Bulan September..., apa yang menarik di bulan ini... lahir lahir buat diriku dan anak teruna kesayangan kami.. Beza hari lahir diriku dan Danial, x banyak hanya 7 hari sahaja.. Kejap sangat masa berlalu.., dari bayi yg comel sehingga ke toddler yang lasak dan pandai merajuk, yang pandai menunjukkan aksi-aksi yang kadang-kadang nak marah x jadi dan mencuit hati.. Benar kata org tua, bila ada anak, hari-hari nak balik awal.. nak main-main, dan klu boleh hari-hari nak bawak g bermain.. ( tapi x mampu klu hari-hari.. , seminggu sekali dh jadi acara wajib)
Hadiah hari jadi yang paling bermakna baut diriku adalah melihat Danial membesar di mataku sendiri. Pengalaman yang sukar di ceritakan... tapi pengalaman tersebut mengajar menjadi seorang ibu bukanlah dengan hanya memberi makanan, memberi susu malahan lebih jauh daripada itu.. terima kasih atas anugerah yang tidak ternilai ini.. Alhamdulilah...
1 tahun dalam membesarkan Danial secara berseorangan dan kerap kali masuk wad, menjadikan diriku tabah dalam menghadapi dugaan.... dari sentiasa berfikiran negatif , 'Kenapa la kerap sangat masuk wad bila demam nie' sehingga menjadi positif 'Mungkin kurang bersedekah kot, sebab itu Danial asyik sakit je' ( tipula kalau saya x nangis dalam telefon mengadu hal..., tapi makin lama makin berkurangan...). Mudah-mudahan, Danial sentiasa ceria dan sihat ye sayang..
Selamat hari lahir buat diriku dan anakku
No comments:
Post a Comment