Friday, March 25, 2011

SPM 2010 = sweet memory

Tahun lepas.. kali pertama saya dapat kelas peperiksaan, dengan silibus Tingkatan 5 yg mmg banyak saya x taw.. kena study n kena uat latihan supaya saya faham dan memudahkan dlm proses pembelajaran.

Kelas yg dapat, bukan kelas yg pertama mahupun yang tengah2, tapi kelas yg hujung, yang terlalu banyak kes-kes displin. Huhuhuu.. cabaran saya, memastikan semua pelajar tersebut lulus SAINS dlm SPM. Permulaan bagi mengharungi cabaran tersebut agak susah... mmg perit, kerana pelajar yg sememangnya TIADA MINAT UNTUK BELAJAR, hanya JASAD sahaja berada di sekolah tapi HATI entah kemana.

Saya bukan jenis friendly teacher ( saya mmg xreti nak friendly dengan pelajar kelas hujung, kerana takut saya yg akan dipijak...). Kira saya nie, pilih kasih.. pelajar yang mahu belajar saya bagi perhatian.. yang tidak mahu belajar saya biarkan... kerana saya pernah menegur bahawa pelajaran itu penting, alih-alih saya mendapat jawapan "Cikgu, gaji cikgu kecik jer... x layak nak bagi nasihat kat kitaorg, Ok" dan bermacam-macam lagi jawapan yang amat menyakitkan hati..

Mungkin bagi mereka, belajar "last minute nie" boleh gerenti lulus dalam SAINS kot. Entah la.., tp saya kuatkan semangat kerana ini merupakan percaturan pertama saya.. Yup, untuk menentukan masa depan KERJAYA SAYA. Penat lelah saya akhirnya terjawab. Saya tidak pernah impikan pelajar saya untuk mendapat B+, B, C+,C dan D... Target saya, biar SEMUA LULUS SAINS DLM SPM.. ini kerana saya tahu akan kemampuan pelajar saya.

Benda yg tak pernah saya mimpikan, Alhamdulilah menjadi kenyataan, pelajar 99% lulus SAINS dalam SPM ( B+ sowang, B dua org, C dan D paling ramai, E 10 org) dan seorang gagal . Pelajar yg gagal ini tidak tahu membaca, mengira dan menulis.

Ok la kan, tahun nie target B,C dan D kot... A, agak susah nk target dengan pelajar yg "CEMERLANG DLM PERBUATAN tp BUKAN DLM PELAJARAN)

No comments:

Post a Comment