Friday, May 18, 2012

Meet with Dr Nadir Khan

Salam....

Jujur saya katakan, bila mempunyai anak, pergi kemana-mana mesti memikirkan anak, serba-serbi anak di dahulukan kemudian baru la diri sendiri. Seperti mana yg anda semua tahu, anak saya kerap deman dan kerap masuk wad.. boleh di katakan hospital sudah menjadi rumah ke -2. Bila org berkata klinik A  bagus.. terpacak la saya depan klinik A dengan harapan anak saya akan sembuh dan tidak perlu di masukkan ke dalam wad, namun apa yang dirancang tidak semua akan menjadi kenyataan. Wang untuk perubatan anak mmg mengalir laju, demi kesihatan anak saya sanggup biarpun org kata "sahaja nak cari penyakit, klinik kerajaan ada tapi taknak pergi..".Mereka tidak memahami.. bukan saya nak kutuk, tapi ini mmg hakikat.. bila jumpe dengan doktor di klinik kerajaan, doktor akan cakap perkara biasa bagi bayi kalau sentiasa deman..( klu deman  3 bulan sekali .. is normal, but very month having a fever.. x normal ), doktor akan bagi syrup paracetamol sahaja.

Bila makan ubat kebah, lepas 2 tinggi balik.. sampai la habis syrup paracetamol, jumpa balik then terus kena g HKL.. (dalam masa ini, macam-macam boleh berlaku).. x sanggup tengok anak terseksa, nak xnak terpaksa g klinik swasta. Dah banyak klinik yang saya pergi, nak jumpe klinik yang serasi dengan anak agak susah. Alhamdulilah pada blogger yg dh buat review pasal KLINIK WANGSA, WANGSA MAJU. Klinik mmg serasi dengan anak saya..

Why..

1) The doctor have a knowledge about their patient sickness..
- Masa jumpe dengan Dr. Nadir, akan bertanya pasal sejarah perubatan anak..tanya bersalin cane, kesihatan masa mengandung n so on..Bila saya bagi tahu yang anak saya pernah di masukkan ke dalam wad sebab mild pneumonia, after discharge.. setiap bulan mesti akan deman, selsema n batuk  dan sampai kena admitted balik.. The doc just smile n explain..

Dr : Ubat batuk n selsema sebenar akan membuatkan pesakit menjadi lebih teruk.
Me : Kenapa plak, bukan selama ini, klu batuk lebih 3 hari akan menyebabkan TB  mesti doc akan bagi
        ubat batuk supaya batuk akan berhenti.. klu selsema mesti akan bagi ubat selsema..
Dr : Andaikan botol kosong ini adalah peparu dan 2 biji guli adalah lendir, bila saya letakkan guli dalam
       botol dan goncangkan.. Adakah botol ini akan hasilkan bunyi.?
Me : Dh doc goncang, mesti la berbunyi.. klu doc x goncang mana nak berbunyi.
Dr : Bila kita batuk, dada kita akan bergoncang.. dan dengan mengguna stateskop saya boleh mendengar
       keadaan peparu pesakit.
Me : Maknanya, pesakit tersebut dalam keadaan teruk.. doc kena bagi ubat .. kalau tidak kena TB
Dr : Ini lah persepsi masyarakat.. batuk je, mesti nak ubat.. bila peparu menghasilkan bunyi itu bermakna
       peparu tersebut dalam keadaan baik, dan batuk adalah mekanisma semulajadi badan untuk
       mengeluarkan lendir atau kahak dalam badan.
Me : Klu batuk lama-lama, lebih 1 minggu mmg x kena TB ke?
Dr : Tidak, selagi kahak di kuarkan... Andaikan botol tadi, saya isi dengan pasir ( pasir = ubat batuk). dan
       saya goncangkan,  adakah bunyi akan di hasilkan
Me : Ada, tapi kurang kuat berbanding dengan sebelum ini..., jadi pesakit sudah sembuh daripada batuk.
        Maknanya minum ubat batuk.. batuk dah tiada..tapi kahak masih ada lagi dalam badan.. jadi x sembuh
        sepenuhnya.
Dr : Correct... fungsi ubat batuk hanya membekukan kahak pada lapisan peparu.. batuk akan berulang
       selagi kahak tiadak di keluarkan. Untuk pengetahuan, sekiranya stateskop tidak boleh detect sebarang
       bunyi di dada.. itu bermakna terlalu banyak kahak sudah membeku dan ini akan MEROSAKKAN tisu
       peparu dan dalam masa yang sama akan menyebabkan asthma.
Me : ------------------------------------------------------------------( risau, sbb kalau g klinik kerajaan
       ubat selsema mesti akan bagi..). Anak saya belum lagi masuk dalam katergori yang teruk ?
Dr : Belum lagi, balik rumah nanti buang segala ubat batuk n selsema..


Dr . Nadir mulakan rawatan dengan mengguna Nebulizer, masa ini siap "berkungfu" saya.. pegang Danial kuat-kuat.. menangis, menjerit , tarik tudung.. semua benda ada... Dr.  cakap, menangis xpe, itu bagus menandakan masih aktif dan dalam masa yang sama akan  mempercepatkan lagi pencairan kahak dalam peparu..

Selepas Nebulizer, dr. ajar cupping method...

Buat steaming... guna rice cooker , steaming kat anak dalam keadaan tertiarap.. then tepuk tepi dada belakang n hadapan untuk melonggarkan kahak dari tisu peparu. Ironiknya masa  kena tepuk senyap je.. siap tertido lagi.. mungkin dh selesa...

Lepas cupping, baru la doc sedut kahak... ( Dr. Nadir adalah satu-satunya dr di lembah kelang yang menyebut kahak after dr, Abraham..).  Masa sedut.., banyak jugak lendir yang keluar...lendir yang terkumpul sejak kena admitted 29/1...Sian Danial menanggung sakit.. maafkan Ummi ye, Ummi tak jumpe klinik Dr Nadir dan tak kenal Dr Nadir masa mula-mula deman dulu..

Alhamdulilah, lepas sahaja sedut kahak.. Danial x deman..  after 1 week, kena jumpa balik dr utk sedut kahak dengan syarat kena uat cupping dahulu...


KLINIK WANGSA
No. 46, Jalan 2A/27A, Section 1, Bandar Wangsa Maju, 53300, Setapak, WP Kuala Lumpur  53100
03-4142-1614


12 comments:

  1. Nice information..
    Tp betul la yg u cakap..kita bukannya nak buruk2 kan hospital gomen..tp itu la faktanya...

    Semoga danial cepat sembuh yek..

    ReplyDelete
  2. Tapi kan, adik saya houseman kat hkl. terbalik pulak dgn doc gomen yg wani citer.. Dia kata, kalo patient budak2 yg batuk, diorang mmg takkan bagi ubat batuk or selsema.. Selagi tak demam, takkan bagi antibiotik. Sebab klinik swasta yg saya pergi akan bagi ubat batuk n selsema.. Adik saya kata, selagi paru2 clear drp bunyi kahak, should be ok.. Adik sy pun ajar cara buat physioterapy (cupping) tu pada anak.. Maybe tengok hospital jugak kot.

    ReplyDelete
  3. Cheyan :

    Itu la pasal, bukan nak memburukkan tapi fakta...

    Kak Aini :

    Anak wani mmg dah ada sejarah pneumonia, mmg doc akan bagi ubat selsema n ubat batuk.. Cam Dr Nadir cakap peparu yang clear sebenar lagi bahaya daripada peparu yang menghasilkan bunyi, sbb kahak sudah membeku pada tisu peparu....

    ReplyDelete
  4. Wani,mahal x kalau jumpa dr nadir?yun ari 2 nk g,tp doc xder plak..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mahal dari klinik pakar kanak-kanak yang wani pernah g.. bawah RM 100.. klu pakar kanak-kanak wajib atas RM 100

      Delete
  5. Saya di JB pun dapat jumpa Satu klinik yang macam ni jugak, servis lamabat sikit sebab doctor tu check pesakit betul2, tp sebab anak sanggup tunggu walaupun lama.Kalo pergi kk, doc cuma cakap, biasa la budak selsema dan batuk.penuh aisbox dengan ubat deman kerajaan yg sama aje.haha.hm.memang macam tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. @naAzli boleh tahu kat jb tu klinik nye kat mana?

      Delete
    2. Salam...nk tau jgk kt mn klinik mcm ne kt JB????

      Delete
  6. saya dari anak pertama ke anak ke 4, setiap kali batuk berkahak mesti pegi jumpa dr nadir...

    ReplyDelete
  7. klinik tu start buka pukul brpa yer

    ReplyDelete
  8. lau untuk dewasa leh x? mak sy batuk da 7 bulan..smpai satu hari tu,.,batuk kahak berdarah.. huhu.. agk2 brape utk dewasa..??

    ReplyDelete
  9. We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833


    Regards
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com

    ReplyDelete