Friday, February 24, 2012

Cukup kiasukah saya ?????????????

Salam...

Alhamdulilah... Danial H sudah berumur 5 bulan, syukur kepadaNya kerana memberikan nikmat kesihatan pada Danial H. (Masa 4 bulan Danial H kena admit sbb deman, selsema dan batuk selama 1 minggu). Umur 5 bulan... Danial H sudah pandai tersenyum.. suka sgt tengok diri sendiri bila berhadapan dengan cermin, pandai senyum, pandai berborak ( menggunakan bahasa bayi) dan expertam dalam mengesot.... tak terkejar di buatnya. Alhamdulilah rezeki Danial H masih lagi dimurakan olehNya.

Bila berkaitan dengan isu melibatkan bayi dan kanak-kanak, membuatkan diri saya sensitif.... saya percaya semua ibubapa mahukan yang terbaik untuk anaknya, begitu juga dengan saya.... Saya cukup sensitif bila :

A : " Anak u dah berapa bulan"
Me : " 5 bulan dh...."
A : "5 bulan dh.. anak U dah pandai membaca ?, anak i dah pandai membaca... sepatutnya anak cikgu kena
       pandai membaca, U x hantar pergi kelas intensive untuk baby pandai membaca....
Me :....................................

Lihat video di bawah ini :

Bayi berumur 5 bulan sudah pandai membaca............


Cukup teruja bukan !!!!!!!!

Memang benar saya adalah seorang guru, itu tidak bermakna anak saya perlu tahu membaca seawal berusia 5 bulan...

KENAPA :

1) Remaja atau para pelajar zaman sekarang terlalu akademik, tiada langsung zaman kanak-kanak.. pagi pergi sekolah, balik sekolah pergi tuition, balik tuition buat kerja sekolah... entah bila hendak bermain dan sebagainya.

2)Di Malaysia, masih tiada lagi SEKOLAH KHAS untuk pelajar yg istimewa iaitu super genius.. Igt lg kisah Adi Putra.. genius matematik sahaja, malangnya dr segi bahasa tiada perubahan...Yg  ada Program Permata.. kebanyakkan pelajar ini telah di saring oleh kami (guru-guru).

Mana ada ibubapa yg tidak mahu anaknya pandai membaca di usia yg muda... Masing-masing ada cara didikan masing-masing. Mmg tidak di nafikan, kanak-kanak yg pandai membaca di usia awal sgt matang dan tajam pemikirannya.. itu tidak bermakna kanak-kanak tersebut perlu / wajib tahu membaca di usia 5 bulan... Bagi saya, biarlah anak saya tidak tahu membaca @ mengenal perkataan di usia ini, yg penting perkembangan fizikal dan mental adalah selaras..dan itu tidak bermakna saya tidak pedulikan anak saya... yg penting biarlah anak saya bermain dan berseronak dengan dunia bayi sebelum melangkah masuk ke alam kanak-kanak.

Target saya.. sebelum/ semasa usia 4 tahun anak saya sudah pandai membaca..InsyaALLAH..


Kiasu is commonly used to describe behavior where it means to take extreme means to achieve success

No comments:

Post a Comment