sigh..
Bila cerita bab pelaburan nie, cam-cam reaksi yang di terima, ada yang positif ada pula yang negatif.
Antara reaksi yg selalu di dengar...
"Melabur, uat nape, aku x percaya pada istilah melabur nie, bukan boleh percaya pun, nanti kena tipu"- tp duit simpan kat bank kata x percaya pada istilah melabur.
"Mana ada pelaburan yang boleh bagi ko untung, biasa ak tengok rugi je semacam, xnakla ak, karang dr elok-elok boleh bayar kete bulan, x pasal2 kete ak kena tarik"-dalam pelaburan nie ada cam-cam, tp ko letak jugak duit ko kat bank walaupun terang-terang ko cakap xde untung tp rugi sahaja.
"Hidup biar la sederhana, asalkan bahagia, dari berhutang sana sinu, ak xnk la melabur sbb ak xnk hidup ak susah"-mmg la hidup kena berserdahana, tp bolehkan memenuhi tuntutan hidup yg semakin demand ke arah materialistik nie..
Tepu dada tanya diri, adakah cukup dengan wang simpanan @ wang pencen yang akan kita dapat untuk memenuhi keperluan seharian kita selama 1 bulan?
Kalau saya kata simpanan yang anda selama anda bekerja adalah sebanyak 500K, cukupkah???
Rata-rata yg saya jumpa, semuanya akan kata "WOW, banyaknya... cukup la 2 nak sara hidup".
Hakikatnya,
Hayat manusia di zaman nie hanyalah 74 tahun sahaja, andai kata anda berpencen pada umur 50 thn, ada lagi 20 tahun untk anda menyara hidup tanpa melakukan sebarang pekerjaan. Setiap bulan dari simpanan sebanyak 500K, anda hanya belanjakan sebanyak RM 2083 sebulan. Persoalan yang perlu anda tanya adakah cukup RM 2083 untuk di belanjakan selama sebulan dgn kadar inflasi yang semakin meningkat?.
Kalau anda menjawab ya, anda perlu melakukan sesuatu untuk diri anda untuk menjamin kehidupan anda di masa akan datang.
Kalau anda menjawab tidak, tidak perlu meneruskan pembacaan...
Berbalik pada tajuk di atas, pelaburan bukan untuk berlagak tetapi merupakan 1 keperluan untuk menjamin hidup di masa hadapan.
Kenapa keperluan?
Tengok sahaja statstik peberlanjaan anda seharian, adakah peberlanjaan anda makin meningkat @ makin menurun?. Bagi saya, perbelanjaan saya makin meningkat kerana nilai inflasi meningkat, contohnya
2010- nasi lemak biasa RM 1.00
2011 - nasi lemak biasa RM 1.20
2012- nasi lemak biasa RM 1.50
2013 dan seterusnya, agak2 nya boleh x nilai nasi lemak biasa mencecah RM 4
Fikir-fikirkan la, 2 baru harga makanan, belum masuk lagi dengan aset yg penting yg betul-betul menjadi keperluan hidup.
Dalam pelaburan ini ada bermacam-macam jenis, langkah yang pertama sebelum anda mula melabur, anda perlu bertanya kepada diri anda....
1) Adakah anda seorang yang PASIF @ AKTIF?
2) Adakah anda teramat sukakan perkataan UNTUNG @ sekadar melabur untuk menjamin masa depan keluarga?
3) Adakah anda seorang yang BERDISPLIN @ melabur ikut pada keadaan?
Bila anda dh tanya pada diri anda, mari tengok pula jenis-jenis pelaburan yang sesuai dgn diri anda.
1) Unit trust ( benda nie mmg famous masa saya tengah belajar lagi, tp x pernah ambik pot pun)
Unit trust, saya pasti ramai yg pernah dengar dan ramai yg dh ader unit trust nie, bab untung @ rugi itu, kena tanya sendiri pada para pelabur yang melabur dalam unit trust ini. Saya pernah jugak melabur dalam unit trust ini, tp hanya setahun sahaja. Sbbnya saya jenis pasif, saya melabur bukan nak untung tp untuk jamin masa hadapan dan saya melabur ikut keadaan. Pelaburan yang sebegini tidak sesuai dengan diri saya tapi sesuai untuk mereka yang aktif dan berdisplin.
Kenapa??
Unit trust nie memerlukan simpanan modal yg tinggi, semakin banyak anda membeli unit, semakin tinggi anda untung. Nak untung pun ada kena ikut kepada kadar inflasi semasa dan kena sentiasa berbincang dengan perunding kewangan, bila masa nak beli unit dan bila masa nak jual unit, lebih kurang cam saham.. (sy nak bayar perunding kewangan, lebih baik duit itu bg kat mak n ayah hahaha)
Kalau jenis pasif cam saya masuk unit trust ini, alamaknya mengalami kerugian sbb entah bila nak beli unit @ nak jual unit. Sekiranya unit yg dibeli tidak bertambah dr 1 tahun ke 1 tahun, boleh alami kerugian disebabkan oleh kadar inflasi.
Nak tahu lebih lanjut, anda boleh pergi sendiri ke pejabat unit trust dan mintak annual report, dalam itu ada graf dan cam-cam la. Dengar la taklimat dari dorang.
2) Emas ( skarang nie tengah famous, g mana-mana org berkempen pasal emas)
Merupakan 1 pelaburan yang menguntungkan, kerana setiap tahun harga emas sentiasa naik, dalam masa 10 tahun harga emas akan melonjak naik RM 500 untuk 1 gram. Pelaburan jenis ini sesuai untuk org yang aktif dan pasif.
Kenapa?
Emas akan di beli dari kedai emas @ peraih emas, bila harga emas naik, emas yang di beli akan di jualkan, hasil keuntungan akan di gunakan untuk membeli emas balik dgn harga murah @ di simpan @ di laburkan ke tempat lain.
Masalah yang timbul, mana nak cari duit nak beli emas???, skrang pun 1 gram dh RM 200.
Ada yang pinjam dari bank nak beli emas, ada yang kumpul duit br nak beli emas...
Berbaloi ke pinjam dari bank nk beli emas- ada org kata berbaloi, sbb harga emas akan naik, bagi saya..
harga emas tetap akan turun tapi turun dalam kadar yang sedikit. Tak perlu nak membuat pinjaman di bank untuk membeli emas, kerana dh banyak pinjamam yang kita buat untuk pastikan kita boleh hidup, pinjaman kereta la, rumah la, dan sebagainya..dari elok2 boleh bernafas, nanti jadi lain pulak.
Caranya... jeng-jeng...
3) ASB
Saya pasti ramai yang dh ada akaun nie, syukur alhamdulilah. ASB nie mmg sesuai untuk org yang pasif dan yg aktif. Sebab goyang jer kaki, hujung tahun dh dpt dividen.. hahahahah. Bagi yang aktif setiap bulan mesti simpan di akaun nie, bagi yang pasif dan melabur ikut keadaan cam saya nie, setiap bulan masuk la sikit-skit dan kadang-kadang x masuk langsung tp yang penting hujung tahun mesti dpt dividen mengikut pada jumlah simpanan kita. Jumlah dividen hanya sebanyak 7 %, walaupun x banyak seperti emas dan unit trust yg penting hujung tahun dpt bonus.
Ramai yg tanya cane nak dapat untung banyak, jawapan saya, korang simpan aje x payah keluar-keluar , konfem akan bertambah la duit dalam simpanan @ korang memaksimakan jumlah tabungan korang.
Contoh,
Katakan kan la korang mula simpan dalam ASB sebanyak 5k, dividen yg di beri sebanyak 7%, ini bermakna korang akan dpt RM 350. Setiap bulan plak, korang masukkan sebanyak RM 100 , dalam setahun RM 1200 . Untuk tahun berikutnya, dividen dpt 7% ini bermakna (5k + 1200+ 350) x 7% =458.5, jumlah keseluruhan utk tahun tersebut 7008.5.
( ikut pada kemampuan diri...........)
4) Tabung haji
Sama jugak prinsipnya dengan ASB, yang bestnya dh siap di tolak dgn zakat. Apa yg paling best dan buat sy paling suka, boleh simpan x perlu nak keluar-keluar ( sbbnya xde akaun kat bank islam mahupun bank rakyat untuk update buku dan boleh online banking dgn pos malaysia online untuk deposit sahaja, check akaun langsung x boleh). So bila x boleh check akaun, mmg x ambil kisah ada berapa dalam akaun nie, sbb asyik masuk sahaja...tunggu surat dari tabung haji bila dh cecah RM 10 k, sbb nya masa nie la dpt panggilan untuk pergi haji kepada sesiapa yang dh daftar nak g haji.
5) Bank rakyat
Antara pemberi dividen yang paling tinggi, sapa yg ada saham dengan bank rakyat alhamdulilah. Saham bank rakyat ini susah nak masuk sbb tempatnya adalah terhad. Hanya untuk ahli-ahli sahaja, nak tambah pelaburan pun susah selagi ahli yg sedia ada tidak mahu memjual saham. ( Saham nie, sy sendiri dh beratur, alih-alih dapat nombor, dh tutup, last2 beli kat kemaman, itu pun nasib baik sahaja)
6)AHB
Sama juga dgn ASB, cumanya setiap 6 bulan akan di berikan dividen ( dalam setahun dpt 2 kali dividen), jumlah dividen yang di berikan bergantung kepada jumlah pelaburan yang di buat. Untuk pengetahuan lot untuk bukan bumiputra dh penuh samalah dengan kisah amanah saham wawasan. Untuk bumiputra masih lagi terdapat kekosongan tp bergantung juga pada bank, ada yg dh penuh.. ada yang belum lagi. Apa yang best tentang dana nie, merupakan salah satu pelaburan untuk membeli hartanah. Tidak kira la rumah dan sebagainya..( rujuk pada prospektif sebelum membuat pelaburan)
7) Simpanan tetap
Mmg sangat sesuai dengan saya, yg baru nak belajar berdisplin ini. Akaun nie, rata-rata semua bank ada.. apa bezanya akaun nie dengan akauan simpan yang biasa. Akaun nie adalah akaun yang bersyarat, dimana perlu simpan, klu keluarkan sebelum tempoh matang akan di kenakan bon ( denda), akaun biasa nak keluar banyak kali pun xde masalah sbb takde denda. Dividen mmg masyuk, ada yg 27% untuk setahun ( lagi tinggi dr ASB), ada pula 18% ikut pada bank. Dividen pulak ada yg ikut bulan, ada yg 3 bulan, 6 bulan , 9 bulan dan sebagainya...
Nak tahu lebih lanjut, kena la berjumpa dengan org bank...
p/s : Pengalaman mengajar sesuatu yg amat berharga....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment