Cara nak tengok dan kenalpasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :
- Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli jer. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti ini ;
- Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.
- Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.
- Kawan saya kata, kalau kasut, kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.
Haa korang macammana? Ada pernah terbeli barangan (kasut, handbag dll) yang diperbuat daripada kulit babi tak?
Selepas membaca artikel ini, saya harap kita semua dapat lebih berhati-hati sebelum membeli sesuatu barangan. Jangan main tangkap muat saja yer.
Sekian.
No comments:
Post a Comment