Tuesday, July 24, 2012

I was admitted.............

Masuk hospital lagi...., bukan anak (mmg anak wani kali ke -3 masuk wad, itu akan di ceritakan nanti), tapi ini diri saya sendiri... mungkin tahun nie, rezeki untuk sihat masih belum lagi di murahkan dan di turunkan dari langit.. mudah-mudahan selepas ramadhan, rezeki tersebut ada untuk diri saya dan anak saya. Penat yang amat bila tinggal di wad lebih daripada 2 hari... lagi seronok berehat di rumah daripada di masukkan ke dalam wad..

Kisahnya bermula pagi 16/7/12.. saya mengalami sakit belakang yang amat sangat, betul-betul pada tulang belakang.. ingatkan terseliuh, kalau nak kata terseliuh mesti jatuh.. tapi x jatuh pun.. nak jalan pun cam org tua yang perlu di pimpin. Bila dah lega, saya terus ke Klinik Kesihatan. Selepas pemeriksaan, doc membuat kesimpulan samada saya STRESS dan memberi tekanan pada otot di sekitar tulang belakang.. dapat la MC hari 2, untuk berehat di rumah. Petang tu, lepas minum air sirap ( tanpa ais) dan makan seketul bauhulu.. terus mengigil, selimut dekat 3 helai pin, x jalan.. sejuk sampai ke tulang.. keesokkannya terus demam.

Masa demam nie, masih lagi dalam keadaan mengigil, saya buat pilihan untuk ke AMPANG PUTERI, malangnya semua doc ( general physician) on call. So, saya mengamil keputusan untuk ke PUSRAWI. Kenapa x nak pergi ke Hospital Kerajaan:
1) Malas nak beratur panjang, lagi pun dh tahu doc akan bg panadol, muscle relaxing pill.
2) Konfem kena ambil darah, maybe suspected dengue fever sbb kawasan yang wani tinggal adalah kawasan hitam.
3) MC tak mungkin doc akan bagi selagi tiada apa-apa yang membahayakan kesihatan biarpun demam teruk.
4) Apa guna kalau ambik insuran tapi xnak gunakan medical card ?

So, pergi la mendaftar dirikan di PUSRAWI....

(seriously, rasa menyesal bila daftar kat PUSRAWI... baik g hospital kerajaan )

Why?

1) Daftar pukul 9.30 pagi.. boleh jumpa doc pukul 1 tengah hari, itu pun g bgtaw kat kaunter nurse sbb dah mula mengigil kerana demam ( I expect, at private hospital the services are better / best compare to the government, coz i paid very penny for the services)

2) Kena masuk wad, sbb dh betul2 mengigil dan suhu badan mencecah 40 darjah, doc suspect dengue fever and is too painful at  every bone joint. Masa nak masuk wad kena tunggu 2 jam !!! ( tak kisah la kena tunggu lama, yang penting boleh baik )

3)Masa jumpa dengan doc, dh bagitaw wani batuk... tp hari ke-2 , baru nak ambik chest x-ray, medicine x bagi.. last kul 9 mlm ( dr pg sampai ke petang langsung xde apa-apa), wani mintak medicine to relief cough, sakit dada bila batuk lama-lama.

3) Doc round the ward only once! ( first time juga, jumpe hospital yg mana doc melawat pesakit hanya sekali sehari sahaja.. hospital kerajaan 2 kali datang melawat pagi n petang...)

4) Ambik suhu badan dan plotkan graph, tp pesakit tak pernah tengok laporan pesakit, bila doc jumpe pesakit, tak pernah tengok laporan, tapi bergantung kepada nurse... aduh, mmg pengalaman betul.. asyik bgtaw, xde demam denggi, tapi kita x pasti kenapa puan mengigil sampai alami kekejangan otot.

5) Wani mengigil sampai mengalami oxygen poisonous due the lack of carbon dioxide, nurse tak detect lagi, until my face n hand become pale, bg oxygen gas bukannya nak bg paper bag suh exhale inside the paper bag n inhale back. ( I wonder if they didn't pass their exam)

Selepas 2 kali ujian darah di ambil, tiada virus denggi dalam darah.. so sampai sekarang x taw sebab apa yang menyebabkan badan mengigil bila demam. Cukuplah dengan drip 8 botol air, 2 botol vitamin, 1 botol antibiotik, 1 suntikan di lengan....x sanggup lagi badan jadi bahan ujikaji,  wani mintak balik sebelum doc bagi balik, semua tanggung sendiri kalau ada apa-apa. Ye la, wani tinggal dalam wad, anak pula di rumah, kalau dh 3 tahun tak apa , nie baru 10 bulan.. kesian kat mak, kesian kat anak.. Cukup la, berada di wad 3 hari 2 malam.. kalau nak tunggu sihat, mmg tak sihat sbb duduk dengan orang yang sakit, bila badan nak baik sihat.., virus yang lain pula akan menyerang badan.


Alhamdulilah, bila balik rumah.. demam makin berkurang, cuma sakit di bahagian bone joint masih lagi belum sembuh, cuma dh semakin berkurangan..



Monday, June 25, 2012

9 bln sudah..............

Kejap je masa berlalu, dah 9 bulan anak teruna saya.. Yup, 9 bulan.. ingatkan baru sahaja 3 bulan rupa-rupanya 9 bulan sudah.. cam tak percaya je.. 9 bulan dah saya bergelar ibu anak seorang.. 9 bulan, cam-cam perangai dan telatah membuatkan saya gelak dan menceriakan dunia saya. Seronok rupanya bila anak dh pandai itu dan ini.. betul-betul menguji kesabaran..Tido pun tido ayam juga sbb waktu malam mmg Danial jadi burung hantu.. pantang dgr bunyi, terus bangun ajak main.. klu x ikutkan ajakan.. erm, habis di tepuk-tepuk muka, explore hidung dan mata..alahai comel nyer bila nak ajak ummi main ye.

Makan.......sangat la cerewet, dh pandai memlilih makanan yang mana sedap dan mana x sedap. Tak taw ikut perangai sapa..Bubur atau seangkatnya dengannya ( lembik dan halus) di tolak mentah-mentah..Nak makan benda yang pejal cam org tua mkn.. lagi la pening kepala nak sediakan. Laksam mmg favourite danial, boleh habis 1/5 mangkuk..., nasi mesti berlauk... lagi la pening kepala nak sedia.. boleh dikatakan setiap minggu sup.. sampai muak la jugak muka nie nak makan sup, sup ikan, ketam, udang, ayam, daging cam-cam yang korang leh namakan.. Spaghetti dh cuba masak, makan hanya 3 mulut, lepas tu dh nak.. bukan mulut org putih.. bila buat spaghetti goreng mkn pun sikit sahaja.. tp kalau nasi goreng, mee goreng laju je mkn...Buat masa ini, agak susah nak prepare makanan, sbb klu kita org tua asyik ulang makanan benda yang sama mesti bosan.. nak cuba menu yang pedas cam kari tak berani takut sakit perut..just uat menu yang saya nak mkn cuma modify bagi Danial boleh makan... kira kreatif ikut cara saya.. hahahaha

Dah pandai mengamuk dan merajuk... yang nie mmg tak percaya, mungkin belajar dari kawan-kawan kat nursery kot...kalau saya janji ngan Danial nak jemput awal, kalau lewat langsng tak nak bercakap semalam dengan saya.. xde nak mintak nenen.. saya yang plak yg kena paksa nenen. Kalau x nak duduk bawak g main dengan pokok kari depan rumah.. mengamuk, dengan suara cam komando... tu belum masuk lagi dengan aksi-aksi..Nasib la kecik lagi, dh besar sok nanti..jgn la uat perangai cani kat super market.. malu..

Yg nie betul-betul uat saya jeles.. jeles yang amat, 9 bulan saya bersama dengan Danial, abah  dtg hanya sebulan sekali je..( kewangan tak mengizinkan untuk setiap minggu turun KL). Perkataan pertama yg Danial sebut A....BAH, ABAH...sungguh tak adil, takde langsung sebutan MI..UMI.. nando... lama jugak menunggu langsung xde.. yang ada MA...MA...MA...MA.., A..BAH..ABAH..ABAH.. mmg betul-betul anak abah. Jeles okeh.. tapi tak kisah yang penting Danial kenal sapa ibunya...

Gigi... xde lagi.. hahahaha, tapi bab mengigit no 1. Kalau saya tido mati akibat keletihan.. tgk la bekas gigitan kat lengan.. walaupun x sesakit mana, tapi lengan  saya jadi teether... beli teether buang, xnk nak benda yg pejal-pejal gitu.. erm...kenangan anak pertama.. yg kedua tak tahu apa plak.

Bab memanjat, turun katil dan mengemas , mmg expert.. tak larat nak tegur,, habis periuk belanga jadi mangsa.. kemik sana kemik sini..bagi benda lain, xnak nyer nak jugak periuk belanga, almari baju dh jadi markas penyimpanan.. kemas cantik, jap lagi Danial tolong kemaskan balik.. 

Susu..., masih lagi menyusu badan, cuma kebelakangan ini agak kurang sikit production, InsyaALLAh cukup untuk bulan Ramadhan ini...weaning off, masih lagi dalam pencarian mencari susu formula yg baik, Danial dh pandai bezakan yang mana susu ibu yang mana susu formula. Erm, ada bau ke susu ibu nie... klu bab rasa mmg lain.. klu bab bau, x pasti..


Rindu  bdak kecik nie..., rindu ketat2

Thursday, June 14, 2012

Jika ini suratan takdir...............

Bagi setiap pasangan yang telah berkahwin, pasti ingin hidup bersama seperti sebuah keluarga yang bahagia.... biarpun perkataan "Bahagia" masih lagi terlalu awal untuk di ukur, namun apabila hidup bersama segala suka dan duka dapat berkongsi bersama - betul tak pernyataan ini. 

Namun, bukan semua orang dapat mengecapi impian tersebut, kerana masing-masing dengan komiten dengan kerjaya masing, namun jauh di sudut hati, perasaan tersebut pasti ada. Siapa yang tidak cemburu apabila melihat kelibat sebuah keluarga ketika anda bersiar di pasaraya mahupun hanya mengambil angin petang di tepi pantai.. jujur saya katakan, saya amat cemburu, kerana masa saya untuk membentuk sebuah keluarga hanyalah pada cuti sekolah saja.. CUTI SEKOLAH sahaja...okeh.

Permohonan untuk bertukar mengikut suami, masih tidak lagi di luluskan biarpun alasan yang kukuh sudah di berikan.. Surat doktor sudah di kepilkan kerana  anak selalu sahaja sakit dan sering masuk wad.. Yup, boleh di katakan Wad Peadtrik HKL, sudah menjadi rumah ke-2, sela 2 atau 3 bulan memang akan masuk wad, saya pula di diagnosis menghidapi mild apendix... erm, sudah tidak tahu untuk berkata, hanya boleh tersenyum. Cuti pula hanya tinggal 2 hari SAHAJA kerana kebanyakkan sudah di ambil untuk menjaga anak di wad. Kalau kena masuk wad bulan 7 atau 8, kena ambik cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji... Setiap anak, rezekinya berlainan,mungkin rezeki anak saya masih lagi belum turun dari langit,  namun syukur Alhamdulilah, rezeki susu masih lagi ada.

Tidak kisah kalau hidup berjauhan dengan suami tanpa  insan yang bergelar anak. Tapi agak susah hidup berjauhan suami dengan anak yang masih kecil. Sakit anak hanya seorang diri sahaja yang tanggung, hendak bergilir menjaga anak itu tidak mungkin akan berlaku. Itu belum lagi masa yang terhad untuk bersama-sama sebagai sebuah keluarga. Biar pun saya tinggal berdekatan dengan orang tua, tapi itu tidak bermakna saya perlu mengambil kesempatan. Mentaliti orang kita, kalau tinggal bersama @ berdekatan orang tua, anak-anak bagi pada orang tua untuk di jaga... bukan semua orang sebegitu, tapi kebanyakkan memang akan memberi anak kepada orang tua untuk di jaga. Saya bukan tergolong pada jenis yang hendak memberi anak kepada orang tua saya untuk tolong menjaga.. bagi saya cukup la selama 24 tahun menjaga saya, biar la masa selebih untuk kedua orang tua saya berehat. Hanya hujung minggu sahaja sekiranya saya ada kelas tambahan dan nursery di tutup baru la saya meminta pertolongan.

Bila tinggal berdua dengan anak di rumah sewa, perasaan takut masih lagi ada, mahu tak mahu ke hadapi, sudah la pula, kawasan yang saya duduki adalah kawasan baru di buka, rata-rata penyewa pula adalah orang asing.... Suami pula, bukan tidak mahu bertukar ke sini, tapi ayah mertua menghidapi penyakit jantung dan telah melalui pembedahan jantung pada tahun 2008, masih lagi mendapat rawatan susulan di Hospital Besar Kuala Terengganu. Suami dalam di lema...ayah  @ keluarga yang penting... Hendak membeli rumah masih lagi tertangguh kerana tidak tahu hendak membeli di mana dan yang pasti harga rumah semakin lama semakin meningkat.

Susah bila pihak atasan tidak memahami masalah yang di hadapi orang yang tidak mempunyai kepentingan seperti saya. Xde kabel, macam nie la... entah la sampai bila hendak hidup sebegini. Payah bila nasib di tentukan oleh orang lain, hendak berhenti kerja, tidak boleh kerana ekonomi keluarga masih lagi tidak kukuh. Bila pergi berjumpa, belum sempat berkata apa-apa "Saya dulu cam awak jugak, duduk jauh-jauh, saya paham apa yang awak rasa..." ( kalau anak tak masuk xpe la nak kata cam 2, cuba kalau anak masuk wad sela 3 bln sekali, cuti pun dh habis, bayar sewa untuk 2 buah rumah, kete lagi....baru boleh bercakap paham apa yang saya lalui) atau "Orang lain boleh sahaja menunggu 10 tahun untuk bertukar, tak kan awak tak boleh menunggu"....( Hendak menunggu tidak ada masalah, tapi benci dengan orang yang ada kabel, tak perlu tunggu dh boleh tukar...)

Sampai bila saya perlu hidup seperti ini, saya tiada jawapan. Saya akui saya bukan la orang yang kuat, saya tidak boleh menjadi kuat kerana saya tiadak orang di sisi untuk memberikan kata semangat. Saya lemah apabila anak sakit, biar saya mencuba menjadi kuat namun saya tewas...Saya pernah berkata kepada suami "kalau ini takdir yang perlu saya hadapi, saya rela suami lepaskan saya, kerana masing-masing tidak dapat memenuhi keperluan masing-masing, dan sampai bila mahu mendera diri sendiri.. mendera jiwa anak yang memerlukan kasih sayang ibu dan ayahnya"...suami saya kata saya dah tak betul.. tapi bila di fikirkan balik, mmg ada betulnya apa yang saya katakan...

Wednesday, June 13, 2012

Storage bottle vs storage bag

Salam...

Storage bottle  vs storage bag, yang mana satu paling lebih ekonomi ????.. Pasti ada yang menjawab botol sebab boleh tahan lama 6 bulan.. ada juga yg menjawab bag sbb murah dan dalam kuantiti yang banyak.. Kalau anda bertanya dengan saya.. jawapan saya, tepuk dada tanya selera.. sbb saya sendiri mengunakkan kedua-dua sekali...

Storage bottle :


Ada pelbagai jenama di pasaran, yang paling popular dan laris BUMBLE BEE ( setiap kali hendak membeli jenama ini, mesti habis dan kena menunggu stok). Kenapa BUMBLE BEE, rata-rata pengguna akan menyatakan mudah di sesuaikan dengan pelbagai jenis pump, lebih tebal berbanding dengan jenama lain. Saya pula, memang jenis tidak kisah pada jenama storage bottle ini, sbb fungsi utama adalah untuk menyimpan susu. Dalam simpanan saya ada 3 jenama sahaja BUMBLE BEE, AUTUMNZ dan JINGLE JUNGGLE.

1 kotak Bumble Bee ada 10 botol, 1 botol berharga lebih kurang RM 3.70. Biasanya, ibu-ibu yang menyusukan anak menggunakan SI mesti mempunyai 30 botol ke atas.. ( 3.70 x 30 = RM 111). Botol-botol ini hanya boleh di gunakan hanya 6 bln ( ini arahan yang ada pada belakang kotak ). Selepas 6 bulan botol-botol ini perlu di lupuskan. Nama pun arahan.. nak ikut, lagi baik..., kalau x nak, tak sapa pun yang nak marah. Jujur saya katakan, strorage botol yang ada dalam simpanan saya semuanya dh lebih 6 bulan, tapi masih lagi dalam keadaan baik ( ada lagi tulisan dan label). Ada la 2 - 3 botol yang tulisan dh tertanggal akibat selalu masuk dalam steriliser selepas mencuci.. ke saya cuci ganas sangat sampai label tertanggal ?.

Botol ini mmg amat memudahkan kerja, buang je sealing disc, ganti dengan teat, dh jadi bottle susu, nak panaskan pun senang, cuma bila guna storage botol nie, ruang penyimpanan dalam peti makin besar... terpaksa berhimpit-himpit dengan benda lain .

Storage bag


Ada pelbagai jenama, ada yang plastic yang lembut dan keras. Ada org suka guna rubber band untuk ikat , ada pula yg x suka guna rubber band, terus beli yang ada zip lock ( saya masuk dlm kategori yang ini). Saya paling suka guna jenama Jingle Jungle, sbb mesra pengguna dan harga pun berpatutan.

1 kotak Autumnz ada 25 bag, 1 bag  berharga lebih kurang 0.50. Biasanya, ibu-ibu yang menyusukan  anak mesti mempunyai sekurang-kurang 2 kotak  ke atas ( 0.5 x 50 = RM 25). Plastik hanya boleh di gunakan sekali sahaja..(pakai buang..). Kadang-kadang, tertanya juga, kenapa x boleh basuh, steriliser dan guna balik.. ( dh google x jumpe jawapan yang memuaskan hati).

Plastik bag nie, boleh menjimatkan ruang dlm peti sejuk, yg x bestnya x boleh guna banyak kali, cuma 1 jenama sahaja yg boleh guna berulang kali sbb kat belakang kotak di tulis REUSABLE. Bila dh terkoyak atau bocor kena buang.


Storage bag JJ


Boleh menjimatkan ruang.. Isi separuh sahaja dr jumlah yang tertera di plastik, klu 12 oz yg tertera pada plastik, isi 6 oz sahaja... sejukkan cam rajah di atas, bila dh beku boleh susu cam fail


 (pinjam gambar)
 Saya.. takde nyer rajin nak isi separuh, isi selagi x penuh....., plastik ini boleh selit pada mana-mana bahagian selagi dlm bentuk cecair. Klu botol, mana boleh nak selit.. 

Satu-satunya, jenama yg pernah saya jumpa yang boleh recycle banyak kali...., tp x pernah lagi mencuba

So convenient to use with zip lock safety seal and freezer safe! These Cherub Baby Natripur milk bags are 100% BPA free, pre-sterilised with a double zip lock to conveniently store your breast milk for freezing. Now you can preserve up to 350ml per bag of your natural milk, so vital for developing your babyĆ¢€™s immune system that is ready to use within minutes.

- Large 350ml size
- Leak proof double zip lock
- Pre-sterilised and ready to use
- Expanding base so they can stand upright in your fridge/freezer
- Affordable
- Reusable
- Freezer safe
- Name label area for use in hospital or away from home
- Date and Volume label area so that you can keep track of your supply
- 100% BPA Free

You can also reuse the bags. Simply wash them out with warm soapy water, rinse with water and then leave open in a steam steriliser. This environmentally friendly solution also saves on the cost of storage and feeding for hundreds of convenient feeds.

Storage, Cleaning and Compatibility:

Simply wash in warm soapy water, rinse and place in your electric steam steriliser (make sure they are open when sterilising)




Friday, May 18, 2012

Meet with Dr Nadir Khan

Salam....

Jujur saya katakan, bila mempunyai anak, pergi kemana-mana mesti memikirkan anak, serba-serbi anak di dahulukan kemudian baru la diri sendiri. Seperti mana yg anda semua tahu, anak saya kerap deman dan kerap masuk wad.. boleh di katakan hospital sudah menjadi rumah ke -2. Bila org berkata klinik A  bagus.. terpacak la saya depan klinik A dengan harapan anak saya akan sembuh dan tidak perlu di masukkan ke dalam wad, namun apa yang dirancang tidak semua akan menjadi kenyataan. Wang untuk perubatan anak mmg mengalir laju, demi kesihatan anak saya sanggup biarpun org kata "sahaja nak cari penyakit, klinik kerajaan ada tapi taknak pergi..".Mereka tidak memahami.. bukan saya nak kutuk, tapi ini mmg hakikat.. bila jumpe dengan doktor di klinik kerajaan, doktor akan cakap perkara biasa bagi bayi kalau sentiasa deman..( klu deman  3 bulan sekali .. is normal, but very month having a fever.. x normal ), doktor akan bagi syrup paracetamol sahaja.

Bila makan ubat kebah, lepas 2 tinggi balik.. sampai la habis syrup paracetamol, jumpa balik then terus kena g HKL.. (dalam masa ini, macam-macam boleh berlaku).. x sanggup tengok anak terseksa, nak xnak terpaksa g klinik swasta. Dah banyak klinik yang saya pergi, nak jumpe klinik yang serasi dengan anak agak susah. Alhamdulilah pada blogger yg dh buat review pasal KLINIK WANGSA, WANGSA MAJU. Klinik mmg serasi dengan anak saya..

Why..

1) The doctor have a knowledge about their patient sickness..
- Masa jumpe dengan Dr. Nadir, akan bertanya pasal sejarah perubatan anak..tanya bersalin cane, kesihatan masa mengandung n so on..Bila saya bagi tahu yang anak saya pernah di masukkan ke dalam wad sebab mild pneumonia, after discharge.. setiap bulan mesti akan deman, selsema n batuk  dan sampai kena admitted balik.. The doc just smile n explain..

Dr : Ubat batuk n selsema sebenar akan membuatkan pesakit menjadi lebih teruk.
Me : Kenapa plak, bukan selama ini, klu batuk lebih 3 hari akan menyebabkan TB  mesti doc akan bagi
        ubat batuk supaya batuk akan berhenti.. klu selsema mesti akan bagi ubat selsema..
Dr : Andaikan botol kosong ini adalah peparu dan 2 biji guli adalah lendir, bila saya letakkan guli dalam
       botol dan goncangkan.. Adakah botol ini akan hasilkan bunyi.?
Me : Dh doc goncang, mesti la berbunyi.. klu doc x goncang mana nak berbunyi.
Dr : Bila kita batuk, dada kita akan bergoncang.. dan dengan mengguna stateskop saya boleh mendengar
       keadaan peparu pesakit.
Me : Maknanya, pesakit tersebut dalam keadaan teruk.. doc kena bagi ubat .. kalau tidak kena TB
Dr : Ini lah persepsi masyarakat.. batuk je, mesti nak ubat.. bila peparu menghasilkan bunyi itu bermakna
       peparu tersebut dalam keadaan baik, dan batuk adalah mekanisma semulajadi badan untuk
       mengeluarkan lendir atau kahak dalam badan.
Me : Klu batuk lama-lama, lebih 1 minggu mmg x kena TB ke?
Dr : Tidak, selagi kahak di kuarkan... Andaikan botol tadi, saya isi dengan pasir ( pasir = ubat batuk). dan
       saya goncangkan,  adakah bunyi akan di hasilkan
Me : Ada, tapi kurang kuat berbanding dengan sebelum ini..., jadi pesakit sudah sembuh daripada batuk.
        Maknanya minum ubat batuk.. batuk dah tiada..tapi kahak masih ada lagi dalam badan.. jadi x sembuh
        sepenuhnya.
Dr : Correct... fungsi ubat batuk hanya membekukan kahak pada lapisan peparu.. batuk akan berulang
       selagi kahak tiadak di keluarkan. Untuk pengetahuan, sekiranya stateskop tidak boleh detect sebarang
       bunyi di dada.. itu bermakna terlalu banyak kahak sudah membeku dan ini akan MEROSAKKAN tisu
       peparu dan dalam masa yang sama akan menyebabkan asthma.
Me : ------------------------------------------------------------------( risau, sbb kalau g klinik kerajaan
       ubat selsema mesti akan bagi..). Anak saya belum lagi masuk dalam katergori yang teruk ?
Dr : Belum lagi, balik rumah nanti buang segala ubat batuk n selsema..


Dr . Nadir mulakan rawatan dengan mengguna Nebulizer, masa ini siap "berkungfu" saya.. pegang Danial kuat-kuat.. menangis, menjerit , tarik tudung.. semua benda ada... Dr.  cakap, menangis xpe, itu bagus menandakan masih aktif dan dalam masa yang sama akan  mempercepatkan lagi pencairan kahak dalam peparu..

Selepas Nebulizer, dr. ajar cupping method...

Buat steaming... guna rice cooker , steaming kat anak dalam keadaan tertiarap.. then tepuk tepi dada belakang n hadapan untuk melonggarkan kahak dari tisu peparu. Ironiknya masa  kena tepuk senyap je.. siap tertido lagi.. mungkin dh selesa...

Lepas cupping, baru la doc sedut kahak... ( Dr. Nadir adalah satu-satunya dr di lembah kelang yang menyebut kahak after dr, Abraham..).  Masa sedut.., banyak jugak lendir yang keluar...lendir yang terkumpul sejak kena admitted 29/1...Sian Danial menanggung sakit.. maafkan Ummi ye, Ummi tak jumpe klinik Dr Nadir dan tak kenal Dr Nadir masa mula-mula deman dulu..

Alhamdulilah, lepas sahaja sedut kahak.. Danial x deman..  after 1 week, kena jumpa balik dr utk sedut kahak dengan syarat kena uat cupping dahulu...


KLINIK WANGSA
No. 46, Jalan 2A/27A, Section 1, Bandar Wangsa Maju, 53300, Setapak, WP Kuala Lumpur  53100
03-4142-1614


Tuesday, May 8, 2012

Nafsu.. oh... nafsu..

Agak lama tidak mencoretkan sesuatu di sini... masa agak membataskan sejak kebelakangan ini, lebih-lebih lagi bila Danial makin melasakan diri.. panjat sana .. panjat sini.. yang jadi mangsa, badan saya.. suka sangat nak memaut kaki.. mungkin hendak belajar berjalan kot.... ( merangkak pun tak expert lagi ,dh nak berjalan.. mengesot sahaja yg expert....erm, setiap budak perkembangan tidak sama.. yg penting kena memantau..)

Mmg benar apa yg di katakan dlm kitab, perempuan mempunyai 99 nafsu, lelaki mempunyai 1 nafsu... susah hendak mengawal nafsu lebih-lebih lagi time SALE...(siapa yg tak suka dengan perkataan SALE cuba angkat tangan...ahhahahaaahahah, nak tengok siapa tuan empunya badan..nak menuntut ilmu...). Sekarang sudah bulan MEI.. puasa JULAI ..raya OGOS... konfem mesti nak berkira-kira hendak membeli baju raya, kasut raya.. dan macam-macam lagi .. padahal puasa pun belum lagi, tapi sudah memikirkan tentang RAYA...(cane nak kawal nafsu nie...)

Saya plak, klu sudah berkenan sesuatu di hati.. klu tidak membeli.. mesti terbayang-bayang  dan termimpi-mimpi..., klu nak pergi membeli semula dan barang tersebut habis.. mesti akan menyesal... ( parah jugak penyakit ini..)

Sekarang  tengah popular dengan tudung bawal 3 tone, mesti hendak membeli ikut trend katakan.. lg pun tudung bawal ini tidak lapuk di telan zaman ( nak sedapkan hati .. huhuhuhu, walhal dulu famous dengan tudung Oning, tudung ariani, fareeda  la.. macam -macam... ariani ada sehelai je..., fareeda belum ada lagi..teringin juga memiliki sehelai.. huhuhuh 

Baju kurung pula baru sahaja membeli 3 pasang.. alasan baju lama x muat..( mmg x muat tp bahagian atas sahaja...). Itu belum lagi termasuk  dengan kain yang di hantar untuk di jadikan baju... huhuhuhuhu, dalam perkiraan ada la jugak 4 pasang.., rasa-rasa cam lebih jer...

Sampaikan hubby berkata..."bila check almari ader je benda baru..., yang lama bila nak pakai  xkan nak buat perhiasan ".. terasa jugak..

Sekarang teringin nak membeli palazzo cotton .....( kaya la org kedai klu jumpe 10 orang macam saya ye...). Agak-agak nya ader ubat x untuk penyakit  ini.....



Saturday, April 21, 2012

Rintihan hati anak yang malang....

Sekadar perkongsian...

Assalamualalikum..saya bercerita disini bukan untuk minta simpati,bukan untuk mengaibkan sesiapa,terutama sekali ibu bapa saya sendiri,yang melahirkan ,membesarkan saya sebesar besarnya..tapi hati saya bukan hati batu,hati saya sama macam hati manusia yang lain..sekadar meluahkan ape yang tersirat..
dalam family saya sendiri pown,saya memang seperti x diterima..saya sendiri tak pasti apa puncanya..wether sebab fizikal saya yang gemuk dan xsecantik model dipandangan mata manusia,o maybe sebab saya anak yang sulung,and as per usual anak sulung,selalu mdapat perhatian yang kurang..tapi pada saya,kedua2 sebab ni mungkin saling berkaitan..

kisahnya bermula bila saya dapat adik baru..kasih sayang yang dulu tumpah pada saya,terpaksa saya kongsi bersama adik2 yang lain..dan seperti biasa,saya terpaksa banyak mengalah..dan juga sering disalahkan..masa dapat adik pertama,saya masih tak paham lagi..adik yang kedua pun macam 2 jugak..saya x pandai nak sayang adik2 sebab pada fikiran saya,sebab diorang2 ni lah mak dan abah xsayangkan saya lagi..mana tidaknya,adik menangis saya yang dimaki,adik jatuh,saya yang dibantai..alasannya saya xpandai jaga adik..im only 6 years old that time..so,mcm mana dorang boleh letakkan tanggungjawab 2 pada saya yang masih kecil masa 2..mak dan abah xpernah ajar saya untuk sayangkan adik2,sebab sejak saya ada adik2,saya Cuma rasa dibantai,dipukul..dimaki..tapi masa 2 saya beruntung,sebab dapat menumpang kasih sayang dengan arwah nenek saya..saya tidur pown dengan dia,saya takut bila arwah nenek xde,sebab xde orang yang nk selamatkan saya dari dipukul..nenek selalu cakap “mak kau ni pukul anak xingat dunia,bukan nak mendidik dah 2,tapi mendera..”saya pun terfikir adakah saya ni mangsa dera???


 Saya sendiri pown xpasti…dalam pelajaran pown,saya xsepandai yang lain,mungkin kerana saya tak diberi peluang..abah seorang guru,tapi dia sendiri jarang ada masa untuk observe perkembangan saya dlm pelajaran..tp klu dia ajar pown,xkan tinggal perkataan,lembab,leka,dan kepala saya ni nek pecah di tunjal,di ketuk..kalau dirotan xpayah cakap la..mugkin sebab 2 saya xpandai macam adik2 saya yang lain..otak pown boleh berhenti berfungsi kalau tipa2 hari diherdik,ditengking mcm ni..saya xmacam adik2 yang lain..bila dorang nk sit exam yg penting ,UPSR,PMR,SPM,abah akan hntar diorang tuisyen..private tuition,abah akan hntar n fetch dorang everytime..tapi yg pelik,saya xpenah pergi tuition,even tuition 2 free kt sekolah atas jasa guru2..abah akan bg alasan dia ade keje n dia sanggup wat exceptional letter utk sy,supaya dikecualikan dari tuition 2..so,dia xperlu hntar n fetch saya untuk tuition..so,saya kena berdikari,belajar sendiri..masa saya nk PMR,sy tpaksa lg berkorban..jaga mak saya dalam pantang..n dapt adik baru lagi..tapi masa ni saya da boleh terima,n sayang adik saya..sebab sy yg jaga dia since dia baby..kebetulan dia lahir 2 hari sebelum sy exam. Abah xnak nenek jaga mak,dia nk sy jaga mak,sebab dia xnk jauh2 ngn baby baru.jadi saya pown sebagai anak,xkn mampu menolak,saya bbesar hati dapt berbakti menjaga mak n family saya yang lain..sy tpaksa wat kerja rumah sambil baca buku..camne pown saya usahakan yg terbaik..tapi nasib x mnyebelahi saya.result PMR sgt teruk..mak dengan abah xmarah.


Cuma perkataan yang masih sy ingat,abah kata dia malu..malu ada anak mcm saya.xpernah wat dia bangga,malu sgt..anak cikgu,tapi bodoh..camne dia nk jawab bila kawan2 dia tanya??camne dia nak jawabkan..saya mungkin bodoh,tapi sebodoh2 saya ni,saya tak lupa jasa mak dan abah,sebab 2 saya bodohkan diri,jaga mak,masak utk mak,utk abah dan adik2 sebelum pergi exam..balik exam basuh baju bebakul2,kemas uma,iron baju,mndikan adik2,siap2kan adik2 nk pegi skola..semua 2 tindakan bodoh saya..yang x pernah bebekas dihati mak dan abah..tak boleh nak dibanggakan langsung pengorbanan saya tu..apelah sangat pengorbanan saya 2 kan nak dibandingkan dgn duit abah yang beratus2,bjuta2 habis nk mbesarkan saya,apelah sangat nak dibandingkan dengan penat lelah mak membesarkan saya sampai sebesar ini??disebabkan perkataan yang xdapt nk dilupakan 2,saya kumpul semangat2 saya yang da hilang 2..saya kena ubah nasib saya sendiri..masih belum telambat kan..saya pown bsungguh2 belajar utk spm..alhamdullillah walau xla sehebat mna result SPM sy,tapi masih dapat bawak mak naik pentas sekolah dengan bangganya untuk terima anugerah top3 pelajar cemerlang dan ibu mithali..tapi selepas 2,kdaan saya masih sama,bila rezeki x mnyebelahi saya..saya xdapat tawaran mana2 local goverment university utk futher study..mulalah mak dan abah bising,,malu lagi katanya..nama je pelajar cemerlang,tapi xde pown tawaran ke university??akhirnya,saya dihantar ke private college..pada mulanya saya xnk..sebab sy tw private college plukan bnyak duit..saya nk susahkan abah..saya nk pgi upper six je klu boleh..dekat,dan fee pown x la mahal cam private college..tp,jawapannya lagi,abah malu,xkan anak cikgu pegi upper six??kata pelajar cemerlang,patotnya gemilang di university kan??mak pown setuju,dia kata pergi je la,at least boleh jalan2 kat kl..


Erm upanya jalan2 di kl lebih penting dari masa depan seorang anak…..dan saya pown mengalah..hajat mak nak pegi kl,saya turutkan…saya amek bidang childhood education,pilihan mak saya,sebab katanya dia nmpk saya suka budak,dan dia nak saya jadi cikgu..sya belajar,saya blaja susah hidup kat sana..susah sangat..tapi saya struggle jgk belajar..bila pointer naik,dapat dean list award abah xcakap ape2 pown,jauh sekali tahniah..pada abah apelah sangat usaha saya belajar dan ikat perut nak dibandingkan duit yang abah laburkan 2..erm tapi bila pointer jatuh,abah tak tanya kenapa,tapi abah akan marah smbil amek kalkulator,danwat kira kira brapa duit dia dah habis untuk hntar saya belajar,semuanya lebih dari 28k duit yang abah bank in setiap bulan pada saya sepanjang pengajian saya..dan abah xnak menanggung kerugian..abah marah,dan dia warning sy,kalau pointer saya teruk lagi,dia berhentikan je sy dari kolej dan balik rumah,jadi tukang masak mak..abah xpenah tanya kenapa kputusan merosot,dia xpenah tanya kenapa..dia xpenah tahu gelora dalam hati saya,abah dan mak xpernah tahu…tapi dalam perih,saya belajar,terus belajar..finally saya graduate..saya nak futher study…tapi abah cakap,sudah la tu,abah xlarat nak tggung saya lg,adik2 yg lain pown nk smbung blaja,lebih2 lagi dorang lebih berbakat dari saya..mak pun setuju..mak kata kalau sambung blaja lagi,kempunan la mak nak rasa duit saya..erm saya pown mengalah..dan akhirnya cari kerja..sekali lagi…rezeki xmnyebelahi saya…susah saya nak dapat kerja yang betol2 kukuh..kerja ditadika sebab diploma saya dalam bidang childhood education..berapa sangat gaji yg saya dapat..tapi mak dapat jgk rasa duit saya beberapa bulan,tp bila hujung2 bulan,tpaksa mntak dengan abah..terpaksa..gaji saya Cuma RM600 sebulan..mna nk sewa uma,nk bg mak,utk diri sendiri..saya putus asa..dan berhenti..cari kerja lain,xsesuai..berhenti..kerja lagi..dan akhirnya sekarang jobless kt rumah..


7 bulan..dan sekarang mak,abah salahkan saya,mak kata saya yang beria2 nk p private college dulu,mak pown kata saya malas,suruh sambung blaja xnak,keje xnak..mak cakap lagi jangan salahkan mak ngn abah sebab xanta saya belajar tinggi2..erm saya xpaham..kenapa saya??kenapa saya yang salah???kenapa x berhenti menyalahkan saya dari saya kecil,sampai sekarang??kenapa saya yang kena tanggung kesalahan ni,sedangkan sejak kecil hidup saya diatur oleh mak dan abah,saya Cuma menurut perintah…tapi..akhirnya saya yang disalahkan…akhirnya saya sendiri menangis,sambil membongkar rahsia isi hati saya disini..


Renung-renungkan.... 


(Ya Allah, berikanlah perlindungan kepada diri ku dan ketabahan...)

Bersyukur la...........

Salam....

Hanya sekadar nukilan di hati sahaja... andai ada yang terasa, mohon ampun dan maaf di pinta...

Setiap hari kita akan di duga dengan pelbagai perkara sehingga adakalanya kita hampir berputus asa dengan dugaan tersebut.. namun lebih baik kita bersyukur kerana kita di duga daripada tidak di duga.. kerana apabila seseorang manusia tidak di dugaan oleh Allah selama 44 hari dalam hidupnya, itu bermakna Allah sudah tidak mahu menyayangi diri kita atau sudah tidak mempedulikan diri kita lagi...

Itu sebabnya mengapa para Rasul pilihan Allah di duga dengan dugaan yang Maha Hebat.. kerana Allah amat menyayangi diri mereka semua..Kalau dilihat, ada benarnya .. apabila kita di uji dengan ujian Allah, ujian tersebut mahu melihat bagaimana hubungan kita dengan Maha Pencipta.. Adakah kita sentiasa memuji Allah dengan kalimah yang maha suci, adakah kita sentiasa berdoa dan terus berdoa kepadaNya dan sebagainya. Ujian yang kita hadapi tidak la sehebat mana dengan ujian para Rasul dan para sahabat.. kerana ujian yang kita hadapi adalah berpada dengan kebolehan diri kita untuk menangung ujian tersebut.

Alhamdulilah.. kerana Allah masih lagi menyayangi diri saya kerana menurukan ujian kepada saya , supaya saya tidak alpha kepadaNya.

Anak sakit, anak di masukkan ke wad, susu ibu tidka mencukupi dan sebagainya... adalah dugaan yang sering atau biasa di alami oleh ibu-ibu baru. Setiap orang ada bahagian masing-masing...dan setiap bahagian yg Allah turunkan tidak sama dengan orang lain..contohnya.. anak org lain demam  tidak  di masukkan ke dalam wad, anak saya pula demam kena masuk wad..namun apa yang penting, kita sudah berusaha, berdoa dan bertawakal supaya ujian yang diturunkan di mudahkan...

Ibu-ibu di luar sana, bersyukur lah kerana kita sentiasa di uji, kerana setiap ujian yang hadir dalam hidup kita mematangkan diri kita dalam menjaga amanah yang di berikan kepada kita..Mudah-mudahkan kita semua di bawah perlindunganNya..AMIN

Tuesday, April 10, 2012

Insurans - keperluan atau ingin menunjuk ?

Salam...

Agak lama tidak meninggalkan jejak kaki di blog sendiri... kebelakangan ini agak sibuk dan dalam masa yg sama cik lappy uat hal pulak.. motherboard rosak.. nasib baiklah masih lagi dlm warranty klu tidak mahu jugak melayang wang sebanyak 1 k.. (kena kumpul duit mana nak taw klu motherboard rosak lagi)

Insurans... perlukan sangat-sangat ke atau sekadar untuk berbangga diri dan menunjuk-menunjuk kepada org lain... Bagi saya, tepuk dada tanya diri sendiri, kalau mampu tidak salah untuk memiliki satu. Pada zaman di mana wang  menjadi kuasa, insurans sangat penting, apatah lagi mempunyai anak kecil bukan untuk menunjuk tapi ini adalah keperluan yang hakiki.

Saya adalah kakitangan kerajaan ( mesti ada yg akan berkata, kakitangan kerajaan x perlukan insurans.. masuk hospital kerajaan free... klu kakitangan swasta wajib la kena ada insurans, nak bayar bil hospital murah ke... mahal , itu belum lagi pembedahan, tinggal di wad...). Hakikatnya..kakitangan kerajaan mahupun swasta.. anda perlu ada insurans sebagai payung untuk berteduh apabila hujan. Jangan sangkakan hujan sepanjang hari...

Kenapa penting...

1) Kita bekerja penat , mesti mahukan layanan kelas pertama @ terbaik dan sebagai warganegara Malaysia kita layak mendapat hak kita.

- warganegara Malaysia hanya perlu membayar RM 1 utk mendapatkan rawatan di hospital / klinik kerajaan. Manakala warga asing RM 5 untuk mendapatkan rawatan.. sekiranya anda perhatikan di mana-mana hospital kerajaan.. pernah tak anda melihat KAUNTER KHAS untuk warga asing???.. warganegara pula yg kena berebut nombor dengan warga asing...

-kalau kena masuk wad, mesti dapat kelas ke-3, padahal kita warganegara bayar pelbagai cukai.. Kenapa tidak boleh tempatkan warganegara di wad yg khas @ masukkan di wad kelas ke -2.

Ini situasi yg saya alami ketika anak saya di wadkan di hospital kerajaan.. nak jumpe doc kena berebut nombor dengan warga asing.. kul 7.30 dh terpacak dpn kaunter tp dpt no beratus jugak...

2) Bukan semua rawatan di  hospital kerajaan adalah PERCUMA bagi kakitangan kerajaan..

- Rawatan yang melibatkan kos yang tinggi perlu ditanggung sendiri.. contoh pembendahan kanta mata.. (kanta mata yg paling murah RM 720, yg elok.. mau dekat beribu-ribu...)

3) Simpan pendidikan anak-anak

- Ini paling penting kerana saya tidak mahu anak saya mempunyai hutang yang banyak sehingga boleh istihar muflis. Cukup la ibu dan ayahnya tahu betapa perit untuk melunaskan hutang pelajaran. Itu baru hutang pelajaran.. hutang kete, rumah... huhuhuhuhu.... tak boleh bayangkan macam mana nanti.

4) Sekiranya kedua ibu @ bapa meninggal dunia...insurans untuk anak-anak masih lagi di teruskan sehingga anak berumur 25 tahun.

Tepu dada tanya diri sendiri..., apakah yang terbaik untuk anak anda.




Wednesday, March 28, 2012

Anak Bijak Dengan Susu Ibu


Tahukah anda kajian mendapati bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya lebih bijak apabila mereka meningkat dewasa. Kanak-kanak tersebut didapati memiliki tahap IQ yang lebih tinggi iaitu antara tujuh hingga sepuluh peratus berbanding dengan bayi yang meminum susu formula. Angka tersebut mewakili secara keseluruhan pada beratus orang kanak-kanak dan bukannya pada individu. Oleh itu, jika anak ingin mencapai tahap kepintaran yang tinggi untuk anak-anak, mudah sahaja kerana anda perlu menyusukan bayi secara eksklusif tanpa mengeluarkan kos yang mahal.

Kajian juga mendapati kanak-kanak yang menyusu susu ibu memperolehi gred yang baik semasa zaman persekolahan mereka. Selain itu, kelebihan yang diperolehi daripada susu ibu semakin meningkat bergantung kepada berapa lama bayi disusukan. Sebenarnya, daripada penyelidikan yang dilakukan mereka menemui beberapa khasiat yang ada dalam susu ibu membantu pertumbuhan otak yang lebih baik.

Smarter fats
Kandungan utama dalam susu ibu membantu mengembangkan lemak pada otak iaitu DHA (docasahexaenoic acid), sejenis asid lemak pada Omega-3. DHA adalah zat makanan paling penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan penyelenggaraan tisu otak. Analisis autopsi tisu otak daripada bayi yang meminum susu ibu dan susu formula menunjukkan bayi minum susu ibu memiliki otak yang tinggi DHAnya. Selain itu, bayi yang lebih lama minum susu ibu bermakna lebih tinggi tahap DHAnya.

Nutrisi
Untuk memastikan bayi mendapat cukup khasiat untuk perkembangan otak, oleh itu adalah penting bagi ibu yang menyusukan anak memperoleh DHA yang cukup dalam diet mereka. Sumber yang kaya dengan DHA adalah ikan (terutamanya salmon dan tuna). Peningkatan DHA memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan ibu juga.

Kolestrol
Lemak lain yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal adalah kolestrol. Susu ibu mengandungi banyak kolestrol sementara susu formula pula didapati tiada kandungan kolestrol yang diperlukan. ‘Rendah kolestrol’ mungkin berita baik untuk diet orang dewasa tetapi bagi bayi, kolestrol diperlukan sebagai komponen asas untuk menghasilkan saraf tisu dalam pertumbuhan otak.
DHA, kolestrol dan lain-lain lemak dalam susu ibu menyediakan bahan untuk menghasilkan myelin iaitu sarung lemak yang mengelilingi saraf fiber. Myelin berfungsi sebagai bahan penebat, memudahkan saraf membawa maklumat daripada sebahagian daripada otak atau badan kepada bahagian lain. Oleh itu, pentingnya lemak-lemak membina otak. Sekiranya diet ibu tidak menyediakan jumlah lemak-lemak tersebut dalam susunya, payudara dapat menyediakannya serta-merta.

Smarter sugars
Laktosa adalah gula utama dalam susu ibu. Tubuh badan manusia memecahkan ia kepada dua jenis gula ringkas iaitu glukosa dan galaktosa. Galaktosa adalah zat makanan yang bernilai untuk perkembangan tisu otak. Ahli antropologi telah menunjukkan spesis mamalia yang bijak adalah mereka yang mempunyai jumlah laktosa dalam susu mereka. Susu manusia mengandungi konsentrasi laktosa yang tertinggi dalam kategori susu mamalia. Susu lembu dan sesetengah susu formula (susu lembu) mengandungi laktosa tetapi tidak sebanyak susu manusia. Susu soya dan lain-lain susu formula yang bebas laktosa langsung tidak mengandungi laktosa dan hanya gula biasa dan sirap jagung.

Perhubungan bijak
Ketika dua tahun pertama kehidupan bayi, otak membesar dengan pantas dan pengalaman harian bayi membantu menajamkan perkembangan otaknya. Sel otak yang dipanggil neuron, berganda dan berhubung di antara satu sama lain sehingga litaran otak menyamai wayar elektrik yang berselirat. Setiap kali bayi berinteraksi dengan persekitaran, otaknya akan membuat perhubungan baru. Oleh kerana susu ibu dihadamkan dengan pantas, maka bayi yang minum susu ibu dengan kerap akan lebih kerap berinteraksi dengan ibunya.

Penyusuan susu ibu sendiri membentuk perhubungan kulit ke kulit, aliran susu yang kepelbagaian dan hubungan rapat antara ibu dan bayi adalah lebih menarik. Ia merupakan pengalaman yang lebih interaktif berbanding bayi yang menyusu botol. Ini adalah cara semula jadi untuk memastikan bayi mendapat stimulasi yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal.

Para ibu bapa perlu mengetahui bahawa tiada makanan yang diperkayakan dengan DHA dan ARA sebaik yang terdapat dalam susu ibu. Malahan banyak pembuat susu formula berusaha untuk menghasilkan susu yang mengandungi DHA dan ARA seperti mana zat makanan istimewa yang terdapat dalam susu ibu.
Jadi, mengapa anda bersusah payah membeli susu yang mahal jika anda berkemampuan menyusukan sendiri bayi anda tanpa perlu membayar dengan wang ringgit. Tambahan pula selain memiliki khasiat penting berikut, susu ibu turut mengandungi kelebihan yang lain.

Selain dari itu, kajian dalam The Journal of the American Medical Association, The Association Between Duration of Breastfeeding and Adult Intelligence, menunjukkan peningkatan IQ antara bayi yang menyusu kurang dari sebulan dan bayi yang menyusu sekurang-kurangnya 7-9 bulan. Ini adalah perbezaan yang penting. Malahan setakat ini tiada kajian yang dapat menunjukkan kelebihan yang sama pada makanan tambahan yang dicipta mengandungi DHA dan ARA.
Bagi penganut agama Islam tentunya telah sedia maklum seperti mana yang diterangkan dalam Al-Quran tentang fadhilat seorang ibu yang menyusukan anaknya dengan susu badan sekurang-kurangnya sehingga anak berusia dua tahun.

Jadi, semuanya bergantung kepada ibu untuk memberikan yang terbaik kepada bayi mereka. Untuk menghasilkan anak yang bijak dan pintar tentulah dari pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Susu ibu adalah makanan awal yang terbaik untuk bayi anda.
-----------------------------------
Jom berikan susu ibu untuk bayi anda!