Salam....
Agak lama saya menyepi....... senyap tanpa berita, bukan senyap tapi kekangan masa kerana terlalu banyak urusan yang perlu di selesaikan......Berbalik pada tajuk di atas.. kalau di tanya (klu ada org nak belanja @ ada lebihan wang) , nak beli pump yang mana satu.. double pump atau single pump... saya pasti ramai yg berderu-deru akan menjawab.. DOUBLE PUMP.. klu boleh nak FREE STYLE ... . betul tak....huhuhuhuhu
Mungkin bagi orang lain, jenis pump memainkan peranan yang penting dalam menjayakan penyusuan ibu..( elektrik/ bateri vs manual).. kebanyakkan akan memilih elektrik untuk memudah urusan bekalan EBM.. bagi saya elektrik atau manual tidak penting.. yang penting adalah KECEKALAN untuk menjayakan penyusuan ibu.. tidak kisah la berapa bulan pun.. yang penting anda berusaha dan niat menyusukan badan kerana ALLAH... InsyaALLAH, urusan anda di permudahkanNYA...
Kalau ikutkan nafsu... mahu sahaja rembat FS yg harganya 2 bulan bayaran kereta di bank..fikir punya fikir... tidak jadi.. Alhamdulilah, dapat rezeki SWING dgn harga yg berpatutan.. ( mengikut bajet saya...) kalau tidak, mimpi la saya untuk memiliki SWING yang harganya lebih kurang 1 bulan bayaran kereta di bank.. mungkin saya akan memilah spectra 3 atau spectra dew atau harmony...
Baru-baru ini, saya telah upgrade SWING to DOUBLE PUMP... (gatai nak upgrade.. nak rasa bagaimana DOUBLE PUMP ).. bila review.. SWING DOUBLE PUMP sama sahaja dengan FREE STYLE , dari segi suction... (baru tahu cane rasa FS...), yang beza.. FS x perlu pegang.. SWING DP kena pegang... ( alah, takat pegang je... bukan ada apa sangat, tapi saya x pegang pun just selit dalam bhaju kecik jer... FREE STYLE jugak hahahhahahhah)
But, .... tak la best mana.. seriously, biasa je.. cuma memudahkan kerja pengumpulan EBM..susu keluar serentak dari kanan dan kiri, mungkin saya ini penagih tegar POWER PUMPING . Douple pump.. masa nak buat PP, mmg ngatuk yg amat.. tersenguk-senguk di buatnya.. 10 minit pump, 10 minit rehat... yg 10 minit rehat 2.. mmg terlelap habis... boleh katakan agak susah nak ikut jadual PP nie.. adakalanya, saya tertidur terus.....sempat melakukan 10 minit yang pertama sahaja... erm.. sayang, sbb skip PP..( dah jenis susu tak banyak..)
Kalau tak cuba, mana nak tahu... bila dah tahu, ORIGINAL juga yang menawan di hati... nak buat PP senang, mmg tak masalah mengatuk @ terlelap.. klu terlelap.. 10 minit terakhir sahaja... tak ralat sangat.. at least 50 minit dah uat PP... klu 10 minit je.. mmg ralat sangat....
Saya guna DOUBLE PUMP semasa di sekolah sahaja.. kerana waktu terhad nak buat PP.. klu dapat , syukur sangat... walaupun hasil tiada semeriah PP, yang penting .. alhamdulilah, masih lagi di berikan rezeki untuk esok hari...Di rumah, SINGLE PUMP dari Isnin - Jumaat.., Sabtu dan Ahad baru DOUBLE PUMP... klu x guna DOUBLE PUMP... sayang plak, beli connecter tiub dah RM 55...
Swing DP... mcm nie rupa...
Hasil DP.. 6 oz, kanan lebih kurang 3.9 oz .. kiri 2.9 oz....( 20 minit)
Hasil tuaian PP pukul 4.30 pagi dan 9.50 pg... total 17 oz....(Single pump)
Hasil tuaian pukul 5 petang .. total 12 oz...(single pump).. akhirnya.. berjaya jugak dpt 12 oz.. sebelum mmg susah nak dpt...
Tak kisah la, single pump @ double pump... perlu kecekalan yang tinggi untuk jayakan penyusuan ibu... kalau asyik skip PP atau jadual mengepam ( peringakatan untuk diri sendiri....), susu akan drop .... keep pumping to maintain milk production according to child need... huhuhuuhu..
p/s : Usaha lagi wani... sikit je lagi nak tamat fasa 2..