Alhamdulilah, syukur terhadap ilahi... kerana masih lagi diberikan rezeki untuk menyusukan Danial Haziq Rizqin dengan susu ibu.. Alhamdulilah, sudah lepas 6 bulan pertama.. exclusive bf, dengan jayanya mendapat diploma penyusuan .. (huhuhuhu.. certificate xde, yang penting bangga dengan diri ...)
Prinsip saya...
"Klu orang lain boleh menyusukan anak dengan susu ibu, kenapa saya tidak boleh buat..."
Alhamdulilah, dengan prinsip yang saya tanamkan, saya berjaya menyusukan anak saya.. biarpun pelbagai cabaran datang melanda.. Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui... Orang lain kata, "klu menyusukan anak menggunakan susu ibu, berat bdn mudah turun...", Jujur saya katakan berat badan saya tidak turun.. makin bulat ada la. huhuhuhu.. sbb "No food, no milk.. less water, less milk" . Ini la hakikat yg perlu saya lalui.. xkisah la, bulat ke.. yg penting saya susukan anak saya dengan susu ibu.
Tipu la klu saya kata, saya tidak mengambil suplement.. saya mengambil set BF dr shaklee..( bergantung pada kesesuain diri). Saya ambik shaklee sbb saya perlukan tenaga..sbb kadang-kadang makanan yg saya ambik tidak ikut piramid makanan....klu untuk pekatkan susu, shaklee mmg membantu....
Saya juga minum air rebusan longan + kurma merah dan 3 liter air masak (kadang lebih dr 3 liter air masak) dalam 1 hari., alhamdulilah, hasil tuai masih lagi ada walaupun tidak semeriah org lain..
Apa yang penting..
1) Doa setiap hari kepada Maha Pencipta.. Doa yg baik akan di makbulkandan banyakkan berzikir.. Jaga percakapan kerana air yang kita minum boleh mendengar apa yg kita ucapkan. Ucapakan yg baik akan membentuk kristal yg elok, ucapan yg tidak elok akan membentuk kristal yg buruk - sbb itula air zam-zam @ air yasin boleh dijadikan ubat utk melawat penyakit spiritual. ( saya selalu buat sebelum minum air masak saya berdoa supaya rezeki yg Allah berikan jgn putuskan, mudahkan urusan menyusukan anak dan selawat atas nabi.. InsyaALLAH, susu akan banyak)
2)Semakin banyak kita kosong cik B, semakin banyak susu akan di hasilkan.. so kena rajin pump @ df.... keep on pump.. n keep on PP (power pumping) - tandem pump x pakar lagi sbb x reti..
3) Selepas susukan bayi, harus pump keluarkan lebihan susu, supaya otak akan memberi signal susu perlu di hasilkan.
4) Jgn biarkan cik B bengkak kerana otak akan berikan isyarat susu sudah mencukupi (saya kadang-kadang cik B bengkak jugak sbb meeting.. tp kena ganti jadual pump dengan PP
stok ebm
Mudah-mudahan, rezeki ini akan berkekalan sehingga Danial Haziq berumur 2 tahun..Amin
p/s : sedang menghabiskan stok bulan 2..
No comments:
Post a Comment