Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday....


Sunday, January 8, 2012

Kita tak sama.... kena ikut keperluan...

Salam..

Sepanjang saya menyusukan Danial Haqiz sepenuh masa..(azam tahun baru), terlalu banyak dugaan.....daripada sokongan...Alhamdulilah, kerana terlalu banyak dugaan, saya tekad membuktikan saya boleh lakukan.

" Eleh.. nak berlagak la tu.. bangun awal pagi semata-mata untuk pump susu.. macam la xde masa lain.yela, Tuhan hanya bagi masa pagi je nak pumpu susu.... Taw la awak tu cikgu.. banyak masa terluang.. boleh la nak BF baby awak.. cuba awak kerja off cam saya.. komfem la awak akan  bg susu cap lembu"

"Awak nie..obses sangat.., klu susu badan xde.. xde la, x payah la nak kelam kabut.. bukan FM xde di pasaran.. kuar duit dr dompet beli je la.."

dan macam-macam lagi...

Kadang-kadang, saya terkedu dan terduduk.. Adakah menjadi satu kesalahan yang besar sekiranya memberitahu hal yang sebenar????.. saya bukan hipokrit..

Ya.. mmg benar saya seorang guru.. jangan samakan guru pada hari ini dengan guru zaman dahulu.. guru pada hari ini sama sahaja dengan anda yang bekerja di pejabat. Cuma yang membezakan saya dan anda, adalah masa kerja (Jangan anggap cikgu hari ini kerja sekerat hari... kadang-kadang pukul 6.30 petang baru habis kerja, belum masuk lagi dengan kerja pada hari minggu ). Jujur saya katakan masa kerja saya bermula seawal 4.30 pagi....Pertama sekali saya bangun adalah untuk pump susu ( power pumping), memasak untuk di jadikan bekal ke sekolah, jemur baju, siapkan barang keperluan Danial Haqiz, iron baju.. itu pun tak cukup masa...

Kenapa perlu power pump ??..... kerana jadual kerja saya  tidak menentu.. boleh dikatakan dari pukul 7.20 pagi sehingga 10.10 pagi, saya akan mengajar atau menyiapkan kerja yang tertunggak..pukul 10.10 pagi baru saya boleh berehat, masa ini la untuk saya makan, minum dan pam susu... kadang-kadang masa ini ada sahaja kerja yang perlu disiap, pelajar datang untuk bertanyakan sesuatu... Selepas dari pukul 10.30 pagi bermula kembali tugas saya untuk mendidik anak bangsa. Prinsip susu ibu adalah "DEMAND AND SUPPLY". Kalau demand sudah berkurang.. jangan bermimpi untuk mengumpul stok!!!!! (min pump  waktu bekerja adalah 3 kali...saya nak dapatkan 3 kali pump pun susah, kadang-kadang 2 kali sahaja.. selalunya 1 kali sahaja...). Itu belum lagi dengan meeting selepas waktu persekolahan.. aktiviti kokurikulum. Masa terakhir saya habis mengajar pukul 2.15 petang. Selepas tamat waktu bekerja.. saya akan ambil Danial Haqiz.. rindu ok, yang paling penting saya rindu mendengar bebelan Danial Haqiz.

Pulang sahaja ke rumah, bermula kerja rumah.. kerja di rumah tidak pernah tamat...Nak pump susu.. jangan harap la... selalunya saya DF sahaja.. klu dapat pump, Alhamdulilah....Saya bukan tergolong dalam kumpulan banyak susu... sekali pump dapat 7 oz..( mmg teringin yg amat  ...) namun itu hanya mimpi.. paling banyak 4 oz kadang-kadang  3 oz..Saya tetap bersyukur...Saya bukan lah orang yg rajin, hanya orang yg rajin sahaja akan bg susu FM kepada anak mereka ( maaf, kenyataan ini bukan untuk menghina ibu-ibu yg tidak mampu menyusu bayi mereka .. tp khusus untuk ibu-ibu yg langsung tidak mahu walaupun rezeki susu masih ada.. kerana BF ADALAH SUSAH...). Kenapa saya berkata sedemikian.. kerana saya pernah melalui fasa tersebut semasa dalam pantang, ketika susu belum terhasil... setiap 2 jam kena bangun membuat susu anak... si suami enak di buai mimpi, si ibu bertungkus lumus membuat susu dek anak kelaparan. ..dan saya percaya..semua ibu mahu susukan bayi mereka dengan susu ibu kerana tidak perlu bangun malam  untuk membuat susu..

Kenapa nak masak.. nak tunjuk rajin ???. ...Rajin ???... erm, saya masak kerana  saya mahu kurus, menunjukkan contoh yang baik untuk anak saya.. paling penting.. saya tahu apa yang saya makan... Saya perlukan makanan yang seimbang dalam diet harian saya.. supaya badan saya boleh berfungsi untuk menghasilkan susu. Lagi pun.. makanan di kantin kebiasaan sudah habis.. xkan saya nak makan nasi kosong.  Perbelanjaan saya juga dapat di jimatkan... mana tahu sebelum Danial Haqiz umur satahun, saya dapat upgrade medela swing kepada medela free style.

Obses???... Ya, saya mmg obses.. kerana saya sudah tanam  dalam fikiran saya bahawa FM TIDAK DI JUAL DI MALAYSIA. Lagipun.. FM  saya tidak tahu bila masa di proses.. berbanding dengan susu ibu, saya tahu bila di hasilkan.

Saya bersyukur.. kerana ramai kawan-kawan yang memberikan pandangan dan sokongan ketika saya memerlukan.. TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA.. saya ucapkan, semoga rezeki anda di murahkan lagi..

Bagi suami di luar sana.. Hargai la isteri anda yang bertungkus lumus.. bangun seawal pagi untuk mengepam susu.. kerana DUIT POKET anda sudah dapat di jimat untuk berbulan-bulan. Bukan emas yang kami pinta (klu nak bagi ... terima dengan senyum yg riang...) tapi sokongan anda dan ucapan terima kasih.

Bagi bakal-bakal ibu.. tanamkan semangat anda untuk BF bayi anda selagi anda mampu.. InsyaALLAH anda akan berjaya.

Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada usaha.. x guna sekiranya anda mempunyai pump yg beribu ringgit tapi anda tidak berusaha. Jangan jadikan pekerjaan sebagai satu kayu ukuran yang mengagalkan penyusuan ibu... tp usaha la selagi anda terdaya..

Saya memohon maaf sekiranya.. saya terkasar bahasa.. ini adalah sekadar luah perasaan.. mudah-mudahan dengan berkat doa kawan-kawan yg sudah berjaya mahupun yg sedang bertatih seperti saya.. berjaya juga dalam penyusuan ibu selama mana yg di perlukan oleh bayi kita.

Penyelamat sudah datang.........

Sejak mempunyai hobi baru.. (hobi mengumpul stok susu Danial Haqiz), boleh dikatakan 3/4 bahagian atas peti sejuk di penuhi dengan susu Danial Haqiz.. hanya 1/4 sahaja untuk cik ikan, cik ayam, cik udang dan cik santan..(maaf ye, kalian kena berkongsi tempat..cam ikan sardin je.. saya tengok..).

Suatu hari, tok mak sedang sibuk memasak kari ayam.. bila tok mak masukkan santan dalam kari.. tok mak bising kat dapur .. kenapa la kari jadi seperti kari mamak.. warna  kari tidak berubah, malahan rasa kari sudah berubah... hati kecil ini sudah berdebar-debar...Bila saya tengok dalam tong sampah.. macam kenal je dengan plastik tersebut.. bila saya tengok kembali.. SAH, mmg betul apa yang saya jangka... tok mak SALAH ambik PLASTIK.. plastik santan yang tok mak ambik adalah STORAGE BAG susu Danial Haqiz... mahu saja meraung.. 7 oz sudah masuk ke dalam kari..

Mahu tak mahu.. saya kena membeli juga peti khas untuk penyimpan stok susu Danial Haqiz.., mula-mula ingat hendak beli mini bar.. tp takut jugak susu tak tahan lama..pk punya pk.. saya beli chest freezer..Beli kat carefour je.. RM 600.. nak beli yg ada drawer.. huhuhu mahal sangat.. dekat 1.5K. Beli kat kedai biasa..kalau tawar dapat potogan sedikit sahaja.. kebetulan carefour tengah buat promosi barangan elektrik.. rembat je la mmg sangat memerlukan...alang-alang boleh la uat ais-krim malaysia..


Stok susu Danial Haqiz......


Cik Penyelamat.... 
(abaikan periuk 2...)

Sunday, January 1, 2012

Jangan tinggalkan saya....................


Good bye 2011 and welcome 2012...

Serious.. susah nak terima hakikat yang esok dah nak tahun baru.. baru je nak feel zaman muda-muda dulu tetiba dah terasa tua plak...erm..

Sebab-sebabnya...

1) I'm getting old... 27 tahun dah ( lagi 3 tahun lagi nak masuk angka 30...)

2) Masih lagi di takluk yg lama

3)  Meja dan kerusi yang lama (x pe asalkan boleh park muntut dan buat kerja dengan selesa)

4) Cara lama ( bila la  bdak2 sekolah boleh bawak notebook g sekolah yg lengkap dengan data buku teks...nie setiap tahun mesti ada je masalah "lupa bawak buku teks")

5) Girlfriends lama - harus dikekalkan kerana sporting dan mempunyai minat yg sama.. iaitu SHOPPING....

6) Boyfriends lama - ada ker ???? hahahhahaha, dh ada yg latest version dh.. suami n anak tercinta

7) Tu je kot...

Yang tahun baru pula..Masih lagi difikirkan.. banyak lagi jam.. terlalu banyak kehendak .. mudah-mudahan tercapai 2 @ 3 perkara..

Antara perkara yg jadi atau mungkin tak jadi..

1) Nak kurus - buang segala lemak yang jht...kena turun lagi 15 KG lagi.. good bye to fast food..

2) Nak bekalkan EBM @ menyusu Danial Haqiz Rizqin sepanjang tahun nie...

3) Nak panjat PUTRAJAYA (kali terakhir) -mintak transfer balik KEMAMAN.. yg dh taw dh ayat power  dr org KEMENTERIAN 

i) Kenapa la awak mintak KEMAMAN..( dh suami sy kerja kat sana)

ii) Ada lagi cikgu-cikgu yg 25 tahun mengajar tapi mi tak boleh transfer balik KEMAMAN, tak kan saya dh bagi kat awak yg masih setahun jaguh nak balik KEMAMAN ( klu tuan luluskan, dh lama dh mereka dan saya boleh balik.. al-maklumla kami semua mana ada KABEL)

iii) Kalau saya bagi awak pindah, nanti awak nak ajar apa?  Nak bagi  gaji cane ( Dalam fail meja dh cakap menerima arahan dari pihak atasan dr semasa ke semasa.. kisah kena ajar apa-apa matapelajaran jangan bahasa ARAB sudah)

cam-cam la... klu la saya boleh bercakap ayat yg dalam ( ), konfem kena band...

4) Nak beli rumah.... klu xde rumah susah, harga makin naik.. xkan dh JUTA br nak beli, gaji belum lagi JUTA, bila agaknya boelh merasa.. RATUSAN RIBU belum lagi merasa ...

5) Jadi ibu yg terbaik utk Danial Haqiz....malam2 sebelum tido WAJIB bacakan 1 cerita kepada Danial ( yg nie dh buat cuma kena baiki, kerana tiada notasi suara.. saya bukan budak sastera...)

6) Jadi anak yg baik utk mak dan ayah - always make both happy

7) Jadi isteri yg baik - kena care husband walaupun duk jauh.. calling n sms selalu

8) Jadi kakak yg sporting 

9) Jadi kawan yg senang di ajak berjimba-jimba dengan kebenaran suami

10) Makan ikut piramid makanan... kerana no. 1 dan 2, kena jadi contoh pada Danial Haqiz..supaya makan benda yg berkhasiat

11) Kurangkan tido - nak kurang cane lagi, selalu x cukup  hahahhaha, bgn kul 5 pg nak pump..

12) Kurangkan  SHOPPING -masalah negara nie, sbb klu dh berjimba-jimba mesti akan terbeli 2 benda jugak hahahahah

13) Nak tukar kereta SEDAN.. keta COMPACT yg ada  cukup-cukup ruang je letak stoller Danial Haqiz dalam boot...tp sayang plak sbb senang nak parking kat pasaraya...

14) Apa lagi ye....

Banyak nya benda nak buat tahun hadapan.. Tp saya pernah dengar Dr. Fadilah Kamsah cakap. ...

"kalau kita nak berubah ke arah kebaikan kalau boleh jangan bagitau sesiapa sebab itu boleh menimbulkan rasa riak dan bila yang dihajat xsampai nanti orang akan mengata"

Anda pula bagaimana.. apa-apa pun, niat yg baik tetap di makbulkan.. x gitu

Monday, December 26, 2011

Breast Pump.... Bagaimana cara pemilihan...

Salam...

Ramai bakal-bakal ibu di luar sana yang berniat untuk menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu @ selama 6 bulan.. mesti terfikir, bagaimana hendak memilih pump yg sesuai dan boleh guna sampai bila-bila sehingga hayat pump tersebut harus di tukar dengan yg baru... kata org "Alah membeli bisa memakai". Terdapat 2 jenis pump di pasaran, jenis manual dan elektrik. Itu belum lagi dengan pelbagai jenama dari yg biasa-biasa sehinggalah yg branded.

Saya dulu seperti anda.. pening kepala hendak memilih pump yang sesuai dengan bajet. Manual atau elektrik masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Kalau boleh nak pump boleh guna manual dan elektrik (susah nak dapat pump macam nie, di pasaran hanya ada 1 jenis sahaja) itu belum lagi dengan baby mimic (apa ke benda baby mimic nie)...2 phase ( klu 1 phase x boleh ke...) macam-macam yang bermain di fikiran saya... Ibu baru mesti hendak yg terbaik. Ikutkan hati mahu sahaja membeli Medela Free Style.. tapi tak mampu.huhuhu. Prinsip saya gunakan semasa memilih pump.. sama dengan prinsip membeli handbag.. kena tengok dan cuba dahulu.. sesuai atau tidak. Sebelum mencuba kena review dahulu kelebihan pump manual dan elektrik.

Kebetulan ( maybe rezeki anak), rakan di sekolah mengunakan pump jenis Avent Isis ( manual), Medela Harmony, Medela Free Style dan pureen (manual).. dari sini saya boleh mendapatkan maklumat yang penting.... Jangan malu untuk bertanya...

Maklumat yang saya perolehi

Avent Isis - ringan, selesa di gunakan, kuat mencekam (yg nie mmg saya x paham langsung), 5 minit susu penuh sehingga 5 oz
Medela Harmony - ringan, selesa di gunakan, kurang mencekam, 6 minit susu sudah di pam keluar
Pureen - ringan, selesa di gunakan tetapi  susu lambat di pam keluar
Medela Free Style -Double pump, mudah dan cepat, selesa.

Dari maklumat yang saya perolehi.. saya check on9, kedai yg menawarkan perkhidmatan untuk mencuba dahulu pump sebelum membeli. .. Saya mencuba pump spectra 3, medela swing, avent, amenda. Setelah mencuba saya membuat list berdasarkan bajet saya.. saya memilih medela swing..

Kenapa medela swing .. saya sukakan soft fit breast shield.. mmg lembut dan tidak sakit berbanding dengan avent breast shield dan lain-lain. Yang paling best.. sesuai dengan semua jenis storage bottle atau feeding bottle (normal size) ..part nie saya mmg suka sbb tak perlu nak basuh banyak part, dan sgt mudah, boleh digunakan secara manual dan yang paling penting mematuhi bajet saya.

Saya membeli medela swing dengan harga RM 250 (rezeki anak betul.. mana nak dpt harga pump yg branded bawah RM 500). Beli secara on9 di  KC Dream (semasa promotion), kebetulan pula rakan saya hendak ke UK..(rakan saya belikan pump medela swing kepada saya.).  Set saya perolehi dari KC Dream saya jualkan kepada org.. saya gunakan set yg saya pesan dari kawan saya...


 Medela swing....
+

Medela harmony diaphragm, puller and o-ring assembly
+

Medela harmony handle


Ini lah set yg saya perolehi dari UK... so practical... nak guna manual atau elektrik pun boleh..suka sangat-sangat...boleh tukar swing kepada harmony. Harmony saya guna dalam pantang dan membuat stock EBM pada waktu pagi (3 atau 4 pagi sbb x bising). Swing plak, saya gunakan untuk buat EBM pada waktu siang. Kalau lupa nak charge battery, boleh guna harmony hehhehehe...

Alhamdulilah, setakat nie, harmony n swing sangat berjasa kepada saya....Mmg rezeki saya..Cuma x double pumping.. apa-apa pun saya tetap bersyukur kerana dapat apa yang hendak berdasarkan bajet saya. Kawan saya lagi hebat dari saya... kawan saya hanya membeli part tertentu  untuk dapatkan medela harmony secara ansur-ansur. caranya...



Anda perlu membeli :

1) harmony handle
2) harmony diaphragm, puller and o-ring assembly 
3)Valve head and membrane 
4) Connector 
5) Breast shield 
6) Storage bottle 


P/s : Ada sesiapa yang hendak bermain kutu utk dapat medela FS...nak join sekali, harap maklumat di atas dapat membantu....

Sunday, December 18, 2011

Fasa 1 - Tamat dengan jayanya...

Alhamdulilah...., syukur sangat-sangat kerana berjaya menamatkan penyusuan secara exclusive selama 3 bulan nie, walaupun saya terkedek-kedek dek kerana mengalami kekurangan susu... namun Alhamdulilah, rezeki anak masih lagi ada, mudah-mudahan di murahkan, di mudahkan ..Amin.

Tahniah, saya ucapkan kepada diri saya.. kerana berjaya melepasi fasa pertama (3 bln), mudah-mudahan dengan semangat yg gigih  berjaya melepasi fasa 2 (3 bln seterusnya), sebelum Danial Haqiz diperkenalkan dengan solid food..


Stok susu yg berjaya di kumpulkan semasa mengalami "kekurangan susu" .........................


5 oz x 8 = 40 oz


7 oz x 4 = 28

adalah sebanyak 68 oz...Alhamdulilah..., ini adalah hasil top-up kerana susu saya tidak semeriah mana, namun masih lagi ada, dan anak saya dapat menyusu itu pun saya dah bersyukur sangat-sangat, niat saya mahu menyusukan anak selama 2 tahun, namun saya kena membuat target selama 3 bln...3bln, bukan apa kerana takut apa yg dikejar tidak dapat..apa yg di kendong tercicir pula. Jujur saya katakan, saya cemburu dengan mommy-mommy lain... sekali pump dapat 8 oz, 9 oz, 12 oz dan oz -oz banyaknya....

Saya pula......


paling banyak 2 oz....paling sikit 2-3 titik susu sahaja... namun Alhamdulilah, rezeki Danial Haqiz masih ada lagi....Mungkin satu hari nanti saya pun boleh dapat  seperti mommy-mommy lain.... InsyaALLAH...



Saturday, December 17, 2011

3 Bulan Dalam Kenangan...

Cepat sungguh masa berlalu..masih lagi tidak percaya akan kehadiran mu dalam hidup kami..lahirnya diri mu membawa pelbagai makna, pelbagai rasa yg agak sukar di gambar dengan kata-kata...hanya mereka yg bertuah sahaja yang mengetahui perasaan itu. Ya ALLAH, terima kasih atas kurnianMu.. lahirnya Danial Haqiz Rizqin di muka bumi ini. Ini pertama hati kami, penawar dan racun dalam hidup kami dan pengikat kasih antara saya dan suami ku.

Sayang, masih ingatkah lagi sewaktu sayang berada di dalam rahim umi.., sewaktu umi bekerja, sayang akan duduk diam.. bila umi marahkan @ mengeluarkan suara garang kearah pelajar umi.. sayang akan menendang umi supaya tidak marah, hanya perlu mengeluarkan kata-kata yg tegas.. Masih ingatkah lagi, waktu malam sayang akan tendang umi untuk solat Isyak sekiranya umi tertidur awal dek keletihan pada siang hari...Masih ingatkah lagi, sayang akan tendang umi sekiranya umi lupe untuk membacakan buku kegemaran sayang....Ingat itu masaih lagi segar dalam ingatan umi.

Sayang, sewaktu umi mahu melahirkan sayang... umi selalu ingatkan sayang supaya lahir pada hari abah cuti.. supaya abah tidak berulang-alik dr Kemaman ke Kuala Terengganu...Alhamdulilah, sayang di lahirkan pada hari Sabtu... Kesakitan yg umi tanggung ketika melahirkan sayang hilang begitu sahaja.. Umi lupa bagaimana rasa sakit tersebut.. dek melihat dan mencium sayang kali pertama ketika sayang di atas dada umi.... sungguh agung sekali kuasaMU...

Sayang, masih ingatkah lagi.. sewaktu air mata umi jatuh berderai jatuh di atas muka sayang dek kerana umi tidak mampu untuk menyusukan sayang dengan susu umi, atas usaha dan rezeki yang dikurniakanNYA, Alhamdulilah..umi mampu menyusukan sayang sehingga hari ini..mudah-mudahan rezeki ini melimpah ruah untuk diri mu, sayang. Tidur malam umi tidak lagi teratur namun umi bahagia melihat sayang membesar dengan sihat dan ceria.




Sayang,walaupun rezeki umi masih belum turun untuk berada dekat dengan abah, namun umi bahagia kerana sayang akan menemani umi sepanjang masa... (abah kena turun KL selalu ye... hehe). Sayang, umi akan sedaya upaya umi untuk menjaga sayang.. memberikan yang terbaik dari pelbagai sudut..InsyaALLAH dengan izinNYA, umi mampu melakukan..Sayang, umi bangga akan pencapaian diri mu... sekarang sayang sudah pandai untuk berkata-kata..sampai berbuih-buih mulut, pandai untuk menyanyi.. pandai mengeluh( belajar dr mana kecil-kecil lagi dh pandai mengeluh) pandai gelak bila di agah.. kadang-kadang sampai terbawa-bawa dalam mimpi.

Pada waktu malam, sayang akan tendang umi, supaya bangun untuk tukarkan pampers @ menyusu.. dan yg paling seronok.. kita sama-sama bangun awal pukul 5 pagi..( umi bangun 5 pagi utk aktiviti mengepam.. sayang bangun awal nak tunggu azan subuh ye...). Dalu, agak susah hendak mendengar tangisan sayang... sekarang sudah pandai untuk menangis....tp air mata tidak mengalir.. huhuhu, tangisan untuk perhatian...pandai..pandai. Sayang sudah mahu meniarap, sayang berusaha sekiranya tidak berjaya sayang akan mengamuk kemudian mahu menyusu...huhuhuh( usaha hanya 3 kali sahaja... usaha lagi sayang..)

Apapun.. umi dan abah tetapkan sayangkan Danial Haqiz Rizqin.. semoga menjadi khalifah ALLAH yg membawa pegangan agama junjungan Nabi Muhammad S.A.W kearah kebaikan...AMIN

Friday, December 16, 2011

Adele - set fire to the rain

Kecundang lagi.......

Mungkin masih tiada rezeki lagi.. entah la, sampai bila akan hidup sebegini lagi....suami jauh di nun sana.. saya pula di sini.. susah nak cakap, kerana rezeki ini di tentukan olehNYA.. mungkin 10 tahun atau berbelas @ berpuluh tahun baru dapat bertukar ke sisi suami.... I am monthly wifey.., sebulan sekali sahaja br boleh menjadi isteri sepenuh masa..Alhamdulilah.. (kalau setahun sekali......huhuhu tak boleh nak bayangankan....). Cuma sekarang, saya ada Danial Haqiz Rizqin...,tanggungjawab saya bertambah sekali ganda...tidak mengapa, demi anak saya sanggup pikul tanggungjawab tersebut asalkan saya boleh menjaga dan melihat membesar depan mata saya dan berikan yg terbaik.. mudah-mudahan, urusan saya di permudahkanNYA.

Ini merupakan kali 3, saya dan suami memanjat ke Kementerian Pelajaran, merayu untuk saya bertukar ke Kemaman.. seperti biasa.. bila mendengar negeri yang hendak di tukar.. semua mengeluh.. (KEDAH, TERENGGANU dan KELANTAN). Tahun depan adalah tahun terakhir saya memohon untuk bertukar ke Terengganu.. kerana saya sudah muak dengan alasan yg diberikan oleh pihak kementerian...lagipun harga rumah bukan semakin turun lagi semakin meningkat... ini juga merupakan alasan yg kukuh mengapa saya tidak mahu merayu untuk tahun seterusnya. Sampai bila saya mahu tinggal bersama dengan ibubapa saya... perasaan malu semakin menebal, saya dan suami perlu membeli rumah (kalau sewa kena bayar dkt penyewa.. baik beli bayar dkt bank..akhirnya akan jd milik sendiri) untuk kelesaan kami sekeluarga.

Sampai bila, perlu berulang alik.. dahulu saya tidak kisah, kerana saya seorang sahaja, kini ada Danial Haqiz Rizqin. Segala keutamaan harus diberikan kepada Danial Haqiz... sekarang Danial Haqiz masih kecil, tidak tahu mengapa boleh jumpa dengan Abah sebulan sekali sahaja... Bila Danial Haqiz boleh berkata-kata, bagaimana pula saya mahu menjawab supaya Danial Haqiz faham...erm..

Tahun 2012, merupakan titik penentu... sekiranya gagal pada tahun 2012, abah kena pindah ke KL...kalau ditanya, siapa yang sanggup berjauh dari kampung halaman..apatah lagi tempat dilahirkan, bahasa yg selalu di gunakan, makanan yg selalu dimakan.. demi anak terpaksa.. hurm..Nampak gaya wish list saya yang pertama agak sukar untuk kecapi... hanya keajaiban sahaja yang boleh lakukan............

Wednesday, December 14, 2011

Melatih Danial Haqiz ke Nursery.....

As-salam...

Tinggal lagi 2 minggu +++, utk melangkah ke tahun baru.. ini juga bermakna saya akan mula masuk bekerja. Erm.. rasa berat je hati untuk berpisah dengan Danial Haqiz.., kerana sejak dalam pantang sehingga sekarang belum pernah lagi berpisah selama 7 jam.... berpisah 1 jam kerana hendak membeli barang keperluan Danial Haqiz dah terasa rindu.. apatah lagi 7 jam.. erm..Harapkan saya bekerja sebagai seorang guru, separuh masa.. tapi hakikatnya bukan sebegitu...

Saya memilih untuk menghantar anak saya ke Nursery.. itupun setelah berfikir berkali-kali.., bukan apa takut apa-apa yg tidak diingin berlaku (mintak-mintak di jauhkan)..klu ikutkan hati mahu sahaja mengambil maid.. tp takut jugak kes yg berlaku di kejiranan saya berlaku kepada diri saya.. Maid lari dr rumah.. BERHENTI KERJA, pernah juga terlintas...sapa pula mahu menbayar hutang kereta....

Nak pilih nursey.. bukan mudah.. saya sendiri kena survey hampir 11 buah nursery....., Alhamdulilah.. dpt lah 1 nursery yg memenuhi kehendak saya..itu kehendak saya, belum lagi kehendak Danial Haqiz....kena try n error.. kena ader backup nursery..hurm. Cara saya memilih nursery..

1) Kena tgk sijil pendaftaran nursery..samada berdaftar dengan kebajikan masyarakat (mmg saya kol.. takut kena tipu)

2) Kena tgk sijil latihan kakitangan nursery (mesti dr kebajikan masyarakat)

3)Tahu mengendalian EBM

4) Berapa org bayi yg diambil untuk di asuh..( max 4 org bayi sahaja...)

5) Kebersihan dan tempat jagaan bayi..

6) Bertanya kepada para ibu yg menghantar bayi mereka.. ok x layanan dsb..

7) Bayaran nursery ( yg nie mmg saya tidak kisah, kerana saya mahukan yg terbaik untuk bayi saya)

8) Jarak nursery dr tempat kerja @ rumah ( nursery yg saya pilih mmg jauh dr rumah saya dan tempat kerja.. lebih kurang berada di tengah-tengah sama jarak antara rumah dan tempat kerja)

Selepas pemilihan nursery, saya interview pengasuh yg akan jaga anak saya..bila waktu feeding, bath, tido, pengalaman jg baby berapa lama, pernah ambik kursus CPR ( jgn igt CPR x penting..), klu terlebih masa berapa bayaran akan di caj..

Setelah mendapat maklumat.. saya melatih Danial Haqiz bersesuaian dengan jadual di nursery. Pada saya ini amat penting, kerana mahu Danial Haqiz selesa dan tidak terkejut budaya. Cara saya..

1) Sukat berapa banyak oz yg bayi minum, penting kerana tidak mahu pihak nursery kol ckp x ckup susu.. haru nanti... berapa kali minum dlm sehari @ setengah hari. Bayi saya hanya minum 3 oz utk setiap 1 jam, ini bermakna saya perlu bekalkan 21 oz utk setengah hari bekerja dan 36 oz utk 1 hari penuh...( keperluan susu bg bayi 0-6 bln, adalah tetap dan akan berkurangan apabila makanan pejal di berikan..). Indicator ini juga memudahkan saya utk memastikan stok susu keluar mesti sama dengan stok susu masuk.. tidak boleh negatif

2) Berapa lama yg di ambil utk bayi sedawa..ini penting kerana tidak mahu tersedak susu.. Bayi saya mengambil masa lebih kurang 10 minit.

3) Mengetahui pola tidur bayi... Perkembangan bayi adalah seiring dengan pola tidur.. ini bermakna tidur yg cukup membuatkan bayi kita cerdas dan cergas untuk belajar benda baru.