1. Definisi
Pneumonia adalah jangkitan kuman di peparu. Ia berlaku di sebabkan saluran pernafasan di penuhi dengan lendir dan menyebabkan sistem pernafasan tidak berfungsi dengan baik. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan akan menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak dan membahayakan nyawa si manja.
2. Etiologi
Sebagian besar penyebab Pneumonia adalah mikroorganisme (virus - Respiratory Syncial Virus (RSV) , bakteria - Streptococcus pneumoniae dan Haemophilus influenzae type b (Hib) ). Dan sebagian kecil oleh penyebab lain seperti hidrokarbon (minyak tanah dan sebagainya) yang di mana akan menyerang sistem pernafasan. Jangkitan yang biasa di sebabkan oleh virus dan bakteria ini adalah batuk, selsema dan berterusan hingga ke peparu.
3. Klasifikasi Pneumonia
a. Pneumonia berat: tarikan dinding dada kedalam (chest indrawing).
b. Pneumonia: nafas dengan cepat.
c. Bukan pneumonia: batuk dan demam, tanpa tarikan dinding dada kedalam, tidak bernafas dengan laju.
4. Tanda dan Gejala
Pada awalnya, deman panas, batuk, suara serak. Lama-kelamaan, suhu badan semakin tinggi ( deman makin panas), batuk makin kuat ( seperti batuk kering), pernafasan semakin laju, tarikan otot rusuk ke dalam, sesak nafas dan bibir menjadi biru. Adakalanya di sertai dengan sakit kepala, sakit perut dan muntah (pada kanak-kanak berumur 5 tahun)
Pada bayi (usia di bawah 1 tahun) tanda-tanda pnemonia tidak spesifik, selalunya demam dan batuk.
5. RAWATAN
Sekiranya, Pneumonia di sebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberikan, jika Pneumonia disebabkan oleh virus, antibiotik tidak akan diberikan. d
Rawatan di rumah yang dapat dilakukan pada bayi yang menderita pneumonia:
a. Mengawal suhu badan
Untuk anak usia 2 bulan sehingga 5 tahun, demam diatasi dengan memberikan parasetamol. Bagi bayi dibawah 2 bulan dengan demam harus segera berjumpa dengan pakar perubatan. Parasetamol diberikan 4 kali tiap 6 jam untuk 2 kali sehari.
b. Gizi yang seimbang
Berikan makanan yang cukup gizi, sedikit-sedikit tetapi berulang-ulang. Bagi bayi yang menyusu dengan susu ibu, teruskan penyusuan dengan sekerap mungkin.
gut info
ReplyDeletesemoga maklumat berkenaan boleh digunakan oleh ibu-ibu muda seperti wanie.. pengalaman sendiri hana
Deletezarif saya kene pneumonia seawal umor 50 hari. xdemam/xbatuk tp tanda2 penyakit kurang/taknak minum susu.
ReplyDelete