Sharing is caring right....
Cam biasa la, klu nk kahwin wajib dapatkan sijil nikah.. apa kegunaan sijil nikah nie. Sijil nikah nie gunanyer untuk memastikan ite telah berjaya denga jaya mengikuti ceramah-ceramah yg berkaitan dengan rumah tangga. Buat masa sekarang just pergi kursus terus dapat sijil nikah.., tak lama sistem ini akan ditukar dimana selepas menghadiri krusus selama 2 hari, para peserta dikehendaki menduduki peperiksaan (bukan saya ckp ye, pejabat agama yg cakap). Apakah releven para peserta diwajibkan mengambil peperiksaan ...reason yg kukuh di berikan oleh pejabat agama:
1) kadar penceraian yg meningkat di kalangan muda mudi hanya di sebabkan hal yang remeh temeh, contoh nyer, hanya disebabkan seorang isteri x taw masak ikan goreng, si suami terus menceraikan... (penah ader kes...).
dan banyak lagi.....ok, saya nk cerita kisah saya untuk mendapatkan surat kebenaran bernikah...
Kisah saya ...
Poskod rumah saya 54200 Kuala Lumpur.., mesti org igt, tinggal di Kuala Lumpur, mesti nk mintak borang nikah di JAWI.. saya igt camtu jugak.., naseb mmg menyebelahi saya, entah kenapa tetiba tangan saya gatal mendial no. tel pejabat JAWI, untuk bertanyakan status borang kebenaran berkahwin pihak perempuan yg kena dapatkan samada dari JAWI atau JAIS. Pegawai berkenaan check kawasan yg berada dalam lingkungan JAWI, malangnyer poskod 54200 tidak terdapat dlm lingkugan tersebut. Pegawai berkenaan berkata "Cik kena mengambil borang di JAIS"... siapa sangka tinggal di Kuala Lumpur tp kena ambik borang di JAIS...
Bermula la pengambilan borang nikah di JAIS. Borang nikah di JAIS adalah percuma.. (saya ambik 2, satu untuk spare mana la taw klu ader kesalahan semasa mengisi borang). Semasa mengambil borang tersebut saya bertanyakan bermacam-macam jenis soalan (yela, org yg x taw apa-apa mesti kena tanya soalan macam-macam, tp cam biasa la x semua org peramah dan nak layan karenah tetamu.. terima je la, ye la dorang lebih power dari saya...)
Soalan yg saya tanya
saya : "Boleh x klu saya siapkan dulo borang nie"
Pegawai berkenaan : " Boleh, selepas siap, cik boleh hantar"
saya : "Adek lelaki yg berumur 23 tahun boleh x jadi saksi'
Pegawai berkenaan : " Boleh"
Itu baru hari pertama.., hari kedua saya pergi untuk mendapatkan kepastian
saya : "Boleh x klu saya siapkan dulo borang nie"
Pegawai berkenaan : " Selepas pihak lelaki dapat surat kebenaran baru la cik siapkan borang cik, dan kepilkan sekali untuk di hantar ke sini"
saya : "Adek lelaki yg berumur 23 tahun boleh x jadi saksi"
Pegawai berkenaan : " Tidak di galakkan"
See, the information that I get in day 1 and day 2 .. so different ...saya x puas hati lagi, hari ketiga saya g lagi..
saya : "Boleh x klu saya siapkan dulo borang nie"
Pegawai berkenaan : " Selepas pihak lelaki dapat surat kebenaran baru la cik siapkan borang cik, dan kepilkan sekali untuk di hantar PPN"
saya : "Adek lelaki yg berumur 23 tahun boleh x jadi saksi"
Pegawai berkenaan : " Tidak boleh"
Bayangkan la perasaan saya, 3 hari saya pergi 3 kali saya dpt informasi yg salah.., kejap kata kena hantar kat JAIS, kejap kena hantar kat PPN.... huhuhu, ikut la, yg penting saya dapat surat kebenaran nikah belah lelaki. Oh ya, lain-lain negeri ader cara yg tersendiri.., tp saya x arif sgt, sbb kat selangor sendiri ader bermacam informasi yg kadang-kadang saya sendiri x taw yg mana 1 betul, kadang-kadang sakit hati jugak, sbb semakin menyusahkan bukan semakin menyenangkan apabila bertanyakan soalan-soalan tersebut.
Pasal surat akuan bujang.., klu kat JAWI x perlu tp kat JAIS penting, kenapa.. ini sume punya pasal kes Aziz M Osman dengan seorang Ustazah yg mana Ustazah 2 mengaku diri bujang padahal dh berkahwin....(ader jugak org cani).. Dengan terkapai-kapai, saya mencari contoh surat akuan bujang.. naseb baik ader blogger yg baik hati bagi link kepada saya untuk tengok contah tersebut .. terima kasih kak...
Selepas setel semua borang saya (salinan IC saya, wali, 2 orang saksi, surat akuan bujang, surat nikah parents, salinan sijil kursus kahwin, sijil kursus kahwin yg original) saya kepilkan dengan surat kebenaran nikah belah lelaki. Saya kol dulu JAIS, kemanakah saya harus bawa semua dokumen-dokumen yg telah siap.. pengawai yg berkenaan ckp "Bawa ke JAIS untuk di tanda tangan di JAIS sbb kariah masjid yg dekat dengan rumah cik dh x boleh nikahkan org, dh tamat tempoh". Saya bagitaw kat ayah saya, kena tanda tangan kat JAIS.., malam itu jugak ayah kol saksi-saksi untuk berkumpul di JAIS..
Keesokkan harinya, kami pergi ke pejabat JAIS untuk tandatangan borang nikah saya. Pegawai berkenaan berkata kena bawak borang nie ke PPN. Baru semalam kol, lain plak jadi pada hari tersebut. Ayah mintak no fon iman (jurunikah) untuk kol iman tersebut.. cam biasa x angkat, bila pegawia JAIS kol, baru Iman tersebut menjawab panggilan tel....Kami bergegas ke sana.., Alhamdulilah setelah berbincang pada pukul berapa untuk di akad nikah (huhuhu, iman pown kena book taw, dlm sehari jurunikah leh ambik minimum 30 0rg jer untuk di nikahkan..., jangan main2), kami pown menurunkan tanda tangan pada borang nikah bersaksikan jurunikah. Dh selesai baru boleh hantar ke JAIS.., dlm masa 3 hari dh dapat SURAT KEBENARAN BERKAHWIN...,surat nie biasanyer org simpan, seminggu sebelum tarikh untuk di nikahkan baru hantar TAPI SAYA TERUS HANTAR PADA JURUNIKAH SBB JURUNIKAH NK REKODKAN DAN SAYA ADALAH SEORANG PELUPA... takut jugak klu tersalah letak borang kebenaran berkahwin ini...ini antara hidup dengan mati...
uish..rs mcm complicated je nak anta borg tu kan..knp lak informasinya x tetap..kan dah nyusahkan org kan..haih, mujurla sume dah settlekan..menda penting nih..
ReplyDelete2 la.., 3 kali pergi 3 kali jawapan x sama...x pe la yg penting dh selesai....
ReplyDelete