Sunday, January 8, 2012

Kita tak sama.... kena ikut keperluan...

Salam..

Sepanjang saya menyusukan Danial Haqiz sepenuh masa..(azam tahun baru), terlalu banyak dugaan.....daripada sokongan...Alhamdulilah, kerana terlalu banyak dugaan, saya tekad membuktikan saya boleh lakukan.

" Eleh.. nak berlagak la tu.. bangun awal pagi semata-mata untuk pump susu.. macam la xde masa lain.yela, Tuhan hanya bagi masa pagi je nak pumpu susu.... Taw la awak tu cikgu.. banyak masa terluang.. boleh la nak BF baby awak.. cuba awak kerja off cam saya.. komfem la awak akan  bg susu cap lembu"

"Awak nie..obses sangat.., klu susu badan xde.. xde la, x payah la nak kelam kabut.. bukan FM xde di pasaran.. kuar duit dr dompet beli je la.."

dan macam-macam lagi...

Kadang-kadang, saya terkedu dan terduduk.. Adakah menjadi satu kesalahan yang besar sekiranya memberitahu hal yang sebenar????.. saya bukan hipokrit..

Ya.. mmg benar saya seorang guru.. jangan samakan guru pada hari ini dengan guru zaman dahulu.. guru pada hari ini sama sahaja dengan anda yang bekerja di pejabat. Cuma yang membezakan saya dan anda, adalah masa kerja (Jangan anggap cikgu hari ini kerja sekerat hari... kadang-kadang pukul 6.30 petang baru habis kerja, belum masuk lagi dengan kerja pada hari minggu ). Jujur saya katakan masa kerja saya bermula seawal 4.30 pagi....Pertama sekali saya bangun adalah untuk pump susu ( power pumping), memasak untuk di jadikan bekal ke sekolah, jemur baju, siapkan barang keperluan Danial Haqiz, iron baju.. itu pun tak cukup masa...

Kenapa perlu power pump ??..... kerana jadual kerja saya  tidak menentu.. boleh dikatakan dari pukul 7.20 pagi sehingga 10.10 pagi, saya akan mengajar atau menyiapkan kerja yang tertunggak..pukul 10.10 pagi baru saya boleh berehat, masa ini la untuk saya makan, minum dan pam susu... kadang-kadang masa ini ada sahaja kerja yang perlu disiap, pelajar datang untuk bertanyakan sesuatu... Selepas dari pukul 10.30 pagi bermula kembali tugas saya untuk mendidik anak bangsa. Prinsip susu ibu adalah "DEMAND AND SUPPLY". Kalau demand sudah berkurang.. jangan bermimpi untuk mengumpul stok!!!!! (min pump  waktu bekerja adalah 3 kali...saya nak dapatkan 3 kali pump pun susah, kadang-kadang 2 kali sahaja.. selalunya 1 kali sahaja...). Itu belum lagi dengan meeting selepas waktu persekolahan.. aktiviti kokurikulum. Masa terakhir saya habis mengajar pukul 2.15 petang. Selepas tamat waktu bekerja.. saya akan ambil Danial Haqiz.. rindu ok, yang paling penting saya rindu mendengar bebelan Danial Haqiz.

Pulang sahaja ke rumah, bermula kerja rumah.. kerja di rumah tidak pernah tamat...Nak pump susu.. jangan harap la... selalunya saya DF sahaja.. klu dapat pump, Alhamdulilah....Saya bukan tergolong dalam kumpulan banyak susu... sekali pump dapat 7 oz..( mmg teringin yg amat  ...) namun itu hanya mimpi.. paling banyak 4 oz kadang-kadang  3 oz..Saya tetap bersyukur...Saya bukan lah orang yg rajin, hanya orang yg rajin sahaja akan bg susu FM kepada anak mereka ( maaf, kenyataan ini bukan untuk menghina ibu-ibu yg tidak mampu menyusu bayi mereka .. tp khusus untuk ibu-ibu yg langsung tidak mahu walaupun rezeki susu masih ada.. kerana BF ADALAH SUSAH...). Kenapa saya berkata sedemikian.. kerana saya pernah melalui fasa tersebut semasa dalam pantang, ketika susu belum terhasil... setiap 2 jam kena bangun membuat susu anak... si suami enak di buai mimpi, si ibu bertungkus lumus membuat susu dek anak kelaparan. ..dan saya percaya..semua ibu mahu susukan bayi mereka dengan susu ibu kerana tidak perlu bangun malam  untuk membuat susu..

Kenapa nak masak.. nak tunjuk rajin ???. ...Rajin ???... erm, saya masak kerana  saya mahu kurus, menunjukkan contoh yang baik untuk anak saya.. paling penting.. saya tahu apa yang saya makan... Saya perlukan makanan yang seimbang dalam diet harian saya.. supaya badan saya boleh berfungsi untuk menghasilkan susu. Lagi pun.. makanan di kantin kebiasaan sudah habis.. xkan saya nak makan nasi kosong.  Perbelanjaan saya juga dapat di jimatkan... mana tahu sebelum Danial Haqiz umur satahun, saya dapat upgrade medela swing kepada medela free style.

Obses???... Ya, saya mmg obses.. kerana saya sudah tanam  dalam fikiran saya bahawa FM TIDAK DI JUAL DI MALAYSIA. Lagipun.. FM  saya tidak tahu bila masa di proses.. berbanding dengan susu ibu, saya tahu bila di hasilkan.

Saya bersyukur.. kerana ramai kawan-kawan yang memberikan pandangan dan sokongan ketika saya memerlukan.. TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA.. saya ucapkan, semoga rezeki anda di murahkan lagi..

Bagi suami di luar sana.. Hargai la isteri anda yang bertungkus lumus.. bangun seawal pagi untuk mengepam susu.. kerana DUIT POKET anda sudah dapat di jimat untuk berbulan-bulan. Bukan emas yang kami pinta (klu nak bagi ... terima dengan senyum yg riang...) tapi sokongan anda dan ucapan terima kasih.

Bagi bakal-bakal ibu.. tanamkan semangat anda untuk BF bayi anda selagi anda mampu.. InsyaALLAH anda akan berjaya.

Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada usaha.. x guna sekiranya anda mempunyai pump yg beribu ringgit tapi anda tidak berusaha. Jangan jadikan pekerjaan sebagai satu kayu ukuran yang mengagalkan penyusuan ibu... tp usaha la selagi anda terdaya..

Saya memohon maaf sekiranya.. saya terkasar bahasa.. ini adalah sekadar luah perasaan.. mudah-mudahan dengan berkat doa kawan-kawan yg sudah berjaya mahupun yg sedang bertatih seperti saya.. berjaya juga dalam penyusuan ibu selama mana yg di perlukan oleh bayi kita.

9 comments:

  1. tahniah ibu... insyaAllah... fisha juga mahu fully BF anak nnty... mudah2an dipermudahkan... abaikan saja sume tohmahan yg ada.. yg penting, kebaikan anak kite.. betul x..

    ReplyDelete
  2. i support fully brestfeed! tu juga salah satu usaha kita utk bg yg terbaik pada anak2 kn? so jgn hiraukn kata2 org sekeliling :)

    ReplyDelete
  3. jadi kan pandangan -ve org sekeliling sbg pembakar semangat. nad pon penah nk give up..tp masih terus kan jgk smpai ke hari ni.

    ReplyDelete
  4. yes!kerja guru skrang sgtlah memenatkan.dgn karenah pelajar lagi.hush,sgt mencabar.shalin bangun 5 pagi itu pun kelam kabut dan selalu lewat 2 ,3 minit ke sekolah tau sbb shalin guna pam manual.sgtlah memakan masa.huhu.

    ReplyDelete
  5. fisha : mudah-mudahan fisha jangan lalui apa yg wanie lalui.. mudah-mudahan fisha dapat BF baby sepenuhnya.

    Nana : That's true... buang jauh2.. org jeles ngan kita .. hahahahha

    Nad : mmg betul nad.. pelik sangat2, cerita benda yg betul kena kutuk...insyaALLAH.. wanie nak jadi cam nad.. nad kan lagi banyak pengalaman dari wanie.

    Shalin : wanie bangun awal pagi pun kelam kabut... mudah-mudahan.. kita berjaya.. Amin

    ReplyDelete
  6. wanie..pedulikan orang2 yang kolot macam tu plz..janagn biarkan diri tertekan dan terlalu memikirkan..sekarang ramai orang dah tau kebaikan susu ibu..even kat gomen spital pon support 200% BF ni..orang2 yang cakap n pikir macam tu adalah orang2 yang DENGKI sebab tak mampu buat macam tu semua tuk anak die..biarkan derang..anak kite ialah anak kite dan hak kite.. orang lain tak ley nak semak2 menyibuk...sabr dan tabah key..:)

    ReplyDelete
  7. kak aty : wanie uat derk je.. ahahahahhaha, yg penting kena happy x gitu... setiap org ada pandangan dan cara masing-masing, yg betul ikut.. yg x betul x perlu ikut.. betul x??

    ReplyDelete
  8. memang susah nak fully BF ni. banyak cabaran dan dugaan. saya pon hampir putus asa..

    ReplyDelete
  9. iizla : jgn berputus asa.. pekakkan telinga, lakukan apa yang iizla rasa perlu..

    ReplyDelete