Wednesday, January 11, 2012
Sunday, January 8, 2012
Kita tak sama.... kena ikut keperluan...
Salam..
Sepanjang saya menyusukan Danial Haqiz sepenuh masa..(azam tahun baru), terlalu banyak dugaan.....daripada sokongan...Alhamdulilah, kerana terlalu banyak dugaan, saya tekad membuktikan saya boleh lakukan.
" Eleh.. nak berlagak la tu.. bangun awal pagi semata-mata untuk pump susu.. macam la xde masa lain.yela, Tuhan hanya bagi masa pagi je nak pumpu susu.... Taw la awak tu cikgu.. banyak masa terluang.. boleh la nak BF baby awak.. cuba awak kerja off cam saya.. komfem la awak akan bg susu cap lembu"
"Awak nie..obses sangat.., klu susu badan xde.. xde la, x payah la nak kelam kabut.. bukan FM xde di pasaran.. kuar duit dr dompet beli je la.."
dan macam-macam lagi...
Kadang-kadang, saya terkedu dan terduduk.. Adakah menjadi satu kesalahan yang besar sekiranya memberitahu hal yang sebenar????.. saya bukan hipokrit..
Ya.. mmg benar saya seorang guru.. jangan samakan guru pada hari ini dengan guru zaman dahulu.. guru pada hari ini sama sahaja dengan anda yang bekerja di pejabat. Cuma yang membezakan saya dan anda, adalah masa kerja (Jangan anggap cikgu hari ini kerja sekerat hari... kadang-kadang pukul 6.30 petang baru habis kerja, belum masuk lagi dengan kerja pada hari minggu ). Jujur saya katakan masa kerja saya bermula seawal 4.30 pagi....Pertama sekali saya bangun adalah untuk pump susu ( power pumping), memasak untuk di jadikan bekal ke sekolah, jemur baju, siapkan barang keperluan Danial Haqiz, iron baju.. itu pun tak cukup masa...
Kenapa perlu power pump ??..... kerana jadual kerja saya tidak menentu.. boleh dikatakan dari pukul 7.20 pagi sehingga 10.10 pagi, saya akan mengajar atau menyiapkan kerja yang tertunggak..pukul 10.10 pagi baru saya boleh berehat, masa ini la untuk saya makan, minum dan pam susu... kadang-kadang masa ini ada sahaja kerja yang perlu disiap, pelajar datang untuk bertanyakan sesuatu... Selepas dari pukul 10.30 pagi bermula kembali tugas saya untuk mendidik anak bangsa. Prinsip susu ibu adalah "DEMAND AND SUPPLY". Kalau demand sudah berkurang.. jangan bermimpi untuk mengumpul stok!!!!! (min pump waktu bekerja adalah 3 kali...saya nak dapatkan 3 kali pump pun susah, kadang-kadang 2 kali sahaja.. selalunya 1 kali sahaja...). Itu belum lagi dengan meeting selepas waktu persekolahan.. aktiviti kokurikulum. Masa terakhir saya habis mengajar pukul 2.15 petang. Selepas tamat waktu bekerja.. saya akan ambil Danial Haqiz.. rindu ok, yang paling penting saya rindu mendengar bebelan Danial Haqiz.
Pulang sahaja ke rumah, bermula kerja rumah.. kerja di rumah tidak pernah tamat...Nak pump susu.. jangan harap la... selalunya saya DF sahaja.. klu dapat pump, Alhamdulilah....Saya bukan tergolong dalam kumpulan banyak susu... sekali pump dapat 7 oz..( mmg teringin yg amat ...) namun itu hanya mimpi.. paling banyak 4 oz kadang-kadang 3 oz..Saya tetap bersyukur...Saya bukan lah orang yg rajin, hanya orang yg rajin sahaja akan bg susu FM kepada anak mereka ( maaf, kenyataan ini bukan untuk menghina ibu-ibu yg tidak mampu menyusu bayi mereka .. tp khusus untuk ibu-ibu yg langsung tidak mahu walaupun rezeki susu masih ada.. kerana BF ADALAH SUSAH...). Kenapa saya berkata sedemikian.. kerana saya pernah melalui fasa tersebut semasa dalam pantang, ketika susu belum terhasil... setiap 2 jam kena bangun membuat susu anak... si suami enak di buai mimpi, si ibu bertungkus lumus membuat susu dek anak kelaparan. ..dan saya percaya..semua ibu mahu susukan bayi mereka dengan susu ibu kerana tidak perlu bangun malam untuk membuat susu..
Kenapa nak masak.. nak tunjuk rajin ???. ...Rajin ???... erm, saya masak kerana saya mahu kurus, menunjukkan contoh yang baik untuk anak saya.. paling penting.. saya tahu apa yang saya makan... Saya perlukan makanan yang seimbang dalam diet harian saya.. supaya badan saya boleh berfungsi untuk menghasilkan susu. Lagi pun.. makanan di kantin kebiasaan sudah habis.. xkan saya nak makan nasi kosong. Perbelanjaan saya juga dapat di jimatkan... mana tahu sebelum Danial Haqiz umur satahun, saya dapat upgrade medela swing kepada medela free style.
Obses???... Ya, saya mmg obses.. kerana saya sudah tanam dalam fikiran saya bahawa FM TIDAK DI JUAL DI MALAYSIA. Lagipun.. FM saya tidak tahu bila masa di proses.. berbanding dengan susu ibu, saya tahu bila di hasilkan.
Saya bersyukur.. kerana ramai kawan-kawan yang memberikan pandangan dan sokongan ketika saya memerlukan.. TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA.. saya ucapkan, semoga rezeki anda di murahkan lagi..
Bagi suami di luar sana.. Hargai la isteri anda yang bertungkus lumus.. bangun seawal pagi untuk mengepam susu.. kerana DUIT POKET anda sudah dapat di jimat untuk berbulan-bulan. Bukan emas yang kami pinta (klu nak bagi ... terima dengan senyum yg riang...) tapi sokongan anda dan ucapan terima kasih.
Bagi bakal-bakal ibu.. tanamkan semangat anda untuk BF bayi anda selagi anda mampu.. InsyaALLAH anda akan berjaya.
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada usaha.. x guna sekiranya anda mempunyai pump yg beribu ringgit tapi anda tidak berusaha. Jangan jadikan pekerjaan sebagai satu kayu ukuran yang mengagalkan penyusuan ibu... tp usaha la selagi anda terdaya..
Saya memohon maaf sekiranya.. saya terkasar bahasa.. ini adalah sekadar luah perasaan.. mudah-mudahan dengan berkat doa kawan-kawan yg sudah berjaya mahupun yg sedang bertatih seperti saya.. berjaya juga dalam penyusuan ibu selama mana yg di perlukan oleh bayi kita.
Penyelamat sudah datang.........
Sejak mempunyai hobi baru.. (hobi mengumpul stok susu Danial Haqiz), boleh dikatakan 3/4 bahagian atas peti sejuk di penuhi dengan susu Danial Haqiz.. hanya 1/4 sahaja untuk cik ikan, cik ayam, cik udang dan cik santan..(maaf ye, kalian kena berkongsi tempat..cam ikan sardin je.. saya tengok..).
Suatu hari, tok mak sedang sibuk memasak kari ayam.. bila tok mak masukkan santan dalam kari.. tok mak bising kat dapur .. kenapa la kari jadi seperti kari mamak.. warna kari tidak berubah, malahan rasa kari sudah berubah... hati kecil ini sudah berdebar-debar...Bila saya tengok dalam tong sampah.. macam kenal je dengan plastik tersebut.. bila saya tengok kembali.. SAH, mmg betul apa yang saya jangka... tok mak SALAH ambik PLASTIK.. plastik santan yang tok mak ambik adalah STORAGE BAG susu Danial Haqiz... mahu saja meraung.. 7 oz sudah masuk ke dalam kari..
Mahu tak mahu.. saya kena membeli juga peti khas untuk penyimpan stok susu Danial Haqiz.., mula-mula ingat hendak beli mini bar.. tp takut jugak susu tak tahan lama..pk punya pk.. saya beli chest freezer..Beli kat carefour je.. RM 600.. nak beli yg ada drawer.. huhuhu mahal sangat.. dekat 1.5K. Beli kat kedai biasa..kalau tawar dapat potogan sedikit sahaja.. kebetulan carefour tengah buat promosi barangan elektrik.. rembat je la mmg sangat memerlukan...alang-alang boleh la uat ais-krim malaysia..
Stok susu Danial Haqiz......
Cik Penyelamat....
(abaikan periuk 2...)
Sunday, January 1, 2012
Jangan tinggalkan saya....................
Good bye 2011 and welcome 2012...
Serious.. susah nak terima hakikat yang esok dah nak tahun baru.. baru je nak feel zaman muda-muda dulu tetiba dah terasa tua plak...erm..
Sebab-sebabnya...
1) I'm getting old... 27 tahun dah ( lagi 3 tahun lagi nak masuk angka 30...)
2) Masih lagi di takluk yg lama
3) Meja dan kerusi yang lama (x pe asalkan boleh park muntut dan buat kerja dengan selesa)
4) Cara lama ( bila la bdak2 sekolah boleh bawak notebook g sekolah yg lengkap dengan data buku teks...nie setiap tahun mesti ada je masalah "lupa bawak buku teks")
5) Girlfriends lama - harus dikekalkan kerana sporting dan mempunyai minat yg sama.. iaitu SHOPPING....
6) Boyfriends lama - ada ker ???? hahahhahaha, dh ada yg latest version dh.. suami n anak tercinta
7) Tu je kot...
Yang tahun baru pula..Masih lagi difikirkan.. banyak lagi jam.. terlalu banyak kehendak .. mudah-mudahan tercapai 2 @ 3 perkara..
Antara perkara yg jadi atau mungkin tak jadi..
1) Nak kurus - buang segala lemak yang jht...kena turun lagi 15 KG lagi.. good bye to fast food..
2) Nak bekalkan EBM @ menyusu Danial Haqiz Rizqin sepanjang tahun nie...
3) Nak panjat PUTRAJAYA (kali terakhir) -mintak transfer balik KEMAMAN.. yg dh taw dh ayat power dr org KEMENTERIAN
i) Kenapa la awak mintak KEMAMAN..( dh suami sy kerja kat sana)
ii) Ada lagi cikgu-cikgu yg 25 tahun mengajar tapi mi tak boleh transfer balik KEMAMAN, tak kan saya dh bagi kat awak yg masih setahun jaguh nak balik KEMAMAN ( klu tuan luluskan, dh lama dh mereka dan saya boleh balik.. al-maklumla kami semua mana ada KABEL)
iii) Kalau saya bagi awak pindah, nanti awak nak ajar apa? Nak bagi gaji cane ( Dalam fail meja dh cakap menerima arahan dari pihak atasan dr semasa ke semasa.. kisah kena ajar apa-apa matapelajaran jangan bahasa ARAB sudah)
cam-cam la... klu la saya boleh bercakap ayat yg dalam ( ), konfem kena band...
4) Nak beli rumah.... klu xde rumah susah, harga makin naik.. xkan dh JUTA br nak beli, gaji belum lagi JUTA, bila agaknya boelh merasa.. RATUSAN RIBU belum lagi merasa ...
5) Jadi ibu yg terbaik utk Danial Haqiz....malam2 sebelum tido WAJIB bacakan 1 cerita kepada Danial ( yg nie dh buat cuma kena baiki, kerana tiada notasi suara.. saya bukan budak sastera...)
6) Jadi anak yg baik utk mak dan ayah - always make both happy
7) Jadi isteri yg baik - kena care husband walaupun duk jauh.. calling n sms selalu
8) Jadi kakak yg sporting
9) Jadi kawan yg senang di ajak berjimba-jimba dengan kebenaran suami
10) Makan ikut piramid makanan... kerana no. 1 dan 2, kena jadi contoh pada Danial Haqiz..supaya makan benda yg berkhasiat
11) Kurangkan tido - nak kurang cane lagi, selalu x cukup hahahhaha, bgn kul 5 pg nak pump..
12) Kurangkan SHOPPING -masalah negara nie, sbb klu dh berjimba-jimba mesti akan terbeli 2 benda jugak hahahahah
13) Nak tukar kereta SEDAN.. keta COMPACT yg ada cukup-cukup ruang je letak stoller Danial Haqiz dalam boot...tp sayang plak sbb senang nak parking kat pasaraya...
14) Apa lagi ye....
Banyak nya benda nak buat tahun hadapan.. Tp saya pernah dengar Dr. Fadilah Kamsah cakap. ...
"kalau kita nak berubah ke arah kebaikan kalau boleh jangan bagitau sesiapa sebab itu boleh menimbulkan rasa riak dan bila yang dihajat xsampai nanti orang akan mengata"
Anda pula bagaimana.. apa-apa pun, niat yg baik tetap di makbulkan.. x gitu
Subscribe to:
Posts (Atom)