Monday, April 18, 2011

Hospital ??????????

Setiap kali pergi ke klinik utk check-up, setiap kali di hujani dengan soalan.. “Dh berbincang dengan husband, nk deliver di mana?”. Erm soalan yg susah nk jawab. Sapa2 yg berada dlm zon long distance marriage pasti memahami keadaan saya nie. Bukan tidak mahu membuat keputusan tapi masih lagi menunggu harapan utk di tukarkan dr KL ke Kemaman. Bukankah tempat seorang isteri di sisi suami, namun kerjaya, dan cam2 hal yg menyebabkan kami para isteri long distance nie tersepit dengan keadaan.

Saya seorang guru.. (mesti org akan ckp, cikgu mesti senang nk tukar ikut suami…).erm pada hakikatnya bukan mudah, sbb saya cikgu baru, perkhidmatan x sampai lagi 3 tahun.. nk masuk zon hangat di pasaran "Terengganu"…. Tahun lepaspermohonan saya tidak Berjaya, 150 org guru yg hendak berkhidmat di Terengganu.. 10 org sahaja yg hendak keluar dari Terengganu. Tahun nie saya memohon lagi.. .. kesiankan suami yg asyik berulang-alik ke KL hendak jumpe si isteri yang berbadan 2 nie dan sebab utama kenapa saya hendak tukar… cuti kami yg berbeza.....boleh dikatakan cuti husband habis cam 2 jer… bukan habis sbb g honeymoon ker, kenduri ke.. tp habis dlm perjalanan nk dtg KL jer nk jumpe saya huhuhu....(dugaan yg teramat sgt bila tengah pregy nie….. even u stay with ur parents xkan setiap masa nk mintak tolong.. klu setakat tolong g hantar g klinik xpe, nie kaki cram n so on… kat siapa lag ink mintak tolong… mesti kat husband jugak..)

Dugaan nk tukar untuk tahun nie plak, list guru yg Terengganu hendak hanya lah guru yg majornya mengajar subjek BI, Kemahiran Hidup, Perdagangan, PJK, Perdangangan, Ekomoni, Sejarah…yg mana semuanya bukan core busniess saya, saya nie CIKGU SAINS. Bila saya kol Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, menyatakan status diri saya yg bakal melahir cahaya mata bulan 9, jawapan yg saya dpt tidak memuaskan hati.. sakit hati ader la

“Cikgu, bukan cikgu seorang sahaja yg mengadung, ramai lagi cikgu yg mengandung.. x jumpe suami 3 dan 5 tahun pown ader”.Org yg menjawab fon adalah seorang lelaki .Teringin jugak nk jawab “ Ye la,klu isteri x pandai suami, mula la nk cari yg lain…”. Tp sabarkan diri, sbb mungkin dugaan untuk bertukar huhu

Dulu… perkataan long distance marriage, xder apa2 sgt sbb bukan x leh jumpe.. dua2 kat semenanjung.. skrang.., nk menangis bila doc n nurse desak nk deliver kat mana… nk kata KL pown susah jugak, nk kata Terengganu pown susah jugak. Lagipown check up kena consistant.. klu klinik A.. A la sepanjang 9 bulan, klu klinik A + B + C… huhuhuhu susah sbb rekod kesihatan cacar merba…

Keputusan samada bertukar atau tidak, hanya Allah yg tahu.., Dh doa. Doadh, tawakal dh .Cuma skrang yg pk if x dpat, boleh ke saya nk membesarkan anak tanpa suami di sisi, jumpe pown 1 bulan sekali sahaja. Kos hidup di KL nie bukan murah, nursery utk jaga baby hampir RM 600, itu belum lagi termasuk dengan rawatan klu sakit dan sebagainya. Anak x kenal ayah, ayah x kenal anak.. Ya Allah permudahkan urusan ku …

Kawan2 doakan saya, supaya dpt bertukar ke KEMAMAN….

2 comments:

  1. salam
    sy rs terpanggil tuk komen kat sini sbb situasi yg puan alami sama seperti sy tahun lepas..sy juga seorg guru sains yg mohon betukar ke selangor dr Johor..
    at 1st petukaran sy xdpt..so sy buat rayuan..apa yg sy geram petukaran ni klu kte ade org dalam sng plk dpt..mcm sek sy ade sorg tu belum berkahwin dan nk masuk terengganu..dia dpt sbb ade org dlm..
    alhamdulillah mungkin rezki anak (ms rayuan tersebut sy disahkan mengandung) sy dpt duduk di sisi suami..
    sekiranya puan ada org dalam baik puan mintak tlg..klu x seperti sy..naik turun putrajaya tuk buat rayuan..

    ReplyDelete
  2. iza... 2 la pasal, saya geram jugak org yg ader "Org TENGAH nie" senang jer dapat.. walaupon xder sbb yg kukuh.... saya mmg xder org dlm.. harapkan doa dan tawakal pada ALLAH...InsyaALLAH.. niat baik akan di balas dengan kebaikan.. x gitu.

    ReplyDelete