Wednesday, March 28, 2012

Anak Bijak Dengan Susu Ibu


Tahukah anda kajian mendapati bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya lebih bijak apabila mereka meningkat dewasa. Kanak-kanak tersebut didapati memiliki tahap IQ yang lebih tinggi iaitu antara tujuh hingga sepuluh peratus berbanding dengan bayi yang meminum susu formula. Angka tersebut mewakili secara keseluruhan pada beratus orang kanak-kanak dan bukannya pada individu. Oleh itu, jika anak ingin mencapai tahap kepintaran yang tinggi untuk anak-anak, mudah sahaja kerana anda perlu menyusukan bayi secara eksklusif tanpa mengeluarkan kos yang mahal.

Kajian juga mendapati kanak-kanak yang menyusu susu ibu memperolehi gred yang baik semasa zaman persekolahan mereka. Selain itu, kelebihan yang diperolehi daripada susu ibu semakin meningkat bergantung kepada berapa lama bayi disusukan. Sebenarnya, daripada penyelidikan yang dilakukan mereka menemui beberapa khasiat yang ada dalam susu ibu membantu pertumbuhan otak yang lebih baik.

Smarter fats
Kandungan utama dalam susu ibu membantu mengembangkan lemak pada otak iaitu DHA (docasahexaenoic acid), sejenis asid lemak pada Omega-3. DHA adalah zat makanan paling penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan penyelenggaraan tisu otak. Analisis autopsi tisu otak daripada bayi yang meminum susu ibu dan susu formula menunjukkan bayi minum susu ibu memiliki otak yang tinggi DHAnya. Selain itu, bayi yang lebih lama minum susu ibu bermakna lebih tinggi tahap DHAnya.

Nutrisi
Untuk memastikan bayi mendapat cukup khasiat untuk perkembangan otak, oleh itu adalah penting bagi ibu yang menyusukan anak memperoleh DHA yang cukup dalam diet mereka. Sumber yang kaya dengan DHA adalah ikan (terutamanya salmon dan tuna). Peningkatan DHA memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan ibu juga.

Kolestrol
Lemak lain yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal adalah kolestrol. Susu ibu mengandungi banyak kolestrol sementara susu formula pula didapati tiada kandungan kolestrol yang diperlukan. ‘Rendah kolestrol’ mungkin berita baik untuk diet orang dewasa tetapi bagi bayi, kolestrol diperlukan sebagai komponen asas untuk menghasilkan saraf tisu dalam pertumbuhan otak.
DHA, kolestrol dan lain-lain lemak dalam susu ibu menyediakan bahan untuk menghasilkan myelin iaitu sarung lemak yang mengelilingi saraf fiber. Myelin berfungsi sebagai bahan penebat, memudahkan saraf membawa maklumat daripada sebahagian daripada otak atau badan kepada bahagian lain. Oleh itu, pentingnya lemak-lemak membina otak. Sekiranya diet ibu tidak menyediakan jumlah lemak-lemak tersebut dalam susunya, payudara dapat menyediakannya serta-merta.

Smarter sugars
Laktosa adalah gula utama dalam susu ibu. Tubuh badan manusia memecahkan ia kepada dua jenis gula ringkas iaitu glukosa dan galaktosa. Galaktosa adalah zat makanan yang bernilai untuk perkembangan tisu otak. Ahli antropologi telah menunjukkan spesis mamalia yang bijak adalah mereka yang mempunyai jumlah laktosa dalam susu mereka. Susu manusia mengandungi konsentrasi laktosa yang tertinggi dalam kategori susu mamalia. Susu lembu dan sesetengah susu formula (susu lembu) mengandungi laktosa tetapi tidak sebanyak susu manusia. Susu soya dan lain-lain susu formula yang bebas laktosa langsung tidak mengandungi laktosa dan hanya gula biasa dan sirap jagung.

Perhubungan bijak
Ketika dua tahun pertama kehidupan bayi, otak membesar dengan pantas dan pengalaman harian bayi membantu menajamkan perkembangan otaknya. Sel otak yang dipanggil neuron, berganda dan berhubung di antara satu sama lain sehingga litaran otak menyamai wayar elektrik yang berselirat. Setiap kali bayi berinteraksi dengan persekitaran, otaknya akan membuat perhubungan baru. Oleh kerana susu ibu dihadamkan dengan pantas, maka bayi yang minum susu ibu dengan kerap akan lebih kerap berinteraksi dengan ibunya.

Penyusuan susu ibu sendiri membentuk perhubungan kulit ke kulit, aliran susu yang kepelbagaian dan hubungan rapat antara ibu dan bayi adalah lebih menarik. Ia merupakan pengalaman yang lebih interaktif berbanding bayi yang menyusu botol. Ini adalah cara semula jadi untuk memastikan bayi mendapat stimulasi yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal.

Para ibu bapa perlu mengetahui bahawa tiada makanan yang diperkayakan dengan DHA dan ARA sebaik yang terdapat dalam susu ibu. Malahan banyak pembuat susu formula berusaha untuk menghasilkan susu yang mengandungi DHA dan ARA seperti mana zat makanan istimewa yang terdapat dalam susu ibu.
Jadi, mengapa anda bersusah payah membeli susu yang mahal jika anda berkemampuan menyusukan sendiri bayi anda tanpa perlu membayar dengan wang ringgit. Tambahan pula selain memiliki khasiat penting berikut, susu ibu turut mengandungi kelebihan yang lain.

Selain dari itu, kajian dalam The Journal of the American Medical Association, The Association Between Duration of Breastfeeding and Adult Intelligence, menunjukkan peningkatan IQ antara bayi yang menyusu kurang dari sebulan dan bayi yang menyusu sekurang-kurangnya 7-9 bulan. Ini adalah perbezaan yang penting. Malahan setakat ini tiada kajian yang dapat menunjukkan kelebihan yang sama pada makanan tambahan yang dicipta mengandungi DHA dan ARA.
Bagi penganut agama Islam tentunya telah sedia maklum seperti mana yang diterangkan dalam Al-Quran tentang fadhilat seorang ibu yang menyusukan anaknya dengan susu badan sekurang-kurangnya sehingga anak berusia dua tahun.

Jadi, semuanya bergantung kepada ibu untuk memberikan yang terbaik kepada bayi mereka. Untuk menghasilkan anak yang bijak dan pintar tentulah dari pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Susu ibu adalah makanan awal yang terbaik untuk bayi anda.
-----------------------------------
Jom berikan susu ibu untuk bayi anda!

WW- bila berkawan...
















Diploma dlm tangan...........

Salam...

Alhamdulilah, syukur terhadap ilahi... kerana masih lagi diberikan rezeki untuk menyusukan Danial Haziq Rizqin dengan susu ibu.. Alhamdulilah, sudah lepas 6 bulan pertama.. exclusive bf, dengan jayanya mendapat diploma penyusuan .. (huhuhuhu.. certificate xde, yang penting bangga dengan diri ...)

Prinsip saya...

"Klu orang lain boleh menyusukan anak dengan susu ibu, kenapa saya tidak boleh buat..."

Alhamdulilah, dengan prinsip yang saya tanamkan, saya berjaya menyusukan anak saya.. biarpun pelbagai cabaran datang melanda.. Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui... Orang lain kata, "klu menyusukan anak menggunakan susu ibu, berat bdn mudah turun...", Jujur saya katakan berat badan saya tidak turun.. makin bulat ada la. huhuhuhu.. sbb  "No food, no milk.. less water, less milk" . Ini la hakikat yg perlu saya lalui.. xkisah la, bulat ke.. yg penting saya susukan anak saya dengan susu ibu.

Tipu la klu saya kata, saya tidak mengambil suplement.. saya mengambil set BF dr shaklee..( bergantung pada  kesesuain diri). Saya ambik shaklee sbb saya perlukan tenaga..sbb kadang-kadang makanan yg saya ambik tidak ikut piramid makanan....klu untuk pekatkan susu, shaklee mmg membantu....

Saya juga minum air rebusan longan + kurma merah  dan 3 liter air masak (kadang lebih dr 3 liter air masak) dalam 1 hari., alhamdulilah, hasil tuai masih lagi ada walaupun tidak semeriah org lain..

Apa yang penting..
1) Doa setiap hari kepada Maha Pencipta.. Doa yg baik akan di makbulkandan banyakkan berzikir.. Jaga percakapan kerana air yang kita minum boleh mendengar apa yg kita ucapkan. Ucapakan yg baik akan membentuk kristal yg elok, ucapan yg tidak elok akan membentuk kristal yg buruk - sbb itula air zam-zam @ air yasin boleh dijadikan ubat utk melawat penyakit spiritual. ( saya selalu buat  sebelum minum air masak saya berdoa supaya rezeki yg Allah berikan jgn putuskan, mudahkan urusan menyusukan anak dan selawat atas nabi.. InsyaALLAH, susu akan banyak)

2)Semakin banyak kita kosong cik B, semakin banyak susu akan di hasilkan.. so kena rajin pump @ df.... keep on pump.. n keep on PP (power pumping) - tandem pump x pakar lagi sbb x reti..

3) Selepas susukan bayi, harus pump keluarkan lebihan susu, supaya otak akan memberi signal susu perlu di hasilkan.

4) Jgn biarkan cik B bengkak kerana otak akan berikan isyarat susu sudah mencukupi (saya kadang-kadang cik B bengkak jugak sbb meeting.. tp kena ganti jadual pump dengan PP


stok ebm

Mudah-mudahan, rezeki ini akan berkekalan sehingga Danial Haziq berumur 2 tahun..Amin

p/s : sedang menghabiskan stok bulan 2..


Monday, March 26, 2012

Travel with baby.................

Salam....

Momentum untuk menulis di blog tercinta.. makin lama makin menurun.. tidak seperti dahulu...( dulu bujang suka hati jer bila nak tulis, sekarang terkejar-kejar dengan masa.. yup, masa yg makin lama, makin terbatas..). Berbalik pada tajuk di atas.... bukan mudah untuk travel bersama baby.. terlalu banyak benda yang bermain di fikiran...ini juga merupakan kali pertama saya travel bersama bayi saya.. walaupun susah, tapi seronok bila bawa anak ke tempat orang..

Saya pasti, mesti berkira-kira dalam kepala.. nak bawak apa ye.. klu nak di listkan, agak-agak satu dapur nak bawak.. Almaklumla bila baby dh mula makan..

Tips :

1) Tentukan berapa lama anda berada di sana dan masa perjalanan yang di ambil
-Ini penting kerana bekalan makanan  dan pakaian anak anda perlu mencukupi ketika anda berada di negara org..

2) Wajib bawa travel adpter..
-untuk mereka yg berada di negara org lebih daripada 1 minggu, masa ini la food warmer baru nak berfungsi, nak panaskan makanan baby.. klu x, duk kat nursery @ dlm kotak jer...
- klu nak bawak rice cooker @ food processor pun boleh..( di sebabkan wani berada di negara jiran hanya 4 hari 3 malam sahaja, wani bawak food warmer je.., senang nak panaskan makanan baby

3) Bawa bekalan makanan (raw food) yang tidak renyah...
-Penting.., sebarang benda yg berair.. susah nak bawak masuk dlm flight (hand carry), expect klu nak masuk dlm luggage.
- Hand luggage  = wani letak peralatan makan baby ( mangkuk, sudu  dan  cawan) + HEINZ pureen + 1 botol EBM
- luggage = food warmer + frozen baby food ( utk 1 jam perjalanan), klu lebih dr 1 jam bawa raw material..

4) Wajib bawa pump...
- yang entah cane, pump bawak tapi corong x bawa... Ya  Allah, seksa hidup bila cik B bengkak tp x leh nak pump n baby xnak df, last2 urut ..(nak marmet x pandai).. dapat la dlm 1 oz.. Alahmdulilah, dr x kuar langsung..

5) Wajib bawa bekalan ubatan..
- yang point yg mesti ada dlm list... sbb perkhidmatan hospital di luar Malaysia adalah tidak sama, dr segi ubatan pun x sama..
- Kawan-kawan yg hendak g umrah @ haji  SILA CHECK DENGAN PAED ..

6) Vitagen @ sebarang minuman kultur...
- wajib bawak, sbb keimunan badan adalah di tahap yg min bila berlaku perubahan cuaca, mommies  boleh bagi pd baby dlm nisbah 2 : 1 ( 2 air , 1 vitagen..)..kena dilute dulu @ mommies minum dulu.. tunggu 1 jam br boleh df baby..

p/s : cerita tentang ke negara jiran akan di postkan kemudian..

Wednesday, March 14, 2012

WW - bila nenda menjaga cucu


Tak pernah terlintas di kotak fikiran saya... huhuhuhu..
 Bila nenda jaga cucu.... auztum cooler bag.....ada pampers, kain lampin, yg hijau bukan termos.. tp tupperware utk panaskan ebm.. huhuhuhu....

Thursday, March 1, 2012

Double pump vs single pump...........

Salam....

Agak lama saya menyepi....... senyap tanpa berita, bukan senyap tapi kekangan masa kerana terlalu banyak urusan yang perlu di selesaikan......Berbalik pada tajuk di atas.. kalau di tanya (klu ada org nak belanja @ ada lebihan wang) , nak beli pump yang mana satu.. double pump atau single pump... saya pasti ramai yg berderu-deru akan menjawab.. DOUBLE PUMP.. klu boleh nak FREE STYLE ... . betul tak....huhuhuhuhu

Mungkin bagi orang lain, jenis pump memainkan peranan yang penting dalam menjayakan penyusuan ibu..( elektrik/ bateri vs manual).. kebanyakkan akan memilih elektrik untuk memudah urusan bekalan EBM.. bagi saya elektrik  atau manual tidak penting.. yang penting adalah KECEKALAN untuk menjayakan penyusuan ibu.. tidak kisah la berapa bulan pun.. yang penting anda berusaha dan niat menyusukan badan kerana ALLAH... InsyaALLAH, urusan anda di permudahkanNYA...

Kalau ikutkan nafsu... mahu sahaja rembat FS yg harganya 2 bulan bayaran kereta di bank..fikir punya fikir... tidak jadi.. Alhamdulilah, dapat rezeki SWING dgn harga yg berpatutan.. ( mengikut bajet saya...) kalau tidak,  mimpi la saya untuk memiliki SWING yang harganya  lebih kurang 1 bulan bayaran kereta di bank.. mungkin saya akan memilah spectra 3 atau spectra dew atau harmony...

Baru-baru ini, saya telah upgrade SWING to DOUBLE PUMP... (gatai nak upgrade.. nak rasa bagaimana DOUBLE PUMP  ).. bila review.. SWING DOUBLE PUMP sama sahaja dengan FREE STYLE , dari segi suction... (baru tahu cane rasa FS...), yang beza.. FS x perlu pegang.. SWING DP kena pegang... ( alah, takat pegang je... bukan ada apa sangat, tapi saya x pegang pun just selit dalam bhaju kecik jer... FREE STYLE jugak hahahhahahhah)

But, .... tak la best mana.. seriously, biasa je.. cuma memudahkan kerja pengumpulan EBM..susu keluar serentak dari kanan dan kiri,  mungkin saya ini  penagih tegar POWER PUMPING . Douple pump.. masa nak buat PP, mmg ngatuk yg amat.. tersenguk-senguk di buatnya.. 10 minit pump, 10 minit rehat... yg 10 minit rehat 2.. mmg terlelap habis... boleh katakan agak susah nak ikut jadual PP nie.. adakalanya, saya tertidur terus.....sempat melakukan 10 minit yang pertama sahaja... erm.. sayang, sbb skip PP..( dah jenis susu tak banyak..)

Kalau tak cuba, mana nak tahu... bila dah tahu, ORIGINAL juga yang menawan di hati... nak buat PP senang, mmg tak masalah mengatuk @ terlelap.. klu terlelap.. 10 minit terakhir sahaja... tak ralat sangat.. at least 50 minit dah uat PP... klu 10 minit je.. mmg ralat sangat.... 

Saya guna DOUBLE PUMP semasa di sekolah sahaja.. kerana waktu terhad nak buat PP.. klu dapat , syukur sangat... walaupun hasil tiada semeriah PP, yang penting .. alhamdulilah, masih lagi di berikan rezeki untuk esok hari...Di rumah, SINGLE PUMP dari Isnin - Jumaat.., Sabtu dan Ahad baru DOUBLE PUMP... klu x guna DOUBLE PUMP... sayang plak, beli connecter tiub dah RM 55...



Swing DP... mcm nie rupa...



Hasil DP.. 6 oz, kanan  lebih kurang 3.9 oz .. kiri  2.9 oz....( 20 minit)


Hasil tuaian PP  pukul 4.30 pagi dan 9.50 pg... total 17 oz....(Single pump)


Hasil tuaian pukul 5 petang .. total 12 oz...(single pump).. akhirnya.. berjaya jugak dpt 12 oz.. sebelum mmg susah nak dpt...


Tak kisah la, single pump @ double pump... perlu kecekalan yang tinggi untuk jayakan penyusuan ibu... kalau asyik skip PP atau jadual mengepam ( peringakatan untuk diri sendiri....), susu akan drop .... keep pumping to maintain milk production according to child need... huhuhuuhu.. 

p/s : Usaha lagi wani... sikit je lagi nak tamat fasa 2..