200 ayat. Manakala bacaan ketika berdiri kali pertama
pada raka‘at kedua ialah sekadar 150 ayat. Dan bacaan ketika berdiri kali
kedua pada raka‘at kedua ialah bacaan yang menyamai 100 ayat Surah
Al-Baqarah.
dengan 100 ayat, ruku‘ kedua dipanjangkan sekadar 80 ayat, ruku‘ ketiga
sekadar 70 ayat dan ruku‘ keempat sekadar 50 ayat. Cara yang kedua ini
adalah yang lebih sempurna. Apabila sembahyang telah selesai, imam bangun
berkhutbah dengan dua khutbah, sama seperti khutbah Juma‘at, cuma imam
hendaklah mendorong orang ramai supaya bertaubat, melakukan kebaikan serta
memberi ingatan agar tidak lalai.
Sunday, December 27, 2009
Tarikh penting.............
Wednesday, December 23, 2009
2 minggu sebelum berperang di medan perang
Tuesday, December 22, 2009
Debaran yang semakin mendebarkan......
Friday, December 18, 2009
Liku hidup tahun lepas
9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya.. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam
Thursday, December 17, 2009
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H
yang membaca email ini agar umurnya, amal ibadatnya, rezekinya, hidupnya dan
matinya sentiasa dalam peliharaan-MU dan jadikan dia insan yang bertaqwa dan
soleh. Amin."*
PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah,
bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam.Sambutan itu tidak
disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia
tetap dianggap perayaan umat Islam.
Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan
tahun baru Masihi (1 Januari) baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan
songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam.
Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah
- satu amalan yang diperintah Allah.Kita alunkan nasyid-nasyid seperti
Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar
menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah.
*
*Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi
takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad
s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu
ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang
kepada yang baik atau sempurna.
Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke
Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi
cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam
Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu,
mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan
dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu
sendiri.
Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata
kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika
kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang.
Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin
kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka
yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat
lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat
kualiti solat mereka.
Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita.
Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh.
Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita
menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.
waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata, "Kesusahan bagiku dan
sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah
binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan
dosanya setahun".
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, "Telah amanlah anak Adam ini
daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat
memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
Wednesday, December 16, 2009
Kalimah Bismillah
sangat sulit untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah dikatakan:
Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM sebanyak 21 kali
sebelum tidur maka:
1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan.
Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca
BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM setiap kali melakukan sesuatu, dalam
membuka, menutup dan mengunci pintu/almari, menaruh dan mengambil
barang/sesuatu, membuka dan memakai pakaian, masuk dan keluar rumah,
naik dan turun dari kenderaan, dll. Pokoknya selalu membaca
BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM pada saat akan melakukan sebarang aktiviti..
Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan
akhirnya terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut.
Lalu suatu ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan
mengatakan "Wahai isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah
baik-baik". Lalu sang isteripun menerimanya dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan
mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM dan menutup/mengunci almari
dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM.
Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka
sang suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke
laut. Lalu ia kembali ke rumah, dan ketika isterinya pulang dia pun
meminta kepada isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan
beberapa waktu lalu.
Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM dia pun membuka pintu almari tempat ia
menyimpan emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan
basah (air laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya.
Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan
bertanya kepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar
dan setelah itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami)
telah membuang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri
dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM.
Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat
BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM selain dari itu masih banyak lagi
manfaatnya, iaitu:
Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM ketika kita
akan mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru
maupun yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian
tersebut tidak digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita
lihat apabila kita menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang
terasa gatal dan tidak nyaman. Memang kita biasa mengatakan bahawa
itu adalah pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya
pakaian tersebut telah digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka.
Keutamaan kalimat BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM adalah lebih untuk kaum
wanita (pria juga) karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa
disedari olehnya sendiri (wanita tersebut) bahwa dia telah
melakukan hubungan fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak
masuk akal namun ini benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita
mulailah membiasakan diri untuk membacanya.
Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat
kita peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM dalam melakukan
aktiviti kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua
mulai dapat membiasakan diri untuk mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari,
Amin.
Tuesday, December 15, 2009
Wish you a Smiling Day..................
Berakhirnya sebuah penantian
Monday, December 14, 2009
Pengembaraan di Sungai Besar, Selangor.....
Friday, December 11, 2009
Thursday, December 10, 2009
Merdeka.........merdeka...
Keberkatan surah al-ikhlas
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan
iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka
akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan
menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu
tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.