Honeymoon..............tidak, Babymoon............bukan jugak.
Akhirnya, dapat juga saya menjejakkan kaki ke luar negara....,pengalaman kali ini agak menarik, kerana saya sendiri x taw yang diri ini sedang berbadan dua semasa menempah tiket ke Ho Chi Ming City, Vietnam.
Apa yang menarik di Vietnam????...
Secara jujur, saya mmg tak pernah terfikir untuk ke Vietnam.., entah macam mana, tetiba nak pergi ke Vietnam, mungkin tertarik dengan sejarah Perang Vietnam dan Amerika.... Pemerintahan di Vietnam masih lagi di bawah pemerintahan tentera ( klu silap, silap pemandu pelancong...)
Saya ke Vietnam selama 4 hari 3 malam....
12/3/2011
Hari pertama bermulanya cuti sekolah, hari ini juga saya, mak, adik dan rakan sekerja mak akan berlepas ke Vietnam. Bag saya tidak sebesar mana hanya bag sandang sahaja, cuma bag makanan sahaja yang besar..Melawat negara yang bukan Islam.. pencarian makanan amatlah susah.. Di sebabkan saya, MAK BUYONG....stock makanan harus la banyak hahahahahhaha. Dalam beg makanan ader rendang ayam, nasi, roti, tuna, maggi ( yg nie mmg wajib..). air kotak, biskut ( 5 jenis biskut) dan kekacang, serunding daging, telur rebus dan telur masin..... ( silap saya 2 sahaja, saya tak terfikir untuk membawa Periuk Nasi Elektornik dan Beras)
Flight kami pukul 2.30 petang.., Pagi sebelum hendak ke LCTT, mak mengajak saya untuk bersarapan di luar, saya menolak ajakan mak kerana saya telah makan 2 bun cheese dan sup cendawan. Sampi di LCTT tepat pada pukul 1.30,solat dan check in....Flight kami delay sehingga pukul 3.30 petang.. perut sudah berbunyi menandakan masa untuk mengisi makanan...
Makanan di Airport, mak aii........, klu makan kat luar rasa-rasanya boleh makan 3 kali kot... tapi apa nk buat.. flight delay.... klu makan angin masuk dlm badan nanti muntah plak.. beli je la makanan di airport. Tepat pada pukul 3.30 petang, kami bertolak ke Vietnam. Perjalanan ke Vietnam mengambil masa 2 jam. Tiba di lapangan terbang pada pukul 4.30 waktu tempatan.
Apa yang menarik di Vietnam????...
Secara jujur, saya mmg tak pernah terfikir untuk ke Vietnam.., entah macam mana, tetiba nak pergi ke Vietnam, mungkin tertarik dengan sejarah Perang Vietnam dan Amerika.... Pemerintahan di Vietnam masih lagi di bawah pemerintahan tentera ( klu silap, silap pemandu pelancong...)
Saya ke Vietnam selama 4 hari 3 malam....
12/3/2011
Hari pertama bermulanya cuti sekolah, hari ini juga saya, mak, adik dan rakan sekerja mak akan berlepas ke Vietnam. Bag saya tidak sebesar mana hanya bag sandang sahaja, cuma bag makanan sahaja yang besar..Melawat negara yang bukan Islam.. pencarian makanan amatlah susah.. Di sebabkan saya, MAK BUYONG....stock makanan harus la banyak hahahahahhaha. Dalam beg makanan ader rendang ayam, nasi, roti, tuna, maggi ( yg nie mmg wajib..). air kotak, biskut ( 5 jenis biskut) dan kekacang, serunding daging, telur rebus dan telur masin..... ( silap saya 2 sahaja, saya tak terfikir untuk membawa Periuk Nasi Elektornik dan Beras)
Flight kami pukul 2.30 petang.., Pagi sebelum hendak ke LCTT, mak mengajak saya untuk bersarapan di luar, saya menolak ajakan mak kerana saya telah makan 2 bun cheese dan sup cendawan. Sampi di LCTT tepat pada pukul 1.30,solat dan check in....Flight kami delay sehingga pukul 3.30 petang.. perut sudah berbunyi menandakan masa untuk mengisi makanan...
Makanan di Airport, mak aii........, klu makan kat luar rasa-rasanya boleh makan 3 kali kot... tapi apa nk buat.. flight delay.... klu makan angin masuk dlm badan nanti muntah plak.. beli je la makanan di airport. Tepat pada pukul 3.30 petang, kami bertolak ke Vietnam. Perjalanan ke Vietnam mengambil masa 2 jam. Tiba di lapangan terbang pada pukul 4.30 waktu tempatan.
Selepas melalui, pemeriksaan kastam... kami pergi tempat pengambilan bagasi. Pengalaman yg tidak boleh dilupakan.. beg packer tertinggal di KUALA LUMPUR. Sehelai sepinggan mak saya... mujur beg saya tidak tertinggal di KUALA LUMPUR.. klu tidak entah la. Selepas membuat aduan, kami bertolak ke tempat penginapan, HOTEL THUAN THIEN, BEN THANH, VIETNAM. Hotel nie agak jauh dari bandar ( 25 minit berjalan kaki....... bagi saya amat jauh bagi orang yg berbadan dua seperti saya, masa berjalan-jalan tidak kepenatan.. tapi bila dh beli barang ... huhuhuhu.. faham-faham saja). Kebanyakkan hotel di sekitar Bandar BEN THANH nie, taraf 3 bintang sahaja.. klu nk 4 bintang agak susah. Hotel yg saya duduki ini, saya bagi 2 bintang dari 5 bintang.. kerana
1) servis yg sangat teruk -first time g hotel xder kettle, cam asrama penuh, taraf hotel adalah 3 bintang.
2) nak mintak air panas kena tunggu hampir 20 minit....
Ooh, lupa plak, hotel di sini kebanyakkan menggunakan US DOLLAR bukannya DONG. Klu servis hotel teruk... tak berbaloi untuk bayar mahal bukan...
Selepas check in hotel, kami mulakan pencarian baju mak di pasar malam. Kedai di sekitar Bandar BEN THANH nie tutup awal, pukul 6 waktu tempatan ( kul 7 waktu Malaysia). Yang bestnyer pasar malam di sini, buah-buahan adalah sangat besar..mmg besar la, makan sowang pown x habis.. terdapat pelbagai jenis buah-buahan tempatan, dari jambu, ciku, nenas dan sebagainya... (buat delima jer xder....)
Makan malam kami, import dari Malaysia, nasi, rendang ayam, telur rebus, kicap, sayur ( x igt nama sayur) dan serunding daging. Alhamdulilah.. lega bila dapat makanan yg panas2.
tengok la muka ku yg tembam nie.. huhuhu
Airport Ho Chi Min, Vietnam
Pemandangan biasa di Bandar Ho Chi Min, pengangkutan utama adalah motosikal dan basikal.. kereta.. agak susah nak nampak.. ader pown lebih kurang 10 buah bagi setiap jalan
Pasar malam di Ben Thanh ( kebanyakkan di sini menjual pakaian)
tengok buah-buahan tempatan... maaf x zoom untuk melihat betapa besarnya buah.
pemandangan pada waktu malam di Ben Thanh
13/3/2011
Hari kedua di Vietnam...... merupakan hari untuk membeli belah di BEN THANH MARKET ( lebih kurang seperti pasar basah + pasar kering. BEN THANH sangat popular dengan PINK-PINK ( Khinzir... klu anda ke sini, pasti anda tidak menjejak kaki ke pasar basah.. kerana anada boleh melihat sendiri bahagian-bahagian pink-pink , cane saya taw.. ini disebabkan kawasan kaki lima juga banyak menjual mee sup yg terdapat banyak daging pink-pink, bila di tanya pada peniaga.. PINK-PINK banyak di jual di pasar basah BEN THANH). Vietnam nie mmg terkenal dengan kain COTTON. Serious kain COTTON yang di jual di sini, sama kualiti yang di jual DI JAKEL.. yang beza nyer di JAKEL x boleh nk tawar menawar.. di sini, boleh tawar menawar sehingga peniaga masam muka.. hahahhaha ( mereka akan cakap " Malaysia is my friend, ur are my friend, give the best price..." so kuarkan CALCULATE R dan letakkan harga yg anda rasa sesuai....). erm.. saya rasa hampir 20 pasang kain cotton di beli saya dan mak (US 7 , bersamaan RM 21 sepasang...)
Kualiti T-shirt, Jeans, Khaki mmg bagus dan harga yg berpatutan. Bayangkan la, dlm sehari sahaja, pelbagai jenis barang yang dibeli oleh kami. Terlalu banyak barang.. nak angkut balik hotel pown x larat.... Pasar ini jugak menyediakan tempahan untuk menjahit BAJU KURUNG, JUBAH dan BAJU VIETNAM.. dalam SEHARI SAHAJA BOLEH SIAP... Mak dan Aunty Pah, menempah baju di sini... saya, mula2 nak jugak tapi disebabkan tukang jahit x pandai blous utk ibu mengandung... so x jadi ( selamat duit saya hahahahha). Harga keseluruhan tempahan US 30 termasuk kain sutera, alas kain (kain sutera). Saranan saya, sekiranya anda mempunyai badan yg cun (x tembam.. kurus) saya galakkan anda menempah di sini, sekiranya anda mempunyai tubuh yg gempal, lebih baik anda membeli kain sahaja , harga kain sutera tanpa alas US 8 sahaja.
Bukan apa, takut anda menyesal... kerana ORG VIETNAM nie semua kurus-kurus, mmg susah nk jumpe yg comel2, takut ketat pada bahagian lengan dan sendat.. Yup, itu lah yang berlaku pada baju mak dan Aunty Pah. Lepas penat bershopping, kami mulakan pencarian mencari makanan halal. Pencarian makanan halal ini, amat mencabar, di sebabkan bandar BEN THANH nie mmg famous dengan PINK-PINK, kebanyakan minyak yg digunakan dlm masakan jugak minyak PINK-PINK. Alhamdulilah, pencarian kami berjaya.. kami makanan di RESTORAN VIET- HALAL. Di sini, walaupun ader restoran yang halal, pastikan tiada tokong di dalam kedai. RESTORAN VIET-HALAL nie tiada restoran, yg ader bilik untuk bersolat. Petang itu, saya kol airport untuk mengetahui status beg mak saya... BEG MAK BERADA DI RANGUN, CAMBODIA.. jauh sungguh perjalanan beg mak.
Makan malam... er nak menangis rasa..., klu saya x mengandung saya x kisah untuk makan MAGGI.. di sebabkan saya mengandung dan bekalan nasi dh abis... nak xnk makan malam saya MAGGI (klu husband taw.. mau kena marah huhuhuhu).
kain cotton... nie baru sikit, dh rambang mata... heheheh
bersama Tina (TAUKE) kain cotton.. huhuhu
14/3/2011
Breakfast saya... SANDWHICH dan MAGGI ( masa nie teringat Nasi Goreng, Roti Canai n so on.. rindu sgt2 kat MALAYSIA...), apa-apa pun, perut harus di isi. Hari ini kami akan ke SUNGAI MEKONG. Apa yg menarik di sana... Sungai Mekong adalah sungai yang terpanjang di Asia Tenggara, sumber rezeki dan air bagi China, Vietnam dan Cambodia (klu x silap saya la). Perjalanan dari Ben Thanh ke Sg. Mekong mengambil masa 2 jam... dan kami bernasib baik, pemandu pelancong kami adalah MUSLIM.. so makanan yang di sediakan untuk kami adalah 100% halal.
Sg. Mekong di Vietnam membentuk 4 buah delta yang sangat subur.. (sampai skrang saya x paham kenapa org vietnam panggil delta sebagai pulau.. mungkin bentuk cam pulau kot). 4 delta berkenaan adalah
1) Bee Island
2) Coconut Island
3) Land of longest banana
4)apa dia ye..... ( x igt)
Pemandu pelancong kami bernama Zaidah dan Tina ( mereka nie adik-beradik dan fasih dalam berbahasa Melayu). Semasa dalam perjalanan kami ke Sg. Mekong, Kak Zai memberi setiap seorang roti (ala-ala sandwich ), kumpulan kami terdiri 9 org pelancong dari Malaysia. Bila kumpulan kecik senanag nk igt nama setiap org.. makin lama makin rapat. Berbalik kepada roti td, Roti di Vietnam, kebanyakkannya adalah Baguette (liat taw.. sakit gigi taw nk kunyah), inti dalam roti 2, telur, sayur dan sos dan yang paling best, roti ini di balut dengan KERTAS ADD MATH @ MATH. Kertas nie siap ader jalan kerja lagi.. saya dapat a2 =b2+c2-2bc cosA, siap ada rajah lagi... Klu saya makan abis roti 2, pasti anak saya pandai ADD MATH hahahhahaha.
Sampai sahaja di jeti Sg. Mekong, di sini terdapat gerai-gerai kecil menjual baju, topi dan sebagainya, kami di beri pilihan samada untuk membeli topi @ tidak, klu x beli mmg akan berpanas apabila sampai di Pulau berkenaan. Saya mengambil keputusan untuk tidak membeli topi, mak dan Aunty Pah.. shopping baju lagi.. huhuhuhu. Pulau pertama yg kami lawati adalah BEE ISLAND. Klu dah nama nyer BEE, pasti berkaitan dengan penternakan lebah. Kami di beri sampel utk merasa madu lebah asli sambil menikmati teh vietnam dan kudapan. Madu lebah yg diternak ini adalah untuk dijual kepada pelancong... Selepas itu, kami menikmati buah-buah tempatan sambil mendengar aluan muzik tradisi vietnam...(masa nie, saya x mendengar sgt muzik sbb menikmati buah-buahan hahhahahaha). Selepas itu, kami meneruskan perjalanan kami menyusuri sungai dengan menaiki sampan ... di sini la, sejarah PERANG VIETNAM DAN AMERIKA, dimana tentera vietnam menang. Bila merasa sendiri... huhuhu, mmg best.. tempat ini di panggil MY THO.
Delegasi dari Malaysia....
Pemandangan di Sg. Mekong
Saya di atas bot..huuhu
Saya dan lebah
Saya, pemadu pelancong Sg. Mekong n my mum
Air madu dan kudapan
Pemandangan di sekitar Bee Island.. beg nie bukan saya punya, pinjam untuk posing sahaja
Serious menikmati buah... hahahha padahal perut dh lapar.
Bergambar di sekitar ladang buah.. dalam perjalanan ke MY THO
Pemandangan di MY THO
Semasa dlm sampan
Selepas menyusuri MY THO sehingga ke MUAR, kami menaiki bot untuk ke COCONUT ISLAND. Tempat popular dengan industri pembuatan gula2 kelapa. Kemudian kami menaiki kereta keldai (bukan kuda), untuk bersiar-siar di sekitar Coconut Island. Kemudian kami menaiki bot dan meneruskan perjalanan ke LONGEST BANANA TREE. Tempat ini terdapat banyak tanaman pokok pisang, disini kami diperkenalkan dengan pokok pisang yg terpanjang di Asia..Di sini, ada taman buaya... kemudian kami menaiki bot untuk ke pulau seterusnya... di atas bot, kami diberikan air kelapa....Yg bestnyer, pemandu pelancong kami, akan menyanyikan sebuah lagu bagi setiap perjalanan. Selepas melawat ke semua Pulau, kami kembali semua ke jeti.. saya membeli 2 t-shirt lengan panjang yang coraknya dikait.. (RM 15 sehelai)
Proses pembuatan gula2 kelapa
Cenderahati di Pulau Kelapa... barang2 disini 100% dari KELAPA
Pintu masuk di LONGEST BANANA ISLAND
Inilah pokok pisang yang terpanjang..
Kami pulang kembali ke BEN THANH tepat pada pukul 12 tgh ( waktu tempatan). Di sebabkan keletihan.. kesemua ahli rombongan tido sepanjang perjalanan balik. Kami tiba di BEN THANH pada pukul 4 ptg, masa nie... Tuhan sahaja yg taw, betapa laparnya saya dan ahli rombongan. Kami di bawa ke RESTORAN milik Kak Zai. Alhamdulilah, makan malam saya adalah NASI. Kami di sajikan dengan nasi putih, telur dadar, ayam goreng kunyit, sup daging dan sayur campur . Sup daging mmg saya x boleh nk makan.. sbb masam dan manis, saya hanya makan sayur campur, ayam goreng kunyit dan telur dadar. Selepas makan, kami order nasi goreng dan telur dadar untuk keesokkan. Sebelum pulang ke hotel, mak membeli murtabak takut ada org yang lapar di malam hari.
Ahli rombongan yg lain balik ke hotel, saya, mak , adik dan Aunty Pah..singgah sebentar ke BEN THANH MARKET. Kali ini, kami membeli ole-ole kepada saudara mara, kain COTTON ( tambahan sbb x cukup) dan sandal. Sandal di sini semua nyer cantik-cantik dan murah-murah ( sila tawar -menawar untuk dapatkan harga yg murah ye)Yang paling best, anda akan di layan seperti anak raja.. kerana, sandal yg di jual adalah sandal yg belum siap lagi, penjual akan mengukur kaki anda sehingga anda selesa dengan sandal tersebut, siap pakaikan lagi.. seronok bukan. Mak,saya dan Aunty Pah membelinya. Dalam perjalanan ke Hotel, saya singgah sebentar ke COTTON SHOP ( kedai ini x leh bargain ye...), saya membeli 2 helai baju mengandung.. saya dh check kat MODERN MOM.. harganya jauh lebih murah, ok la 2 pasang dlm RM 68.. klu kat MODERN MOM, mana nk dapat 2 pasang RM 68.. even dlm online pown sepasang dekat RM 48.
Sampai je, kat hotel, Alhamdulilah beg mak berada di hotel,.... Eksiden yg saya x leh nk lupakan... paip di bathtube tercabut. Bayangkan la, seharian berjalan... nak mandi x leh.. tension sgt2. Saya kol reception untuk memberi tahu masalah kami, alihan yg dtg BELL BOY membawa air panas. Saya suh bell boy tengok paip di bathtube... bell boy berusaha utk membaiki...(klu paip dh tercabut cane nk betulkan..) punya la panic bell boy tu, kol balik reception bagi taw bath tube x leh guna... org kat reception suh turun kat bilik 606 (bilik kami 905) utk mandi... Biar betik, xkan la nk mandi kena bawak baju g bilik 606 pastu naik balik ke bilik 905, malam2 klu ader natural call cane???. Lagi satu, English dorang x berapa bagus, cam itik cakap ngan ayam... serious sbb saya pown kadang agak susah nk berkomunikasi.
Org mengadung nie, angin die mmg berangin, saya dh geram saya kol manager hotel untuk memberitahu masalah kami, eeeeeeeeeeeer geram.. geram.. manager hotel xder di hotel, saya x puas hati saya mintak reception kol manager hotel jugak, akhirnya manager hotel hantar plumber untuk membaiki bathtube kami..(klu anda di tempat saya, apa agaknya perasaan anda). Semasa tukang paip membetulkan paip, kami keluar ke Pasar Malam. Mak membeli 2 paang kain sembahayng 32 kuntum bunga dan 42 kumtum bunga ( RM 78 bagi 2 helai). Klu ke Vietnam.. tak sah klu x beli kain sutera vietnam, saya dan mak membeli 3 pasang kain sutera vietnam.. kain sutera nie mmg lembut dan berat ( kain jatuh ). Harga bagi sepasang US 10. Kemudian, saya membeli terompah jepun... ok la, RM 10 untuk 2 pasang ( nk bagi kat adik), mak membeli cenderahati.
Setelah selesai shopping, kami pulang ke hotel, siap jugak bathtube... boleh mandi.. huhuhuh, selepas mandi.. saya mulakan dengan aktiviti mengemas barang-barang. Dukacita, beg dh penuh dengan barang-barang yg dibeli.. itu belum lagi termasuk buah yg dibeli untuk di bawa pulang ke Malaysia. Badan dh penat..malas utuk berfikir... mau rehat.
Pasar malam Ben Thanh
Telefon yang nombor x nampak...
15/3/2011.
Selepas sarapan, kami berjalan ke Pasar BEN THANH, misi saya, saya mahu membeli travel bag.. senang klu hendak kemana-mana, saya dh check kat House of Leather, Jusco, Parkson n Isetan... compared to price kat vietnam.. murah lagi kat vietnam. Abah saya membeli travel beg yg besar untuk menunaikan Haji (RM 250) , beg yg paling besar , harga disini pulak ( RM 190), jenama yg sama dan buatan dari Singapore..Beg yg saya beli, sederhana besar (RM 150), ok la kan, lagipown mmg dh lama saya nk beli travel beg, yg paling best siap dapat warranty lagi.. hhohohoho, kena pos sendiri ke Singapore.. berbaloi apa.
Mak membeli seluar khaki untuk ayah (150 dong, lebih kurang dlm RM 41), dan jersi bola US 3. Selepas membeli beg, saya mulakan mengemas barang2 . Check out pukul 12 tengahari. Flight kami pukul 7.30. Hhuhuhhuhu melepak la di airport.. Masa nie, saya mendapat berita loji nuklear di Jepun meletup.. kena berhati-hati dengan hujan. Utk keselamatan baik melepak dengan di Airport dari pergi ke shopping complex.
Tiba di LCCT, pada pukul 10.30 malam (waktu Malaysia).. rindunyer kat Malaysia.
2 buah troli......(datang x penuh 1 troli huhuhu)
Klu anda hendak ke Vietnam, sy suggest anda menginap di Thanh Thu Hotel, hotel ini betul berada di hapadan Pasar Ben Thanh. Untuk booking layari www.hailong2hotel.com
(p/s : Tahun depan mahu ke sini lagi....)
No comments:
Post a Comment