Sunday, March 20, 2011

KT ke KL, ada lagi ke org ngorat dlm bas ???

Selepas melancong ke Vietnam..., wajib la saya pulang ke Kuala Terengganu. Nama pown cuti sekolah, lagipown sudah lama saya x pulang ke Kuala Terengganu. Masa cuti Tahun Baru Cina, mmg hajat di hati mahu pulang, apakan daya masa tu saya baru sahaja mengetahui yang diri ini berbadan dua.

Aktiviti yg wajib di jalankan oleh semua warga Terengganu pada waktu petang, bersiar-siar di tepi pantai sambil makan keropok lekor dan berborak. Saya sukakan keadaan yang tenang. Seronok, almaklumlah.. di Bandar agak susah untuk melihat senario yg sebegini... asyik di kelilingi dengan hutan batu yang berlumba-lumba mencakar langit... huhuhu

Semasa perjalanan pulang ke KUALA LUMPUR, x sangka masih ader lagi BOY yg cuba pikat GIRL dlm bas... Ye la, saya igt di zaman moden dan serba canggih nie, dh xder org lelaki yg ngorat org perempuan dlm bas.. biasanyer org skrang akan guna FACEBOOK, MY SPACE, YM n so on la. Seriously.., sakit kepala saya, ye la cane x sakit kepala, saya duduk di sit depan , belakang saya BOY yang cuba mengorat GIRL

Erm.. biasa la, dh nama pown NGORAT.. mesti la ayat-ayat jiwang yg akan di keluar... X kisah la bab 2.. yang membuatkan saya terfikir 1 benda sahaja.. GIRL nie baru sahaj 19 tahun, dan bekerja di KUALA LUMPUR. Bagi saya , umur terlalu muda sudah mahu bekerja..., entahla.. mungkin pendapat saya xsama dengan pendapat anda semua. Semasa saya berumur 19 tahun, saya masih lagi belajar untuk mendapat kesenangan hidup di masa hadapan. Dengan hasil usaha.. Alhamdulilah, kehidupan saya agak selesa walaupon tidak la sentiasa senang. Terima kasih pada kedua ibubapa saya, yg melarang saya untuk BEKERJA, kerana takut bila dh PEGANG DUIT, DAH SENANG, tak mahu BELAJAR.

No comments:

Post a Comment