Tuesday, June 14, 2011

Kisah benar...

Salam...

Entry kali ini bukanlah untuk bertujuan untuk mengaibkan seseorang mahupun menjatuhkan maruah seseorang. Tetapi ambilkan cerita ini sebagai satu iktibar bagi kita semua, terutamanya kepada bakal-bakal ibu. Ini bukan rekaan tetapi berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri, kerana saya sendiri berada di tempat kejadian..

" Ya ALLAH, hamba berlindung kepada mu daripada godaan syaitan.. Jauhilah hamba daripada sifat bongkak dan tabur.. Terangilah hati ini dengan jalan mu yang lurus, yakni jalan yang benar.. jalan yang membawa kepada redhaMU.. Amin"

Mudah-mudahan, kita semua berada dalam lindungannya.. Amin.

Hari ini, cuaca mendung... seperti membawa dugaan yg berat.. datang la seorang ibu berjumpa dengan seorang guru membawa harapan yang besar..harapan supaya anaknya di berikan peluang kedua untuk berjuang demi masa depannya. Semua ibu akan melakukan perkara demikian demi untuk mengubah nasib anaknya.. bebas dari belenggu kesusahan hidup. Tidak akan ada satu ibu di dunia yang akan membiarkan diri anaknya terumbang-ambing di hayut oleh keseronokkan hidup yang entah tahan berapa lama dan tanpa arah tujuan hidup.

Si guru tadi, memanggil anak ke bilik displin.. si anak masuk ke bilik displin, langsung tiada riak terkejut melihat si ibu di sana. Mukanya tidak memandang ibu dan gurunya tidak memandang lantai. Si guru bertanya kepada si anak, "Apa yang kamu tidak puas hati, adakah kamu di paksa untuk hadirkan diri ke sekolah". Si anak tidak menjawab.. si ibu terus memujuk si anak "Jawab la nak.. demi mak nak..". Si anak terus mendiamkan diri.. setelah beberapa minit.. si anak menjawab "Bosan".

Si ibu tidak dpt menerima jawapan si anak.. lantas si ibu berkata " Mak banyak berkorban utk kamu.. mak masuk kerja lewat demi memastikan kamu sampai di sekolah, perut mak selalu kosong demi memberi wang belanja kepada kamu.. tp mengapa kamu memperlakukan mak sedemikian".. Si anak masih diamkan diri.. si guru dan si ibu menanti jawapan dari si anak. Si ibu berjalan untuk menghampiri anaknya, namun si ibu jatuh rebah di sebabkan tekanan emosi dan tidak dapat menerima perilaku anaknya terhadap dirinya...

Apabila si ibu rebah, si anak masih mendiamkan diri.. tidak berganjak dari tempatnya, si guru lah menyambut si ibu. Si anak hanya membatu, langsung tidak mahu menolong si ibu. Jangan ingatkan drama yg ditanyang di TV adalah rekaan.. tetapi itulah realiti kehidupan masa kini. Sekiranya anda di tempat guru tersebut apakah tindakan anda...

Mmg benar, kasih seorang ibu tidak boleh di nilai.. dari 9 bulan mengandung dalam keadaan yang lemah dan di akhir kandungannya berjuang untuk melahirkan insan yang berjaya di dunia dan di akhirat, namun bolehkah seorang anak membalas jasa ibu tersebut. Bukan wang, intan mahupun harta yg si ibu mahukan, tetapi hanya sebuah kejayaan sahaja yg si ibu mahukan...kejayaan yang mampu mengubah kehidupan si anak.. supaya lebih baik daripada si ibu dan si ayah....

Semoga kita semua berada di bawah lindunganNYA...menjadi anak yg soleh dan solehah .. taat kepada NYA dan ibubapa kita.

1 comment:

  1. ya Allah..semoga kite2 semua memperolehi anak yang soleh dan solehah..aminnn...[takut]

    ReplyDelete