Wednesday, June 29, 2011

Mega sales..........

Bln 6 sampai la dekat nak raya nie.. rata-rata shopping complex sudah memulakan operasi harga runtuh.. . sale sana sini.. tak kurang hebatnya dengan warehouse. Tinggal lagi 2 bulan je lagi, utk menamatkan perjalanan yg penuh dengan warna warni...sebelum naik pangkat menjadi ibu... Bab melengkapkan barang-barang baby... erm, mmg x lengkap sepenuhnya.. berlubang-lubang, itu belum lagi barang-barang saya semasa nak berpantang nanti.....persiapan raya lagi (mungkin ada yang berkata blum puasa lagi dh sibuk nak raya... bagi saya lebih baik bersiap awal supaya tidak kelam-kabut...)

Klu nak beli sekali harung... mau hangus poket kami suami isteri.... Saya ternampak 2 iklan yg membuat hati saya meronta-ronta hendak pergi..


30 June – 10 July 2011

Asia Brands Warehouse Sale

Stock Clearance

Brands Offered

Anakku

Disney

Diesel

BUM Equipment

Little Polo

Audrey

Cocoon

Mickey Mouse

Antioni

Lilian

Bontton

UnionBay

Time: 10am – 10pm

Location (Tel: 6014 649 1816)

Dewan Sri Putra

Stadium Bukit Jalil

Kuala Lumpur

Malaysia

First... iklan yg di atas ini... tp tengok pada keadaan.....dan feedback org ramai....



Second... yang ini wajib pergi, mmg berbaloi.....saya dh pergi warehouse pureen masa bln 4 ( x ingat ).. ambil peluang ini untuk lengkapkan barang-barang baby yg masih belum lengkap...

Monday, June 27, 2011

Pitam.....

Salam....

Sejak kebelakangan ini, ada sahaja penyakit yang datang menyerang diri saya.. kadang-kadang terfikir juga.."Orang lain pun bawa baby juga, tapi tiada pula yang sering sakit seperti saya".. Ok, fine.. maybe badan org lain dh cukup vitamin atau terlebih vitamin.. tp takkan la saya seorang sahaja yang kurang vitamin dalam badan... saya pun regular g checkup di KK, makan jugak vitamin seperti org lain makan.... erm, tp sakit jugak.... tp xder la sampai kena admit .. Alhamdulilah, syukur...

Sejak di sahkan mengidap "Mild Anemia", boleh di katakan setiap hari lauk saya, hati goreng, gulai hati, kari hati ( nasib baik xder SUP HATI.. klu x mahu saya nak menangis, kerana hati bukanlah makanan kegemaran saya).. selain dari hati, kerang rebus, kerang bakar, kerang masak sambal... kadang-kadang sampai muak di buatnya. Sampai satu tahap, saya merasakan badan saya seperti TONG SAMPAH... makan je apa yang org kata supaya Anemia nie boleh hilang dengan kata lain bg HB saya naik.. Setakay ini, saya belum lagi g check samada HB saya naik atau tidak.. hari khamis ini baru ader appointment di KK..

Dalam bulan ini, sudah 2 kali saya pitam...sekali di Padang Sekolah ( nasib baik tempat rendah, klu pengsan mmg xder effect kat baby) dan pagi tadi di bilik darjah tingkat 1 ( nasib xbaik, sbb klu jatuh... x leh nk bayangkan.. dh la saya nie pernah jatuh masa usia kandungan 4 bulan..). Rasa.. perit yg teramat sgt, dengan nafas tercunggap-cunggap, berpeluh walaupun masa 2 tengah hujan lebat, mata gelap.. jalan terhuyung-hayang. Nak kata x makan, saya mkn.. boleh di katakan saya lah org pertama yg makan di kantin sekolah..tp x taw la kenapa boleh pitam..

Darah saya rendah ??.. Masa check up di KK, tekanan darah 100/70, belum pernah lagi 110 keatas.. nurse ckp tekanan darah cantik.. klu dh cantik kenapa boleh nk pitam. Erm...sekarang ini saya risau yang teramat sgt... sbb bila saya pitam, saya xtaw apa yg akan jd pada kandungan saya.. harap-harap tiada masalah. Lagi 1, betul ke org kata.. ibu mengandung nie tidak di galak menghadap komputer/ laptop lebih dari 2 jam ???

Friday, June 24, 2011

Pertanyaan...

Salam Jumaat...

Sejak dua menjak ini, pergerakkan baby makin lama makin "hebat", dh boleh merasa siku dan lutut baby. Alhamdulilah, ini menandakan baby dalam keadaan sihat dan aktif..Biasanya, ramai ibu mengandung mengalami siptom sakit belakang (paling kerap), kejang kaki, sakit pinggang dan sebagainya...

Saya pula, sakit belakang.. jarang-jarang dpt...Alhamdulilah, tp kerap tulang pinggul saya sakit?? Normal ke 2.. Oh ya, sejak ada tungku moden ini, makin kerap saya menggunakan untuk menuam pada bahagian yg sakit ...Soalan saya, bahaya ke klu saya menuam di kawasan tulang pinggul .. sbb bila saya tuam, mmg lega yang teramat sangat.. kadang-kadang sampai boleh lupa diri yang saya nie sedang mengandung... Adakah membahayakan kandungan saya ??

Harap-harap, kawan dapat membantu

Wednesday, June 22, 2011

Hospital Kerajaan...

Salam...

Saya mempunyai soalan tentang prosedur untuk bersalin di hospital kerajaan, document apa yang perlu dibawa untuk hospital bersalin. Bagaimana pula untuk menginap di wad kelas 1 atau kelas 2??. Diharapkan kawan-kawan boleh membantu saya.... Saya pernah membuat beberapa panggilan telefon ke hospital X, Y dan Z. Tapi jawapan yang saya terima adalah berlainan... diharapakan dengan pengalaman kawan-kawan dapat membantu saya.. Terima Kasih

Tungku moden...........mmg berbaloi...

Salam dan hai...

Sudah lama tidak update blog.... musim sekarang adalah musim yang super duper bz.. Almaklumlah, br sahaja 2 minggu bekerja selepas bercuti selama 2 minggu ( cuti sekolah.. heheheheheh, bukan cuti sakit ye). Mmg bz dengan kerja-kerja key in markah, dengan sukan tahunan dan larian 1 Malaysia.

Alhamdulilah, kesihatan pun semakin baik.. cuma masalah ANEMIA mmg tidak dapat di elakkan ( susah jugak bila sudah di cop dengan ANEMIA nie)...kena makan zat besi 2 kali ganda dari org normal... xpe la demi kesihatan diri dan baby.... Terima kasih kepada rakan-rakan yg banyak memberi pendapat... Apa-apa pun, tunggu result kesihatan pada 30/6/2011 nie... HB naik atau turun...( terasa cam nk ambik exam la plak)

Selama 6 bulan lebih ( nak masuk 7 nie), kaki saya mudah sangat sebam dan bengkak... bila sebam, nak jalan pown susah.. sebab sakit seperti kena tapak kaki kena cucuk dengan jarum halus... sakitnya kadang-kadang boleh mengalirkan air mata cuma bunyi jer yg tak keluar lagi.. Boleh dikatakan jugak setiap hari juga.. saya kena rendamkan kaki dengan REBUSAN AIR ASAM KEPING + GARAM.. untuk mengurangkan kesan sebam dan bengkak pada kaki. Masa kerja tak banyak dan badan saya masih kuat.. rajin jugak saya menyiapkan REBUSAN AIR ASAM KEPING + GARAM.. Sekarang... boleh dikatakan , sehari sekali pown saya malas nak siapkan rebusan tersebut disebabkan kerja yg banyak dan badan mudah terasa letih.

Kebetulan, saya blog walking blog YUN "The Journey Begin", tengok la pic kaki yun dengan tungku moden.. terpk jugak kenapa saya hendak susahkan diri padahal ada lagi benda yg memudahkan kerja saya. So saya, membeli Tungku Moden dan mencuba sendiri... Yup, ternyata kesannya sama sahaja dengan apa yg lakukan sebelum nie. Harga tungku moden ini, tidak mahal kerana saya membeli RM 37 termasuk dengan postage. Tungku moden ke , tungku tradisional funginya sama sahaja.. tp yg penting tungku moden nie tidak la melecehkan .. cuma panaskan dengan menggunakan electrik.. tunggu 20 minit , boleh di gunakan.. saiz pown kecik senang untuk dibawa kemana-mana.

P/s : YUN terima kasih disebabkan pic kaki yun dengan tungku moden.. akhirnya, wani pown beli juga tungku moden nie...mmg mudah dan berbaloi.


Lebih kurang cani la saya punya... x kisah la x lawa, yg penting berfungsi.. heheheh

Saturday, June 18, 2011

The Green Lantern....

Sapa yg dh tengok citer "The Green Lantern".. citer superhero cam superman, batman, ironman 2..., saya baru je g tengok, so far ok la... lagi pown bukan setiap bulan saya g tengok wayang.. tp di sebabkan bosan yg teramat sangat.. pergi la tengok dengan adik-beradik.. nak tengok ngan husband x taw lagi bila, sbb jumpe sebulan sekali je.. nama pown PJJ..cani la kehidupan, hujung bulan baru jumpe.. masih lagi bersyukur dari 6 bulan br boleh jumpe ( bagi kes yg si isteri di Sabah manakala si suami di Semanjung).

Saya bagi 3 bintang dari 5 bintang...huhuhuhu, x sabar nk tengok Transfomer...

Thursday, June 16, 2011

Anemia di kalangan ibu mengandung....

Kali ini merupakan check up kali ke 5, sticker di buku warna pink dari putih bertukar kepada hijau. Ini menunjukkan HB dalam darah saya berkurangan ( 3 kali checkup, 3 kali menunjukkan result yg kurang baik untuk HB dan juga menunjukkan diri saya mengalami ANEMIA. Anemia adalah jumlah sel-sel darah merah berkurangan dari biasa...

Siptom-siptom ANEMIA pula :

Gejala yang paling biasa

  • Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan ( selalu sangat berlaku, jalan setapak mula la letih)
  • Kelihatan pucat
  • Kesukaran bernafas/sesak nafas ( pernah berlaku, sungguh seksa..... lebih-lebih lagi bila saya nagis sbb tgk drama yg menyentuh hati dan emosi)

Gejala berikut juga boleh berlaku :

  • Loya
  • Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
  • Sakit kepala dan pening ( masa awal-awal pregnent dulu, mudah sangat pening... sampai nak tidur malam kena bau kulit buah limau...)
  • Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
  • Mudah lupa (baru-baru ini sahaja mengalami penyakit mudah lupa... tetiba terasa diri dh tua sgt2)

Berikut merupakan gejala yang jarang berlaku :

  • Mengalami Jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
  • Sakit di bahagian perut atau abdomen ( baru sahaja mengalami.. sakit sangat sehingga menyerang tulang belakang.. nak ambik wuduk x leh nk tunduk ... kena duduk...)
Kesan kepada Ibu dan bayi :

Kajian menunjukkan bahawa keadaan Anemia yang teruk boleh mengaruh kelahiran pramatang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.

Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau Praeklampsia di kalangan ibu. Praeklampsia merupakan satu keadaan di mana tekanan darah meningkat semasa mengandung dan boleh mendatangkan komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga janin sekiranya tidak dirawat.

Erm ...kesan anemia kepada bayi membuatkan saya takut... bukannya saya x makan sayuran hijau, hati dan kerang.. mmg saya makan, entah mengapa tak juga HB nie naik..

Ok, baru selesai bab pertama, bab kedua... saya dh boleh menanda carta pergerakkan baby dlm buku pink, dari 9 pagi sampai 9 mlm. Klu tak cukup 10 pergerakkan kena terjah HOSPITAL BERSALIN, kemungkinan baby lemas dlm kandungan . Mulai esok, kena rajinkan diri menanda carta dlm buku pink.

Tuesday, June 14, 2011

Kisah benar...

Salam...

Entry kali ini bukanlah untuk bertujuan untuk mengaibkan seseorang mahupun menjatuhkan maruah seseorang. Tetapi ambilkan cerita ini sebagai satu iktibar bagi kita semua, terutamanya kepada bakal-bakal ibu. Ini bukan rekaan tetapi berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri, kerana saya sendiri berada di tempat kejadian..

" Ya ALLAH, hamba berlindung kepada mu daripada godaan syaitan.. Jauhilah hamba daripada sifat bongkak dan tabur.. Terangilah hati ini dengan jalan mu yang lurus, yakni jalan yang benar.. jalan yang membawa kepada redhaMU.. Amin"

Mudah-mudahan, kita semua berada dalam lindungannya.. Amin.

Hari ini, cuaca mendung... seperti membawa dugaan yg berat.. datang la seorang ibu berjumpa dengan seorang guru membawa harapan yang besar..harapan supaya anaknya di berikan peluang kedua untuk berjuang demi masa depannya. Semua ibu akan melakukan perkara demikian demi untuk mengubah nasib anaknya.. bebas dari belenggu kesusahan hidup. Tidak akan ada satu ibu di dunia yang akan membiarkan diri anaknya terumbang-ambing di hayut oleh keseronokkan hidup yang entah tahan berapa lama dan tanpa arah tujuan hidup.

Si guru tadi, memanggil anak ke bilik displin.. si anak masuk ke bilik displin, langsung tiada riak terkejut melihat si ibu di sana. Mukanya tidak memandang ibu dan gurunya tidak memandang lantai. Si guru bertanya kepada si anak, "Apa yang kamu tidak puas hati, adakah kamu di paksa untuk hadirkan diri ke sekolah". Si anak tidak menjawab.. si ibu terus memujuk si anak "Jawab la nak.. demi mak nak..". Si anak terus mendiamkan diri.. setelah beberapa minit.. si anak menjawab "Bosan".

Si ibu tidak dpt menerima jawapan si anak.. lantas si ibu berkata " Mak banyak berkorban utk kamu.. mak masuk kerja lewat demi memastikan kamu sampai di sekolah, perut mak selalu kosong demi memberi wang belanja kepada kamu.. tp mengapa kamu memperlakukan mak sedemikian".. Si anak masih diamkan diri.. si guru dan si ibu menanti jawapan dari si anak. Si ibu berjalan untuk menghampiri anaknya, namun si ibu jatuh rebah di sebabkan tekanan emosi dan tidak dapat menerima perilaku anaknya terhadap dirinya...

Apabila si ibu rebah, si anak masih mendiamkan diri.. tidak berganjak dari tempatnya, si guru lah menyambut si ibu. Si anak hanya membatu, langsung tidak mahu menolong si ibu. Jangan ingatkan drama yg ditanyang di TV adalah rekaan.. tetapi itulah realiti kehidupan masa kini. Sekiranya anda di tempat guru tersebut apakah tindakan anda...

Mmg benar, kasih seorang ibu tidak boleh di nilai.. dari 9 bulan mengandung dalam keadaan yang lemah dan di akhir kandungannya berjuang untuk melahirkan insan yang berjaya di dunia dan di akhirat, namun bolehkah seorang anak membalas jasa ibu tersebut. Bukan wang, intan mahupun harta yg si ibu mahukan, tetapi hanya sebuah kejayaan sahaja yg si ibu mahukan...kejayaan yang mampu mengubah kehidupan si anak.. supaya lebih baik daripada si ibu dan si ayah....

Semoga kita semua berada di bawah lindunganNYA...menjadi anak yg soleh dan solehah .. taat kepada NYA dan ibubapa kita.

Monday, June 13, 2011

Luah emosi...

Benar kata org... "Buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali"...

Pelik sungguh manusia ini, bila kita berbuat baik dengan org, mula la org anggap bahawa kita mudah untuk dibuli.. bila kita buat jahat dengan org, mula la org mengata bukan-bukan di belakang kita... erm, susah betul hendak mematuhi standard yang org lain tetapkan... Secara jujur, saya paling tak suka dengan org yg suka menabur janji.. bercakap manis2... bila memerlukan bantuan.. saya lebih suka org berterus terang dari bercakap manis.. memudahkan kerja saya..

Pelik....sgt2 pelik.... kadang-kadang manusia nie, bila nak bantuan... bermacam-macam janji akan di taburkan... bila dh dapat terus lupakan org yg memberikan bantuan... Skrang.. saya dh serik sangat-sangat nk beri bantuan pada org.. bukan apa, kita ingat org akan bantu kita bila kita dalam kesusahan.. jadi kita bantu org bila kita senang.... tp jgn terlalu mengharapkan bantuan org belum tentu lagi org akan berfikir seperti kita fikir.

Kes ini terjadi 3 tahun yg lepas...sampai sekarang org yg di bantu menghilangkan diri... Dia merupakan kawan sahabat saya, kira kawan saya jugak.. Suatu hari dia datang berjumpa dengan kami utk meminta bantuan kewangan.. kebetulan kami berdua betul-betul dalam keadaan yg sesak.. cukup-cukup makan... . X banyak pown .. nama pown wang jugak.. keperluan untuk hidup zaman kini.Nama pown kawan nak tak kami membantu bila memikirkan mana taw kami dalam kesusahan.. boleh la dia membantu kami.

Bila tiba hari pembayaran... erm, lesap.. kol dan sms mmg tidak pernah berbalas. Igtkan kami sahaja yg ditipu, tapi kawan serumah dia jugak di tipu.. Yang pelik, pinjaman kenderaan boleh plak dia bayar bulan-bulan.. tp wang yg di pinjam.. liat sungguh untuk membayar... Sampai skrang..masih belum lagi membuat pembayaran... Kadang-kadang saya dh malas nk ambik taw hal dia, tp bila di fikirkan balik.. saya mempunyai hak untuk mengingatkan org yg berhutang dengan saya untuk membayar balik hutang tersebut.

Manusia ini lebih takutkan BANK.. mana tak nya, boleh jer membayar pinjaman.. tp xnak plak membuat pinjaman dengan BANK.. alasan leceh la, kena ada penjamin la.. tp nak plak pinjam dengan org tp liat utk membayar....Skrang saya dh x taw nk hadapi org cam nie, org kata muka tembok langsung xder perasaan malu... susah sgt bila berhadapan dengan org muka tembok....


Sunday, June 12, 2011

Selamat Hari Jadi....

Tanggal 12 Jun 1981, lahirlah seorang lelaki yang diberi nama Saiful Iruan... Lelaki ini lah yg tidak saya pernah kenali selama 28 tahun... lelaki ini lah yg akhir menjadi suri dalam hidup saya... Lelaki ini lah menjadi peneman hidup saya.. samada suka dan duka, tawa dan hiba.. Hidup ini bagaikan roda.. kadang-kadang berada di atas, kadang-kadang berada di bawah.. namun saya bersyukur kerana lelaki ini sanggup berteguh di belakang saya di saat saya mengalami kesusahan... Alhamdulilah..

" Sayang............, hidup ini tidak lah terlalu panjang, hidup ini perlukan kasih dan sayang, ketawa dan ria... semoga panjang umur dan di murahkan rezeki, kasih sayang dan rahmat dari NYA...."

Friday, June 10, 2011

Cerita dari Kemaman..........

Salam...

Live dari Kemaman..., ini kali pertama saya berada dekat dengan suami terchenta.... hari lain mmg jauh-jauh, jumpa pun sebulan sekali adat bagi org PJJ mcm saya...

Pelik tp benar...., sejak dua menjak nie, saya teringin balik nak melawa.. lagi pun hanya tinggal lagi 2 bulan 2 minggu lagi saya akan bekerja.. awal bulan 9 terus ambik cuti bersalin selama 2 atau 3 bulan ( belum lagi membuat keputusan untuk bercuti berapa bulan). Lagipun, saya dh bosan dengan pakaian saya yang saya gunakan untuk ke tempat kerja... asyik-asyik baju yang sama.. boleh di katakan mmg rotate. Erm.. klu la government servant boleh dress, slack.. mmg best, tp sayangnya..... mana leh pakai pakaian yg sebegitu nanti lain pulak jadinya.

Baju mengandung........., buat masa ie mmg saya x pakai lagi, sbb tummy saya comel lagi ( kecik lagi), mmg simpan dalam almari jer....x taw la, bila boleh merasmikannya... erm. So dh alih-alih sampai di Kemaman... shopping la blouse....Oh ya, Bandar Kemaman nie bukanlah sehebat Bandar Kuantan mahupun KL.. Tp saya sukakan bandar yg kecil sbb x perlu berjalan jauh untuk ke satu tempat ke satu tempat, hanya 1 tempat sahaja dh ada macam-macam....cuma kena pandai memilih dan bandingkan harga...

Nama jer tinggal di Kuala Lumpur.. tp nk jugak shopping di Kemaman... hahhahahahha, nama pown bercuti.. kena bawa balik buah tangan...

Kami bershopping di sebuah pasaraya X. Agak rambang mata juga.. terlalu banyak pilihan.. sampai x tahu hendak pilih yang mana.. akhirnya B yg tolong pilihkan.. Saya pergi la mencuba blouse yg B pilihkan...Semasa saya mencuba pakaian.. ada insiden yg ....( x taw nk kata apa, samada mencuit hati saya atau.............)

Datang la seorang perempuan cina ( umur dalam 22 tahun), agak seksi.. coz she only wearing sleeveless top n short pants, membawa baju T-shirt menghampiri B. This lady minta B mencuba pakaian tersebut..

Lady : Bleh tak U tolong I utk cuba T-shirt nie?. Kawan I tak suka T-shirt terlalu besar atau terlalu kecil.
B : Utk lelaki atau perempuan?
Lady : Utk perempuan
B : Boleh x minta jurujual perempuan tlg U, sbb T-shirt ini utk perempuan.
Lady : I nak U tlg I..., I masuk fitting room , U ikut sekali ye... I nak U tgk I pakai..


Jurujual perempuan kat kedai X 2.. dh gelak-gelak.. saya keluar dr fitting room dengan muka merah..... malu sgt2, Ye la ingatkan org lain, tp alih-alih suami sendiri plak.., B tarik tangan saya ke bahagian lain utk beri penjelasan pada saya.....

Erm..., x sangka bukan... ada jugak perkara cani di bandar kecil.. selalu dengar di bandar besar sahaja...

Preggy women n pheromone.........

Salam....

Kat sini ada sesiapa yg terlibat atau bekerja dalam bidang perubatan???. Isn't true that preggy women always secrete pheromone hormone ????. Entah la, saya x pasti ye atau tidak.. kena tanya pada yang pakar sbb saya bukan bekerja dalam bidang ini..

Alkisahnya.....

Saya dan girlfriend saya berpakat untuk melihat wayang di sebuah panggung wayang X.. cerita Kungfu Panda 2.. (almaklum la, nama pown mak buyong... hanya cerita berbentuk UMUM sahaja yang boleh tengok... cerita seram atau gaduh2 mmg x leh tengok.... ). Salah seorang kawan saya tegur saya kenapa badan saya berbau wangi. Secara jujur, sejak mengandung nie, mmg agak malas nk grooming...just pakai bedak baby je..., muka pown mmg pucat sbb just tempek dengan compact powder dan lip gloss jer.. eye liner, n so on.. mmg malas nk pakai sbb susah nk tanggal bila nk solat .. ( boleh terima ke alasan sebegini.. hahahha, tp itulah saya....) Baju pown xder yg hebat simple jer.. T-shirt, preggy pants... sempoi jer tp x la serabai yg penting kemas...

Kami mengambil tempat duduk masing-masing, saya duduk dalam, sbb nk tengok screen .. puas klu duduk tengah-tengah wayang, boleh tengok cerita puas-puas. Sebelum itu, di sebelah seat saya mmg kosong, belum ada org yang duduk.. 10 minit cerita bermula, datang la seorang lelaki tua, I think he is chinese, age 40++.... At first, cam biasa... I enjoyed watching the movie.. then tetiba saya rasa lain, cam ada org tarik-tarik seluar saya... mula2 saya ingat kawan saya, tanya la... kawan saya cakap mana ada... Ok, mungkin khayalan saya... 15 minit kemudia... saya rasa seluar saya di tarik-tarik.. saya bangun dan terus keluar dr panggung..Kawan saya ingat saya hendak ke tandas...(rutin biasa bagi ibu mengandung), tp saya keluar bukan untuk ke tandas tapi pergi jumpe supervisor panggung X

Last, apek cina kena halau dr panggung....huhuhuhu, saya ingat saya seorang sahaja yang kena kacau, rupanya org di sebelah apek 2 pown kena kacau.....Sekarang dh ada gerabak LRT warna PINK khas untuk wanita sahaja. Saya rasa perlu juga panggung wayang khas untuk wanita...untuk mengelakkan hal-hal yang tidak sepatutnya berlaku..

Akhirnya.. boleh juga saya melihat wayang dengan aman... klu anda di tempat saya, apa yang anda lakukan...

Wednesday, June 1, 2011

Tungku.... Oh Tungku....

Hari ini adalah Hari Susu Sedunia...dan juga merupakan hari pertama bln Jun... JUN!!!!!!!!!!!, cepat sungguh masa berlalu.. dh masuk Jun. Ada lagi 3 bln lagi sebelum baby dalam kandungan ini di lahirkan ....maka gaji bagi 3 bln ini harus lah di peruntukkan menyiapkan barang-barang baby....termasuklah dengan barang ibunya sekali (klu asyik membeli barang baby jer , nanti masa berpantang tak pasal-pasal kena keluar rumah pergi shopping..huhuhuu )

Jujurnya.. barang-barang baby, hampir siap.. mungkin 50% kot..., saya hanya membeli basic thing for baby.. sbb nak mengelak dari berlakunya pembaziran.... klu x cukup baru pergi beli, tp bukan saya yg kuar membeli... Si ayah yg akan keluar bershopping. Lagipown this is my first time having a baby.. bila tanya mama... "Nk kena beli apa utk baby n Mom?"... My mom can't remember, she just said cloth, pampers, barut, bendung, jamu.... lagipown dh lama my mom x main dengan budak kecik.., adik saya yg bongsu dh Form 4. My mother in law pown x igt jugak, just igt SUSU jer.. . Nasib baik la, zaman sekarang zaman teknologi.... semua benda di hujung jari.. pergi la kat Google n taip list for newborn n new mom... berlambak ader...just kena membuat menapisan sahaja....Saya just ambik yg basic jer...

Barang utk diri saya....,erm... banyak lubang..., saya sendiri tak tahu hendak beli apa untuk diri sendiri. Nak beli set bersalin....maybe beli after deliver. Oh ya, tajuk di atas adalah pasal TUNGKU.. saya nak tanya, ada sesiapa yg pernah gunakan TUNGKU MODEN... mula2 saya nk membeli jugak TUNGKU MODEN.. tapi bila pk.. punya pk.. leh percaya ke ngan TUNGKU MODEN nie. Agak sukar untuk saya percaya dengan TUNGKU yg di modenkan, sbb zaman mak saya mmg gunakan BATU SUNGAI untuk di jadikan TUNGKU.

Puas jugak saya memujuk husband saya untuk mencari BATU SUNGAI untuk di jadikan TUNGKU... tp disebabkan kesuntukkan masa mmg selalu x jadi pergi. Klu saya nak pergi sowang2 mmg x lepas. Ye la, nak imbangkan dirikan pown susah, dengan sakit belakang la, kaki cram la... apatah lagi nak mencari BATU SUNGAI. Betul ke apa yang saya dengar.. Ibu yg lepas berpantang... elok bertungku 1 kali seminggu, bagi membetulkan pererdaran darah ????.