Tuesday, April 10, 2012

Insurans - keperluan atau ingin menunjuk ?

Salam...

Agak lama tidak meninggalkan jejak kaki di blog sendiri... kebelakangan ini agak sibuk dan dalam masa yg sama cik lappy uat hal pulak.. motherboard rosak.. nasib baiklah masih lagi dlm warranty klu tidak mahu jugak melayang wang sebanyak 1 k.. (kena kumpul duit mana nak taw klu motherboard rosak lagi)

Insurans... perlukan sangat-sangat ke atau sekadar untuk berbangga diri dan menunjuk-menunjuk kepada org lain... Bagi saya, tepuk dada tanya diri sendiri, kalau mampu tidak salah untuk memiliki satu. Pada zaman di mana wang  menjadi kuasa, insurans sangat penting, apatah lagi mempunyai anak kecil bukan untuk menunjuk tapi ini adalah keperluan yang hakiki.

Saya adalah kakitangan kerajaan ( mesti ada yg akan berkata, kakitangan kerajaan x perlukan insurans.. masuk hospital kerajaan free... klu kakitangan swasta wajib la kena ada insurans, nak bayar bil hospital murah ke... mahal , itu belum lagi pembedahan, tinggal di wad...). Hakikatnya..kakitangan kerajaan mahupun swasta.. anda perlu ada insurans sebagai payung untuk berteduh apabila hujan. Jangan sangkakan hujan sepanjang hari...

Kenapa penting...

1) Kita bekerja penat , mesti mahukan layanan kelas pertama @ terbaik dan sebagai warganegara Malaysia kita layak mendapat hak kita.

- warganegara Malaysia hanya perlu membayar RM 1 utk mendapatkan rawatan di hospital / klinik kerajaan. Manakala warga asing RM 5 untuk mendapatkan rawatan.. sekiranya anda perhatikan di mana-mana hospital kerajaan.. pernah tak anda melihat KAUNTER KHAS untuk warga asing???.. warganegara pula yg kena berebut nombor dengan warga asing...

-kalau kena masuk wad, mesti dapat kelas ke-3, padahal kita warganegara bayar pelbagai cukai.. Kenapa tidak boleh tempatkan warganegara di wad yg khas @ masukkan di wad kelas ke -2.

Ini situasi yg saya alami ketika anak saya di wadkan di hospital kerajaan.. nak jumpe doc kena berebut nombor dengan warga asing.. kul 7.30 dh terpacak dpn kaunter tp dpt no beratus jugak...

2) Bukan semua rawatan di  hospital kerajaan adalah PERCUMA bagi kakitangan kerajaan..

- Rawatan yang melibatkan kos yang tinggi perlu ditanggung sendiri.. contoh pembendahan kanta mata.. (kanta mata yg paling murah RM 720, yg elok.. mau dekat beribu-ribu...)

3) Simpan pendidikan anak-anak

- Ini paling penting kerana saya tidak mahu anak saya mempunyai hutang yang banyak sehingga boleh istihar muflis. Cukup la ibu dan ayahnya tahu betapa perit untuk melunaskan hutang pelajaran. Itu baru hutang pelajaran.. hutang kete, rumah... huhuhuhuhu.... tak boleh bayangkan macam mana nanti.

4) Sekiranya kedua ibu @ bapa meninggal dunia...insurans untuk anak-anak masih lagi di teruskan sehingga anak berumur 25 tahun.

Tepu dada tanya diri sendiri..., apakah yang terbaik untuk anak anda.




3 comments:

  1. Setuju.. insuran sgt membantu akak.. sekarang ni pulak banyak penyakit pelik2.. alhamdulillah, dgn adanya insurans, x perlu risau pasal bil.. yang penting dapatkan yg syariah-compliant.

    ReplyDelete
  2. insurans tu ley membantu menyelamatkan keadaan biler terdesak...since sekarang pon macam2 penyakitkan..heheh..aty pon insyaallah akan amik perlindungan tuk anak nanti..bukan nak mewahkan ker atau ape..tapi pendedahan mengenai kelebihan insuran ni dan yet..pernah lalui sendiri betape beruntungnyer ade insuran time terdesak..:)

    ReplyDelete
  3. insurans pd masa skrg dh jd satu keperluan..ramai org kata cmni..kaya bley la amik insurans..sbnrnya org xkaya or tk brapa kaya je yg patot amek insurans..sbb if anything happen kita tkde duit sedepuk nk byr dposit hspital kn..so bak kata waniey..tepuk dada tny selera..

    ReplyDelete