Friday, January 11, 2013

Kretiria pemilihan tadika - please help me !!!!

"Anak baru jer umur 1 thn 3 bulan, dh nak kepoh-kepoh pasal nak masukkan ke tadika , biar la kat taska.. x perlu nak pikir sangat pasal tadika nie, bila dh sampai masa hantar la"- itu pandangan org kepada saya bila saya melontarkan soalan "bagaimana nk masukkan anak  ke tadika  @ bagaimana nak pilih tadika"... huhuhuhuhu.. mungkin bagi sesetengah org, faktor umur tidak lagi sesuai untuk di hantarkan ke tadika  @ saya  terlalu berfikir perkara yang belum pasti ....

Mungkin bagi org, x perlu nak tergesa-gesa nak fikirkan tentang tadika, sampai masa, hantar sahaja tadika.., di KL nie berlambak tadika ada, pilih jer nak yang mana 1, ada yang murah dan ada yang mahal. Itu pada org tp bukan pada saya.. sbb saya memerlukan rujukan dan pengalaman ibu-ibu yang telah menghantar anak-anak mereka ke tadika, kerana pengalaman mereka amat bermakna  bagi diri saya...

Kenapa bermakna ?

1)  Tadika merupakan institusi pendidikan pertama  yang mengajar secara formal. Institusi yang sangat penting dalam pengenalan 3 M ( membaca, menulis dan mengeja). 

Pemilihan tadika yang salah akan menyebabkan kegagalan dalam penguasaan 3M. Inilah yang paling saya takuti, kenapa???. Biarpun saya adalah seorang guru tetapi saya tidak mampu untuk mengajar asas dalam 3M kerana saya tiada pendedahan.. ok, tipu klu ckp xde, ada sedikit bila saya terlibat dlm mengajar kelas linus , dimana kelas ini adalah khusus untuk pelajar sekolah yang mmg langsung tidak reti membaca. Mmg jenuh jugak nak mengajar kerana saya tidak mempunyai teknik  atau lebih tetap saya tidak pernah didedahkan kepada kaedah mengajaran bagi pelajar ini. Cuba  anda bayangkan, bagaimana anda perlu mengajar pelajar membaca sebutan  KU....CING, BU ..KU, sama seperti guru-guru tadika mengajar . (Tabik hormat kepada cikgu tadika.. dari yang langsung x pandai membaca hingga lancar membaca, memerlukan ketahanan mental yang tinggi dan kesabaran yang tinggi).

Tadika yang macam mana yg betul-betul boleh pastikan pembelajaran dan pengajaran berjalan dangan lancar???. Apakah ujian yang boleh saya lakukan untuk pastikan pembelajaran dan pengajaran di tadikan berkenaan berkesan? 

Saya xnk pisang berbuah 2 kali, kerana ibu saya memberitahu bahawa saya mmg tidak pandai membaca sehingga berumur 6 thn dan terpaksa di hantar ke kelas membaca sebelum masuk sekolah rendah. (ok, klu jadi cam kes saya, kat mana nak cari cikgu yg pandai @ boleh ajar membaca sehingga pandai?)

2) Jenis tadika

Di Malaysia, tadikan terbahagi kepada 2 aliran iaitu aliran konvesyen  dan islamic. Setiap aliran mempunyai kelebihan masing-masing. Yang ini mmg  konfius di buatnya, sbb saya sendiri x tahu apa kelebihan setiap aliran. Kita sebagai parents mesti nak yang terbaik untuk anak kita kan. Yang ini bila tanya ramai yg jawab dua-dua aliran ada pengajian agama.. tidak ada masalah nak hantar.. ( jawapan serkap jarang tapi yang mana terbaik)

Mungkin setengah org nak anak pandai ckp "org putih", ada yang nak advance mate cam adi putra n so on...

saya plak..

Nak kan tadika yg ada sistem khalifah dh xnk sistem yang sedia ada skrang ( target saya ). Nak kan tadika yg mewajibkan pengajian qiraati, solat dan 3M. Celah mana saya nak cari tadika yang memenuhi kehendak saya, klu bukan dari pengalaman ibu-ibu yg pernah dan sedang menghantar anak ke tadika (x dpt banyak pun  xpe, yang penting ada sedikit dari tiada langsung)..

Saya jeles  bila anak-anak yg berusia 2 thn sudah boleh membaca surah lazim, 
Saya jeles bila anak-anak yg berusia 2 thn sudah boleh melakukan hafazan,
( InsyaALLAH, better late than never)

3) Kemudahan yang mencukupi

Rata-rata tadika mempunyai kemudahan yang mencukupi, kadang-kadang ada juga pengusaha tadika ckp semua ada, bila di tanya pada anak-anak ckp semua ada tp.......................hurm..Saya x kisah klu terpaksa berbelanja lebih untuk kemudahan tersebut tp jgn pelaburan yang kita keluarkan tidak memberi manfaat kepada anak kita, yg itu mmg saya pantang..


Saya amat memerlukan pandangan ibu-ibu yang berpengalaman dalam bab tadika. Apa lagi kriteria yang ibu-ibu gunakan dalam pemilihan sesebuah tadika ?




4 comments:

  1. Ohh, sy pun tgh pikir benda yg sama. anak baru setahun setengah dah berangan nak masukkan belajar kat mana. baru terfikir nak up entry pasal ni. sebab kebetulan few blogger-mommies ada cerita pasal ini. hoho.
    sy suka yg Montessori education tue. tapi kat sini macam susah je nak cari sebab majoriti kristian :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Montessori education???, pertama kali dgr... kena google nie, thanks for info

      Delete
  2. aty pon plan bende yang sama..nak masukkan anak belajar lebih awal..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, wanie mmg terpk nak hantar anak g sekolah , tp biasa la pertama kali hantar anak g sekolah mesti nak pilih tadika yg baguskan dan sesuai dgn ite dan anak-anak.

      Delete