Monday, December 31, 2012

Summary 2012......

Pejam celik pejam celik, dh nak hujung tahun dah.. sekejap sahaja masa berlalu.., masih lagi terasa baru sahaja dalam bulan oktober .

Kesimpulan bagi tahun 2012 adalah :

Moments yang TERBAIK berlaku pada diri saya :

1) Dalam usia 27 tahun, dh mempunyai seorang anak yg comel dan bijak. Dia la peneman di kala sunyi, suka dan duka. Segala aksi-aksi yang comel, nakal adalah pengibur bagi hati ini . ( bila duduk berjauhan dengan suami, mmg danial nie la jadi pendengar yang setia bg setiap kegiatan yang berlaku pada diri saya, biarpun x memahami tp sekurang-kurang pandai jugak memujuk dengan memeluk, cium dan yang paling x boleh di terima pandai mengigit bila emaknya buat-buat x nampak @ x dgr..., dh pandai mintak perhatian.. so sweet dan menjadi penunggu dpn pintu bilik air ... yg nie x taw belajar dr mana.

2) Tengok anak membesar depan mata. dari umur 1 bln hingga la jd toddler. Mmg seronok bila tengok anak membesar depan mata.. tp sampai sekarang x boleh lagi panggil UMI, asyik MAMA jer.. xkan nak kena tukar gelaran plak. Letih mmg letih, tp seronok bila tengok segala aksi-aksi yg menghiburkan.

3) Melancong ke Bukit Tinggi, Indonesia bersama dengan Danial, pengalaman pertama bercuti ke luar negara dengan anak...pengalaman yang berharga kerana ketika itu Danial br sahaja  4 bulan...br je pandai mengesot...

4) Bawa Danial g Zoo Melaka, biarpun Zoo Negara dekat dgn rumah nak jugak g Zoo Melaka. Kenapa nak g Zoo Melaka, sbb nak g berjalan-jalan makan angin, lagipun dah lama x g Melaka .

5) My best friend wedding on september, sehari selepas tu, sambutan harijadi kami berdua ( saya dan danial), senang uat serentak, beza seminggu .. seronok bila share kek harijadi nie..

6)Melancong ke Pulau Tioman..., aktiviti mengajar danial berenang.. ( guna pelampung jer..ahahhaha)

Moments yang TERBURUK berlaku pada diri saya :

1) Tak dapat bertukar untuk tinggal sebumbung dangan en somi. Tak pe la, nak buat cane, klu nak asyik panjat tangga KPM kat putrajaya dangan harapan boleh tukar tapi x boleh sakit hati jugak. Tak bagi tukar guna ijazah x pe, akan saya guna MASTER plak..., tgk cane.. so dalam kotak wish list sudah di KIVkan dah...

2) Anak di masukkan ke wad sebanyak 5 kali  ( 3 kali di HKL) dan 2 kali di Ampang Puteri kerana Pneumonia. Yg nie mmg serik, bukan serik duduk dalam wad, tp kesiankan pada anak, kena cucuk ambik darah la, masukkan antibiotik cara IV... ( tp nak sihat kena cekalkan diri untuk melihatnya ). Syukur Alhamdulilah bila dah 1 tahun ke atas, x perlu masuk wad dh... huhuhu

3) My Master only half way.. x boleh nak sambung kerana masa itu anak sering masuk wad.. klu nak teruskan dengan hati yg runsing lebih baik x perlu... , menyesal????.. klu bab duit mmg menyesal tp lagi menyesal kalau anak masuk wad tp emaknya bz memanjang nak siapkan tesis sehingga mengabaikan tanggungjawab, anggap xde rezeki mungkin rezeki untuk master ada untuk tahun hadapan bila anak dh betul2 sihat dan x perlu berulang kali masuk wad

Itu sahaja moment-moment yg berlaku pada diri saya... misi tahun hadapan

1) MASTER - nak xnk kena sambung rasanya dh lama sgt tangguh takut berkarat je otak nie..

2) Melancong ke luar negara mengikut bajet, klu boleh nak ke korea, jepun atau beijing..


Monday, December 17, 2012

Cerewet atau.......................

Kadang-kadang terfikir jugak, cerewet sangat ke saya nie ???

erm..

Alkisahnya, cani.. kita klu masak kat rumah untuk suami, anak-anak, mahupun tetamu mesti nak buat yang terbaik bukan, yelah walaupun bukan untuk diri sendiri ( nak puji diri sendiri pandai memasak tp sekurang-kurang kena jaga jugak air muka en somi kita bukan) dan kadang-kadang apa yang kita harapkan sempurna bukanlah sempurna sangat.. mungkin ada terbih gula ( manis yg amat ) atau terbih garam ( masin teramat) tp apa-apa pun kesilapan yang kita buat kita kena betulkan supaya perut en somi, anak-anak @ tetamu yang  datang ke rumah dapat di isi.. betul tak????

Kadang-kadang pelik jugak bila memikirkan gelagat para suami nie.. bila kat rumah, bila kita memasak hidangan mesti akan keluar komen.. samada memuji ( yg nie semua org suka)  dan kritikan yang membina biarpun agak pedas..( rasanya kawan-kawan semua mesti pandai masak, so kritikan  mmg agak jarang dapat berbanding dgn saya hahahaah - mengaku dgn ikhlas, sbbnya mmg fail klu masak makanan yg jenis berair contoh singgang ikan, biarpun org lain kata ala senang pun boleh fail, klu x kena dgn cara boleh lari rasanya...).

Tapi bila makan di luar, biarpun makanan tersebut terlalu manis atau terlalu masin, xde pula yg berbunyi secara terang-terangan, berbunyi melahirkan rasa tidak pus hati, tp masih lagi menguyah dan menelan makanan tersebut..Bila saya memanggil pelayan, untuk menukarkan makanan tersebut, automatik en somi akan kata "awak nie cerewet la, makan je la...", cam tu plak... ( itu baru dgn en somi)

Kali kedua, makan beramai-ramai dgn kawan-kawan, bila makanan dh sampai, adalah yg tertumpah garam ( masin yg amat) tp masih boleh mendiamkan diri.. mintak nasi tambah untuk gilangkan rasa masin, bila saya  kata tukarla dgn yg baru.., automatik kawan saya berkata "cerewetnya... ala boleh kurangkan rasa masin nie dgn tambahkan nasi, x perlu nak buat kecoh " - gitu plak..

Kali ketiga, makan dgn adik., order la nasi goreng sotong, dan bila makanan tersebut sampai, nasi tersebut berbau hanyir kerana sotong sudah busuk, boleh adik saya makan sambil bising-bising kat meja ( tapi x nak bersuara di pada tempat yang sepatutnya), bila suh tukar, boleh ckp "ala takat makanan je, x perlu la nak cerewet...",  - erm

Mungkin org kata saya nie cerewet yang amat ( yeke saya nie cerewet), bagi saya bila kita makan di luar, of course kita mahukan perkhidmatan yang terbaik, makanan yang enak yg cukup dari segi rasa dan sebagainya. Adakah cerewet kalau kita mahukan hak kita di penuhi kerana kita membayar perkhidmatan tersebut.. korang rasa cane?

Wednesday, December 12, 2012

Cuti sekolah.. apa yang menarik..

Cuti sekolah tahun 2012,  rasa macam tak cuti sekolah jer....

mungkin

1) kena jaga SPM a.k.a kena kerja cam biasa, bosan tu ada juga tp yg best tengok muka bebudak berkerut menjawab exam.. ntah aku dulu cam tu la kot, berkerut-kerut, angkat tangan mintak g tandas ( siap ada body guard yg ikut ke tandas ) hahahahahah.. memori sewaktu ambik SPM

2) Balik kg sekejap sahaja.. seriously, balik hari khamis, hari ahad dh dtg KL, belum lagi sempat nak terjah ke pasar ( pasar apa ntah nama nya yg famous dgn kain batik kat KT 2, dh lupa dh....), nak belek-belek kain batik punx sempat sbb en somi nak hantar servis kete kat KL ( br je berangan nak beli kain batik sbb setiap hari kamis jarang sangat nak berbatik-batik nie sbb nya hanya ada sehelai sahaja batik dlm almari, yang lainnya semua cotton.. hantu cotton nak uat cane selesa dan serap peluh)

3) Bekerja keras menambah stok yg kian terkakis.....seriously, yang nie mmg buat aku gelabah yang amat.. kenapa...


nampak x, storage botol yg kosong dan belambak dalam beg palstik nie.....


nie pulak stok susu yang ada dalam simpanan .... maunya x sesak nafas...

jadi cuti sekolah nie, kerjanya memenuhkan kembali storage botol dgn susu .. walaupun x sebanyak dulu, akan ku  cuba utk cukupkan stok sampai FEBUARI 2013.. bukan apa, takut jugak klu permintaan melebehi bekalan ( ntah betul atau x peribahasa nie)