Soalan cepu emas..., saya ramai yang dh terkena dengan soalan ini apabila umur anak sudah mencecah 1 thn ++
"Bila nak tambah anak... nanti kesian bdak itu xder kawan nak main"
"Kenapa lama sangat nak tunggu sampai 4 @ 5 thn baru nak ngadung, nanti rugi"
- soalan yg direct yg tak lapik2 dh
"Ak tgk ko makin berseri-seri, ada isi dh ke"
"Amboi, setiap hari datang kerja asyik melawa aje, ada apa-apa ker?"
- soalan yang berlapik tp makna tetap sama
Jawapan saya..
"Xnk mengandung lg ! "
Kenapa "Xnk"
1)Anak baru seorang dah terkontang-kanting hidup saya, belum lagi bertambah lagi seorang mau haru-biru hidup saya... reaosan yang paling kukuh, rumah tanggan saya masih lagi dalam mood PJJ. Tanggungjawab menjaga jatuh pada bahu saya 100%
Saya tahu, ramai yang akan berkata..
"Org lain PJJ jugak tapi anak 3 @ 4 orang xder masalah pun, bukan xleh bergilir-gilir jaga anak, yg sulong minggu nie ayah jaga, minggu depan pulak yg no 2 dan 3 pulak ayah jaga..."
"Bukannyer ko sewa jauh2, dekat jer dgn umah parent ko, susah sangat ko duduk la dengan parents, boleh la parents ko jaga anak ko berdua" - and so on, org akan bercakap dan terus bercakap..
Bercakap mmg senang, nak melaksanakannya bukan mudah..
Mmg org lain PJJ , boleh ader anak 3 @ 4 orang, dan boleh bergilir-gilir jaga anak.. tp mana ada seorang ibu sanggup berpisah dengan anak yg di kandung selama 9 bulan. Bukan boleh berjimat, tp banyak pengeluaran... mana x nyer, rumah dah 2 buah kena sewa secara persendirian , no sharing dgn member okeh. Bil telefon @ top-up xyah cakap la...belum masuk lagi dgn mak n nenek untuk keperluan hidup anak. Secara logik, ite sebagai mak n ayah nie, klu boleh nk lengkapkan keperluan anak selagi termampu. Nak duduk balik dengan mak n ayah.. Oh, tidak.. mmg itu mak n ayah ite, tapi sampai bila nk menumpang hidup, bila nak belajar berdikari.. bila duduk di luar, baru la terbuka luas mata nie, dapat je gaji tolak semua hutang-hutang, apa yg tinggal itu la yang akan di gunakan untuk hidup sehingga gaji bulan depan.. Biar la org nak kata tolak tuah n so on, tp saya puas apa yg saya buat, sbbnya, hidup saya cara saya .. tipu la klu saya x berhutang dengan org lain... but hutang pun tetap bayar.., bukan macam org tu ( maaf klu terkena pada anda, tp org lain ye), punya la liat...
2) Anak saya tak mcm anak org lain, selalu masuk dan keluar masuk hospital...
Bab nie, mmg serik dan letih bila anak selalu masuk n keluar wad ... dr umur 3 bulan sampai la 1 thn masuk wad n keluar wad. Org lain xkan paham biar pun panjang lebar ceritanya, bila terkena pada batang hidung sendiri br paham apa yang saya rasa. Seboleh-boleh mmg xnk masuk wad, tp klu jadi apa-apa pada anak saya, sapa yang nak bertanggungjawab.. masuk wad igt best ke ( nak rehat pun org asyik mengacau belum masuk lagi kerja atas meja yg berlambak betul-betul merunsing hati dan fikiran). Biar la, anak dah besar, dh dapat perhatian dan kasih sayang dan x perlu acap kali masuk wad, baru la pk nak mengandung semula @ tidak.
3) Gaji kami laki bini setakat ini hanya mampu menyara 1 orang anak sahaja...
Mungkin org akan kata saya menipu, sbb gaji kakitangan awam setiap tahun pasti akan naik. Jujur saya katakan, siapa yg hidup di bandar KL dan JB.., taraf hidup di sini amat la tinggi ( JB lagi tinggi okeh). Mau x nya, separuh dari elaun yg saya dapat mmg khas utk anak , itu belum lagi ditolak dengan perbelanjaan barangan runcit dan hutang-hutang. Nak bernafas alhamdulilah, klu nak hightea or dinner kat hotel.. harap maaf la, dapat pun hujung tahun bila bonus ada.. itu baru g nursery.. belum lagi pra-tadika, kelas hafazan, kelas mengaji al-Quran bagi tahun yang akan datang...
Untuk tahun 2013, nursery + kindergarten = RM 700
nursery + kindergarten + kelas iqra = RM 900
per month.... ( kena uat survey supaya lebihkan kepada tabungan pengajian)
4) Nk sambg MASTER ( bukan kena tp wajib)
Bila pk balik, sampai bila nk hidup di tangga cani.., lg pun dpt pulak surat siaran, guru-guru sekolah rendah wajib sambung degree supaya guru-guru sekolah rendah semua berijazah, sekolah menengah pulak mesti ada Master ( x lama lg jd wajib la). Dengar khabar, guru sekolah menengah yg x mahu sambg master akan di turunkan ke sekolah rendah ( sy mengajar sekolah rendah.., ajar menengah rendah dh sakit kepala dengan karenah pelajar ini apatah pulak sekolah rendah.
5)Perbelanjaan melebihi tabungan..
Ini realliti yang kami perlu hadapai.., mau tak nyer klu kami simpan jer duit alamaknya tak berjumpa kami laki bini ini...Itu pun dh cut yang mana x perlu, dr sebulan sekali jd 2 bulan sekali... terpaksa , klu tidak habis lari misi kami memburu rumah. Bab rumah, nak beli pun susah dan x beli pun susah.. jadi kami simpan la deposit 10 % untuk rumah yg mampu kami miliki..
"Rugi kalau tak mengandung sekarang"- terpulanh pada pendapat masing-masing. Tipu kalau saya katakan saya tak rindu pengalaman mengandung dan bersalin.. tp hakikatnya saya tak mampu. Biarla apa yg saya ada sekarang saya hargai daripada saya membuat keputusan terburu yang akan menyebabkan seorang insan tidak mendapat hak yg sepatutnya saya berikan.
Lebih elok merancang kan..utk kebaikan diri dan anak jugak...org tak duduktempat kite die tak akn paham...insyaallah..harap semuanyer akn dipermudahkan..:-)
ReplyDeletemmg betul apa yg aty kata.. kadang-kadang mulut org nie lagi bisa dr mata pedang... biar la org nak cakap, lama-lama senyap, betul x?
DeleteThanks berkongsi.. :)
ReplyDeleteTumpang lalu ye tuan tanah..
Saya ada menjual set ingin hamil, bersalin, menyusu & set kecantikan :)
http://thevitamom.blogspot.com
http://facebook.com/vitamom