Salam....
Momentum untuk menulis di blog tercinta.. makin lama makin menurun.. tidak seperti dahulu...( dulu bujang suka hati jer bila nak tulis, sekarang terkejar-kejar dengan masa.. yup, masa yg makin lama, makin terbatas..). Berbalik pada tajuk di atas.... bukan mudah untuk travel bersama baby.. terlalu banyak benda yang bermain di fikiran...ini juga merupakan kali pertama saya travel bersama bayi saya.. walaupun susah, tapi seronok bila bawa anak ke tempat orang..
Saya pasti, mesti berkira-kira dalam kepala.. nak bawak apa ye.. klu nak di listkan, agak-agak satu dapur nak bawak.. Almaklumla bila baby dh mula makan..
Tips :
1) Tentukan berapa lama anda berada di sana dan masa perjalanan yang di ambil
-Ini penting kerana bekalan makanan dan pakaian anak anda perlu mencukupi ketika anda berada di negara org..
2) Wajib bawa travel adpter..
-untuk mereka yg berada di negara org lebih daripada 1 minggu, masa ini la food warmer baru nak berfungsi, nak panaskan makanan baby.. klu x, duk kat nursery @ dlm kotak jer...
- klu nak bawak rice cooker @ food processor pun boleh..( di sebabkan wani berada di negara jiran hanya 4 hari 3 malam sahaja, wani bawak food warmer je.., senang nak panaskan makanan baby
3) Bawa bekalan makanan (raw food) yang tidak renyah...
-Penting.., sebarang benda yg berair.. susah nak bawak masuk dlm flight (hand carry), expect klu nak masuk dlm luggage.
- Hand luggage = wani letak peralatan makan baby ( mangkuk, sudu dan cawan) + HEINZ pureen + 1 botol EBM
- luggage = food warmer + frozen baby food ( utk 1 jam perjalanan), klu lebih dr 1 jam bawa raw material..
4) Wajib bawa pump...
- yang entah cane, pump bawak tapi corong x bawa... Ya Allah, seksa hidup bila cik B bengkak tp x leh nak pump n baby xnak df, last2 urut ..(nak marmet x pandai).. dapat la dlm 1 oz.. Alahmdulilah, dr x kuar langsung..
5) Wajib bawa bekalan ubatan..
- yang point yg mesti ada dlm list... sbb perkhidmatan hospital di luar Malaysia adalah tidak sama, dr segi ubatan pun x sama..
- Kawan-kawan yg hendak g umrah @ haji SILA CHECK DENGAN PAED ..
6) Vitagen @ sebarang minuman kultur...
- wajib bawak, sbb keimunan badan adalah di tahap yg min bila berlaku perubahan cuaca, mommies boleh bagi pd baby dlm nisbah 2 : 1 ( 2 air , 1 vitagen..)..kena dilute dulu @ mommies minum dulu.. tunggu 1 jam br boleh df baby..
p/s : cerita tentang ke negara jiran akan di postkan kemudian..
Monday, March 26, 2012
Wednesday, March 14, 2012
WW - bila nenda menjaga cucu
Bila nenda jaga cucu.... auztum cooler bag.....ada pampers, kain lampin, yg hijau bukan termos.. tp tupperware utk panaskan ebm.. huhuhuhu....
Thursday, March 1, 2012
Double pump vs single pump...........
Agak lama saya menyepi....... senyap tanpa berita, bukan senyap tapi kekangan masa kerana terlalu banyak urusan yang perlu di selesaikan......Berbalik pada tajuk di atas.. kalau di tanya (klu ada org nak belanja @ ada lebihan wang) , nak beli pump yang mana satu.. double pump atau single pump... saya pasti ramai yg berderu-deru akan menjawab.. DOUBLE PUMP.. klu boleh nak FREE STYLE ... . betul tak....huhuhuhuhu
Mungkin bagi orang lain, jenis pump memainkan peranan yang penting dalam menjayakan penyusuan ibu..( elektrik/ bateri vs manual).. kebanyakkan akan memilih elektrik untuk memudah urusan bekalan EBM.. bagi saya elektrik atau manual tidak penting.. yang penting adalah KECEKALAN untuk menjayakan penyusuan ibu.. tidak kisah la berapa bulan pun.. yang penting anda berusaha dan niat menyusukan badan kerana ALLAH... InsyaALLAH, urusan anda di permudahkanNYA...
Kalau ikutkan nafsu... mahu sahaja rembat FS yg harganya 2 bulan bayaran kereta di bank..fikir punya fikir... tidak jadi.. Alhamdulilah, dapat rezeki SWING dgn harga yg berpatutan.. ( mengikut bajet saya...) kalau tidak, mimpi la saya untuk memiliki SWING yang harganya lebih kurang 1 bulan bayaran kereta di bank.. mungkin saya akan memilah spectra 3 atau spectra dew atau harmony...
Baru-baru ini, saya telah upgrade SWING to DOUBLE PUMP... (gatai nak upgrade.. nak rasa bagaimana DOUBLE PUMP ).. bila review.. SWING DOUBLE PUMP sama sahaja dengan FREE STYLE , dari segi suction... (baru tahu cane rasa FS...), yang beza.. FS x perlu pegang.. SWING DP kena pegang... ( alah, takat pegang je... bukan ada apa sangat, tapi saya x pegang pun just selit dalam bhaju kecik jer... FREE STYLE jugak hahahhahahhah)
But, .... tak la best mana.. seriously, biasa je.. cuma memudahkan kerja pengumpulan EBM..susu keluar serentak dari kanan dan kiri, mungkin saya ini penagih tegar POWER PUMPING . Douple pump.. masa nak buat PP, mmg ngatuk yg amat.. tersenguk-senguk di buatnya.. 10 minit pump, 10 minit rehat... yg 10 minit rehat 2.. mmg terlelap habis... boleh katakan agak susah nak ikut jadual PP nie.. adakalanya, saya tertidur terus.....sempat melakukan 10 minit yang pertama sahaja... erm.. sayang, sbb skip PP..( dah jenis susu tak banyak..)
Kalau tak cuba, mana nak tahu... bila dah tahu, ORIGINAL juga yang menawan di hati... nak buat PP senang, mmg tak masalah mengatuk @ terlelap.. klu terlelap.. 10 minit terakhir sahaja... tak ralat sangat.. at least 50 minit dah uat PP... klu 10 minit je.. mmg ralat sangat....
Saya guna DOUBLE PUMP semasa di sekolah sahaja.. kerana waktu terhad nak buat PP.. klu dapat , syukur sangat... walaupun hasil tiada semeriah PP, yang penting .. alhamdulilah, masih lagi di berikan rezeki untuk esok hari...Di rumah, SINGLE PUMP dari Isnin - Jumaat.., Sabtu dan Ahad baru DOUBLE PUMP... klu x guna DOUBLE PUMP... sayang plak, beli connecter tiub dah RM 55...
Swing DP... mcm nie rupa...
Hasil DP.. 6 oz, kanan lebih kurang 3.9 oz .. kiri 2.9 oz....( 20 minit)
Hasil tuaian PP pukul 4.30 pagi dan 9.50 pg... total 17 oz....(Single pump)
Hasil tuaian pukul 5 petang .. total 12 oz...(single pump).. akhirnya.. berjaya jugak dpt 12 oz.. sebelum mmg susah nak dpt...
Tak kisah la, single pump @ double pump... perlu kecekalan yang tinggi untuk jayakan penyusuan ibu... kalau asyik skip PP atau jadual mengepam ( peringakatan untuk diri sendiri....), susu akan drop .... keep pumping to maintain milk production according to child need... huhuhuuhu..
p/s : Usaha lagi wani... sikit je lagi nak tamat fasa 2..
Friday, February 24, 2012
Cukup kiasukah saya ?????????????
Salam...
Alhamdulilah... Danial H sudah berumur 5 bulan, syukur kepadaNya kerana memberikan nikmat kesihatan pada Danial H. (Masa 4 bulan Danial H kena admit sbb deman, selsema dan batuk selama 1 minggu). Umur 5 bulan... Danial H sudah pandai tersenyum.. suka sgt tengok diri sendiri bila berhadapan dengan cermin, pandai senyum, pandai berborak ( menggunakan bahasa bayi) dan expertam dalam mengesot.... tak terkejar di buatnya. Alhamdulilah rezeki Danial H masih lagi dimurakan olehNya.
Bila berkaitan dengan isu melibatkan bayi dan kanak-kanak, membuatkan diri saya sensitif.... saya percaya semua ibubapa mahukan yang terbaik untuk anaknya, begitu juga dengan saya.... Saya cukup sensitif bila :
A : " Anak u dah berapa bulan"
Me : " 5 bulan dh...."
A : "5 bulan dh.. anak U dah pandai membaca ?, anak i dah pandai membaca... sepatutnya anak cikgu kena
pandai membaca, U x hantar pergi kelas intensive untuk baby pandai membaca....
Me :....................................
Lihat video di bawah ini :
Bayi berumur 5 bulan sudah pandai membaca............
Cukup teruja bukan !!!!!!!!
Memang benar saya adalah seorang guru, itu tidak bermakna anak saya perlu tahu membaca seawal berusia 5 bulan...
KENAPA :
1) Remaja atau para pelajar zaman sekarang terlalu akademik, tiada langsung zaman kanak-kanak.. pagi pergi sekolah, balik sekolah pergi tuition, balik tuition buat kerja sekolah... entah bila hendak bermain dan sebagainya.
2)Di Malaysia, masih tiada lagi SEKOLAH KHAS untuk pelajar yg istimewa iaitu super genius.. Igt lg kisah Adi Putra.. genius matematik sahaja, malangnya dr segi bahasa tiada perubahan...Yg ada Program Permata.. kebanyakkan pelajar ini telah di saring oleh kami (guru-guru).
Mana ada ibubapa yg tidak mahu anaknya pandai membaca di usia yg muda... Masing-masing ada cara didikan masing-masing. Mmg tidak di nafikan, kanak-kanak yg pandai membaca di usia awal sgt matang dan tajam pemikirannya.. itu tidak bermakna kanak-kanak tersebut perlu / wajib tahu membaca di usia 5 bulan... Bagi saya, biarlah anak saya tidak tahu membaca @ mengenal perkataan di usia ini, yg penting perkembangan fizikal dan mental adalah selaras..dan itu tidak bermakna saya tidak pedulikan anak saya... yg penting biarlah anak saya bermain dan berseronak dengan dunia bayi sebelum melangkah masuk ke alam kanak-kanak.
Target saya.. sebelum/ semasa usia 4 tahun anak saya sudah pandai membaca..InsyaALLAH..
Kiasu is commonly used to describe behavior where it means to take extreme means to achieve success

Thursday, February 9, 2012
Pneumonia.........
1. Definisi
Pneumonia adalah jangkitan kuman di peparu. Ia berlaku di sebabkan saluran pernafasan di penuhi dengan lendir dan menyebabkan sistem pernafasan tidak berfungsi dengan baik. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan akan menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak dan membahayakan nyawa si manja.
2. Etiologi
Sebagian besar penyebab Pneumonia adalah mikroorganisme (virus - Respiratory Syncial Virus (RSV) , bakteria - Streptococcus pneumoniae dan Haemophilus influenzae type b (Hib) ). Dan sebagian kecil oleh penyebab lain seperti hidrokarbon (minyak tanah dan sebagainya) yang di mana akan menyerang sistem pernafasan. Jangkitan yang biasa di sebabkan oleh virus dan bakteria ini adalah batuk, selsema dan berterusan hingga ke peparu.
3. Klasifikasi Pneumonia
a. Pneumonia berat: tarikan dinding dada kedalam (chest indrawing).
b. Pneumonia: nafas dengan cepat.
c. Bukan pneumonia: batuk dan demam, tanpa tarikan dinding dada kedalam, tidak bernafas dengan laju.
4. Tanda dan Gejala
Pada awalnya, deman panas, batuk, suara serak. Lama-kelamaan, suhu badan semakin tinggi ( deman makin panas), batuk makin kuat ( seperti batuk kering), pernafasan semakin laju, tarikan otot rusuk ke dalam, sesak nafas dan bibir menjadi biru. Adakalanya di sertai dengan sakit kepala, sakit perut dan muntah (pada kanak-kanak berumur 5 tahun)
Pada bayi (usia di bawah 1 tahun) tanda-tanda pnemonia tidak spesifik, selalunya demam dan batuk.
5. RAWATAN
Sekiranya, Pneumonia di sebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberikan, jika Pneumonia disebabkan oleh virus, antibiotik tidak akan diberikan. d
Rawatan di rumah yang dapat dilakukan pada bayi yang menderita pneumonia:
a. Mengawal suhu badan
Untuk anak usia 2 bulan sehingga 5 tahun, demam diatasi dengan memberikan parasetamol. Bagi bayi dibawah 2 bulan dengan demam harus segera berjumpa dengan pakar perubatan. Parasetamol diberikan 4 kali tiap 6 jam untuk 2 kali sehari.
b. Gizi yang seimbang
Berikan makanan yang cukup gizi, sedikit-sedikit tetapi berulang-ulang. Bagi bayi yang menyusu dengan susu ibu, teruskan penyusuan dengan sekerap mungkin.
Thursday, February 2, 2012
4 bulan yang mencabar...........
Salam....
Jujur saya katakan, hidup saya masih lagi terumbang-ambing, masih lagi dalam penyesuaian dengan dunai baru, keadaan sekeliling dan masa... 24 jam masa yg Allah berikan... masih lagi tidak mencukupi..( ntah apa yg saya buat ... yang pelik masa bujang dan sebelum ada anak.. cukup sahaja masa... sekarang.. saya mengejar MASA...)
Pertama kali dalam hidup saya, saya mengalami cabaran dan dugaan yang hebat.. Danial Haziq di masukkan ke WAD KANAK-KANAK. YA ALLAH, mahu pengsan saya dibuatnya.. gara-gara di sebabkan DEMAN, BATUK dan SELSEMA selama seminggu. Masa ini, haru-biru hidup saya, suami dah la duduk jauh....saya tinggal bersama dengan mak dan ayah. Tinggal bersama dengan mak dan ayah selepas berkahwin adalah berlainan sebelum berkahwin...
Saya tidak pernah terfikir bahawa anak saya akan jatuh sakit, kerana saya fully breast feed anak saya..(kolot bukan pemikiran saya...). Sebelum Danial Haziq admitted, Danial haqiz deman... masa deman ini, suhu badan paling tinggi yang pernah saya rekod 38.5. Mmg panas.. lepas makan ubat kebah, lepas 4 jam panas balik.. main makan ubat je...sampai 1 tahap Danial sudah tidak mahu makan ubat.. makan lepas itu muntah balik. Deman tak surut lagi... Selsema dan batuk pula menyerang.. Klinik.. dah 3 buah klinik saya pergi,( 2 pakar kanak-kanak dan 1 lagi PUSRAWI) tapi bukan makin sembuh.. makin teruk ada la.. risau di buatnya..
Pukul 12 malam, malam ahad, Danial deman sampai muntah-muntah, suami bawak kereta macam mat rempit ke PUSRAWI.. Doc oncall x sampai lagi, pecut ke KECEMASAN di HKL. Doc suspect MILD PNEUMONIA... malam 2 jugak, kena masuk WAD. Kesian bila baby baru 4 bulan kena x-ray..... based on the x-ray, a little crap at left side.... 3 hari 2 malam kami tinggal di wad.
Masuk wad - perkara yang tidak pernah terfikir langsung... mmg x best sbb 12 tgh -malam doc pakar akan check, pukul 4 pagi br nak mimpi best-best, nurse kejut suruh anak makan ubat..(menitis air mata nak paksa Danial makan ubat).. pukul 7 pagi doc pakar buat lawatan..begitu selama 3 hari 2 malam di wad...Alhamdulilah, sembuh jugak Danial Haziq.
Sebelum keluar wad, doc membuat ukuran lilit kepala.. berat dan tinggi normal, lilitan kepala di bawah graf normal... Dang.. berdebar-debar, dalam hati Ya Allah berikan perlindungan kepada anakku... Doc suspect thyroid hormone not at normal level... ujian darah kena buat... kesian Danial, kena ambik darah.. lepas ambik darah.. baru boleh balik rumah..
Bulan 5 nie baru tahu keputusan... mudah-mudahan tiada apa-apa..AMIN

Wednesday, January 11, 2012
Sunday, January 8, 2012
Kita tak sama.... kena ikut keperluan...
Salam..
Sepanjang saya menyusukan Danial Haqiz sepenuh masa..(azam tahun baru), terlalu banyak dugaan.....daripada sokongan...Alhamdulilah, kerana terlalu banyak dugaan, saya tekad membuktikan saya boleh lakukan.
" Eleh.. nak berlagak la tu.. bangun awal pagi semata-mata untuk pump susu.. macam la xde masa lain.yela, Tuhan hanya bagi masa pagi je nak pumpu susu.... Taw la awak tu cikgu.. banyak masa terluang.. boleh la nak BF baby awak.. cuba awak kerja off cam saya.. komfem la awak akan bg susu cap lembu"
"Awak nie..obses sangat.., klu susu badan xde.. xde la, x payah la nak kelam kabut.. bukan FM xde di pasaran.. kuar duit dr dompet beli je la.."
dan macam-macam lagi...
Kadang-kadang, saya terkedu dan terduduk.. Adakah menjadi satu kesalahan yang besar sekiranya memberitahu hal yang sebenar????.. saya bukan hipokrit..
Ya.. mmg benar saya seorang guru.. jangan samakan guru pada hari ini dengan guru zaman dahulu.. guru pada hari ini sama sahaja dengan anda yang bekerja di pejabat. Cuma yang membezakan saya dan anda, adalah masa kerja (Jangan anggap cikgu hari ini kerja sekerat hari... kadang-kadang pukul 6.30 petang baru habis kerja, belum masuk lagi dengan kerja pada hari minggu ). Jujur saya katakan masa kerja saya bermula seawal 4.30 pagi....Pertama sekali saya bangun adalah untuk pump susu ( power pumping), memasak untuk di jadikan bekal ke sekolah, jemur baju, siapkan barang keperluan Danial Haqiz, iron baju.. itu pun tak cukup masa...
Kenapa perlu power pump ??..... kerana jadual kerja saya tidak menentu.. boleh dikatakan dari pukul 7.20 pagi sehingga 10.10 pagi, saya akan mengajar atau menyiapkan kerja yang tertunggak..pukul 10.10 pagi baru saya boleh berehat, masa ini la untuk saya makan, minum dan pam susu... kadang-kadang masa ini ada sahaja kerja yang perlu disiap, pelajar datang untuk bertanyakan sesuatu... Selepas dari pukul 10.30 pagi bermula kembali tugas saya untuk mendidik anak bangsa. Prinsip susu ibu adalah "DEMAND AND SUPPLY". Kalau demand sudah berkurang.. jangan bermimpi untuk mengumpul stok!!!!! (min pump waktu bekerja adalah 3 kali...saya nak dapatkan 3 kali pump pun susah, kadang-kadang 2 kali sahaja.. selalunya 1 kali sahaja...). Itu belum lagi dengan meeting selepas waktu persekolahan.. aktiviti kokurikulum. Masa terakhir saya habis mengajar pukul 2.15 petang. Selepas tamat waktu bekerja.. saya akan ambil Danial Haqiz.. rindu ok, yang paling penting saya rindu mendengar bebelan Danial Haqiz.
Pulang sahaja ke rumah, bermula kerja rumah.. kerja di rumah tidak pernah tamat...Nak pump susu.. jangan harap la... selalunya saya DF sahaja.. klu dapat pump, Alhamdulilah....Saya bukan tergolong dalam kumpulan banyak susu... sekali pump dapat 7 oz..( mmg teringin yg amat ...) namun itu hanya mimpi.. paling banyak 4 oz kadang-kadang 3 oz..Saya tetap bersyukur...Saya bukan lah orang yg rajin, hanya orang yg rajin sahaja akan bg susu FM kepada anak mereka ( maaf, kenyataan ini bukan untuk menghina ibu-ibu yg tidak mampu menyusu bayi mereka .. tp khusus untuk ibu-ibu yg langsung tidak mahu walaupun rezeki susu masih ada.. kerana BF ADALAH SUSAH...). Kenapa saya berkata sedemikian.. kerana saya pernah melalui fasa tersebut semasa dalam pantang, ketika susu belum terhasil... setiap 2 jam kena bangun membuat susu anak... si suami enak di buai mimpi, si ibu bertungkus lumus membuat susu dek anak kelaparan. ..dan saya percaya..semua ibu mahu susukan bayi mereka dengan susu ibu kerana tidak perlu bangun malam untuk membuat susu..
Kenapa nak masak.. nak tunjuk rajin ???. ...Rajin ???... erm, saya masak kerana saya mahu kurus, menunjukkan contoh yang baik untuk anak saya.. paling penting.. saya tahu apa yang saya makan... Saya perlukan makanan yang seimbang dalam diet harian saya.. supaya badan saya boleh berfungsi untuk menghasilkan susu. Lagi pun.. makanan di kantin kebiasaan sudah habis.. xkan saya nak makan nasi kosong. Perbelanjaan saya juga dapat di jimatkan... mana tahu sebelum Danial Haqiz umur satahun, saya dapat upgrade medela swing kepada medela free style.
Obses???... Ya, saya mmg obses.. kerana saya sudah tanam dalam fikiran saya bahawa FM TIDAK DI JUAL DI MALAYSIA. Lagipun.. FM saya tidak tahu bila masa di proses.. berbanding dengan susu ibu, saya tahu bila di hasilkan.
Saya bersyukur.. kerana ramai kawan-kawan yang memberikan pandangan dan sokongan ketika saya memerlukan.. TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA.. saya ucapkan, semoga rezeki anda di murahkan lagi..
Bagi suami di luar sana.. Hargai la isteri anda yang bertungkus lumus.. bangun seawal pagi untuk mengepam susu.. kerana DUIT POKET anda sudah dapat di jimat untuk berbulan-bulan. Bukan emas yang kami pinta (klu nak bagi ... terima dengan senyum yg riang...) tapi sokongan anda dan ucapan terima kasih.
Bagi bakal-bakal ibu.. tanamkan semangat anda untuk BF bayi anda selagi anda mampu.. InsyaALLAH anda akan berjaya.
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada usaha.. x guna sekiranya anda mempunyai pump yg beribu ringgit tapi anda tidak berusaha. Jangan jadikan pekerjaan sebagai satu kayu ukuran yang mengagalkan penyusuan ibu... tp usaha la selagi anda terdaya..
Saya memohon maaf sekiranya.. saya terkasar bahasa.. ini adalah sekadar luah perasaan.. mudah-mudahan dengan berkat doa kawan-kawan yg sudah berjaya mahupun yg sedang bertatih seperti saya.. berjaya juga dalam penyusuan ibu selama mana yg di perlukan oleh bayi kita.
Penyelamat sudah datang.........
Sejak mempunyai hobi baru.. (hobi mengumpul stok susu Danial Haqiz), boleh dikatakan 3/4 bahagian atas peti sejuk di penuhi dengan susu Danial Haqiz.. hanya 1/4 sahaja untuk cik ikan, cik ayam, cik udang dan cik santan..(maaf ye, kalian kena berkongsi tempat..cam ikan sardin je.. saya tengok..).
Suatu hari, tok mak sedang sibuk memasak kari ayam.. bila tok mak masukkan santan dalam kari.. tok mak bising kat dapur .. kenapa la kari jadi seperti kari mamak.. warna kari tidak berubah, malahan rasa kari sudah berubah... hati kecil ini sudah berdebar-debar...Bila saya tengok dalam tong sampah.. macam kenal je dengan plastik tersebut.. bila saya tengok kembali.. SAH, mmg betul apa yang saya jangka... tok mak SALAH ambik PLASTIK.. plastik santan yang tok mak ambik adalah STORAGE BAG susu Danial Haqiz... mahu saja meraung.. 7 oz sudah masuk ke dalam kari..
Mahu tak mahu.. saya kena membeli juga peti khas untuk penyimpan stok susu Danial Haqiz.., mula-mula ingat hendak beli mini bar.. tp takut jugak susu tak tahan lama..pk punya pk.. saya beli chest freezer..Beli kat carefour je.. RM 600.. nak beli yg ada drawer.. huhuhu mahal sangat.. dekat 1.5K. Beli kat kedai biasa..kalau tawar dapat potogan sedikit sahaja.. kebetulan carefour tengah buat promosi barangan elektrik.. rembat je la mmg sangat memerlukan...alang-alang boleh la uat ais-krim malaysia..
Stok susu Danial Haqiz......
Cik Penyelamat....
(abaikan periuk 2...)
Sunday, January 1, 2012
Jangan tinggalkan saya....................
Good bye 2011 and welcome 2012...
Serious.. susah nak terima hakikat yang esok dah nak tahun baru.. baru je nak feel zaman muda-muda dulu tetiba dah terasa tua plak...erm..
Sebab-sebabnya...
1) I'm getting old... 27 tahun dah ( lagi 3 tahun lagi nak masuk angka 30...)
2) Masih lagi di takluk yg lama
3) Meja dan kerusi yang lama (x pe asalkan boleh park muntut dan buat kerja dengan selesa)
4) Cara lama ( bila la bdak2 sekolah boleh bawak notebook g sekolah yg lengkap dengan data buku teks...nie setiap tahun mesti ada je masalah "lupa bawak buku teks")
5) Girlfriends lama - harus dikekalkan kerana sporting dan mempunyai minat yg sama.. iaitu SHOPPING....
6) Boyfriends lama - ada ker ???? hahahhahaha, dh ada yg latest version dh.. suami n anak tercinta
7) Tu je kot...
Yang tahun baru pula..Masih lagi difikirkan.. banyak lagi jam.. terlalu banyak kehendak .. mudah-mudahan tercapai 2 @ 3 perkara..
Antara perkara yg jadi atau mungkin tak jadi..
1) Nak kurus - buang segala lemak yang jht...kena turun lagi 15 KG lagi.. good bye to fast food..
2) Nak bekalkan EBM @ menyusu Danial Haqiz Rizqin sepanjang tahun nie...
3) Nak panjat PUTRAJAYA (kali terakhir) -mintak transfer balik KEMAMAN.. yg dh taw dh ayat power dr org KEMENTERIAN
i) Kenapa la awak mintak KEMAMAN..( dh suami sy kerja kat sana)
ii) Ada lagi cikgu-cikgu yg 25 tahun mengajar tapi mi tak boleh transfer balik KEMAMAN, tak kan saya dh bagi kat awak yg masih setahun jaguh nak balik KEMAMAN ( klu tuan luluskan, dh lama dh mereka dan saya boleh balik.. al-maklumla kami semua mana ada KABEL)
iii) Kalau saya bagi awak pindah, nanti awak nak ajar apa? Nak bagi gaji cane ( Dalam fail meja dh cakap menerima arahan dari pihak atasan dr semasa ke semasa.. kisah kena ajar apa-apa matapelajaran jangan bahasa ARAB sudah)
cam-cam la... klu la saya boleh bercakap ayat yg dalam ( ), konfem kena band...
4) Nak beli rumah.... klu xde rumah susah, harga makin naik.. xkan dh JUTA br nak beli, gaji belum lagi JUTA, bila agaknya boelh merasa.. RATUSAN RIBU belum lagi merasa ...
5) Jadi ibu yg terbaik utk Danial Haqiz....malam2 sebelum tido WAJIB bacakan 1 cerita kepada Danial ( yg nie dh buat cuma kena baiki, kerana tiada notasi suara.. saya bukan budak sastera...)
6) Jadi anak yg baik utk mak dan ayah - always make both happy
7) Jadi isteri yg baik - kena care husband walaupun duk jauh.. calling n sms selalu
8) Jadi kakak yg sporting
9) Jadi kawan yg senang di ajak berjimba-jimba dengan kebenaran suami
10) Makan ikut piramid makanan... kerana no. 1 dan 2, kena jadi contoh pada Danial Haqiz..supaya makan benda yg berkhasiat
11) Kurangkan tido - nak kurang cane lagi, selalu x cukup hahahhaha, bgn kul 5 pg nak pump..
12) Kurangkan SHOPPING -masalah negara nie, sbb klu dh berjimba-jimba mesti akan terbeli 2 benda jugak hahahahah
13) Nak tukar kereta SEDAN.. keta COMPACT yg ada cukup-cukup ruang je letak stoller Danial Haqiz dalam boot...tp sayang plak sbb senang nak parking kat pasaraya...
14) Apa lagi ye....
Banyak nya benda nak buat tahun hadapan.. Tp saya pernah dengar Dr. Fadilah Kamsah cakap. ...
"kalau kita nak berubah ke arah kebaikan kalau boleh jangan bagitau sesiapa sebab itu boleh menimbulkan rasa riak dan bila yang dihajat xsampai nanti orang akan mengata"
Anda pula bagaimana.. apa-apa pun, niat yg baik tetap di makbulkan.. x gitu
Subscribe to:
Posts (Atom)