Monday, December 26, 2011

Breast Pump.... Bagaimana cara pemilihan...

Salam...

Ramai bakal-bakal ibu di luar sana yang berniat untuk menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu @ selama 6 bulan.. mesti terfikir, bagaimana hendak memilih pump yg sesuai dan boleh guna sampai bila-bila sehingga hayat pump tersebut harus di tukar dengan yg baru... kata org "Alah membeli bisa memakai". Terdapat 2 jenis pump di pasaran, jenis manual dan elektrik. Itu belum lagi dengan pelbagai jenama dari yg biasa-biasa sehinggalah yg branded.

Saya dulu seperti anda.. pening kepala hendak memilih pump yang sesuai dengan bajet. Manual atau elektrik masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Kalau boleh nak pump boleh guna manual dan elektrik (susah nak dapat pump macam nie, di pasaran hanya ada 1 jenis sahaja) itu belum lagi dengan baby mimic (apa ke benda baby mimic nie)...2 phase ( klu 1 phase x boleh ke...) macam-macam yang bermain di fikiran saya... Ibu baru mesti hendak yg terbaik. Ikutkan hati mahu sahaja membeli Medela Free Style.. tapi tak mampu.huhuhu. Prinsip saya gunakan semasa memilih pump.. sama dengan prinsip membeli handbag.. kena tengok dan cuba dahulu.. sesuai atau tidak. Sebelum mencuba kena review dahulu kelebihan pump manual dan elektrik.

Kebetulan ( maybe rezeki anak), rakan di sekolah mengunakan pump jenis Avent Isis ( manual), Medela Harmony, Medela Free Style dan pureen (manual).. dari sini saya boleh mendapatkan maklumat yang penting.... Jangan malu untuk bertanya...

Maklumat yang saya perolehi

Avent Isis - ringan, selesa di gunakan, kuat mencekam (yg nie mmg saya x paham langsung), 5 minit susu penuh sehingga 5 oz
Medela Harmony - ringan, selesa di gunakan, kurang mencekam, 6 minit susu sudah di pam keluar
Pureen - ringan, selesa di gunakan tetapi  susu lambat di pam keluar
Medela Free Style -Double pump, mudah dan cepat, selesa.

Dari maklumat yang saya perolehi.. saya check on9, kedai yg menawarkan perkhidmatan untuk mencuba dahulu pump sebelum membeli. .. Saya mencuba pump spectra 3, medela swing, avent, amenda. Setelah mencuba saya membuat list berdasarkan bajet saya.. saya memilih medela swing..

Kenapa medela swing .. saya sukakan soft fit breast shield.. mmg lembut dan tidak sakit berbanding dengan avent breast shield dan lain-lain. Yang paling best.. sesuai dengan semua jenis storage bottle atau feeding bottle (normal size) ..part nie saya mmg suka sbb tak perlu nak basuh banyak part, dan sgt mudah, boleh digunakan secara manual dan yang paling penting mematuhi bajet saya.

Saya membeli medela swing dengan harga RM 250 (rezeki anak betul.. mana nak dpt harga pump yg branded bawah RM 500). Beli secara on9 di  KC Dream (semasa promotion), kebetulan pula rakan saya hendak ke UK..(rakan saya belikan pump medela swing kepada saya.).  Set saya perolehi dari KC Dream saya jualkan kepada org.. saya gunakan set yg saya pesan dari kawan saya...


 Medela swing....
+

Medela harmony diaphragm, puller and o-ring assembly
+

Medela harmony handle


Ini lah set yg saya perolehi dari UK... so practical... nak guna manual atau elektrik pun boleh..suka sangat-sangat...boleh tukar swing kepada harmony. Harmony saya guna dalam pantang dan membuat stock EBM pada waktu pagi (3 atau 4 pagi sbb x bising). Swing plak, saya gunakan untuk buat EBM pada waktu siang. Kalau lupa nak charge battery, boleh guna harmony hehhehehe...

Alhamdulilah, setakat nie, harmony n swing sangat berjasa kepada saya....Mmg rezeki saya..Cuma x double pumping.. apa-apa pun saya tetap bersyukur kerana dapat apa yang hendak berdasarkan bajet saya. Kawan saya lagi hebat dari saya... kawan saya hanya membeli part tertentu  untuk dapatkan medela harmony secara ansur-ansur. caranya...



Anda perlu membeli :

1) harmony handle
2) harmony diaphragm, puller and o-ring assembly 
3)Valve head and membrane 
4) Connector 
5) Breast shield 
6) Storage bottle 


P/s : Ada sesiapa yang hendak bermain kutu utk dapat medela FS...nak join sekali, harap maklumat di atas dapat membantu....

Sunday, December 18, 2011

Fasa 1 - Tamat dengan jayanya...

Alhamdulilah...., syukur sangat-sangat kerana berjaya menamatkan penyusuan secara exclusive selama 3 bulan nie, walaupun saya terkedek-kedek dek kerana mengalami kekurangan susu... namun Alhamdulilah, rezeki anak masih lagi ada, mudah-mudahan di murahkan, di mudahkan ..Amin.

Tahniah, saya ucapkan kepada diri saya.. kerana berjaya melepasi fasa pertama (3 bln), mudah-mudahan dengan semangat yg gigih  berjaya melepasi fasa 2 (3 bln seterusnya), sebelum Danial Haqiz diperkenalkan dengan solid food..


Stok susu yg berjaya di kumpulkan semasa mengalami "kekurangan susu" .........................


5 oz x 8 = 40 oz


7 oz x 4 = 28

adalah sebanyak 68 oz...Alhamdulilah..., ini adalah hasil top-up kerana susu saya tidak semeriah mana, namun masih lagi ada, dan anak saya dapat menyusu itu pun saya dah bersyukur sangat-sangat, niat saya mahu menyusukan anak selama 2 tahun, namun saya kena membuat target selama 3 bln...3bln, bukan apa kerana takut apa yg dikejar tidak dapat..apa yg di kendong tercicir pula. Jujur saya katakan, saya cemburu dengan mommy-mommy lain... sekali pump dapat 8 oz, 9 oz, 12 oz dan oz -oz banyaknya....

Saya pula......


paling banyak 2 oz....paling sikit 2-3 titik susu sahaja... namun Alhamdulilah, rezeki Danial Haqiz masih ada lagi....Mungkin satu hari nanti saya pun boleh dapat  seperti mommy-mommy lain.... InsyaALLAH...



Saturday, December 17, 2011

3 Bulan Dalam Kenangan...

Cepat sungguh masa berlalu..masih lagi tidak percaya akan kehadiran mu dalam hidup kami..lahirnya diri mu membawa pelbagai makna, pelbagai rasa yg agak sukar di gambar dengan kata-kata...hanya mereka yg bertuah sahaja yang mengetahui perasaan itu. Ya ALLAH, terima kasih atas kurnianMu.. lahirnya Danial Haqiz Rizqin di muka bumi ini. Ini pertama hati kami, penawar dan racun dalam hidup kami dan pengikat kasih antara saya dan suami ku.

Sayang, masih ingatkah lagi sewaktu sayang berada di dalam rahim umi.., sewaktu umi bekerja, sayang akan duduk diam.. bila umi marahkan @ mengeluarkan suara garang kearah pelajar umi.. sayang akan menendang umi supaya tidak marah, hanya perlu mengeluarkan kata-kata yg tegas.. Masih ingatkah lagi, waktu malam sayang akan tendang umi untuk solat Isyak sekiranya umi tertidur awal dek keletihan pada siang hari...Masih ingatkah lagi, sayang akan tendang umi sekiranya umi lupe untuk membacakan buku kegemaran sayang....Ingat itu masaih lagi segar dalam ingatan umi.

Sayang, sewaktu umi mahu melahirkan sayang... umi selalu ingatkan sayang supaya lahir pada hari abah cuti.. supaya abah tidak berulang-alik dr Kemaman ke Kuala Terengganu...Alhamdulilah, sayang di lahirkan pada hari Sabtu... Kesakitan yg umi tanggung ketika melahirkan sayang hilang begitu sahaja.. Umi lupa bagaimana rasa sakit tersebut.. dek melihat dan mencium sayang kali pertama ketika sayang di atas dada umi.... sungguh agung sekali kuasaMU...

Sayang, masih ingatkah lagi.. sewaktu air mata umi jatuh berderai jatuh di atas muka sayang dek kerana umi tidak mampu untuk menyusukan sayang dengan susu umi, atas usaha dan rezeki yang dikurniakanNYA, Alhamdulilah..umi mampu menyusukan sayang sehingga hari ini..mudah-mudahan rezeki ini melimpah ruah untuk diri mu, sayang. Tidur malam umi tidak lagi teratur namun umi bahagia melihat sayang membesar dengan sihat dan ceria.




Sayang,walaupun rezeki umi masih belum turun untuk berada dekat dengan abah, namun umi bahagia kerana sayang akan menemani umi sepanjang masa... (abah kena turun KL selalu ye... hehe). Sayang, umi akan sedaya upaya umi untuk menjaga sayang.. memberikan yang terbaik dari pelbagai sudut..InsyaALLAH dengan izinNYA, umi mampu melakukan..Sayang, umi bangga akan pencapaian diri mu... sekarang sayang sudah pandai untuk berkata-kata..sampai berbuih-buih mulut, pandai untuk menyanyi.. pandai mengeluh( belajar dr mana kecil-kecil lagi dh pandai mengeluh) pandai gelak bila di agah.. kadang-kadang sampai terbawa-bawa dalam mimpi.

Pada waktu malam, sayang akan tendang umi, supaya bangun untuk tukarkan pampers @ menyusu.. dan yg paling seronok.. kita sama-sama bangun awal pukul 5 pagi..( umi bangun 5 pagi utk aktiviti mengepam.. sayang bangun awal nak tunggu azan subuh ye...). Dalu, agak susah hendak mendengar tangisan sayang... sekarang sudah pandai untuk menangis....tp air mata tidak mengalir.. huhuhu, tangisan untuk perhatian...pandai..pandai. Sayang sudah mahu meniarap, sayang berusaha sekiranya tidak berjaya sayang akan mengamuk kemudian mahu menyusu...huhuhuh( usaha hanya 3 kali sahaja... usaha lagi sayang..)

Apapun.. umi dan abah tetapkan sayangkan Danial Haqiz Rizqin.. semoga menjadi khalifah ALLAH yg membawa pegangan agama junjungan Nabi Muhammad S.A.W kearah kebaikan...AMIN

Friday, December 16, 2011

Adele - set fire to the rain

Kecundang lagi.......

Mungkin masih tiada rezeki lagi.. entah la, sampai bila akan hidup sebegini lagi....suami jauh di nun sana.. saya pula di sini.. susah nak cakap, kerana rezeki ini di tentukan olehNYA.. mungkin 10 tahun atau berbelas @ berpuluh tahun baru dapat bertukar ke sisi suami.... I am monthly wifey.., sebulan sekali sahaja br boleh menjadi isteri sepenuh masa..Alhamdulilah.. (kalau setahun sekali......huhuhu tak boleh nak bayangankan....). Cuma sekarang, saya ada Danial Haqiz Rizqin...,tanggungjawab saya bertambah sekali ganda...tidak mengapa, demi anak saya sanggup pikul tanggungjawab tersebut asalkan saya boleh menjaga dan melihat membesar depan mata saya dan berikan yg terbaik.. mudah-mudahan, urusan saya di permudahkanNYA.

Ini merupakan kali 3, saya dan suami memanjat ke Kementerian Pelajaran, merayu untuk saya bertukar ke Kemaman.. seperti biasa.. bila mendengar negeri yang hendak di tukar.. semua mengeluh.. (KEDAH, TERENGGANU dan KELANTAN). Tahun depan adalah tahun terakhir saya memohon untuk bertukar ke Terengganu.. kerana saya sudah muak dengan alasan yg diberikan oleh pihak kementerian...lagipun harga rumah bukan semakin turun lagi semakin meningkat... ini juga merupakan alasan yg kukuh mengapa saya tidak mahu merayu untuk tahun seterusnya. Sampai bila saya mahu tinggal bersama dengan ibubapa saya... perasaan malu semakin menebal, saya dan suami perlu membeli rumah (kalau sewa kena bayar dkt penyewa.. baik beli bayar dkt bank..akhirnya akan jd milik sendiri) untuk kelesaan kami sekeluarga.

Sampai bila, perlu berulang alik.. dahulu saya tidak kisah, kerana saya seorang sahaja, kini ada Danial Haqiz Rizqin. Segala keutamaan harus diberikan kepada Danial Haqiz... sekarang Danial Haqiz masih kecil, tidak tahu mengapa boleh jumpa dengan Abah sebulan sekali sahaja... Bila Danial Haqiz boleh berkata-kata, bagaimana pula saya mahu menjawab supaya Danial Haqiz faham...erm..

Tahun 2012, merupakan titik penentu... sekiranya gagal pada tahun 2012, abah kena pindah ke KL...kalau ditanya, siapa yang sanggup berjauh dari kampung halaman..apatah lagi tempat dilahirkan, bahasa yg selalu di gunakan, makanan yg selalu dimakan.. demi anak terpaksa.. hurm..Nampak gaya wish list saya yang pertama agak sukar untuk kecapi... hanya keajaiban sahaja yang boleh lakukan............

Wednesday, December 14, 2011

Melatih Danial Haqiz ke Nursery.....

As-salam...

Tinggal lagi 2 minggu +++, utk melangkah ke tahun baru.. ini juga bermakna saya akan mula masuk bekerja. Erm.. rasa berat je hati untuk berpisah dengan Danial Haqiz.., kerana sejak dalam pantang sehingga sekarang belum pernah lagi berpisah selama 7 jam.... berpisah 1 jam kerana hendak membeli barang keperluan Danial Haqiz dah terasa rindu.. apatah lagi 7 jam.. erm..Harapkan saya bekerja sebagai seorang guru, separuh masa.. tapi hakikatnya bukan sebegitu...

Saya memilih untuk menghantar anak saya ke Nursery.. itupun setelah berfikir berkali-kali.., bukan apa takut apa-apa yg tidak diingin berlaku (mintak-mintak di jauhkan)..klu ikutkan hati mahu sahaja mengambil maid.. tp takut jugak kes yg berlaku di kejiranan saya berlaku kepada diri saya.. Maid lari dr rumah.. BERHENTI KERJA, pernah juga terlintas...sapa pula mahu menbayar hutang kereta....

Nak pilih nursey.. bukan mudah.. saya sendiri kena survey hampir 11 buah nursery....., Alhamdulilah.. dpt lah 1 nursery yg memenuhi kehendak saya..itu kehendak saya, belum lagi kehendak Danial Haqiz....kena try n error.. kena ader backup nursery..hurm. Cara saya memilih nursery..

1) Kena tgk sijil pendaftaran nursery..samada berdaftar dengan kebajikan masyarakat (mmg saya kol.. takut kena tipu)

2) Kena tgk sijil latihan kakitangan nursery (mesti dr kebajikan masyarakat)

3)Tahu mengendalian EBM

4) Berapa org bayi yg diambil untuk di asuh..( max 4 org bayi sahaja...)

5) Kebersihan dan tempat jagaan bayi..

6) Bertanya kepada para ibu yg menghantar bayi mereka.. ok x layanan dsb..

7) Bayaran nursery ( yg nie mmg saya tidak kisah, kerana saya mahukan yg terbaik untuk bayi saya)

8) Jarak nursery dr tempat kerja @ rumah ( nursery yg saya pilih mmg jauh dr rumah saya dan tempat kerja.. lebih kurang berada di tengah-tengah sama jarak antara rumah dan tempat kerja)

Selepas pemilihan nursery, saya interview pengasuh yg akan jaga anak saya..bila waktu feeding, bath, tido, pengalaman jg baby berapa lama, pernah ambik kursus CPR ( jgn igt CPR x penting..), klu terlebih masa berapa bayaran akan di caj..

Setelah mendapat maklumat.. saya melatih Danial Haqiz bersesuaian dengan jadual di nursery. Pada saya ini amat penting, kerana mahu Danial Haqiz selesa dan tidak terkejut budaya. Cara saya..

1) Sukat berapa banyak oz yg bayi minum, penting kerana tidak mahu pihak nursery kol ckp x ckup susu.. haru nanti... berapa kali minum dlm sehari @ setengah hari. Bayi saya hanya minum 3 oz utk setiap 1 jam, ini bermakna saya perlu bekalkan 21 oz utk setengah hari bekerja dan 36 oz utk 1 hari penuh...( keperluan susu bg bayi 0-6 bln, adalah tetap dan akan berkurangan apabila makanan pejal di berikan..). Indicator ini juga memudahkan saya utk memastikan stok susu keluar mesti sama dengan stok susu masuk.. tidak boleh negatif

2) Berapa lama yg di ambil utk bayi sedawa..ini penting kerana tidak mahu tersedak susu.. Bayi saya mengambil masa lebih kurang 10 minit.

3) Mengetahui pola tidur bayi... Perkembangan bayi adalah seiring dengan pola tidur.. ini bermakna tidur yg cukup membuatkan bayi kita cerdas dan cergas untuk belajar benda baru.

Monday, December 12, 2011

Breastfeeding... bukanlah semudah A,B,C

As-salam, sudah lama tidak meninggalkan jejak kaki ke blog tercinta, al-maklumla bila cik lappy ke masuk wad akibat dr serangan virus.. hoooohooohooohoho.Tinggal lagi 5 hari lagi untuk menamatkan tahap 1 dalam penyusuan ibu secara exclusif.. mudah-mudahan dapat di tamatkan dengan jayanya...

Danial Haziq Rizqin ( 2bln ++)

Selama 2 bulan 3 minggu 2 hari, saya menyusukan Danial Haqiz, bermacam-macam dugaan yg saya tempuhi...maklumlah zaman moden, ada pelbagai alat untuk menyimpan dan memerah susu ibu.. hendak seribu daya, tak nak seribu dalih... dan yang paling penting tawakal, doa, dan usaha supaya rezeki susu melimpah ruah olehNYA... seperti yg saya katakan, saya bukanlah tergolong dlm kumpulan yg banyak susu.. Alhamdulilah, susu saya cukup untuk bayi saya..Mudah-mudahan cukup sehingga 2 tahun..

Dugaan yg saya tempuhi sepanjang menyusukan Danial Haqiz..

"Asyik menangis je baby nie, nie mesti kes x ckup susu... bagi la minum susu formula, conform kenyang punya"

- Yes... mmg bayi akan kenyang dengan susu formula, bayi menangis tidak semestinya kerana lapar mungkin disebabkan diaper penuh, perut kembung dan sebagainya. Susu ibu mudah di hadam.. bayi mungkin mintak dgn kerap utk disusui...

" Banyaknya simpanan stok susu, conform mesti kering susu ko nanti"

- Yang nie, mmg sakit hati.. inilah gaya org yg hendak bercakap tapi tidak tahu tentang EBM... Stok susu banyak tidak mengapa.. kata org "sediakan payung sebelum hujan", mana nak tahu kena g outstation selama berhari-hari.. sekurang-kurangnya masih ada lagi susu ibu utk di berikan kepada bayi .. baik EBM dr FM. Susu ibu tidak akan kering selagi kita DF baby.. Igt air liur baby adalah rangsangan hormon oxitosin dan proklatin bagi penghasilan susu ibu. Allah itu Maha Agung dan Maha Bijaksana... ( Saya pernah mengepam, selepas pam susukan pula Danial Haqiz.. susu masih lagi ada)

"Ko x campur susu dengan FM ker??, mcm mana nak tinggalkan baby kat nursery"

- Tak perlu campur sekiranya susu mencukupi utk bayi, nursery zaman sekarang sume sokong susu ibu, beside masa nak daftarkan bayi.. boleh tanya cara pengendalian susu ibu. Tidak timbul masalah sekiranya mahu BF sepenuhnya.

"Susahlah breastfeeding baby... ambik masa, 20 minit menyusu x siap-siap lagi, baik bagi susu formula senang..."

- Bf mmg mengambil masa yg agak lama berbanding gunakan FM, puas bila melihat bayi kita kenyang dengan susu ibu, berbanding dengan FM..

dan macam-macam lagi soalan..

Saya pekakkan telinga, dan buat apa yg saya rasa betul...Org hendak menjatuhkan semangat BF mmg ramai, yg menyokong BF mmg kurang...

Kawan-kawan... bagaimana utk menambahkan susu ???, sejak kebelakangan ini, susu semakin kurang.. bila pam hanya dpt 1 oz kadang-kadang 3 titik.. tetap bersyukur kerana bdn saya masih mampu menghasilkan susu... power pumping dh buat.. ( mmg kena kuat semangat bg single pumping, saya hanya dpt lakukan 30 minit bagi setiap breast.. klu double pumping.. mungkin mudah..), air masak dkt berliter-liter minum.. boleh katakan sampai kenyang perut...Danial haqiz mmg kuat menyusu.. kadang-kadang ambik masa 30 - 45 minit utk menyusu.... Help plz..