Semakin jauh perjalanan, semakin jauh pemandangan ( betul atau tidak simpulan bahasa nie... dh lama x uat karangan, last uat karangan masa nk ambik SPM jer hahahahah)
Bln 3, masa usia kandungan 3 bulan +++, saya g VIETNAM, kali nie, 4 bulan +++, saya menjejakkan kaki ke BANDUNG plak. Kuat sungguh saya berjalan, klu anak kaki jalan, erm x leh nk marah, sbb mak nyer suka berjalan-jalan .. huhuhuhuhuhuh. Perjalanan kali nie, adalah family trip... dulu friends sahaja yg ikut. G ngan family nie mmg best, tp bila berpecah mmg x best...
Napa berpecah, 1 hotel yg saya booking x sama dengan sepupu saya.. x kisah la yg penting saya dan mak sampai jugak kat BANDUNG.
1/4/2011
Flight kami ke Bandung pada pukul 9.20 pg, yg lawak nyer kul 6 pagi masih boleh lagi berguling-guling di atas katil. Sepatutnya kul 6 pg, perjalanan ke Airport. Kul 7.30 boleh lagi membeli bekalan untuk makan malam, nasi putih, kari ayam dan kuih muih ( cam la kat bandung xder makanan hahahhaha). Pukul 7.45 baru bertolak ke Airport. Hari tersebut adalah hari bekerja, so paham-paham la.. TRAFFIC CONGESTED .. huhuhu, dlm hati asyik dok pk sempat atau x sempat sahaja.. huhuhuhuhu. Nasib baik la sempat sampai, tp terkejar-kejar check in beg dan sebagainya...., mmg leh sesak nafas... huhuuhuh.
Masuk je dlm flight, baru boleh tarik nafas lega. Perjalanan ke Bandung adalah 2 jam. Sampai je di Airport Hussein ( x igt nama penuh airport 2), kami ambik teksi untuk ke hotel. Sepupu saya ambik pemandu pelancong. Saya ??? pemandu pelancong saya adalah information from net dan baca dlm blog ELYA ELMO ( elya ... terima kasih atas maklumat yg elya bagi dlm blog). Kami check in di hotel GRAND SETIA BUDI, mula-mula igt hotel yg biasa-biasa jer, alih-alih Apartmen, rezeki kami, kebetulan hotel tengah uat promasi, dpt murah la.. hehehehhehehe, semalaman RM 110, ok la kan, the services are tip -top... pendek kata berpatutan dengan harga yg dibayar.
Lepas letak beg di kaunter, kami memulakan perjalanan kami ke PASAR BARU dengan menaiki ANGKUTAN KOTA, tambang utk 2 org adalah 60 sen sahaja. Apa yang menarik di sini, Pasar ini lebih kurang cam Pasar Siti Khatijah, basement barang basah, bahagian atas cam-cam ader, dr telekung, kain pasang, kain batik, jeans dan sebagainya. Pendek kata, klu duk kat sini 4 jam pown x cukup. Rambang mata, semua cantik dan harga pown murah. Klu sapa nk berniaga, sini la tempatnya, bargain sehingga anda mendapat harga yg anda hendak. Disebabkan kami kelaparan yang amat sgt, kami membeli kain telekung dan 1 pasang kain tunik ( manik penuh di hadapan utk baju kurung).
Kami pulang ke hotel dengan menaiki Taxi ( klu boleh elakkan dari menaiki taxi, sbb walaupun meter di pasang di taxi, meter tidak akan di gunakan, bayaran utk taxi adalah mengikut jam atau budi bicara pemandu taxi, klu nak naik jugak taxi saya galakkan menaiki taxi BLUE BIRD, taxi nie mmg gunakan meter, taxi blue brid nie kena kol dulu utk booking, klu nk tahan di tepi jalan mmg susah sbb penuh ngan penumpang). Disebabkan kami x dapat tahan taxi blue bird ( x taw pown kena kol dulu, naik je la taxi biasa, bayaran yg di kenakan adalah RM 15, yang nie yg paling murah, klu bernasib baik..
Sampai je di hotel, bersihkan badan, solat dan makan mlm ( makanan yg kami bawak dari Malaysia). Yg paling best, hotel nie ader 150 channel, boleh pilih channel mana yg anda mau lihat tpx tengok pown saya tido awal sbb letih, mak plak panggil tukang urut utk urut badan , RM 30 shj bagi 90 minit...
Masih lagi keletihan... kena happy jugak sbb x kena tinggal hahahah
Setibanya di Airport Hussein.... (ntah apa namanya, x igt dh..)
Yang warna hijau 2...ANGKUTAN KOTA, org yg pakai bj biru 2.. bukan penumpang yg nk naik tetapi pemain gitar... siap nyanyi lagi...
Oh ya.. lupe nk bgtaw, semasa anda menaiki ANGKUTAN KOTA nie, akan ader pengemis @ pemain gitar memainkan lagu @ persembahan jalanan...supaya anda memberikan derma.. pemandangan yg biasa di sini.
2/4/2011
Waktu disini lewat 1 jam dari Malaysia. Lepas sarapan pagi, kami mulakan perjalanan kami ke FACTORY OUTLET di JLN DAGO / JLN RIAU. Dari hotel kami mengambil ANGKUTAN KOTA utk ke Jln Dago / Riau. Saya lupe nk suh driver klu dh sampai Jalan Dago/ Riau untuk berhenti. Oh ya kat sini bukan seperti BAS MINI warna PINK zaman 90-an. Klu Bas Mini, selalu dok jerit.. Bukit Bintang, Pertama Complex ( jerit nama tempat) so mmg org yg xtaw tempat pown boleh jumpe. Bermula tragedi oktober .. ops, april.... Tempat yg kami nak turun sudah terlepas jauh, berhenti la di tepi jalan.. (Org Malaysia nie mmg baik hati dan dari kecik lagi kita sudah diajar utk bertanya klu xder sign board harga tambang.. so saya tanya la harga bepa, ambik ko.. dari 60 sen utk 2 org jadi RM 6 utk 2 org..). Mula2 pelik jugak, sbb semalam g Pasar Baru baru jer 60 sen utk 2 org. Malas nk gaduh turun je la. Lintas seberang Jalan utk ambik Angkutan Kota yg g Jalan Riau / Dago...(kali dh bagitaw siap klu sampai bgtaw), baru je 30 minit berjalan... driver dh cakap sampai, saya tanya bepa tambang, ambik ko kena RM 9 utk 2 org.... (Org Indon nie mmg x leh bagi muka, bg jer muka .. tgk la bepa banyak sekali kena pau....).
Dh kena tipu, ambik la Taxi.. klu ambik teksi, mmg sah-sah kena RM 15. Xpe la yg penting sampai tempat yg di tuju. Kawasan Factory Outlet terkenal dengan barang yg branded2. Terbahagi kena 3 kena, Original, Second ori dan Third ori ( saya pown x leh nk bezakan). Harga pown berlainan jugak. Korang ckp la nk jenama apa, sume ader.. tp T-shirt Polo yg kami nk x jumpe, klu jumpe warna xder, saiz xder.. (Saiz ikut US, paling kecik M ). Factory Outlet nie bukan cam shopping complex. Dr 1 store ke 1 store jaraknya lebih kurang 100M. Mmg 100% cuci mata sbb x reti nak membeli lagi pown nk compare harga dari 1 store ke 1 store pown susah, di sebabkan jarak..Oh lupe, setiap Outlet akan ader cafe.. ader cam2 menu.
So dari Jln Riau/ Dago, kami naik angkutan kota ( siap tanya org tempatan bepa harga ) ke PASAR BARU... Kali nie, barang yg kami borong... kain pasang dan kain baju melayu ( utk dibuat raya... utk diri saya ader la jugak cuma utk raya jer xder.. sbb saya mana leh pakai bj kurung pown kena pakai bj mengandung......). Harga kain bj melayu, bidang 60, 1 meter RM 1.80, kain pown elok dan sejuk.. rembat la 12.5 M..x sampai pown RM 30. Lepas membeli kami ke Rumah Garuda menaiki Taxi. Rumah Garuda nie, famous dengan masakan padang...dorang letak lauk beraneka jenis lauk atas meja ader dlm 15 jenis lauk, klu sentuh kena bayar.. klu x sentuh x kena bayar. Jemput la pemandu taxi untuk makan sekali, ye la sbb tumpang letak barang dlm kete. Lauk yg saya dan mak ambik ikan bilis goreng dan terung masak cili padi..( kami bukan suka ayam pown) , pemandu taxi ambik lauk tauhu, kacang goreng cili.. . Price RM 26, tax sgt mahal 30%, KFC dan MCD pown dr jer 15%... Sebelum pulang ke Hotel, singgah sebentar di Rumah MODE... tgk apa yg ader... Blous je yg banyak. Total bayaran Taxi, RM 45 padahal baru je 2 jam..Argue la, cam2 la jawapannyer....last2 bayar sbb konfem kalah jugak
( Dr sini korang leh taw sifat org Indon nie, yg kaya mmg sgt kaya, yg miskin mmg sgt miskin, rasuah, tipu nie mmg dh jd sifat mereka, kerana WANG sanggup buat apa sahaja.... bukan semua tp kebanyakkan yg saya jumpe mmg cani)
Makan mlm kami, makan di warung sahaja.. Mkn Bihun Baso. Terus terang saya katakan, saya x leh nk makan.. lain daripada yg lain, kicap yg diguna sgt likat dan sgt manis, bebola daging masih lagi ader bau hamis lembu. Dh lapar.. mkn je la. Kami order air suam, dpt air warna kuning, rupanyer kena ckp AIR PUTIH HANGAT... huhuhuhuhu. Order la jugak mendoan (tempe goreng) tp cam celup minyak sahaja, bila mintak garing.. x taw cane nk uat.. makan je la.. Total RM 9 utk 2 org.
Malam 2, mak panggil org untuk urutkan kaki.. mak tanya la harga tambag Angkutan Kota (max 60 sen.) Mmg xder rezeki, kena tipu.
Di pinggir Jln Dago n Riau
Salah satu Outlet yg kami singgah... RUMAH MODE.. tp 1 benda x beli pown.. cuci mata jer..
Abaikan pekerja kedai kain sembahyang... just nk ambik gambar kain sembahyang je..
Kain pasang utk bj kurung, jubah dan kebaya..
3/4/2011
Lepas sarapan, naik angkutan kota ( dh taw cara, jgn tanya tambang, bayar sahaja) menuju ke Astana. Singgah sebentar di Jln Chimpales. Saya suka tempat nie, kiri dan kanan baju jalan penuh dengan kedai menjual barang branded kelas 2 dan 3. So senang nk compare harga dari 1 kedai ke 1 kedai. Saya pelik dengan penduduk di sini, jam 11 pg masih lagi memakai sweeter. Saya dan mak, T-shirt je.. hahahah. Harga dr 1 kedai ke 1 kedai perbezaan sgt ketara leh jimat RM 5-8 . Dpt la T-shirt polo yg dicari-cari. Kami menaiki angkutan kota ke Astana.
Dlm kepala saya, Astana nie, igt 1 kedai yg besar.. alih2 shopping complex. Erm .. xder barang sgt di jual disini. Klu nk compare MID VALLEY, KLCC, PAVILION, JUSCO.. dengan ASTANA, saya tetap memilih MID,KLCC, PAVI dan JUSCO.. sume benda ader, di ASTANA tanya sandal jenama Scholl xder, hand beg SEMBONIA xder, pendek kata semua xder apa yg ader di MALAYSIA. Mmg betul la kata org tua, hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Kami lagi sekali g Pasar Baru... (boleh dikatakan banyak kali jugak g Pasar Baru nie), beli baju batik lelaki utk ayah mertua dan baju t-shirt utk diri saya.
Petang 2, kami ke Kampung Daun dengan menaiki Angkutan Kota... kenapa nama tempat nie Kampung Daun.., napa x Kampung Pisang ke..Kampung Durian ke...Kampung Daun nie dpt nama sbb dulu banyak daun.. (entah la.. 2 yg pemandu pelancong saya kata). Kampung Daun nie, terletak di antara 2 bukit... sejuk dan nyaman.. ( sampai mengigil saya dibuatnya). Tempat nie famous dengan masakan PADANG.. overall ok la..
Malam 2, sampai terus lelapkan mata... ( kepenatan yg teramat sgt).. Tepat pada pukul 3 pg saya bangun utk bersolat.. lepas je solat, saya sambung tido.. tetapi tido saya di ganggu oleh gegaran kecil...bangunan yg saya duduki bergoyang.. Ya Allah, takutnya.. kat Malaysia mana ader gempak bumi.. kali pertama merasai gempa bumi.... yg pelik, org bandung relax jer.. saya dan mak dh duk bawah meja dh.. takut syiling jatuh....
Pintu masuk Kampung Daun
Tempat makan....
Pemandangan di Kampung Daun... tengok la diriku yg membesar...
Makanan yg di order.. ( sila tanya pelayan apa yg special di sini, makanan sahaja...)
Betapa sejuknya tempat nie... kena panaskan badan dengan unggun api..
4/4/2011
Akibat drpd gegaran... check kat bilik tido .. sudah ader retakan kecik.. Ya ALLAH, naib baik la hari nk balik Malaysia.. x sanggup nk hadapi gegaran semalam. Alhamdulilah, tepat pada pukul 7.00 malam, kami tiba di LCTT.....